Bantuan Pengkajian
TJS, Lukas 14


TJS, Lukas 14:35–37. Bandingkan dengan Lukas 14:34

Mereka yang mengenali Musa dan para nabi percaya kepada Yesus.

35 Kemudian beberapa mereka datang kepada-Nya, mengatakan, Tuan Baik, kami mempunyai Musa dan para nabi, dan sesiapa yang hidup menurut mereka, tidakkah dia akan mendapat kehidupan?

36 Dan Yesus menjawab mengatakan, Kamu tidak mengenali Musa, tidak juga para nabi itu; kerana jika kamu mengenali mereka, kamu akan percaya kepada-Ku; kerana untuk tujuan ini mereka dituliskan. Kerana Aku diutus agar kamu boleh memiliki kehidupan. Oleh kerana itu Aku akan mempersamakannya dengan garam yang baik;

37 Tetapi jika garam itu telah hilang rasanya, dengan apakah ia akan diperasakan?