Buku Panduan dan Panggilan
17. Mengajar Injil


“17. Mengajar Injil,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“17. Mengajar Injil,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
ibu mengajar anak lelaki

17.

Mengajar Injil

Kita mengajar injil untuk membantu orang memperkuatkan iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

17.1

Asas-asas Mengajar Seperti Juruselamat

Apabila mengajar injil, ibu bapa, pengajar dan pemimpin mengikuti teladan Tuhan Yesus Kristus.

Pemimpin berkongsi asas-asas mengajar seperti Kristus berikut dengan pengajar dalam organisasi mereka. Asas-asas ini dijelaskan dengan terperinci dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat.

17.1.1

Kasihi Mereka Yang Anda Ajar

Segala yang Juruselamat lakukan adalah ungkapan kasih-Nya (lihat 2 Nefi 26:24).

17.1.2

Ajar melalui Roh

Para pengajar mencari bimbingan Roh semasa bersedia dan mengajar, dan berusaha untuk hidup layak untuk pengaruh-Nya setiap hari.

17.1.3

Mengajar Ajaran

Mengikuti teladan Juruselamat, pengajar tumpukan kebenaran injil yang penting dan menyelamatkan. Mereka menggunakan tulisan suci, ajaran para nabi zaman akhir dan bahan-bahan kurikulum yang diluluskan.

17.1.4

Menjemput Pembelajaran yang Tekun

Pengajar menggalakkan ahli untuk bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.

17.2

Pembelajaran dan Pengajaran Injil yang Berpusat di Rumah

Para pemimpin dan pengajar Gereja menggalakkan dan menyokong pembelajaran dan pengajaran injil yang berpusat di rumah.

Pemimpin dan pengajar menggalakkan ahli untuk mencari ilham sendiri tentang cara mengkaji dan mengajar injil. Sumber utama mereka haruslah tulisan suci dan pesanan persidangan umum.

17.3

Tanggungjawab Pemimpin

  • Tetapkan teladan dengan mempelajari injil dan mengajarnya dengan cara Juruselamat.

  • Pastikan pengajaran dalam organisasi membina iman dan ia adalah ajaran benar.

  • Berikan sokongan berterusan kepada para pengajar dalam organisasi mereka.

17.4

Pertemuan Majlis Pengajar

Di pertemuan majlis pengajar, para pengajar berunding tentang asas-asas mengajar seperti Kristus. Mereka juga berunding cara memperbaiki pembelajaran dan pengajaran injil. Mereka menggunakan sumber Mengajar dengan Cara Juruselamat.

Mesyuarat majlis pengajar diadakan setiap suka tahun semasa waktu kelas 50 minit pada hari Ahad.