Buku Panduan dan Panggilan
8. Kuorum Penatua


“8. Kuorum Penatua,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“8. Kuorum Penatua,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
lelaki bercakap

8.

Kuorum Penatua

8.1

Tujuan dan Organisasi

8.1.1

Tujuan

Lelaki berusia 18 dan ke atas yang layak boleh menerima Imamat Melkisedek dan ditahbiskan ke jabatan penatua. Seorang lelaki yang ditahbiskan ke jabatan itu memasuki perjanjian kudus untuk membantu Tuhan buat kerja-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:33–44).

8.1.2

Keahlian dalam Kuorum Penatua

Setiap bahagian ada kuorum penatua. Ia termasuk semua ahli lelaki berikut:

  • Semua penatua dalam bahagian.

  • Semua bakal penatua dalam bahagian (lihat 8.4).

  • Semua imam tinggi dalam bahagian, kecuali mereka yang sedang melayani dalam presidensi pancang, dalam lembaga uskup, dalam majlis tinggi, atau sebagai bapa bangsa.

Seorang remaja putera boleh mula menghadiri pertemuan kuorum penatua apabila dia berumur 18 tahun, walaupun dia belum ditahbiskan sebagai seorang penatua. Pada umur 19 tahun atau ketika berpindah dari rumah, seperti menghadiri universiti atau melayani misi, dia harus ditahbiskan sebagai seorang penatua jika dia layak.

Lelaki berkahwin di bawah umur 18 tahun adalah bakal penatua dan juga ahli kuorum penatua.

8.2

Terlibat dalam Kerja Penyelamatan dan Permuliaan

8.2.1

Menjalankan Injil Yesus Kristus

8.2.1.2

Pembelajaran Injil dalam Pertemuan Kuorum

Pertemuan diadakan pada hari Ahad kedua dan keempat setiap bulan. Berlangsung selama 50 minit. Presidensi kuorum penatua merancang pertemuan ini. Seorang ahli presidensi memimpin.

Pertemuan kuorum fokus pada topik dalam satu atau lebih ucapan dari persidangan umum baru-baru ini.

8.2.1.3

Aktiviti

Presidensi kuorum penatua boleh merancang aktiviti. Kebanyakan aktiviti diadakan pada masa bukan hari Ahad atau malam Isnin.

8.2.2

Menjaga Orang yang Memerlukan

8.2.2.1

Pelayanan

Ahli kuorum penatua menerima tugasan pelayanan dari presidensi kuorum. Untuk maklumat lanjut, lihat bab 21.

8.2.2.2

Keperluan Jangka Pendek

Pelayan saudara berusaha untuk memahami dan menjawab keperluan ahli yang dilayani. Ahli mungkin memerlukan bantuan jangka pendek pada masa sakit, bersalin, kematian, hilang kerja, dan keadaan lain.

Apabila diperlukan, pelayan saudara meminta bantuan presidensi kuorum penatua.

8.2.2.3

Keperluan Jangka Panjang dan Keberdikarian

Seperti yang diselaraskan oleh uskup, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan membantu keperluan jangka panjang dan keberdikarian ahli.

Presiden kuorum penatua, presiden Lembaga Pertolongan, atau pemimpin lain membantu ahli itu atau keluarga membangunkan Rancangan Keberdikarian. Pelayan saudara atau saudari juga boleh membantu dalam rancangan ini.

8.2.2.4

Apabila Ahli Bahagian Mati

Apabila seorang ahli bahagian mati, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan tawarkan penghiburan dan bantuan. Di bawah bimbingan uskup, mereka boleh membantu dengan pengebumian.

Untuk maklumat lanjut, lihat 38.5.8.

8.2.3

Menjemput Semua untuk Menerima Injil

Presiden kuorum penatua tugaskan seorang ahli presidensi untuk membantu memimpin kerja misionari ahli dalam bahagian. Dia dan ahli presidensi Lembaga Pertolongan yang ditugaskan menyelaras usaha ini.

Lihat 23.5.1 dan 23.5.3.

8.2.4

Menyatukan Keluarga untuk Keabadian

Presiden kuorum penatua tugaskan seorang ahli presidensi untuk membantu memimpin kerja bait suci dan sejarah keluarga dalam bahagian. Dia dan ahli presidensi Lembaga Pertolongan yang ditugaskan menyelaras usaha ini.

Lihat 25.2.2.

8.3

Pemimpin Kuorum Penatua

8.3.1

Presidensi Pancang dan Uskup

Presiden kuorum penatua bertanggungjawab langsung kepada presidensi pancang. Dia kerap bertemu dengan ahli presidensi untuk menerima arahan dan melaporkan tanggungjawabnya.

Presiden kuorum penatua juga menerima bimbingan daripada uskup, yang merupakan pegawai utama dalam bahagian. Mereka kerap bertemu.

8.3.2

Majlis Tinggi

Presidensi pancang tugaskan seorang anggota majlis tinggi untuk mewakili mereka dalam setiap kuorum penatua. Tanggungjawab dia digariskan dalam 6.5.

8.3.3

Presidensi Kuorum Penatua

8.3.3.1

Memanggil Presidensi Kuorum Penatua

Selepas berunding dengan uskup, presiden pancang memanggil seorang penatua atau imam tinggi sebagai presiden kuorum penatua.

Jika unit ini cukup besar, presiden kuorum penatua merekomenkan kepada presiden pancang satu atau dua orang penatua atau imam tinggi sebagai penasihatnya.

8.3.3.2

Tanggungjawab

Presiden kuorum penatua ada tanggungjawab berikut. Para penasihatnya membantunya.

  • Melayani dalam majlis bahagian.

  • Memimpin usaha kuorum untuk terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat bab 1).

  • Mengatur dan menyelia pelayanan saudara.

  • Di bawah bimbingan uskup, berunding dengan ahli dewasa bahagian.

  • Selaras usaha kuorum penatua untuk menguatkan saudara dewasa muda, yang bujang dan berkahwin.

  • Bertemu dengan setiap ahli kuorum secara individu sekurang-kurangnya sekali setahun.

  • Mengajar ahli kuorum tugas imamat mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:89). Ini termasuk mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan imamat mereka dalam melaksanakan tatacara dan berkat.

  • Menyelia rekod, laporan dan kewangan kuorum (lihat LCR.ChurchofJesusChrist.org).

8.3.3.3

Mesyuarat Presidensi

Presidensi kuorum penatua dan setiausaha kerap bertemu. Presiden memimpin mesyuarat ini. Anggota majlis tinggi yang ditugaskan kepada kuorum menghadiri secara berkala.

Agenda ini boleh termasuk hal-hal berikut:

  • Merancang cara untuk menguatkan ahli kuorum (termasuk bakal penatua) dan keluarga mereka.

  • Selaras kerja misionari dan kerja bait suci dan sejarah keluarga.

  • Mengendali tugasan dari mesyuarat majlis bahagian.

  • Menyemak maklumat temu duga pelayanan.

  • Mempertimbangkan para saudara untuk melayani dalam panggilan dan tugas.

  • Merancang pertemuan dan aktiviti kuorum.

8.3.4

Setiausaha

Atas kelulusan uskup, seorang ahli presidensi kuorum penatua boleh memanggil seorang ahli kuorum sebagai setiausaha kuorum.

8.4

Membantu Bakal Penatua Bersedia Untuk Menerima Imamat Melkisedek

Seorang bakal penatua ialah ahli lelaki yang belum menerima Imamat Melkisedek dan (1) berumur 19 atau lebih tua atau (2) lebih muda daripada 19 tahun dan berkahwin.

Membantu bakal penatua bersedia untuk menerima Imamat Melkisedek adalah salah satu keutamaan tertinggi presidensi kuorum.