Buku Panduan dan Panggilan
35. Penjagaan dan Penggunaan Bangunan Pertemuan


“35. Penjagaan dan Penggunaan Tempat Pertemuan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“35. Penjagaan dan Penggunaan Tempat Pertemuan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
orang membasuh tingkap dan vakum

35.

Penjagaan dan Penggunaan Bangunan Pertemuan

35.1

Tujuan

Gereja menyediakan bangunan pertemuan agar semua yang masuk boleh:

35.2

Peranan dan Tanggungjawab

35.2.2

Pengurus Kemudahan Gereja

Seorang pengurus (lelaki/wanita) kemudahan Gereja membantu setiap pancang mengurus bangunan pertemuan. Dia mengatur pembaikan besar, pembersihan menyeluruh, dan rutin penyelenggaraan.

Jika perlu, pengurus kemudahan membantu mengarah wakil bangunan pancang dan bahagian tentang pembersihan bangunan dan tugas tempatan yang lain. Dia menyediakan arahan, bahan,dan peralatan.

Dia juga boleh menyemak perbelanjaan bangunan dengan lembaga uskup.

35.2.7

Lembaga Uskup

Lembaga uskup (atau wakil bangunan bahagian) mengajar ahli cara untuk mengguna, menjaga, dan mengawasi bangunan itu. Lembaga uskup juga mengedarkan kunci bangunan kepada pemimpin bahagian.

Mereka memastikan aktiviti dalam bangunan dan di atas tanah Gereja dijalankan dengan selamat (lihat 20.7).

Mereka berkomunikasi dengan pengurus kemudahan Gereja tentang keperluan penyelenggaraan dan operasi. Mereka juga boleh menyemak perbelanjaan yang berkaitan dengan pengurus kemudahan.

35.2.9

Wakil Bangunan Bahagian

Lembaga uskup memutuskan sama ada untuk memanggil seorang wakil bangunan bahagian atau tidak. Jika mereka memutuskan untuk memberi panggilan ini, lembaga uskup boleh memanggil seorang ahli lelaki atau wanita dewasa. Jika tiada wakil bangunan bahagian, uskup boleh tugaskan tanggungjawab ini kepada salah seorang penasihatnya, kerani bahagian atau penolong kerani bahagian, atau setiausaha eksekutif.

Wakil bangunan bahagian mengatur ahli dan sukarelawan untuk membersih dan menjaga bangunan itu. Dia mengajar mereka cara untuk lakukan setiap tugas dengan bekalan dan peralatan yang tersedia.

35.3

Menyediakan Tempat Pertemuan

Bangunan pertemuan berbeza mengikut saiz dan jenis berdasarkan keperluan dan keadaan tempatan. Bangunan pertemuan mungkin tapak yang Gereja dirikan atau beli, rumah seorang ahli, sekolah atau pusat komuniti tempatan, tapak yang disewa, atau pilihan lain yang diluluskan.

Pemimpin kawasan dan tempatan menggunakan bangunan pertemuan sedia ada dengan sepenuhnya dan bijaksana dalam mencadangkan ruang tambahan.

35.4

Menjaga Bangunan Pertemuan

35.4.1

Membersih dan Menjaga Bangunan Pertemuan

Pemimpin dan ahli tempatan, termasuk remaja, bertanggungjawab untuk membantu memastikan setiap bangunan bersih dan dalam keadaan baik.

Jadual pembersihan tidak seharusnya membebankan ahli. Contohnya, jika perjalanan ke bangunan sukar, ahli boleh membersih sebagai aktiviti mingguan ketika berada di bangunan itu.

35.4.2

Memohon Pembaikan

Ahli majlis bahagian dan pancang boleh melaporkan keperluan untuk pembaikan bangunan. Ini dibuat melalui perkhidmatan Facility Issue Reporting (Laporan Isu Kemudahan) (FIR).

35.4.5

Keselamatan

Para pemimpin dan ahli harus:

  • Memastikan laluan, tangga, ruang keluar, dan bilik utiliti bersih untuk keselamatan masuk dan keluar.

  • Tidak mengguna atau menyimpan bahan berbahaya atau mudah terbakar dalam bangunan.

  • Menubuh dan mengikut prosedur penguncian bangunan.

  • Melindungi peralatan milik Gereja dari kecurian.

  • Mengetahui cara mematikan kemudahan seperti air, elektrik, dan gas atau bahan bakar.

Jika perlu, pengurus kemudahan boleh menyediakan peta pemadam api, kit bantuan kecemasan, dan lokasi untuk tutup utiliti. Maklumat lanjut tentang keselamatan ada dalam “Security and Lockup Procedures” dalam “Maintaining Meetinghouses” (Meetinghouse Facilities Guide). Lihat juga 20.7.

35.5

Polisi Penggunaan Harta Gereja

35.5.1

Karya Seni

Tempat pertemuan harus mencerminkan sikap ketakziman bagi Yesus Kristus dan bersaksi tentang kepercayaan ahli. Lukisan Yesus Kristus harus ditempatkan di ruang masuk bangunan gereja untuk menunjukkan pusat kepercayaan kita.

35.5.2

Penggunaan Bangunan Yang Tidak Dibenarkan

35.5.2.1

Penggunaan Komersial

Harta Gereja tidak boleh diguna untuk tujuan komersial. Contohnya, ia tidak boleh digunakan untuk sokong apa-apa jenis bisnes. Penggunaan ini tidak selaras dengan tujuan harta Gereja. Ia juga bertentangan dengan undang-undang tempatan atau negara yang membenarkan pengecualian cukai harta Gereja.

Pembicara atau pengajar yang merekrut peserta, mencari pelanggan, atau membayar yuran semasa seminar, pengajaran (kecuali kelas piano atau organ peribadi, lihat 19.7.2), kelas senaman, dan aktiviti lain tidak dibenarkan.

35.5.2.2

Tujuan Politik

Harta Gereja tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Ini termasuk mengadakan pertemuan atau kempen politik. Gereja adalah neutral politik (lihat 38.8.30).

35.5.2.3

Penggunaan Lain

Penggunaan harta Gereja yang tidak dibenarkan termasuk:

  • Mengadakan olahraga atau acara lain yang tidak ditaja oleh Gereja. Koir komuniti dan perkahwinan sivil boleh dikecualikan (lihat 38.3.4 tentang perkahwinan sivil).

  • Membenarkan tumpangan semalaman (kecuali kecemasan, lihat 35.5.4).

  • Perkhemahan atau aktiviti lain yang termasuk bermalam.

Penggunaan berikut biasanya tidak diluluskan. Pemimpin tempatan menghubungi pengurus kemudahan jika mereka rasa pengecualian diperlukan.

  • Menyewakan bangunan dan harta Gereja

  • Menggunakan bangunan untuk pendaftaran pengundi politik atau sebagai tempat pengundian; pengecualian boleh dibuat atas permintaan pegawai kerajaan apabila tidak ada alternatif yang munasabah dan peristiwa itu tidak membahayakan imej atau kedudukan neutral Gereja (lihat 38.8.30)

35.5.4

Kecemasan

Semasa kecemasan, presiden pancang memutuskan sama ada mengadakan pertemuan bahagian dan pancang. Dia juga boleh membenarkan penggunaan bangunan dan harta Gereja oleh agensi bantuan bencana dan usaha yang berkaitan.

35.5.10

Gambar dan Rakaman Video semasa Pertemuan Sakramen

Pertemuan sakramen adalah kudus. Untuk itu, gambar atau rakaman pertemuan sakramen tidak dibenarkan.

Untuk maklumat tentang penyiaran atau siaran pertemuan sakramen dan pertemuan lain, lihat 29.7.