Buku Panduan dan Panggilan
30. Panggilan dalam Gereja


“30. Panggilan dalam Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“30. Panggilan dalam Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
orang ramai mengangkat tangan kanan

30.

Panggilan dalam Gereja

30.0

Pengenalan

Panggilan memberi ahli peluang untuk rasa kebahagiaan melayani Tuhan dengan melayani anak-anak-Nya (lihat Mosia 2:17). Panggilan juga membantu ahli meningkatkan iman mereka dan mendekati Tuhan.

Ia tidaklah sesuai untuk bercita-cita untuk menginginkan panggilan tertentu dalam Gereja (lihat Markus 10:42–45; Ajaran dan Perjanjian 121:34–37). Ahli Gereja juga tidak “maju” dari satu panggilan kepada yang lain. Melayani panggilan dengan iman adalah lebih penting daripada jenis panggilan itu. Tuhan menghormati dedikasi semua yang melayani dalam Gereja-Nya.

30.1

Menentukan Siapa untuk Dipanggil

30.1.1

Garis Panduan Umum

Mereka yang melayani dalam Gereja dipanggil oleh Tuhan (lihat Ibrani 5:4; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:5). Pemimpin mencari bimbingan Roh dalam menentukan siapa yang harus dipanggil (lihat juga 4.2.6). Mereka juga mempertimbangkan:

  • Kelayakan ahli (seperti yang ditentukan dalam temu duga).

  • Kurnia dan kebolehan yang ahli itu ada, atau boleh kembangkan, untuk memberkati orang lain.

  • Keadaan peribadi ahli, termasuk kesihatan dan pekerjaannya.

  • Kesan panggilan ini mungkin ada terhadap perkahwinan dan keluarga ahli itu.

Para ahli diberkati atas pengorbanan yang mereka buat untuk melayani dalam Gereja. Walau bagaimanapun, panggilan tidak seharusnya meletakkan beban yang tidak wajar kepada individu dan keluarga. Panggilan juga tidak harus menyukarkan ahli untuk memenuhi tanggungjawab pekerjaan mereka.

Umumnya, setiap ahli dipanggil untuk melayani hanya satu panggilan dalam satu masa, sebagai tambahan kepada pelayan saudara atau saudari.

Apabila menghulurkan panggilan kepada ahli yang sudah berkahwin, pemimpin memastikan pasangannya tahu dan sokong panggilan itu. Sebelum menghulurkan panggilan kepada seorang remaja putera atau remaja puteri, pemimpin mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaganya.

Sebelum panggilan diberikan, uskup semak rekod keahlian orang itu dengan teliti untuk memastikan bahawa ia tidak termasuk anotasi atau sekatan keahlian rasmi.

30.1.2

Panggilan untuk Ahli Baharu

Peluang melayani membantu ahli berkembang secara rohani.

Pemimpin bahagian memberi ahli baharu peluang untuk melayani tidak lama selepas mereka dibaptiskan dan ditetapkan.

30.1.3

Panggilan untuk Mereka yang Bukan Ahli

Yang bukan ahli Gereja boleh dipanggil ke sesetengah jawatan, seperti pemain organ, pengarah muzik, atau panggilan untuk membantu merancang aktiviti. Walau bagaimanapun, mereka tidak harus dipanggil sebagai pengajar, ahli presidensi kuorum atau organisasi, atau pemimpin muzik Sekolah Primer.

30.1.4

Kerahsiaan

Panggilan dan pelepasan adalah kudus. Oleh itu, pemimpin memastikan maklumat tentang cadangan panggilan dan pelepasan panggilan itu sulit.

30.1.5

Cadangan dan Kelulusan untuk Panggilan

Carta Panggilan menunjukkan siapa yang mencadangkan setiap panggilan dan siapa yang beri kelulusan (lihat 30.8).

Uskup dan presiden pancang mempertimbangkan setiap cadangan dengan teliti, dengan sedar bahawa ia dibuat dengan penuh doa. Lembaga uskup atau presidensi pancang bertanggungjawab untuk menerima ilham tentang siapa yang harus dipanggil.

30.2

Memberi Panggilan

Menerima panggilan untuk melayani harus menjadi pengalaman rohani yang bermakna bagi seorang ahli.

Apabila seorang pemimpin memberi panggilan, dia menjelaskan bahawa ia datang daripada Tuhan.

Pemimpin juga boleh:

  • Jelaskan tujuan, kepentingan dan tanggungjawab panggilan itu.

  • Galakkan ahli untuk mencari Roh Tuhan dalam memenuhi panggilan itu.

  • Bersaksi bahawa Tuhan akan membantu ahli itu dan akan memberkatinya kerana melayani dengan beriman.

  • Beritahu ahli siapa yang akan menyediakan latihan dan sokongan untuk panggilan itu.

  • Beritahu ahli mana pertemuan yang dia harus hadiri dan sumber yang tersedia.

30.3

Menyokong Ahli dalam Panggilan

Mereka yang dipanggil ke kebanyakan jawatan Gereja harus diperkenalkan untuk disokong sebelum mereka mula melayani (lihat Ajaran dan Perjanjian 28:13; 42:11).

Pengendali mengumumkan pelepasan jawatan terlebih dahulu (jika berkenaan). Dia menjemput para ahli untuk memberi tanda kesyukuran atas pelayanan orang itu (lihat 30.6).

Apabila memperkenalkan seseorang untuk sokongan, seorang pemimpin imamat yang berwewenang menjemput dia untuk berdiri. Pemimpin boleh menggunakan kata-kata berikut:

“[Nama] telah dipanggil sebagai [jawatan]. Mereka yang menyokong [dia] boleh menunjukkannya dengan mengangkat tangan. [Berhenti sebentar.] Yang tidak setuju, jika ada, boleh menyatakannya. [Berhenti sebentar.]”

Jika seorang ahli yang mempunyai kedudukan yang baik dalam gereja tidak setuju dengan panggilan itu, pemimpin utama atau pemimpin imamat yang ditugaskan bertemu dengannya secara peribadi selepas pertemuan itu.

30.4

Menetapkan Ahli untuk Panggilan

Untuk maklumat lanjut, lihat 18.11.

30.6

Melepaskan Ahli dari Panggilan

Apabila presiden atau uskup dilepaskan, para penasihatnya dilepaskan secara automatik.

Melanjutkan pelepasan adalah peluang penting bagi seorang pemimpin untuk menyatakan kesyukuran dan untuk mengakui tangan Tuhan dalam pelayanan ahli. Pemimpin itu bertemu dengan ahli itu secara peribadi untuk memberitahu dia tentang pelepasan sebelum diumumkan kepada jemaah. Hanya mereka yang perlu tahu akan dimaklumkan tentang pelepasan sebelum diumumkan.

Seorang pemimpin imamat yang diberi kuasa mengumumkan pelepasan dalam keadaan yang sama di mana orang itu disokong. Pemimpin boleh menggunakan kata-kata berikut:

“[Nama] telah dilepaskan sebagai [jawatan]. Mereka yang ingin berterima kasih atas pelayanannya boleh menunjukkannya dengan mengangkat tangan.”

Pemimpin tidak tanya jika ada yang membantah.

30.8

Carta Panggilan

30.8.1

Panggilan Bahagian

Panggilan

Dicadangkan oleh

Diluluskan oleh

Disokong oleh

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Panggilan

Uskup2

Dicadangkan oleh

Presidensi pancang, menggunakan LCR

Diluluskan oleh

Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang selepas menerima kebenaran Presidensi Utama

Panggilan

Penasihat dalam lembaga uskup2

Dicadangkan oleh

Uskup

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Kerani bahagian

Dicadangkan oleh

Lembaga Uskup

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau penasihat atau ahli majlis tinggi yang ditugaskan

Panggilan

Setiausaha eksekutif bahagian

Dicadangkan oleh

Lembaga Uskup

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau penasihat atau ahli majlis tinggi yang ditugaskan

Panggilan

Presiden kuorum penatua

Dicadangkan oleh

Presidensi pancang (berunding dengan uskup)

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden Pancang

Panggilan

Para penasihat dalam presidensi kuorum penatua

Dicadangkan oleh

Presiden kuorum (berunding dengan uskup)

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau penasihat atau ahli majlis tinggi yang ditugaskan

Panggilan

Panggilan kuorum penatua lain

Dicadangkan oleh

Presidensi Kuorum

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli kuorum

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden kuorum atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Presiden organisasi bahagian

Dicadangkan oleh

Lembaga Uskup

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup

Panggilan

Para penasihat dalam presidensi organisasi bahagian

Dicadangkan oleh

Presiden Organisasi

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Panggilan Lembaga Pertolongan bahagian lain

Dicadangkan oleh

Presidensi Lembaga Pertolongan

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli Lembaga Pertolongan

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Panggilan lain dalam Remaja Puteri, Sekolah Primer dan Sekolah Minggu bahagian

Dicadangkan oleh

Presidensi Organisasi

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Pemimpin misi bahagian (seorang ahli presidensi kuorum penatua boleh memenuhi peranan ini, jika demikian, dia tidak perlu dipanggil, disokong, atau ditetapkan secara berasingan)

Dicadangkan oleh

Lembaga uskup (dalam perundingan dengan presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan)

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Para misionari bahagian

Dicadangkan oleh

Lembaga uskup atau presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian (seorang ahli presidensi kuorum penatua boleh memenuhi peranan ini, jika demikian, dia tidak perlu dipanggil, disokong, atau ditetapkan secara berasingan)

Dicadangkan oleh

Lembaga uskup (dalam perundingan dengan presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan)

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Penolong kepada presiden kuorum imam

Dicadangkan oleh

Uskup (sebagai presiden kuorum imam)

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli kuorum

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup

Panggilan

Pengajar dan presiden kuorum diaken

Dicadangkan oleh

Lembaga Uskup

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli kuorum

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Dipanggil oleh uskup atau penasihat yang ditugaskan; ditetapkan oleh uskup

Panggilan

Penasihat dalam pengajar dan presidensi kuorum diaken dan setiausaha kuorum

Dicadangkan oleh

Presiden kuorum

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli kuorum

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Presiden kelas Remaja Puteri

Dicadangkan oleh

Lembaga uskup (berunding dengan presidensi Remaja Puteri)

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli kelas

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Penasihat dalam presidensi kelas Remaja Puteri dan setiausaha kelas

Dicadangkan oleh

Presiden kelas

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli kelas

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Panggilan bahagian lain

Dicadangkan oleh

Lembaga Uskup

Diluluskan oleh

Lembaga Uskup

Disokong oleh

Ahli bahagian

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Uskup atau penasihat yang ditugaskan

  1. Pemeterai aktif dalam bait suci tidak harus dipanggil untuk melayani dalam lembaga uskup. Pemeterai dipanggil di bawah arahan Presiden Gereja.

30.8.2

Panggilan Cabang

Panggilan

Dicadangkan oleh

Diluluskan oleh

Disokong oleh

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Panggilan

Presiden Cabang1

Dicadangkan oleh

Presidensi pancang, misi, atau daerah

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi atau presidensi misi

Disokong oleh

Ahli Cabang

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau misi (atau presiden daerah jika ditugaskan)

Panggilan

Para penasihat dalam presidensi cabang1

Dicadangkan oleh

Presiden cabang

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi atau presidensi misi (atau, apabila presiden misi, presidensi daerah membenarkan)

Disokong oleh

Ahli Cabang

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang, misi, atau presiden daerah atau penasihat yang ditugaskan

Panggilan

Kerani cabang, penolong kerani, dan setiausaha eksekutif

Dicadangkan oleh

Presidensi cabang

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi atau presidensi misi (atau, apabila presiden misi, presidensi daerah membenarkan)

Disokong oleh

Ahli Cabang

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau penasihat atau ahli majlis tinggi yang ditugaskan (untuk cabang di pancang); presiden daerah atau pemimpin imamat yang dia tugaskan (untuk cabang dalam misi)

Panggilan

Presiden kuorum penatua

Dicadangkan oleh

Presidensi pancang, daerah atau misi (berunding dengan presiden cabang)

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi atau presidensi misi (atau, apabila presiden misi, presidensi daerah membenarkan)

Disokong oleh

Ahli Cabang

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau misi (atau presiden daerah jika ditugaskan)

Panggilan

Penasihat dalam presidensi kuorum penatua

Dicadangkan oleh

Presiden kuorum (dalam perundingan dengan presiden cabang)

Diluluskan oleh

Presidensi pancang dan majlis tinggi atau presidensi misi (atau, apabila presiden misi, presidensi daerah membenarkan)

Disokong oleh

Ahli Cabang

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Presiden pancang atau misi atau penasihat atau ahli majlis tinggi yang ditugaskan (atau presiden daerah atau pemimpin imamat lain jika ditugaskan)

Panggilan

Panggilan cabang lain

Dicadangkan oleh

Lihat 30.8.1, menggantikan presiden cabang untuk uskup dan cabang untuk bahagian.

Diluluskan oleh

Lihat 30.8.1, menggantikan presiden cabang untuk uskup dan cabang untuk bahagian.

Disokong oleh

Lihat 30.8.1, menggantikan presiden cabang untuk uskup dan cabang untuk bahagian.

Dipanggil dan ditetapkan oleh

Lihat 30.8.1, menggantikan presiden cabang untuk uskup dan cabang untuk bahagian.

  1. Pemeterai aktif dalam bait suci tidak harus dipanggil untuk melayani dalam presidensi cabang. Pemeterai dipanggil di bawah arahan Presiden Gereja.