2010–2019
Tatacara Penyelamatan Akan Membawa Kita Cahaya Menakjubkan
April 2018


Tatacara Penyelamatan Akan Membawa Kita Cahaya Menakjubkan

Penyertaan dalam tatacara dan menghormati perjanjian yang berkaitan akan membawa cahaya menakjub kepada anda dan perlindungan dalam dunia yang semakin gelap.

Saudara dan saudari, saya bergembira dengan anda dalam injil, dan ajaran Kristus.

Seorang kawan pernah tanya Elder Neil L Andersen, ketika itu seorang Tujuh Puluh, bagaimana rasanya untuk berucap di depan 21,000 orang ramai di Pusat Persidangan. Elder Andersen menjawab, “Bukan 21,000 orang yang membuat kamu gementar, ia adalah 15 orang yang duduk di belakang kamu.” Saya tertawa pada masa itu, tetapi saya rasanya sekarang. Betapa saya sayangi dan sokong 15 orang lelaki ini sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.

Tuhan beritahu Abraham bahawa melalui keturunannya dan melalui imamat, semua keluarga dunia akan diberkati “ dengan berkat-berkat Injil . bahkan kehidupan yang abadi” (Abraham 2:11; lihat juga ayat 2–10).

Berkat injil dan imamat yang dijanjikan ini telah dipulihkan ke dunia, dan pada tahun 1842, Nabi Joseph Smith memberi anugerahan kepada beberapa orang lelaki dan wanita. Mercy Fielding Thompson merupakan seorang daripada mereka. Nabi berkata kepada dia “[Anugerahan] ini akan membawa anda keluar dari kegelapan dan masuk ke dalam keterangan yang menakjubkan.1

Hari ini saya ingin tumpu kepada tatacara penyelamatan—yang akan membawa kepada kita cahaya yang menakjubkan.

Tatacara dan Perjanjian

Dalam Teguh Pada Iman kita membaca: “Satu tatacara adalah kudus, dan dijalankan oleh kuasa imamat. Tatacara yang penting untuk permuliaan kita … adalah dipanggil tatacara penyelamatan. Ia termasuk pembaptisan, penetapan, pentahbisan kepada Imamat Melkisedek (untuk lelaki), anugerahan bait suci, dan pemeteraian.”2

Elder David A. Bednar mengajar, “Tatacara keselamatan dan permuliaan yang dilakukan dalam Gereja Tuhan … termasuk cara-cara yang sah di mana berkat-berkat dan kuasa syurga boleh menjadi sebahagian kehidupan kita.”3

Seperti satu duit syiling yang ada dua belah semua tatacara penyelamatan disertai dengan perjanjian dengan Tuhan. Tuhan menjanjikan kita berkat jika kita mengikuti perjanjian dengan penuh iman.

Nabi Amulek mengisytiharkan, “Kehidupan inilah waktu bersedia untuk bertemu dengan Tuhan”(Alma 34:32). Bagaimana kita bersedia? Dengan menerima tatacara ini dengan layak. Kita juga harus, dalam perkataan Presiden Nelson, “tetap pada jalan perjanjian.” Presiden Nelson bersambung, “Tekad anda untuk ikut Juruselamat dengan membuat perjanjian dengan Dia dan mematuhi perjanjian-perjanjian itu akan membuka pintu kepada setiap berkat rohani dan hak istimewa yang ada untuk para lelaki, wanita, dan anak-anak di serata tempat.”4

Seperti ramai daripada anda, John dan Bonnie Newman ialah penerima berkat rohani yang dijanjikan Presiden Nelson. Selepas menghadiri gereja pada satu hari ahad dengan tiga anak muda mereka, Bonnie berkata kepada John yang bukan ahli gereja, “Saya tidak boleh melakukan ini seorang diri. Kamu harus membuat keputusan sama ada kamu akan datang ke gereja saya dengan kita atau kamu memilih gereja yang kita boleh pergi bersama, tetapi anak-anak kita harus tahu yang bapa mereka sayangi Tuhan juga. Hari Ahad selepas itu, dan setiap Ahad yang akan datang, John bukan sahaja menghadiri, tetapi bertahun-tahun melayani dengan bermain piano untuk banyak bahagian, cabang dan Sekolah Primer. Saya mendapat keistimewaan untuk bertemu dengan John pada April 2015, dan dalam pertemuan itu, kita membincangkan cara terbaik dia boleh menyatakan kasih sayangnya pada Bonniedengan membawa dia ke bait suci, tetapi ia tidak boleh berlaku sehingga dia dibaptis.

Selepas menghadiri Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk 39 tahun, John dibaptiskan pada 2015. Setahun kemudian, John dan Bonnie dimeteraikan di Bait suci Memphis Tennessee, 20 tahun selepas dia menerima anugerahan dia sendiri. Robert, anak mereka yang berumur 47 tahun berkata, “Ayah, sudah semakin membesar selepas dia menerima imamat.” Bonnie berkata, “John memang selalu seorang yang gembira dan ceria, tetapi menerima tatacara dan mengikut perjanjian telah meningkatkan kebaikannya.”

Korban Tebusan Kristus dan Teladan-Nya

Beberapa tahun lalu, Preseiden Boyd K. Packer memberi amaran, “Sikap baik tanpa tatacara injil tidak akan menebus atau memuliakan manusia.”5 Sebenarnya, tidak sahaja kita perlukan tatacara dan perjanjian untuk pulang kepada Bapa di Syurga tetapi kita juga perlukan Putera-Nya Yesus Kristus, dan Korban Tebusan-Nya.

Raja Benyamin mengajar bahawa hanya dalam dan melalui nama Kristus penyelamatan datang ke atas anak-anak manusia.(lihat Mosia 3:17; lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:3).

Melalui Korban tebusan-Nya, Yesus Kristus menebus kita daripada akibat kejatuhan Adam dan memungkinkan pertaubatan dan juga permuliaan kita. Melalui hidup-Nya, Dia menunjukkan teladan untuk kita menerima tatacara penyelamatan, di mana “kuasa ketuhanan dinyatakan.” (A&P 84:20).

Selepas Juruselamat menerima tatacara pembaptisan untuk “menggenapi segala kebenaran” (lihat 2 Nefi 31:5–6), Setan menggoda-Nya. Begitu juga untuk kita, godaan kita tidak berakhir selepas pembaptisan atau pemeteraian, tetapi menerima tatacara kudus dan menghormati tatacara itu memenuhi kita dengan cahaya menakjubkan dan memberi kita kekuatan untuk menentang dan mengatasi godaan.

Amaran

Yesaya bernubuat bahawa pada zaman akhir, “Bumi tercemar kerana manusia … memungkiri perjanjian (Yesaya 24:5; lihat juga A&P 1:15).

Satu amaran yang berkaitan diungkapkan kepada Nabi Joseph Smith bahawa “ mereka mendekat kepada [Tuhan] dengan bibir mereka, … [dan] mereka mengajar untuk ajaran-ajaran perintah-perintah manusia, yang memiliki suatu bentuk ketuhanan, tetapi mereka menyangkal kuasa darinya.” (Joseph Smith—Sejarah 1:19).

Paulus juga memberi amaran bahawa ramai “menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka” (2 Timotius 3:5). Saya ulang, jauhkanlah dirimu daripada mereka.

Gangguan dan godaan yang banyak dalam hidup adalah seperti “serigala buas” (Matius 7:15). Ia adalah gembala sebenar yang akan bersedia, melindungi, dan memberi amaran kepada domba dan kawanan domba apabila serigala ini menghampiri (lihat Yohanes 10:11–12). Sebagai pengikut yang ingin mencontohi kehidupan sempurna Gembala yang Baik,bukankah kita gembala jiwa kita sendiri dan juga orang lain? Dengan nasihat nabi, pelihat dan pewahyu yang kita baru sokong dan dengan kuasa dan kurnia Roh Kudus, kita boleh melihat kedatangan serigala jika kita berjaga-jaga dan bersedia. Secara perbandingan, apabila kita bagaikan gembala yang tidak peduli tentang jiwa kita sendiri dan jiwa orang lain, kemungkinan kita menjadi mangsanya. Sikap sambil lewa membawa kematian. Saya menjemput setiap daripada kita untuk menjadi gembala yang setia.

Pengalaman dan Kesaksian

Sakramen ialah tatacara yang menolong kita untuk berada di jalan betul, dan mengambilnya dengan layak adalah bukti yang kita menyimpan perjanjian yang dikaitkan dengan semua perjanjian lain. Beberapa tahun lalu, isteri saya, Anita dan saya melayani di Misi Arkansas Little Rock. Saya keluar dan mengajar dengan dua orang penginjil muda. Semasa pelajaran tersebut, saudara baik yang kami ajar menanya, “Saya sudah pergi ke gereja kamu, kenapa kamu harus makan roti dan minum air setiap hari Ahad? Dalam gereja kami, kami melakukannya dua tahun sekali, pada hari Easter dan Natal, dan ini amat bermakna.”

Kami berkongsi dengan dia bahawa kami diperintahkan untuk “sering bertemu bersama untuk mengambil roti dan wain” (Moroni 6:6; lihat juga A&P 20:75). Kami membaca Matius 26 dan 3 Nefi 18. Dia menjawab dia masih tidak melihat keperluannya.

Kami berkongsi dengan dia perbandingan berikut: “Bayangkan kamu terlibat dalam satu kemalangan kereta yang serius. Kamu cedera dan tidak sedar diri. Seorang datang dan melihat anda tidak sedar diri dan memanggil nombor kecemasan 911. Anda dirawat dan kemudian sedar semula.”

Kami menanya saudara ini, “Apabila anda dapat mengenal persekitaran anda, apakah pertanyaan yang kamu akan ada?”

Dia berkata, “Saya ingin tahu bagaimana saya tiba di sana dan siapa yang jumpa saya. Saya ingin beritahu dia terima kasih setiap hari kerana dia menyelamatkan hidup saya.”

Kami berkongsi dengan saudara yang baik ini bagaimana Juruselamat menyelamatkan hidup kita dan bagaimana kita harus berterima kasih dengan-Nya setiap hari, setiap hari, setiap hari!

Kami kemudian menanya, “Dengan mengetahui dia memberi nyawa-Nya untuk anda dan kami, berapa kali anda mahu makan roti dan minum air yang merupakan lambang badan dan darah-Nya?”

Dia kata, “Saya faham, Saya faham. Tetapi satu lagi perkara. Gereja anda tidak meriah seperti gereja kami.”

Kepada itu kami menjawab, “Apakah anda akan lakukan jika Juruselamat Yesus Kristus berjalan masuk melalui pintu anda?”

Dia berkata, “Dengan segera saya akan melutut.”

Kami menanya, “Bukankah itu yang anda rasakan apabila anda memasuki gereja Orang Suci Zaman Akhir—ketakziman untuk Juruselamat?”

Dia berkata, “Saya faham, Saya faham, Saya faham!”

Dia datang ke gereja pada hari Ahad Easter itu dan terus datang semula.

Saya menjemput kita semua untuk menanya diri sendiri, “Apa lagi tatacara, termasuk sakramen, yang saya harus terima, dan perjanjian apa yang perlu saya buat, taat dan hormati?” Saya janji bahawa dengan menyertai dalam tatacara dan menghormati perjanjian yang berkaitan akan membawa cahaya menakjubkan kepada anda dan perlindungan dalam dunia yang semakin gelap. Dalam nama Yesus Kristus, amin

Nota

  1. Ajaran Presiden-Presiden Gereja: Joseph Smith (2007), 414.

  2. Teguh Pada Iman: Sebuah Rujukan Injil (2004), 109; lihat juga Buku Panduan 2” Mentadbir Gereja (2010), 2.1.2.

  3. David A. Bednar, “Always Retain a Remission of Your Sins,” Liahona, Mei 2016, 60.

  4. Russell M. Nelson, “As We Go Forward Together,” Liahona, Apr. 2018, 7.

  5. Boyd K. Packer, “The Only True Church,” Ensign, Nov. 1985, 82.