2010–2019
Hal-hal yang Kecil dan Sederhana
April 2018


Hal-hal yang Kecil dan Sederhana

Kita perlu diingatkan bahawa dalam gabungan tempoh masa yang panjang, hal-hal yang kecil membawa kepada hal-hal yang besar.

I.

Para saudara dan saudariku, seperti anda, saya telah diteguhkan dan terilham dengan pesanan, muzik, dan perasaan dalam masa kita bersama. Saya pasti saya berucap untuk anda dengan memberi kesyukuran kepada para saudara dan saudari yang, sebagai alat dalam tangan Tuhan, telah memberi kita kesan yang menguatkan dalam masa kita bersama.

Saya bersyukur untuk berucap kepada para hadirin ini pada Hari Easter Ahad. Hari ini kita menyertai Kristian lain dalam menyambut Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus. Untuk ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Kebangkitan harfiah Yesus Kristus ialah sumber kestabilan iman kita.

Kerana kita percaya catatan dalam kedua-dua Kitab Suci dan Kitab Mormon tentang Kebangkitan harfiah Yesus Kristus, kita juga percaya beberapa pengajaran kitab suci bahawa kebangkitan yang serupa akan datang kepada semua manusia yang telah hidup di bumi ini. Kebangkitan itu memberi kita “harapan yang kukuh” seperti dikatakan oleh Rasul Petrus (1 Petrus 1:3). Harapan yang kukuh itu ialah kepercayaan kita bahawa kematian bukanlah kesudahan identiti kita tetapi hanyalah langkah yang penting dalam rancangan belas kasihan Bapa Syurgawi kita untuk penyelamatan anak-anak-Nya. Rancangan itu memerlukan peralihan dari kefanaan kepada kebaqaan. Di pusat peralihan itu ialah kematian dan kebangkitan yang dibuat mungkin oleh Kebangkitan Tuhan Juruselamat kita yang kita meraikan pada Hari Easter Ahad ini.

II.

Dalam nyanyian rohani yang ditulis oleh Eliza R. Snow, kita menyanyi:

Betapa lengkap dan mulia

Rencana penebusan,

Penuh kasih yang setia

Dalam keserasian!1

Sebagai sebahagian daripada pencapaian rancangan dan keserasian ilahi itu, kita berkumpul di pertemuan dan mesyuarat, termasuk persidangan ini, untuk mengajar dan menggalakkan satu sama lain.

Pagi ini, tema ucapan saya adalah tentang ajaran Alma kepada anaknya Helaman, dicatatkan dalam Kitab Mormon: “Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan” (Alma 37:6).

Kita diajar banyak hal-hal yang kecil dan sederhana dalam injil Yesus Kristus. Kita perlu diingatkan bahawa dalam gabungan tempoh masa yang panjang, hal-hal yang kecil ini membawa kepada hal-hal yang besar. Terdapat banyak ucapan tentang subjek ini oleh Para Penguasa Umum dan guru-guru dihormati yang lain. Subjek ini sangat penting dan saya ingin berucap tentangnya sekali lagi.

Saya diingatkan tentang kuasa hal-hal yang kecil dan sederhana dalam jangka waktu yang panjang apabila saya melihat sesuatu semasa berjalan pagi. Ini ialah gambar yang saya ambil. Konkrit lorong pejalan kaki yang tebal dan kuat sedang retak. Adalah ia kerana sesuatu yang besar dan kuat? Tidak, keretakan ini disebabkan oleh pertumbuhan kecil dan perlahan salah satu akar yang menjangkau dari pokok bersebelahan. Di sini ialah contoh serupa yang saya lihat di jalan yang lain.

Imej
Retak di lorong pejalan kaki
Imej
Retak lain di lorong pejalan kaki

Kuasa yang meretakkan konkrit lorong pejalan kaki yang berat ini adalah terlalu kecil untuk diukur setiap hari ataupun setiap bulan, tetapi kesannya dalam jangka masa panjang adalah sangat berkuasa.

Begitu juga dengan kesan berkuasa hal-hal yang kecil dan sederhana dalam tempoh masa panjang yang diajar dalam kitab suci dan oleh para nabi hidup. Pertimbangkan kajian kitab suci yang kita diajar untuk memasukkan dalam hidup harian kita. Atau pertimbangkan doa-doa peribadi dan doa keluarga berlutut yang kerap diamalkan oleh Orang Suci Zaman Akhir yang beriman. Pertimbangkan kehadiran di seminari untuk remaja atau kelas-kelas institut untuk pemuda-pemudi. Walaupun setiap tindakan ini mungkin kelihatan kecil dan sederhana, dalam jangka masa panjang mereka menghasilkan pertumbuhan dan peningkatan rohani yang berkuasa. Ini berlaku kerana setiap hal-hal yang kecil dan sederhana ini menjemput penemanan Roh Kudus, Saksi yang mencerahkan kita dan mendorong kita kepada kebenaran, seperti dijelaskan oleh Presiden Eyring.

Satu lagi sumber pertumbuhan dan peningkatan rohani ialah amalan berterusan untuk bertaubat, walaupun pelanggaran-pelanggaran kecil. Penilaian diri kita sendiri yang diilhamkan boleh menolong kita melihat bagaimana kita telah gagal dan bagaimana kita boleh membuat lebih baik. Pertaubatan seperti ini harus mendahului sakramen mingguan kita. Beberapa subjek untuk dipertimbangkan dalam proses pertaubatan ini dicadangkan dalam nyanyian rohani “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?”

Sudahkah ‘ku berbuat baik di dunia?

Menolong ‘rang yang butuhkan?

Menghibur yang susah, membuat orang senang?

Jika b’lum, ‘ku tlah gagal.

Sudahkah ‘kuangkat beban yang susah

Ker’na ‘kuingin menolong?

Sudahkah ‘kutolong yang sakit dan letih?

Siapkah ‘ku bila diperlukan?2

Pastinya kata-kata ini ialah hal-hal kecil, tetapi mereka ialah contoh-contoh baik ajaran Alma kepada anaknya Helaman: “Dan Tuhan Raja bekerja dengan cara-cara untuk mendatangkan tujuan-Nya yang besar dan abadi; dan dengan cara-cara yang sangat kecil Tuhan … mendatangkan penyelamatan banyak jiwa” (Alma 37:7).

Presiden Steven C. Wheelwright berkongsi huraian terinspirasi pengajaran Alma kepada para hadirin di Brigham Young University–Hawaii: “Alma mengesahkan untuk anak lelakinya bahawa corak yang Tuhan ikut apabila kita beriman dan mengikuti nasihat-Nya dalam hal-hal yang kecil dan sederhana adalah bahawa Dia memberkati kita dengan mukjizat harian yang kecil, dan dalam jangka masa panjang, dengan pekerjaan yang menakjubkan.”3

Presiden Howard W. Hunter mengajar bahawa “sering kali ia ialah tugas-tugas biasa … yang mempunyai kesan yang paling positif kepada orang lain, dibandingkan dengan hal-hal yang dunia kaitkan kepada kebesaran.”4

Satu ajaran sekular dari prinsip yang sama ini datang dari bekas Senator Dan Coats dari Indiana, yang menulis: “Satu-satunya persiapan untuk keputusan mendalam yang dapat mengubah kehidupan, atau sebuah negara, ialah beratus-ratus keputusan yang dibuat secara peribadi yang nampaknya tidak penting.”5

Keputusan peribadi yang “nampaknya tidak penting” itu termasuk bagaimana kita menggunakan masa kita, apa yang kita lihat di televisyen dan internet, apa yang kita baca, muzik dan seni yang kita pilih semasa bekerja dan di rumah, apa yang kita cari untuk hiburan, dan bagaimana kita menggunakan komitmen kita untuk menjadi benar dan jujur. Satu lagi perkara yang seolah-olah kecil dan sederhana adalah menjadi sopan dan ceria dalam interaksi peribadi kita.

Tidak ada satupun perkara-perkara kecil dan sederhana yang dikehendaki ini akan membawa kita kepada perkara-perkara besar kecuali mereka diamalkan secara konsisten dan berterusan. Presiden Brigham Young dilaporkan berkata: “Hidup kita terdiri daripada perkara-perkara sederhana yang apabila digabungkan adalah sangat penting, dan menyimpulkan seluruh hidup manusia.”6

Kita dikelilingi dengan pengaruh media dan kemerosotan kebudayaan yang akan membawa kita ke bawah nilai kita jika kita tidak sentiasa menentangnya. Untuk bergerak ke atas terhadap matlamat abadi kita, kita mesti terus mendayung. Ia membantu jika kita sebahagian daripada satu pasukan yang mendayung bersama, seperti anak kapal berdayung sedang beraksi. Untuk memanjangkan lagi contoh ini, arus budaya begitu kuat dan jika kita berhenti mendayung, kita akan dibawa ke bawah terhadap destinasi yang kita tidak cari tetapi menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan jika kita tidak sentiasa cuba bergerak ke hadapan.

Selepas bercerita tentang satu peristiwa yang nampaknya kecil dengan akibat yang besar, Nefi menulis, “Dan demikianlah kita lihat bahawa melalui cara-cara kecil, Tuhan dapat mendatangkan perkara yang besar” (1 Nefi 16:29). Perjanjian Lama mempunyai satu contoh jelas tentang ini. Kita membaca bagaimana ular-ular berapi menyengsarakan orang Israel. Banyak orang Israel mati dipatuk ular (lihat Bilangan 21:6). Apabila Musa berdoa, dia diilham untuk membuat “seekor ular daripada gangsa lalu memasangnya pada sebatang tiang.” Kemudian, “setiap orang yang dipatuk ular akan sembuh jika memandang ular daripada gangsa itu” (ayat 9). Perkara kecil yang membawa kepada akibat ajaib! Namun, seperti dijelaskan oleh Nefi semasa dia mengajar contoh ini kepada mereka yang memberontak terhadap Tuhan, walaupun Tuhan telah menyediakan jalan mudah untuk mereka disembuhkan, “dan kerana mudahnya cara itu, atau senangnya cara itu, ramai yang binasa” (1 Nefi 17:41).

Contoh dan pengajaran itu mengingatkan kita bahawa mudahnya cara itu atau senangnya tugas yang diperintahkan tidak bermakna bahawa ia tidak penting untuk mencapai keinginan soleh kita.

Seperti ini, tindakan kecil ketidakpatuhan atau kegagalan kecil untuk mengikut amalan-amalan soleh juga boleh mendorong kita ke bawah terhadap akibat yang kita telah diberi amaran untuk mengelakkan. Kata-kata Bijaksana menyediakan contoh ini. Kesan satu rokok atau satu minuman alkohol atau satu dos dadah mungkin tidak boleh dilihat. Tetapi dalam jangka masa panjang, kesannya adalah berkuasa dan mungkin tidak dapat dipulihkan. Ingat keretakan lorong pejalan kaki akibat pengembangan kecil beransur-ansur akar pokok. Satu perkara adalah pasti, akibat buruk apabila mengambil apa-apa yang menyebabkan ketagihan, seperti dadah yang menyerang badan kita atau bahan pornografi yang merosotkan fikiran kita, benar-benar boleh dielakkan jika kita tidak mengambil bahagian untuk kali pertama—walaupun sekali.

Banyak tahun yang lalu, Presiden M. Russell Ballard menggambarkan kepada para hadirin persidangan umum “bagaimana hal-hal kecil dan sederhana boleh menjadi negatif dan merosakkan keselamatan seseorang.” Dia mengajar: “Seperti serat lemah yang membentuk benang, kemudian untaian, dan akhirnya satu tali, perkara-perkara kecil ini digabungkan bersama boleh menjadi terlalu kuat untuk dipecahkan. Kita mesti menyedari kuasa hal-hal kecil dan sederhana semasa “membina kerohanian,” dia berkata. “Pada masa yang sama, kita mesti menyedari bahawa Setan akan menggunakan hal-hal kecil dan sederhana untuk membawa kita ke keputusasaan dan kesengsaraan.”7

Presiden Wheelwright memberi amaran yang serupa kepada para hadirin BYU–Hawaii: “Adalah dalam kegagalan untuk membuat hal-hal kecil dan sederhana yang menyebabkan iman goyah, mukjizat berhenti, dan perkembangan terhadap Tuhan dan kerajaan-Nya berhenti dan kemudian memburuk kerana pencarian kerajaan Tuhan telah digantikan dengan pencarian dan cita-cita duniawi.”8

Untuk perlindungan menentang kesan negatif bergabung yang merosakkan perkembangan rohani kita, kita perlu mengikut corak kerohanian hal-hal kecil dan sederhana. Elder David A. Bednar menggambarkan prinsip ini dalam Persidangan Wanita BYU: “Kita boleh belajar banyak tentang ciri-ciri dan kepentingan corak rohani ini dari teknik … menetik air ke dalam tanah sedikit demi sedikit,” berbanding dengan membanjiri atau menyembur banyak air di mana ia tidak diperlukan.

Dia menjelaskan: “Titisan air yang konsisten tenggelam dalam tanah dan menyediakan tahap kelembapan yang tinggi dalam tanah di mana tumbuhan boleh berkembang. Dengan cara yang sama, jika anda dan saya fokus dan kerap menerima titisan makanan rohani yang konsisten, maka akar injil dapat tenggelam jauh ke dalam jiwa kita, menjadi tegas dan kukuh, dan menghasilkan buah yang luar biasa dan enak.”

Dia juga berkata, “Corak rohani hal-hal kecil dan sederhana membawa kepada hal-hal besar menghasilkan ketegasan dan ketabahan, ketaatan mendalam, dan penukaran hati yang lebih lengkap kepada Tuhan Yesus Kristus dan injil-Nya.”9

Nabi Joseph Smith mengajar prinsip ini yang sekarang termasuk dalam Ajaran dan Perjanjian: “Janganlah biarkan seorang pun menganggapnya sebagai hal-hal yang kecil; kerana ada banyak … berkaitan dengan para orang suci, yang bergantung pada hal-hal ini” (A&P 123:15).

Pada masa percubaan terawal Gereja ditubuhkan di Missouri, Tuhan menasihatkan kesabaran kerana “segala hal mesti terjadi pada waktunya” (A&P 64:32). Kemudian Dia memberi pengajaran hebat ini: “Kerana itu, janganlah jemu dalam melakukan yang baik, kerana kamu sedang meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar. Dan dari hal-hal yang kecil bermulalah hal yang besar” (A&P 64:33).

Saya percaya kita semua ingin mengikut cabaran Presiden Russell M. Nelson untuk bergerak ke hadapan “dalam jalan perjanjian.”10 Komitmen kita untuk berbuat demikian diperkuatkan dengan konsisten mengikuti “hal-hal kecil” yang kita belajar dalam injil Yesus Kristus dan dari para pemimpin Gereja-Nya. Saya bersaksi tentang-Nya dan memohon berkat-berkat-Nya kepada semua yang tetap dalam jalan perjanjian-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Betapa Bijak Pengasih,” Lagu Rohani, no. 81.

  2. “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” Nyanyian Rohani, no. 101.

  3. Steven C. Wheelwright, “The Power of Small and Simple Things” (pertemuan rohani Brigham Young University–Hawaii, 31 Ogos, 2007), 2, devotional.byuh.edu.

  4. Teachings of Presidents of the Church: Howard W. Hunter (2015), 165.

  5. Dan Coats, “America’s Youth: A Crisis of Character,” Imprimis, vol. 20, no. 9 (Sept. 1991), 4; lihat juga Elder Wilford Andersen dalam ruangnya dalam Mesa Tribune, Mei 1996.

  6. Brigham Young, ceramah di Tabernacle Ogden, 19 Julai, 1877, seperti dilaporkan dalam “Discourse,” Deseret News, 17 Okt., 1877, 578.

  7. M. Russell Ballard, “Small and Simple Things,” Ensign, Mei 1990, 7, 8.

  8. Steven C. Wheelwright, “The Power of Small and Simple Things,” 3.

  9. David A. Bednar, “By Small and Simple Things Are Great Things Brought to Pass” (Persidangan Wanita Brigham Young University, Apr. 29, 2011), womensconference.byu.edu.

  10. Russell M. Nelson, “As We Go Forward Together,” Liahona, Apr. 2018, 7.