Buku Panduan dan Panggilan
20. Aktiviti


“20. Aktiviti,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“20. Aktiviti,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
remaja puteri dengan penembak air

20.

Aktiviti

20.1

Tujuan

Aktiviti Gereja menyatukan para ahli Gereja dan orang lain sebagai “warga umat Tuhan” (Efesus 2:19). Tujuan aktiviti boleh termasuk yang berikut:

  • Membina iman kepada Yesus Kristus.

  • Membawa keseronokan dan membentuk kesatuan.

  • Menyediakan peluang untuk perkembangan peribadi.

  • Menguatkan individu dan keluarga.

  • Membantu ahli terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat 1.2).

20.2

Merancang Aktiviti

Sebelum merancang aktiviti, para pemimpin mempertimbangkan keperluan rohani dan duniawi para ahli. Para pemimpin mencari bimbingan Roh apabila menentukan jenis aktiviti yang akan membantu memenuhi keperluan itu.

20.2.1

Tanggungjawab untuk Merancang Aktiviti

Aktiviti bahagian boleh dirancang dalam cara berikut, berdasarkan keperluan tempatan:

  • Majlis bahagian boleh menyelia rancangan itu.

  • Majlis bahagian boleh tugaskan organisasi tertentu untuk membantu merancang satu atau lebih aktiviti.

  • Apabila diperlukan dan cukup ahli, lembaga uskup boleh mengorganisasikan jawatankuasa aktiviti bahagian.

Untuk maklumat tentang perancangan aktiviti remaja bahagian, lihat 10.2.1.3 dan 11.2.1.3.

20.2.2

Menjemput Semua untuk Menyertai

Mereka yang merancang aktiviti harus menjangkau kepada semua, terutamanya ahli baharu, ahli yang kurang aktif, remaja, dewasa bujang, orang yang kurang upaya dan dari agama lain.

Aktiviti tidak seharusnya membebankan pemimpin dan ahli.

20.2.3

Standard

Aktiviti Gereja harus menaikkan semangat dan menekankan apa yang “berhemah, indah, atau dikatakan baik atau layak dipuji” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13). Aktiviti tidak termasuk apa-apa yang bertentangan dengan ajaran Gereja.

20.2.6

Dana untuk Aktiviti

Kebanyakan aktiviti haruslah sederhana dan kos rendah atau tanpa kos. Sebarang perbelanjaan mesti diluluskan terlebih dahulu oleh lembaga uskup atau presidensi pancang.

Ahli biasanya tidak perlu membayar untuk menyertai dalam aktiviti. Untuk polisi dan garis panduan tentang dana aktiviti, lihat 20.6.

20.4

Persidangan Remaja

Bermula bulan Januari pada tahun mereka berumur 14 tahun, remaja putera dan remaja puteri dijemput untuk menyertai persidangan remaja. Persidangan remaja biasanya diadakan sekali setiap tahun di peringkat bahagian atau pancang. Ia juga boleh diadakan di peringkat pelbagai pancang atau kawasan. Pada tahun remaja menghadiri persidangan FSY, pancang dan bahagian tidak harus mengadakan persidangan remaja.

Persidangan remaja bahagian dirancang dan dijalankan oleh majlis remaja bahagian, di bawah arahan lembaga uskup (lihat 29.2.6). Lembaga uskup mendapatkan kelulusan presidensi pancang untuk rancangan persidangan remaja bahagian.

Semasa pemimpin dan remaja merancangkan persidangan remaja, mereka harus mematuhi polisi dalam bab ini dan garis panduan berikut:

  • Tema remaja tahunan Gereja boleh digunakan sebagai tema persidangan.

  • Rancangkan aktiviti yang selaras dengan tema.

  • Dapatkan kelulusan lembaga uskup atau presidensi pancang untuk semua pembicara dan aktiviti.

  • Pastikan pengawasan dewasa yang mencukupi pada setiap masa (lihat 20.7.1).

20.5

Polisi dan Garis Panduan untuk Memilih dan Merancang Aktiviti

20.5.1

Aktiviti Komersial atau Politik

Aktiviti yang diadakan untuk tujuan komersial atau politik tidak dibenarkan (lihat 35.5.2).

20.5.2

Tarian dan Muzik

Dalam semua tarian, baju, dandanan, pencahayaan, gaya tarian, lirik, dan muzik harus mencipta suasana di mana Roh Tuhan boleh hadir.

20.5.3

Malam Isnin

Ahli digalakkan untuk mengadakan aktiviti keluarga pada hari Isnin atau pada masa lain. Tiada aktiviti, pertemuan, atau pembaptisan Gereja harus diadakan selepas pukul 6:00 petang pada hari Isnin.

20.5.5

Aktiviti Bermalam

Aktiviti bermalam Gereja untuk kumpulan remaja putera dan remaja puteri harus diluluskan oleh uskup dan presiden pancang. Begitu juga dengan aktiviti untuk ahli bujang lelaki dan wanita.

Aktiviti bermalam dalam bangunan gereja atau tapak bangunan gereja tidak dibenarkan.

20.5.8

Pematuhan Hari Sabat

Tiada kem Gereja, acara sukan, atau acara rekreasi yang akan dijadualkan pada hari Ahad. Kumpulan remaja dan orang lain juga tidak boleh melakukan perjalanan ke atau dari kem atau persidangan remaja pada hari Ahad.

20.5.10

Lawatan Bait Suci

Lawatan bait suci diatur di peringkat bahagian atau pancang dalam daerah bait suci yang ditugaskan.

20.6

Polisi dan Garis Panduan untuk Dana Aktiviti

20.6.1

Aktiviti yang Dibayar dengan Dana Belanjawan Bahagian atau Pancang

Dana belanjawan bahagian atau pancang harus digunakan untuk membayar semua aktiviti—dengan pengecualian yang mungkin tersenarai dalam 20.6.2.

20.6.2

Dana untuk Kem Remaja

Jika belanjawan bahagian atau pancang tidak cukup untuk membayar aktiviti berikut, pemimpin boleh minta para peserta untuk membayar sebahagian atau kesemuanya:

  • Satu kem lanjutan Imamat Harun tahunan atau aktiviti yang serupa.

  • Satu kem lanjutan Remaja Puteri tahunan atau aktiviti yang serupa.

  • Satu kem tahunan atau aktiviti yang serupa untuk kanak-kanak Sekolah Primer yang berumur 8 tahun sehingga 11.

Perbelanjaan atau perjalanan untuk kem tahunan tidak berlebihan. Kekurangan dana peribadi tidak seharusnya menghalang penyertaan seorang ahli.

20.6.3

Dana untuk Persidangan FSY

Remaja boleh diminta untuk menyumbang bayaran untuk menghadiri persidangan Untuk Kekuatan Remaja (FSY). Jika kos itu akan menghalang penyertaan remaja, uskup boleh menggunakan dana belanjawan bahagian untuk membayar semua atau sebahagian dari yuran ini. Lihat FSY.ChurchofJesusChrist.org.

20.6.5

Acara Pengumpulan Dana

Perbelanjaan untuk aktiviti pancang dan bahagian biasanya dibayar dengan dana belanjawan. Walau bagaimanapun, seorang presiden pancang atau uskup boleh membenarkan satu acara pengumpulan dana setiap tahun untuk tujuan berikut sahaja:

  • Untuk membantu membayar aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam 20.6.2.

  • Untuk membantu membeli kelengkapan yang unit perlukan untuk kem tahunan.

20.7

Polisi dan Garis Panduan Keselamatan untuk Aktiviti

20.7.1

Penyeliaan Dewasa

Sekurang-kurangnya dua orang dewasa mesti hadir di semua aktiviti Gereja untuk kanak-kanak dan remaja. Dewasa tambahan mungkin diperlukan bergantung pada saiz kumpulan, kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti, atau faktor lain. Ibu bapa digalakkan untuk membantu.

Semua yang bekerja dengan kanak-kanak dan remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja. Lihat ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org.

20.7.2

Syarat Umur untuk Penyertaan dalam Aktiviti Remaja

Dengan kelulusan ibu bapa mereka, remaja boleh menghadiri kem bermalam bermula bulan Januari pada tahun mereka akan berumur 12 tahun. Mereka boleh menghadiri tarian, persidangan remaja, dan persidangan FSY bermula pada bulan Januari pada tahun mereka akan berumur 14 tahun.

20.7.4

Kebenaran Ibu Bapa

Kanak-kanak dan remaja tidak boleh menyertai aktiviti Gereja tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka. Bagi aktiviti Gereja yang termasuk penginapan bermalam, perjalanan jauh, atau lebih berisiko tinggi, persetujuan bertulis diperlukan.

Ibu bapa dan penjaga memberi kebenaran ini dengan menandatangani borang Kebenaran dan Pelepasan Perubatan.

20.7.5

Laporan Penderaan

Sebarang penderaan yang berlaku semasa aktiviti Gereja harus dilaporkan kepada penguasa awam. Uskup harus segera dihubungi. Arahan bagi ahli ada dalam 38.6.2.7. Arahan bagi uskup ada dalam 38.6.2.1.

20.7.6

Langkah Keselamatan, Respon Kemalangan, dan Laporkan Kemalangan

20.7.6.1

Langkah Keselamatan

Pemimpin dan peserta mempertimbangkan aktiviti dengan teliti untuk memastikan kurang risiko kecederaan atau kesakitan. Aktiviti juga harus kurang risiko kerosakan harta benda. Semasa aktiviti, para pemimpin berusaha untuk memastikan keselamatan.

20.7.6.2

Respon Kemalangan

Jika kemalangan atau kecederaan berlaku di harta benda Gereja atau semasa aktiviti Gereja, para pemimpin mematuhi garis panduan berikut, jika sesuai:

  • Berikan pertolongan cemas. Jika seseorang memerlukan rawatan perubatan tambahan, hubungi perkhidmatan perubatan kecemasan. Hubungi ibu bapa, penjaga, atau ahli keluarga lain dan uskup atau presiden pancang.

  • Jika seseorang hilang atau meninggal, segera maklumkan penguatkuasa undang-undang tempatan.

  • Beri sokongan emosi.

  • Jangan menggalakkan atau tidak menggalakkan tindakan undang-undang. Jangan membuat komitmen bagi pihak Gereja.

  • Kumpulkan dan simpan nama-nama saksi, maklumat kenalan mereka, laporan kejadian dan gambar-gambar.

  • Laporkan kemalangan (lihat 20.7.6.3).

20.7.6.3

Laporkan Kemalangan

Situasi berikut harus dilaporkan dalam talian di incidents.ChurchofJesusChrist.org.

  • Kemalangan atau kecederaan berlaku pada harta benda Gereja atau semasa aktiviti Gereja.

  • Seseorang yang menyertai aktiviti Gereja hilang.

  • Harta swasta, awam atau Gereja rosak semasa aktiviti Gereja.

  • Tindakan undang-undang dikenakan atau dijangka.

Jika peristiwa mengakibatkan kecederaan serius, kemalangan, atau orang hilang, presiden pancang, uskup, atau ahli gereja yang ditugaskan segera melaporkan kepada pejabat kawasan.

20.7.6.4

Insurans dan Soalan

Jika kecederaan berlaku semasa acara Gereja, pemimpin memutuskan jika program Bantuan Perubatan Aktiviti Gereja boleh digunakan.

Dalam sesetengah kes, presiden pancang atau uskup mungkin ada soalan tentang isu keselamatan atau tuntutan terhadap Gereja. Presiden pancang (atau uskup di bawah arahannya) merujuk soalan ini kepada Bahagian Pengurusan Risiko atau pejabat kawasan.

20.7.7

Perjalanan

Perjalanan untuk aktiviti Gereja harus diluluskan oleh uskup atau presiden pancang. Perjalanan ini tidak seharusnya membebankan ahli. Perjalanan jauh untuk aktiviti adalah tidak digalakkan.

Jika boleh, kumpulan Gereja harus menggunakan pengangkutan komersial untuk perjalanan jauh. Ia harus dilesenkan dan dilindungi oleh insurans liabiliti.

Apabila kumpulan Gereja menumpang kenderaan persendirian, setiap kenderaan mesti berada dalam keadaan operasi yang selamat. Setiap orang harus menggunakan tali pinggang keledar. Setiap pemandu haruslah seorang dewasa berlesen dan bertanggungjawab.