2010–2019
Bersedia Untuk Bertemu Dengan Tuhan
April 2018


Bersedia Untuk Bertemu Dengan Tuhan

Mencari tanggungjawab yang dilantik secara ilahi dengan kesolehan, kesatuan, dan kesamaan akan menyediakan kita bertemu dengan Tuhan.

Eliza R. Snow, bercakap tentang pembaktian Bait Suci Kirtland (yang dia hadiri), berkata: “upacara pembaktian itu boleh dilatih, tetapi tiada bahasa fana yang boleh gambarkan pernyataan syurgawi dari hari itu. Malaikat menampakkan diri kepada beberapa orang, sementara perasaan kehadiran yang ilahi disedari oleh semua yang hadir, dan setiap hati dipenuhi dengan sukacita yang mulia dan yang tidak dapat diperikan.”1

Pernyataan ilahi ini yang berlaku di Bait Suci Kirtland adalah asas kepada tujuan Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan untuk mendatangkan keselamatan dan permuliaan anak-anak Bapa kita di Syurga.2 Semasa kita bersedia untuk bertemu dengan Tuhan, kita boleh mengenali tanggungjawab kita yang dilantik secara ilahi dengan mengkaji semula kunci-kunci kudus yang terpulih di Bait Suci Kirtland.

Dalam doa pembaktian, Nabi Joseph Smith merayu secara rendah hati kepada Tuhan “untuk menerima rumah ini … yang telah Engkau perintahkan kami untuk membinanya.”3

Satu minggu kemudian, pada Hari Ahad Easter, Tuhan muncul dalam penglihatan menakjubkan dan menerima bait suci-Nya. Ini berlaku pada 3 April 1836, hampir 182 tahun sebelum Hari Ahad Easter ini. Ini juga musim Paskah—suatu waktu yang jarang berlaku apabila Hari Easter dan Hari Paskah bertindan. Selepas penglihatan tertutup, tiga orang nabi purba, Musa, Elias, dan Elia, muncul dan menganugerahkan kunci-kunci yang penting untuk melaksanakan tujuan Tuhan untuk Gereja-Nya yang dipulihkan pada zaman keagamaan ini. Tujuan itu telah ditakrifkan dengan mudah, tetapi jelas sebagai pengumpulan Israel, pemeteraian keluarga-keluarga dan menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan.4

Kemunculan kedua-dua Elia dan Musa ialah “persamaan menarik … [dengan] tradisi Yahudi, di mana Musa dan Elia akan muncul bersama pada ‘akhir zaman.’”5 Dalam ajaran kita, kemunculan ini melaksanakan pemulihan asas kunci-kunci tertentu “yang diberikan … untuk zaman akhir dan untuk kali terakhirnya, yang mana merupakan kegenapan zaman keagamaan.”6

Bait Suci Kirtland agak tidak terkenal menurut tempat dan saiz. Tetapi dari segi kepentingan terbesar kepada manusia, ia membentukkan keabadian. Para nabi purba memulihkan kunci-kunci imamat untuk tatacara-tatacara injil Yesus Kristus yang menyelamatkan. Ini menghasilkan kegembiraan yang besar bagi ahli-ahli yang setia.

Kunci-kunci ini menyediakan “kuasa dari syurga”7 untuk tanggungjawab yang dilantik secara ilahi merupakan tujuan utama Gereja.8 Pada hari Easter itu yang menakjubkan di Bait Suci Kirtland, tiga kunci dipulih:

Pertama, Musa muncul dan menganugerahkan kunci-kunci pengumpulan Israel dari empat bahagian dunia, iaitu pekerjaan penginjil.9

Kedua, Elias muncul dan menganugerahkan kunci-kunci zaman keagamaan injil Abraham, yang termasuk pemulihan perjanjian Abraham.10 Presiden Russell M. Nelson telah mengajar bahawa kunci-kunci perjanjian bertujuan untuk menyediakan ahli-ahli gereja untuk kerajaan Tuhan. Dia berkata, “Kita tahu siapa diri kita dan apa yang Tuhan mengharapkan daripada kita.”11

Ketiga, Elia muncul dan menganugerahkan kunci-kunci kuasa pemeteraian dalam zaman ini, iaitu pekerjaan sejarah keluarga dan tatacara-tatacara bait suci yang membolehkan keselamatan bagi pihak orang hidup dan orang mati.12

Di bawah arahan Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas, terdapat tiga majlis eksekutif di ibu pejabat Gereja yang mengawasi tanggungjawab yang berdasarkan pada kunci-kunci yang dipulihkan di Bait Suci Kirtland. Majlis Eksekutif Penginjil, Majlis Eksekutif Imamat dan Keluarga, dan Majlis Eksekutif Bait Suci dan Sejarah Keluarga.

Di Mana Kita Berdiri Dalam Memenuhi Tanggungjawab Ini yang Dilantik Secara Ilahi?

Pertama, berkenaan dengan pemulihan kunci-kunci pengumpulan Israel oleh Musa, hari ini hampir 70,000 penginjil mengkhutbahkan injil-Nya di seluruh dunia untuk mengumpul umat pilihan-Nya. Ini permulaan pencapaian kerja yang agung dan menakjubkan di kalangan orang bukan Israel dan bani Israel yang Nefi ramalkan. Nefi melihat zaman kita apabila Orang Suci Tuhan akan berada di atas permukaan bumi, tetapi bilangan mereka kecil kerana kejahatan. Tetapi, dia meramalkan bahawa mereka akan “disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”13 Apabila dilihat sepanjang sejarah Gereja terpulih yang ringkas, usaha para penginjil paling luar biasa. Kita sedang melihat pemenuhan penglihatan Nefi. Walaupun bilangan kita sedikit sahaja, kita akan meneruskan usaha kita dan menjangkau kepada mereka yang akan membalas pesanan Juruselamat.

Kedua, Elia muncul dan menganugerahkan zaman injil Abraham, menyatakan bahawa daripada kita dan keturunan kita semua generasi selepas kita akan diberkati. Dalam persidangan ini, bimbingan yang terpenting telah diberikan untuk tolong menyempurnakan Orang Suci dan mempersiapkan mereka untuk kerajaan Tuhan.14 Pengumuman dari sesi imamat berkenaan kuorum-kuorum penatua dan imam tinggi akan meningkatkan kuasa dan wewenang imamat. Pengajaran rumah dan pengajaran berkunjung, sekarang “pelayanan,” seperti yang diajar dengan baik dalam sesi ini, akan menyediakan Orang Suci Zaman Akhir untuk bertemu dengan Tuhan.

Ketiga, Elia menganugerahkan kunci-kunci pemeteraian zaman keagamaan ini. Bagi kita yang hidup pada masa ini, peningkatan bilangan bait suci dan kerja sejarah keluarga adalah fenomenal. Kadar ini akan terus dipercepatkan sehingga Kedatangan Kedua Juruselamat, jika tidak demikian seluruh bumi “akan dibinasakan sepenuhnya semasa kedatangan-Nya.”15

Kerja sejarah keluarga, yang diberkati oleh syurga dengan teknologi, telah meningkat secara dramatik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kita tidak bijak jika menjadi berpuas hati dengan tanggungjawab yang dilantik secara ilahi dan mengharapkan agar Mak Cik Jane atau saudara komited yang lain akan mengurus kerjanya. Benarkan saya berkongsi ulasan Presiden Joseph Fielding Smith: “Tiada orang yang terkecuali dari kewajipan besar ini. Ia diperlukan daripada rasul dan juga elder [atau sister] yang paling rendah hati. Tempat, atau perbezaan, atau pelayanan Gereja yang panjang … tidak akan memberi hak kepada seseorang untuk mengabaikan keselamatan orang mati.”16

Kita sekarang ada bait suci di sekeliling dunia dan sumber daripada dana bantuan patron untuk menolong mereka yang berada jauh dari sebuah bait suci.

Sebagai individu-individu, kita patut menilai usaha kita dengan kerja penginjil, bait suci dan sejarah keluarga, dan persediaan untuk bertemu dengan Tuhan.

Kesolehan, Kesatuan, dan Kesamaan di hadapan Tuhan Memberi Landasan untuk Tanggungjawab Ini yang Kudus

Berkenaan dengan kesolehan, kehidupan inilah waktu bagi manusia bersedia untuk bertemu dengan Tuhan.17 Kitab Mormon memberi pelbagai contoh akibat-akibat tragik daripada individu-individu atau kumpulan yang gagal mematuhi perintah-perintah Tuhan.18

Sepanjang hidup saya, isu dan kebimbangan duniawi telah berpindah daripada suatu keterlaluan kepada yang lain—daripada usaha remeh kepada kelakuan tidak berakhlak yang serius. Ia boleh dipuji bahawa kelakuan tidak berakhlak yang tidak konsensual telah didedahkan dan dikecam.19 Kelakuan tidak berakhlak seperti itu menentang hukum-hukum Tuhan undang-undang masyarakat. Mereka yang memahami rancangan Tuhan mesti menentang kelakuan tidak konsensual juga yang merupakan suatu dosa. Perisytiharan kepada dunia memberi amaran “bahawa orang yang melanggar perjanjian-perjanjian kemurnian akhlak, yang mendera isteri atau suami atau anak-anak [atau orang lain] … akan pada suatu hari dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan.”20

Semasa melihat di sekeliling, kita melihat kemusnahan daripada kejahatan dan ketagihan. Jika kita, sebagai individu-individu, sebenarnya bimbang dengan penghakiman muktamad Juruselamat kita, kita harus mencari pertaubatan. Saya takut bahawa ramai orang tidak rasa bertanggungjawab kepada Tuhan dan tidak berpaling kepada bimbingan kitab suci atau para nabi. Jika kita, sebagai sebuah masyarakat, merenungkan akibat dosa, akan ada pertentangan awam terhadap pornografi dan memandang wanita sebagai objek seksual.21 Seperti Alma memberitahu anaknya Korianton dalam Kitab Mormon, “Kejahatan tidak pernah merupakan kebahagiaan.”22

Berkenaan dengan kesatuan, Juruselamat mengisytiharkan, “Jika kamu bukan satu kamu bukanlah milik-Ku.”23 Kita tahu bahawa semangat pertikaian daripada iblis.24

Pada zaman ini, keutamaan kitab suci untuk kesatuan banyak diabaikan, dan bagi kebanyakan orang, fahaman bersuku ditekan,25 sering berdasarkan pada status, jantina, bangsa, dan kekayaan. Di banyak negara, jika tidak kebanyakan, orang sangat dipisahkan tentang cara untuk hidup. Dalam Gereja Tuhan, satu-satunya budaya yang kita patuhi dan ajar ialah budaya injil Yesus Kristus. Kita mencari kesatuan dengan Juruselamat dan ajaran-ajaran-Nya.26

Semasa kita melihat tujuan Gereja yang utama, tujuan itu berdasarkan pada kesamaan di hadapan Tuhan 27 dan mengikut budaya injil Yesus Kristus. Berkenaan dengan kerja penginjil, kelayakan utama untuk pembaptisan adalah merendahkan hati di hadapan Tuhan dan datang dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal.28 Pendidikan, kekayaan, kaum, atau asal kebangsaan tidak dipertimbangkan.

Sebagai tambahan, para penginjil melayan dengan rendah hati di mana-mana dipanggil. Mereka tidak berusaha melayan berdasarkan pada standard-standard duniawi atau persediaan untuk kerjaya masa depan. Mereka melayan dengan sepenuh daya, fikiran, dan kekuatan di mana-mana ditugaskan. Mereka tidak memilih rakan penginjil, dan mereka mencari dengan tekun untuk membangunkan sifat-sifat seperti Kristus,29 inilah pusat kepada budaya Yesus Kristus.

Kitab suci memberi bimbingan untuk hubungan kita yang terpenting. Juruselamat mengajar bahawa perintah terutama adalah untuk “mengasihi Tuhan Rajamu.” Yang kedua adalah untuk “mengasihi sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”30

Juruselamat juga menjelaskan bahawa semua orang ialah sesama kita.31 Kitab Mormon menyatakan dengan jelas bahawa tidak patut ada nama bangsa, suku kaum, atau kelas.32 Kita mesti bersatu dan setanding di hadapan Tuhan.

Tatacara kudus dan tanggungjawab ilahi berdasarkan pada kepercayaan ini. Saya akan mengharapkan agar pengalaman diri anda di bait suci serupa dengan pengalaman saya. Apabila saya tinggalkan rutin kerja harian di San Francisco dan tiba ke Bait Suci Oakland, saya mengalami perasaan kasih sayang dan kedamaian yang sangat kuat. Sebahagian yang besar ialah perasaan saya lebih dekat kepada Tuhan dan tujuan-Nya. Tatacara-tatacara menyelamatkan ialah fokus utama saya, tetapi sebahagian besar daripada perasaan indah ialah kesamaan dan kesatuan yang menyelubungi bait suci. Semua orang berpakaian putih. Tiada bukti kekayaan, pangkat, atau pencapaian pendidikan; kita semua saudara dan saudari yang merendahkan hati diri kita di hadapan Tuhan.

Di bilik pemeteraian yang kudus, tatacara perkahwinan abadi adalah sama bagi semua orang. Saya suka bahawa pasangan dari latar belakang yang paling rendah hati dan pasangan dari latar belakang yang paling kaya memiliki pengalaman yang sama. Mereka berpakaian jubah yang sama jenis dan membuat perjanjian yang sama di atas altar. Mereka juga menerima berkat-berkat imamat abadi yang sama. Ini dicapai di bait suci indah yang dibangunkan dengan persepuluhan Orang Suci sebagai rumah kudus Tuhan.

Memenuhi tanggungjawab yang dilantik secara ilahi, berdasarkan pada kesolehan, kesatuan, dan kesamaan di hadapan Tuhan, membawa kegembiraan peribadi dan kedamaian kepada dunia ini dan menyediakan kita untuk kehidupan abadi yang akan datang.33 Ia menyediakan kita untuk bertemu dengan Tuhan.34

Kami berdoa bahawa setiap daripada anda, tanpa mengira keadaan anda sekarang, akan berunding dengan uskup anda dan menjadi layak untuk rekomen bait suci.35

Kami bersyukur kerana lebih banyak ahli sedang bersedia pergi ke bait suci. Ada peningkatan penting dalam bilangan dewasa yang layak memegang rekomen bait suci selama bertahun-tahun. Rekomen yang terhad untuk remaja yang layak telah meningkat banyak sejak dua tahun lepas. Jelasnya keahlian Gereja yang setia tidak pernah lebih kuat.

Sebagai kesimpulan, sila berasa terjamin bahawa pemimpin Gereja tertua yang memimpin tujuan-tujuan Gereja yang dilantik secara ilahi menerima bantuan ilahi. Bimbingan ini datang daripada Roh dan kadang-kadang terus daripada Juruselamat. Kedua-dua jenis bimbingan rohani diberi. Saya bersyukur kerana telah menerima bantuan seperti itu. Tetapi bimbingan diberi menurut masa Tuhan, baris demi baris, ajaran demi ajaran,36 apabila “Tuhan yang maha tahu sengaja memilih untuk mengajar kita.”37 Bimbingan kepada seluruh Gereja hanya datang kepada Nabi-Nya.

Kita telah memiliki hak istimewa untuk menyokong Presiden Russell M. Nelson sebagai nabi kita dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir semasa persidangan ini. Dua Belas, sebagai sekumpulan dan secara individu, berpengalaman rohani yang penting apabila kita meletakkan tangan kita ke atas kepala Presiden Nelson dan Presiden Dallin H. Oaks, bertindak sebagai suara, mentahbiskan dan menetapkan sebagai Presiden Gereja. Saya bersaksi bahawa dia ditahbiskan sebelumnya dan telah disediakan sepanjang umurnya untuk menjadi nabi Tuhan pada zaman kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin