2010–2019
Adakah Saya Anak Tuhan?
April 2018


Adakah Saya Anak Tuhan?

Bagaimanakah kita masing-masing mengalami kuasa untuk memahami identiti ketuhanan kita? Ia bermula dengan mencari untuk mengenali Tuhan, Bapa kita.

Baru-baru ini saya pergi ke gereja dengan ibu saya di bangunan gereja batu yang lama kami. Tertarik dengan suara kanak-kanak kecil yang datang dari bilik Sekolah Primer yang saya hadiri beberapa tahun yang lalu, saya berjalan ke belakang dan memerhati pemimpin penyayang mengajar tema tahun ini: “Saya Anak Tuhan.”1 Saya tersenyum ketika saya teringat pengajar-pengajar yang penyabar dan penyayang yang selama masa nyanyian kami dulu, sering kali melihat saya—budak kecil yang bertenaga di hujung bangku itu—seolah-olah berkata, “Adakah dia benar-benar anak Tuhan? Dan siapa telah hantar dia ke sini?”2

Saya menjemput setiap kita untuk membuka hati kepada Roh Kudus, yang “bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Tuhan.”3

Kata-kata Presiden Boyd K. Packer adalah terus terang dan berharga: “Anda adalah anak Tuhan. Dia adalah bapa roh anda. Secara rohani anda adalah dari kelahiran diraja, zuriat Raja Syurga. Betulkan kebenaran itu di dalam fikiran anda dan berpegang kepadanya. Walau bagaimana banyak pun generasi dalam keturunan fana anda, tidak kira apa bangsa atau orang yang anda mewakili, salasilah roh anda boleh ditulis dalam satu baris. Anda seorang anak Tuhan!”4

“Apabila anda … melihat Bapa kita,” Brigham Young menggambarkan, “anda akan melihat seseorang yang anda telah lama mengenali, dan Dia akan menerima anda ke dalam lengan-Nya, dan anda akan bersedia untuk jatuh ke dalam pelukan-Nya dan mencium Dia.”5

Perang Besar ke atas Identiti Ketuhanan

Musa belajar tentang warisan ketuhanan dia melalui bercakap dengan Tuhan secara bersemuka. Berikutan dari pengalaman ini, “Setan datang menggodanya” dengan niat yang halus tetapi jahat untuk memutarbalikkan identiti Musa, “mengatakan: Musa, anak manusia, sembahlah aku. Dan … Musa memandang Setan dan berkata: Siapakah engkau? Kerana lihatlah, aku ialah seorang anak Tuhan.6

Perang hebat ini ke atas identiti ketuhanan terus menjadi perdebatan dengan Setan terus menambahkan cara menipu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan pengetahuan kita tentang hubungan kita dengan Tuhan. Syukurlah, kita telah diberkati dengan pemahaman yang jelas tentang identiti sebenar kita dari permulaan: “ Kemudian Tuhan berfirman, Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita,”7 dan nabi yang hidup mengisytiharkan, “Setiap insan ialah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi, dan, oleh demikian, masing-masing mempunyai sifat dan takdir ilahi.”8

Mempunyai pengetahuan kebenaran ini dengan kepastian9 membantu kita mengatasi segala percubaan, masalah, dan penderitaan.10 Apabila ditanya, “Bagaimanakah kita dapat membantu mereka menghadapi masalah [cabaran peribadi]?” Seorang Rasul Tuhan mengarahkan, “Ajarkan mereka identiti dan tujuan mereka.”11

“Pengetahuan Paling Berkuasa yang Saya Miliki”

Kebenaran yang berkuasa ini mengubah hidup untuk kawan saya Jen,12 ketika waktu remaja menyebabkan kemalangan kereta yang serius. Walaupun penderitaan jasmaninya teruk, dia merasakan kesakitan yang amat sangat kerana pemandu lain kehilangan nyawanya. “Seseorang kehilangan ibu mereka, dan itu salah saya,” katanya. Jen, yang beberapa hari sebelumnya berdiri dan membaca, “Kita adalah anak perempuan Bapa Syurgawi kita, yang mengasihi kita,”13 kini mempersoalkan, “Bagaimana Dia boleh mengasihi saya?”

“Penderitaan jasmani berakhir,” katanya, “tetapi saya tidak fikir saya akan sembuh dari luka emosi dan rohani.”

Untuk teruskan hidup, Jen menyembunyikan perasaannya dengan mendalam, mengasingkan dirinya dan tidak beremosi. Selepas setahun, ketika dia akhirnya dapat bercakap tentang kemalangan itu, seorang penasihat diilhamkan untuk menjemput dia menulis frasa “Saya adalah anak Tuhan” dan mengatakannya 10 kali sehari.

“Menulis kata-kata itu mudah,” katanya, “tetapi saya tidak boleh mengatakannya. … Itu menjadikannya benar, dan saya tidak benar-benar percaya bahawa Tuhan mahu saya sebagai anak-Nya. Saya akan memeluk diri dan menangis.”

Selepas beberapa bulan, Jen akhirnya dapat menyelesaikan tugas itu setiap hari. “Saya mencurahkan seluruh jiwa saya,” dia berkata, “merayu dengan Tuhan. … Kemudian saya mula mempercayai kata-kata itu.” Kepercayaan ini membenarkan Juruselamat untuk menyembuhkan jiwanya yang cedera. Kitab Mormon membawa ketenangan dan keberanian dalam Korban Tebusan-Nya.14

“Kristus merasakan kesakitan saya, kesedihan saya, kesalahan saya,” Jen menyimpulkan. “Saya merasakan kasih murni Tuhan dan tidak pernah mengalami apa-apa yang sangat berkuasa! Dengan mengetahui bahawa saya adalah anak Tuhan adalah pengetahuan yang paling berkuasa yang saya miliki!”

Mencari untuk Mengenali Tuhan, Bapa Kita

Saudara dan saudari, Bagaimanakah kita masing-masing mengalami kuasa untuk memahami identiti ilahi kita? Ia bermula dengan mencari untuk mengenali Tuhan, Bapa kita.15 Presiden Russell M. Nelson bersaksi, “Sesuatu yang berkuasa berlaku apabila seorang anak Tuhan mencari untuk lebih mengetahui tentang Dia dan Putera-Nya.”16

Belajar tentang Juruselamat dan mengikuti Juruselamat membantu kita mengenali Bapa. “Dia … perwujudan Tuhan [Bapa] sendiri,”17 Yesus mengajarkan, “Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya.”18 Setiap perkataan dan perbuatan Kristus mendedahkan sifat sebenar Tuhan dan hubungan kita dengan-Nya.19 Elder Jeffrey R. Holland mengajarkan, “Dengan darah yang muncul di setiap pori-pori dan tangis kepedihan di bibir-Nya, Kristus mencari Dia yang selalu dicari-—Bapa-Nya. ‘Abba,’ Dia memanggil, ‘Papa.’”20

Ketika Yesus sungguh-sungguh mencari Bapa-Nya di Getsemani, begitu juga dengan Joseph Smith yang muda, pada tahun 1820, berdoa dengan bersungguh-sungguh mencari Tuhan di Sacred Grove. Selepas membaca “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan,”21 Joseph pergi untuk berdoa.

“Aku berlutut ,” dia tuliskan “dan mula menyampaikan hasrat hatiku kepada Tuhan. …

“… Aku melihat tepat di atas kepalaku, suatu tiang cahaya. …

“… aku melihat dua Lembaga yang mana keterangan dan kemuliaan Mereka tidak dapat digambarkan, berdiri di atas diriku di udara.Salah seorang daripada Mereka berfirman kepadaku, dengan memanggil namaku dan mengatakan sambil menunjuk kepada yang lain.—[Joseph,] Inilah Putera-Ku yang Ku kasihi.Dengarkanlah Dia!22

Apabila kita mengikuti contoh-contoh Juruselamat dan Nabi Jospeh dengan sungguh-sungguh mencari Tuhan, kita akan memahami dengan cara yang benar, seperti yang dilakukan oleh Jen, bahawa Bapa kita mengenali kita dengan nama kita, bahawa kita adalah anak-Nya.

Kepada ibu-ibu, terutama kepada ibu-ibu muda, yang sering merasai susah semasa berusaha untuk membesarkan “generasi kalis-dosa,”23 jangan pernah memandang rendah kepentingan peranan anda dalam rancangan Tuhan. Dalam saat tekanan—mungkin apabila anda sedang mengejar anak-anak kecil dan bau hangus dari dapur memberitahu anda bahawa makan malam yang disiapkan dengan penuh kasih sayang sekarang menjadi korban terbakar—ketahuilah bahawa Tuhan menguduskan hari-hari anda yang paling sukar.24 “Jangan takut kerana Aku menyertai kamu,”25 Dia memberi jaminan dengan tenang. Kami memberi anda kehormatan ketika anda memenuhi harapan Sister Joy D. Jones, yang menyatakan, “Anak-anak kita patut memahami identiti ilahi mereka.”26

Saya menjemput setiap daripada kita untuk mencari Tuhan dan Putera Terkasih-Nya. Presiden Nelson berkata, “Kebenaran-kebenaran ini diajar dengan paling jelas dan paling berkuasa dalam Kitab Mormon.”27 Buka halamannya dan pelajari bahawa Tuhan melakukan “segala hal demi kesejahteraan dan kebahagiaan [kita]”;28 bahawa Dia berbelas kasihan dan murah hati, lambat untuk murka, panjang sabar dan penuh kebaikan”;29 dan bahawa semua adalah sama bagi [Dia].”30 Apabila anda merasa sakit hati, kehilangan, ketakutan, kekecewaan, kesedihan, kelaparan, atau berputus asa dalam kesukaran hidup31—buka Kitab Mormon, dan anda akan tahu “[Tuhan] tidak akan meninggalkan kita. Dia tidak pernah, dan Dia tidak akan. Dia tidak boleh melakukannya. Ia bukanlah watak-Nya [untuk berbuat demikian].”32

Mengenali Bapa kita mengubah segala-galanya, terutamanya hati kita, kerana Roh lembut-Nya mengesahkan identiti kita yang benar dan bernilai besar di mata-Nya.33 Tuhan berjalan bersama kita di sepanjang jalan perjanjian ketika kita mencari-Nya melalui rayuan doa, pencarian kitab suci, dan usaha yang patuh.

Sifat Tuhan yang Terutama—-Kesaksian saya

Saya mengasihi Tuhan kepada nenek moyang saya,34 “Tuhan Yang Maha Kuasa,”35 yang menangis dengan kita dalam kesedihan kita, dengan sabar menegur kejahatan kita, dan berasa girang ketika kita berusaha untuk “melepaskan segala dosa [kita] untuk mengenal [Dia].”36 Saya menyembah Dia, yang sentiasa menjadi “Bapa kepada anak yatim”37 dan Rakan kepada yang tidak mempunyai rakan. Dengan kesyukuran, saya bersaksi bahawa saya mengenali Tuhan, Bapa saya, dan memberi kesaksian tentang kesempurnaan, sifat, dan sifat terutama-Nya.”38

Bahawa setiap daripada kita mungkin akan benar-benar memahami dan menghargai “kelahiran diraja” kita39 sebagai anak Tuhan untuk mengenali Dia, “satu-satunya Tuhan yang benar, Yesus Kristus yang sudah [Dia] utuskan”40 adalah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.