Buku Panduan dan Panggilan
26. Kad Rekomen Bait Suci


“26. Kad Rekomen Bait Suci,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“26. Kad Rekomen Bait Suci,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
uskup menemu duga lelaki

26.

Kad Rekomen Bait Suci

26.0

Pengenalan

Memasuki bait suci adalah kesempatan kudus. Pemimpin bahagian dan pancang menggalakkan semua ahli untuk menjadi layak dan ada kad rekomen bait suci semasa walaupun mereka tidak tinggal dekat dengan bait suci.

Pemimpin Gereja berusaha untuk memastikan semua yang memasuki bait suci adalah layak (lihat Mazmur 24:3–5).

Ahli mesti ada kad rekomen bait suci semasa untuk memasuki bait suci.

Seorang uskup berunding dengan presiden pancangnya jika dia ada soalan tentang rekomen bait suci yang tidak dijawab dalam bab ini. Presiden pancang boleh hubungi Pejabat Presidensi Utama jika ada soalan.

26.1

Jenis Kad Rekomen Bait Suci

Ada tiga jenis rekomen:

  1. Rekomen bait suci bagi ahli yang belum dianugerahkan. Kad rekomen ini adalah untuk ahli yang belum dianugerahkan yang dimeteraikan kepada ibu bapa mereka atau membuat pembaptisan dan penetapan secara wakil. Ia diberikan melalui Leader and Clerk Resources (LCR). Untuk maklumat lanjut, lihat 26.4.

  2. Rekomen bait suci untuk tatacara hidup. Rekomen ini adalah untuk ahli yang menerima anugerahan sendiri atau dimeteraikan kepada pasangan. Rekomen untuk tatacara hidup dilampirkan kepada rekomen bait suci biasa bagi ahli yang telah dianugerahi (dihuraikan di bawah).

  3. Rekomen bait suci bagi ahli yang telah dianugerahi. Rekomen ini adalah untuk ahli yang telah dianugerahi sebelum ini. Ia diberikan melalui LCR. Ia membenarkan seorang ahli untuk menyertai semua tatacara bait suci bagi orang mati. Ia juga digunakan apabila ahli yang telah dianugerahi dimeteraikan kepada ibu bapa atau anak-anak yang hidup atau yang sudah mati. Untuk maklumat lanjut, lihat 26.3.

26.2

Melindungi Kad Rekomen Bait Suci

26.2.1

Pemimpin Imamat Melindungi Kad Rekomen Bait Suci

Pemimpin imamat yang diberi kuasa untuk memegang buku kad rekomen bait suci harus melindunginya dengan cermat.

Pemimpin imamat juga memastikan individu yang tidak diberi kuasa tidak ada akses kepada maklumat kad rekomen bait suci dalam LCR.

26.2.3

Kehilangan atau Kecurian Kad Rekomen

Uskup minta ahli untuk segera memaklumkannya jika rekomen mereka hilang atau dicuri. Dia atau penasihat atau kerani yang ditugaskan menggunakan LCR untuk segera membatalkan rekomen itu. Jika sistem ini tidak tersedia, uskup menghubungi pejabat bait suci untuk pembatalan.

26.2.4

Pemegang Kad Rekomen Yang Tidak Mematuhi Standard Kelayakan

Jika uskup memutuskan bahawa seorang ahli yang ada rekomen semasa tidak mematuhi standard kelayakan (lihat 26.3), dia meminta kad rekomen ahli itu. Dia menggunakan LCR untuk membatalkan rekomen itu. Jika sistem ini tidak tersedia, uskup menghubungi pejabat bait suci untuk pembatalan.

26.3

Garis Panduan Umum untuk Pengeluaran Kad Rekomen Bait Suci

Pemimpin imamat harus memberi kad rekomen hanya jika ahli menjawab soalan rekomen bait suci dengan sesuai.

Temu duga kad rekomen bait suci tidak harus tergesa-gesa. Ia harus tertutup. Walau bagaimanapun, orang yang ditemu duga boleh menjemput seorang dewasa lain untuk hadir.

Pemimpin imamat tidak seharusnya menambah syarat-syarat lain ke dalam buku rekomen bait suci. Mereka juga tidak harus menyingkirkan mana-mana syarat.

Dalam pancang, seorang ahli presidensi pancang atau kerani pancang mengaktifkan kad rekomen bait suci dalam LCR selepas ia diberikan. Dalam daerah, seorang ahli presidensi misi atau kerani misi mengaktifkan rekomen itu. Rekomen untuk pembaptisan dan penetapan wakil diaktifkan apabila ia dicetak oleh seorang ahli lembaga uskup atau oleh presiden cabang.

26.3.1

Temu duga Kad Rekomen Bait Suci untuk Ahli Bahagian dan Cabang

Dalam bahagian, uskup atau penasihat yang ditugaskan menjalankan temu duga kad rekomen bait suci dan memberikan rekomen kepada mereka yang layak. Dalam cabang, hanya presiden cabang menjalankan temu duga dan memberi rekomen bait suci.

Dalam bahagian, uskup secara peribadi menemu duga ahli yang:

  • Menerima anugerahan sendiri (lihat 27.1 dan 27.2).

  • Dimeteraikan kepada pasangan (lihat 27.3).

Dalam kes mendesak apabila uskup tidak dapat buat, dia boleh membenarkan salah seorang penasihatnya untuk menjalankan temu duga ini.

Sebelum mengeluarkan rekomen dalam mana-mana situasi yang tersenarai di atas, uskup menyemak rekod ahli untuk sahkan ia tidak termasuk notasi tentang sekatan keahlian Gereja. Bagi ahli yang menerima anugerahan sendiri atau dimeteraikan kepada pasangan, dia juga memastikan bahawa:

  • Pembaptisan dan penetapan ahli itu dicatat dalam rekod keahlian.

  • Para saudara telah menerima Imamat Melkisedek.

Selepas ditemu duga oleh seorang ahli lembaga uskup atau presiden cabang, seorang ahli presidensi pancang menemu duga ahli yang tinggal di pancang. Seorang ahli presidensi misi menjalankan temu duga kedua untuk ahli yang tinggal dalam satu daerah. Seorang presiden daerah tidak menjalankan temu duga rekomen bait suci kecuali dibenarkan oleh Presidensi Utama.

26.3.2

Temu duga Kad Rekomen Bait Suci bagi Ahli di Kawasan Yang Terpencil

Sesetengah ahli tinggal di kawasan yang jauh atau sukar untuk bertemu dengan ahli presidensi pancang atau presidensi misi. Dalam situasi ini, presiden bait suci boleh menemu duga ahli itu dan menandatangani rekomen itu. Sebelum mengendali temu duga, dia berbincang dengan presiden pancang atau presiden misi. Uskup, seorang penasihat yang diberi kuasa, atau presiden cabang sepatutnya telah menemu duga ahli itu dan menandatangani rekomen itu.

26.4

Pengeluaran Kad Rekomen Bait Suci kepada Ahli yang Belum Dianugerahkan

26.4.1

Garis Panduan Umum

Kad rekomen bait suci dikeluarkan kepada ahli yang belum dianugerahkan seperti berikut:

  • Bagi ahli yang berumur 11 tahun ke atas untuk tatacara pembaptisan dan penetapan untuk orang yang telah mati. (Remaja puteri dan remaja putera yang ditahbiskan layak untuk rekomen bait suci bermula pada bulan Januari pada tahun mereka akan berumur 12 tahun.)

  • Bagi ahli yang berumur 8 hingga 20 tahun untuk pemeteraian kepada ibu bapa mereka. Kanak-kanak yang berumur kurang dari 8 tahun tidak perlukan rekomen untuk dimeteraikan kepada ibu bapa mereka (lihat 26.4.4).

  • Bagi ahli yang berumur 8 hingga 20 tahun untuk melihat pemeteraian adik-beradik kandung atau tiri yang hidup.

Ahli yang telah dianugerahi sebelum ini tidak diberi sebarang rekomen yang dijelaskan dalam bahagian ini.

Seorang ahli Gereja lelaki yang cukup umur untuk memegang imamat mesti ditahbiskan ke jabatan imamat sebelum dia boleh menerima kad rekomen bait suci.

26.4.2

Kad Rekomen Bait Suci untuk Ahli Yang Baru Dibaptiskan

Uskup menemu duga ahli baru yang berumur sesuai untuk terima rekomen bait suci untuk pembaptisan dan penetapan secara wakil sahaja. Dia menjalankan temu duga ini tidak lama selepas penetapan ahli, biasanya dalam seminggu (lihat 26.4.1). Bagi para saudara, temu duga ini boleh diadakan sebagai sebahagian daripada temu duga untuk menerima Imamat Harun.

26.4.3

Kad Rekomen Bait Suci untuk Pembaptisan dan Penetapan Secara Wakil Sahaja

Kad rekomen bait suci yang dikeluarkan untuk pembaptisan dan penetapan secara wakil hanya boleh digunakan untuk tujuan itu.

26.4.4

Kad Rekomen Bait Suci untuk Memeteraikan Anak-Anak yang Hidup kepada Ibu Bapa

Ahli yang berumur 21 tahun atau ke atas boleh dimeteraikan kepada ibu bapa mereka atau hanya melihat pemeteraian jika mereka telah (1) dianugerahi dan (2) ada kad rekomen bait suci semasa.

26.5

Pengeluaran Kad Rekomen Bait Suci dalam Keadaan Khas

26.5.1

Ahli Menerima Anugerahan Sendiri

Ahli yang layak yang ingin menerima anugerahan sendiri boleh berbuat demikian apabila mereka memenuhi semua syarat berikut:

  • Mereka berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

  • Mereka telah selesai atau bukan lagi dalam sekolah tinggi, sekolah menengah, atau yang setaraf dengannya.

  • Satu tahun telah berlalu sejak penetapan mereka.

  • Mereka berhasrat untuk menerima dan menghormati perjanjian bait suci sepanjang hidup mereka.

Tambahan, seorang lelaki mesti ada Imamat Melkisedek sebelum menerima anugerahannya. Untuk maklumat tentang ahli bersedia untuk menerima anugerahan mereka sendiri, lihat 25.2.8. Untuk maklumat tentang siapa yang boleh menerima anugerahan, lihat 27.2.1.

26.5.3

Misionari Muda Pulang dari Melayani Misi Jauh dari Tempat Tinggal

Presiden misi meletakkan tarikh dan mengaktifkan kad rekomen itu supaya ia akan tamat tempoh tiga bulan dari tarikh misionari pulang ke rumah.

Uskup menemu duga semula misionari untuk mengeluarkan kad rekomen bait suci baharu menjelang tamat tempoh tiga bulan itu.

26.5.4

Ahli yang Tidak Tinggal di Bahagian yang Sama Sekurang-kurangnya Setahun

Uskup atau penasihat yang ditugaskan menghubungi uskup dahulu sebelum menjalankan temu duga kad rekomen bait suci.

26.5.7

Ahli Yang Dikenalpasti sebagai Transgender

Presiden pancang harus berunding dengan Presidensi Kawasan untuk menangani situasi individu dengan kepekaan dan kasih sayang seperti Kristus (lihat 38.6.23).

26.5.8

Ahli yang Berbuat Dosa Serius

Seorang ahli yang telah berbuat dosa serius tidak boleh terima rekomen bait suci sehingga dia telah bertaubat (lihat 32.6).

26.5.9

Ahli yang Diterima Semula Selepas Penarikan atau Peletakan Keahlian Gereja

26.5.9.1

Ahli yang Belum Pernah Dianugerahi Sebelum ini

Ahli ini tidak dikeluarkan kad rekomen untuk menerima anugerahan sendiri sehingga satu tahun selepas tarikh pembaptisan dan penetapan mereka ke Gereja melalui pembaptisan dan penetapan.

26.5.9.2

Ahli yang Telah Dianugerahi Sebelumnya

Ahli yang telah dianugerahi sebelum ini tidak boleh menerima kad rekomen bait suci sehingga berkat bait suci mereka dipulihkan melalui tatacara pemulihan berkat.