2017
Dipanggil untuk Pekerjaan Tuhan
June 2017


Pesanan Presidensi Utama, Jun 2017

Dipanggil untuk Pekerjaan Tuhan

Imej
Presiden Thomas S. Monson

Bila Nabi Joseph Smith memanggil Elder Heber C. Kimball (1801–68) untuk “membuka pintu penyelamatan” sebagai seorang penginjil ke England, Elder Kimball dikuasai oleh perasaan yang dia tidak layak.

“Ya, Tuhan,” dia tulis, “Saya seorang lelaki yang tidak beberapa pandai berucap, dan yang tidak layak untuk pekerjaan yang demikian.”

Namun Elder Kimball menerima panggilan, berkata: “Pertimbangan ini tidak menghalang saya dari jalan tugasan; saat saya memahami kehendak Bapa Syurgawi saya, saya rasa keazaman untuk terus pergi tidak kira apa yang berlaku, percaya Dia akan menyokong saya dengan kuasa-Nya yang maha kuasa, dan menganugerahi saya dengan setiap kelayakan yang saya perlu.”1

Saudara dan saudari saya yang muda yang dipanggil untuk pelayanan penginjil penuh masa, anda dipanggil untuk pekerjaan kerana anda, seperti Elder Kimball, “mempunyai keinginan untuk melayani Tuhan” (A&P 4:3) dan kerana anda bersedia dan layak.

Pasangan penginjil warga emas, anda dipanggil kepada pekerjaan untuk sebab-sebab yang sama. Namun anda membawa bukan saja keinginan untuk melayani tetapi juga kebijaksanaan yang didapatkan dari masa-masa pengorbanan, kasih, dan pengalaman yang Bapa anda di Syurga boleh menggunakan untuk menyentuh hati para putera-puteri-Nya yang sedang mencari kebenaran. Pasti anda telah belajar bahawa kita tidak dapat betul-betul mengasihi Tuhan kecuali kita melayani Dia dengan melayani orang lain.

Kepada keinginan anda untuk melayani sebagai penginjil, anda akan tambah iman dan ketabahan, keberanian dan keyakinan, keazaman dan daya tahan, dan pengabdian. Para penginjil yang berazam boleh mengerjakan mukjizat-mukjizat semasa melayani.

Presiden John Taylor (1808–87) meringkaskan sifat-sifat penginjil yang sangat penting dengan cara ini: “Jenis lelaki [dan perempuan mahupun pasangan] yang kami ingin menjadi pembawa pesanan injil ini merupakan orang yang beriman kepada Tuhan; orang yang mempunyai iman dalam agama mereka; lelaki yang menghormati imamat mereka; orang yang di dalamnya … Tuhan mempunyai keyakinan. … Kami ingin orang yang penuh Roh Kudus dan kuasa Tuhan[,] … orang kehormatan, kejujuran, kebaikan dan kemurnian.”2

Tuhan telah mengisytiharkan:

“Kerana lihatlah, ladang telah memutih, siap untuk dituai, dan lihatlah, dia yang mengayunkan sabitnya dengan sekuat tenaganya, orang itu mempunyai persediaan agar dia tidak binasa, tetapi membawa penyelamatan bagi jiwanya;

“Dan iman, pengharapan, kasih ihsan, dengan pandangan yang hanya tertuju pada kemuliaan Tuhan, menjadikan dia memenuhi syarat atas pekerjaan itu” (A&P 4:4–5).

Panggilan anda telah datang melalui ilham. Saya bersaksi bahawa orang yang Tuhan memanggil, Tuhan melayakkan. Anda akan terima bantuan syurgawi semasa anda bekerja dengan penuh doa di ladang anggur Tuhan.

Janji indah yang Tuhan memberi kepada para penginjil pada masa awal zaman keagamaan ini, sebagaimana terkandung dalam Ajaran dan Perjanjian, akan menjadi milik anda: Aku akan pergi di hadapan mukamu. Aku akan berada di sebelah kananmu dan juga di sebelah kirimu, dan Roh-Ku ada di hatimu, dan para malaikat-Ku akan berada di sekeliling-mu untuk menghibur kamu” (A&P 84:88).

Semasa anda melayani, anda akan membuat kenangan dan persahabatan abadi yang sangat bermakna. Saya tidak tahu apa-apa ladang yang menghasilkan lebih hasilan kegembiraan daripada ladang misi.

Sekarang, satu pesanan untuk para elder, sister, dan pasangan yang, tidak kira apa sebabnya, mungkin tidak dapat menyelesaikan masa tugasan mereka di ladang misi: Tuhan mengasihi anda. Dia menghargai korban anda. Dia sedar akan kekecewaan anda. Ketahuilah bahawa Dia masih mempunyai pekerjaan untuk anda lakukan. Janganlah biar Setan memberitahu anda yang sebaliknya. Janganlah sedih; janganlah menjadi lemah semangat; janganlah putus asa.

Seperti yang saya belajar di persidangan umum tidak lama selepas saya dipanggil untuk memimpin Gereja: “Jangan takut. Bergembiralah. Masa hadapan adalah seterang iman kamu.”3 Janji itu masih benar untuk anda. Jadi janganlah kehilangan iman anda, kerana Tuhan tidak kehilangan iman dalam anda. Taatilah perjanjian-perjanjian anda dan teruskan ke depan.

Dunia memerlukan injil Yesus Kristus. Semoga Tuhan memberkati semua Orang Suci-Nya—tidak kira di mana kita melayani—dengan hati penginjil.

Nota

  1. Heber C. Kimball, in Orson F. Whitney, Life of Heber C. Kimball, 3rd ed. (1967), 104.

  2. Teachings of Presidents of the Church: John Taylor (2001), 73.

  3. Thomas S. Monson, “Be of Good Cheer,” Liahona, Mei 2009, 92.