2017
Seorang Penginjil tanpa Tag Nama
June 2017


Remaja

Seorang Penginjil tanpa Tag Nama

Di sekolah saya ada cikgu yang mempunyai jenis personaliti yang mungkin menakutkan seseorang dari mengongsi pandangan-pandangan bertentangan mengenai sesuatu topik. Pada satu hari kami sampai di topik para penginjil Orang Suci Zaman Akhir. Saya tahu saya dapat menjawab soalan-soalannya, tetapi saya rasa yang saya tidak patut menjawab. Jadi saya beritahu cukup untuk memuaskan dia buat masa itu.

Selama beberapa minggu berikut saya tidak dapat berhenti berfikir tentang perbualan kami. Akhirnya, satu fikiran datang kepada saya bahawa saya patut memberikan dia sebuah Kitab Mormon dengan beberapa ayat yang ditanda tentang pekerjaan penginjil. Fikiran itu menakutkan saya, tetapi ia terus datang. Saya tahu ia merupakan dorongan yang saya mesti ikut.

Kira-kira dua bulan kemudian, saya sudah sediakan sebuah Kitab Mormon. Sepanjang hari saya rasa seperti buku itu membakar lubang dalam beg saya. Tiga saat bila saya memberikan dia buku itu ketika saya berjalan untuk cuti musim sejuk merupakan salah satu saat yang paling menakutkan dalam kehidupan saya.

Pada hari pertama selepas cuti, saya berjalan di luar kelasnya tetapi terlalu takut masuk. Saya dengar dia panggil saya, dan dia memberi saya satu kad. Saya membacanya di koridor. Dia menulis bahawa dia telah mengkaji ayat-ayat yang telah saya menandai, dan dia bermula melihat beberapa sebab mengenai agama saya.

Saya rasa teruja mengongsi injil sekarang, dan saya lebih teruja lagi untuk melayani Bapa Syurgawi saya di misi tidak lama lagi.