Bantuan Pengkajian
TJS, Markus 7


TJS, Markus 7:10–12. Bandingkan dengan Markus 7:10

Yesus mengutuk mereka yang menolak para nabi dan tidak mentaati hukum Musa.

10 Penuh tertulis tentangmu, oleh para nabi yang telah kamu tolak.

11 Mereka bersaksi bahawa hal-hal ini adalah benar, dan darah mereka akan berada pada dirimu.

12 Kamu tidak menurut tatacara-tatacara Tuhan; kerana Musa mengatakan, Hormatilah bapamu dan ibumu; dan sesiapa yang menyumpah bapa atau ibu, biarlah dia mati menurut kematian seorang pelanggar, seperti yang tertulis dalam hukummu; tetapi kamu tidak menurut hukum itu.