2010–2019
Mari Lakukan Cepat
April 2018


Mari Lakukan Cepat

Hasrat anda untuk mematuh akan dikembangkan semasa anda ingat dan merenung ke atas perkara yang sudah anda rasa dua hari ini.

Saudara saudari terkasihku, sekarang kita sampai ke ketamatan persidangan yang bersejarah ini, saya menyertai anda untuk bersyukur kepada Tuhan demi arahan dan pengaruh ilham-Nya. Muzik persidangan ini indah dan meninggikan ahklak. Pesanan-pesanan yang dikongsikan memupuk semangat dan mengubahkan hidup!

Dalam perhimpunan khusyuk ini kita menyokong satu presidensi utama baru.Dua orang saudara yang baik telah diletakkan dalam Kuorum Dua Belas Rasul. Dan lapan orang Penguasa Umum yang baru sudah dipanggil.

Sekarang satu lagu rohani kegemaran saya meringkaskan keazaman baru kita, cabaran kita, dan tanggungjawab kita:

Mari lakukan cepat karya Tuhan,

Upah’kan didapat di akhir kehidupan;

Hunuslah pedang mu demi keadilan,

Pedang kuat keadilan.

Jangan takut dicela musuh,

B’rani ker’na Tuhan pun serta;

Walaupun orang jahat mencela

Tuhan saja yang kita dengar.1

Saya menggesa anda untuk kerap kali mengaji pesanan-pesanan persidangan ini—mahupun berulang kali—sepanjang enam bulan depan ini. Dengan cermatnya, carikan cara untuk mengaplikasikan pesanan-pesanan ini dalam malam keluarga anda, pengajaran injil anda, perbualan anda dengan keluarga dan rakan, dan mahupun perbincangan anda dengan orang yang bukan dari agama kita. Ramai orang baik akan berbalas kepada kebenaran yang diajar dalam persidangan ini apabila dilakukan dengan kasih sayang. Dan hasrat anda untuk mematuh akan dikembangkan semasa anda ingat dan merenung ke atas perkara yang sudah anda rasa dua hari ini.

Persidangan umum ini menandakan satu permulaan era baru pelayanan. Tuhan sudah buat penyesuaian penting dalam cara kita menjaga satu sama lain. Saudara saudari—yang tua dan yang muda—akan melayan satu sama lain dalam satu cara yang baru dan lebih kudus. Kuorum penatua akan diperkukuhkan untuk memberkati hidup lelaki, wanita, dan kanak-kanak di seluruh dunia. Saudari-saudari Lembaga Pertolongan akan terus melayan dalam cara yang unik dan berbelas kasihan, memberikan peluang kepada saudari lebih muda untuk menyertai mereka apabila ditugaskan dengan sesuai.

Pesanan kita kepada dunia adalah mudah dan tulus ikhlas: kita menjemput semua anak Tuhan yang berada pada dua belah tirai untuk mendekati Juruselamat, menerima berkat bait suci, berbahagia, dan menjadi layak demi kehidupan abadi.2

Permuliaan memerlukan kesetiaan sepenuh kita terhadap perjanjian yang kita buat dan tatacara yang kita terima dalam rumah Tuhan. Pada saat ini, kita ada 159 bait suci yang berfungsi, dan lebih lagi sedang dibina. Kami ingin bawakan bait suci lebih dekat kepada ahli-ahli Gereja yang semakin bertambah. Dengan sukacita, sekarang kami mengumumkan rancangan untuk membina tujuh bait suci baru. Bait suci-bait suci itu akan dibina pada lokasi-lokasi berikut: Salta, Argentina; Bengaluru, India; Managua, Nicaragua; Cagayan de Oro, Philippines; Layton, Utah; Richmond, Virginia; dan satu bandar besar yang belum ditentukan di Russia.

Saudara saudari terkasihku, pembinaan bait suci ini mungkin tidak akan mengubah kehidupan anda, tetapi masa anda dalam bait suci akan mengubah anda. Dalam roh ini, saya memberkati anda untuk mengenali perkara-perkara yang boleh anda mengetepikan supaya anda boleh pergi ke bait suci. Saya memberkati anda dengan harmoni dan kasih sayang yang lebih besar dalam rumah anda dan satu hasrat yang lebih mendalam untuk menjaga perhubungan keluarga abadi anda. Saya memberkati anda dengan iman yang lebih besar kepada Tuhan Yesus Kristus dan satu keupayaan yang lebih besar untuk mengikut Dia sebagai pengikut benar-Nya.

Saya memberkati anda untuk mengangkat suara anda untuk memberi kesaksian, seperti saya buat sekarang, semoga kita melibat dalam kerja Tuhan Yang Maha Kuasa! Yesus ialah Kristus. Ini Gereja-Nya, yang Dia arahkan melalui hamba-hamba terpilih-NYa. Saya bersaksi, dengan kasih sayang kepada anda, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Mari Lakukan Cepat,” Nyanyian Rohani.

  2. Dihuraikan dalam Ajaran dan Perjanjian 14:7 sebagai “kurnia yang terbesar dari segala kurnia Tuhan.”