Bantuan Pengkajian
TJS, Markus 9


TJS, Markus 9:3. Bandingkan dengan Markus 9:4

Yohanes Pembaptis berada di Gunung Perubahan Rupa.

3 Dan di sana muncullah kepada mereka Elias dan Musa, atau dalam perkataan lain, Yohanes Pembaptis dan Musa; dan mereka bercakap dengan Yesus.

TJS, Markus 9:40–48. Bandingkan dengan Markus 9:43–48

Memotong tangan atau kaki yang bersalah dibandingkan dengan menamatkan persahabatan yang boleh menuntun seseorang itu tersesat.

40 Oleh kerana itu, jika tanganmu menyesatkanmu, potonglah ia; atau jika saudaramu menyesatkanmu dan tidak mengakui dan menghentikannya, dia akan disingkirkan. Adalah lebih baik bagimu untuk masuk dalam kehidupan ini lumpuh, daripada mempunyai dua tangan, hanya untuk masuk ke dalam neraka.

41 Kerana adalah lebih baik bagimu untuk masuk ke dalam kehidupan ini tanpa saudaramu, daripada engkau dan saudaramu dicampakkan ke dalam neraka; ke dalam api yang tidak akan pernah padam, di mana ulat-ulatnya tidak mati, dan api itu tidak akan terpadam.

42 Dan lagi, jika kakimu menyesatkanmu, potonglah ia; kerana dia yang menjadi teladanmu, dimana kamu menurut jejaknya, jika dia menjadi seorang pelanggar, dia akan disingkirkan.

43 Adalah lebih baik bagimu, untuk masuk ke dalam kehidupan dengan berkaki tempang, daripada dengan memiliki dua kaki dicampakkan ke dalam neraka; ke dalam api yang tidak sekali-kali akan terpadam.

44 Oleh kerana itu, biarlah setiap manusia berdiri atau jatuh, oleh dirinya sendiri, dan bukan untuk orang lain; atau tidak mempercayai orang lain.

45 Carilah Bapa-Ku, dan akan dilakukan tepat pada saat itu apa yang kamu minta, jika kamu meminta dengan iman, percaya bahawa kamu akan menerima.

46 Dan jika matamu yang melihat untukmu, dia yang dilantik untuk menjagamu untuk menunjukkan cahaya kepadamu, menjadi seorang pelanggar dan menyesatkanmu, cungkillah dia.

47 Adalah lebih baik bagimu untuk masuk ke dalam kerajaan Tuhan, dengan satu mata, daripada dengan memiliki dua mata dicampakkan ke dalam api neraka.

48 Kerana adalah lebih baik dirimu diselamatkan, daripada dicampakkan ke dalam neraka dengan saudaramu, di mana ulat-ulatnya tidak mati, dan di mana apinya tidak akan terpadam.