2017
Kuasa Imamat melalui Mentaati Perjanjian
June 2017


Pesanan Pengajar Berkunjung, Jun 2017

Kuasa Imamat melalui Mentaati Perjanjian

Kajilah pesanan ini dengan penuh doa dan mencari ilham untuk mengetahui apa untuk mengongsi. Bagaimanakah memahami tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan puteri-puteri Tuhan untuk berkat-berkat kehidupan abadi?

Imej
Relief Society seal

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Pesanan saya kepada … semua adalah kita dapat hidup setiap jam ‘diberkati oleh kekuatan kuasa imamat,’ tidak kira keadaan kita,” berkata Elder Neil L. Andersen dari Kuorum Dua Belas Rasul.

“… Ketika anda menyertai tatacara-tatacara imamat dengan layak, Tuhan akan memberikan anda kekuatan yang lebih besar, kedamaian, dan perspektif yang abadi. Tidak kira apa keadaan anda, rumah anda akan ‘diberkati oleh kekuatan kuasa imamat.’”1

Bagaimanakah kita menjemput kuasa imamat ke dalam kehidupan kita? Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul memperingatkan kita bahawa “orang yang telah masuk air pembaptisan dan kemudian menerima anugerahan mereka di dalam rumah Tuhan adalah layak untuk berkat-berkat yang sungguh hebat. Anugerahan merupakan kurnia kuasa … [dan] Bapa kita di Syurga murah hati dengan kuasa-Nya.” Dia memperingatkan kita bahawa lelaki dan perempuan “kedua-dua dianugerahi dengan kuasa yang sama” di dalam bait suci, “yang merupakan kuasa imamat.”2

Linda K. Burton, Presiden Umum Lembaga Pertolongan, berkata: “Oleh kerana kuasa imamat adalah sesuatu yang kita semua ingin mempunyai dalam keluarga dan rumah kita, apakah yang kita perlu melakukan untuk menjemput kuasa itu ke dalam kehidupan kita? Kesolehan peribadi sangatlah penting dalam mempunyai kuasa imamat.”3

“Jika kita mempersembahkan diri kita dengan rendah hati di depan Tuhan dan meminta Dia untuk mengajar kita, Dia akan menunjukkan kita bagaimana untuk meningkatkan capaian kita kepada kuasa Dia,” berkata Presiden Russell M. Nelson, Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.4

Tulisan Suci dan Maklumat Tambahan

1 Nefi 14:14; Ajaran dan Perjanjian 121:36; 132:20; reliefsociety.lds.org

Nota

  1. Neil L. Andersen, “Power in the Priesthood,” Liahona, Nov. 2013, 92, 95.

  2. M. Russell Ballard, “Men and Women and Priesthood Power,” Liahona, Sept. 2014, 36.

  3. Linda K. Burton, “Priesthood Power—Available to All,” Liahona, Jun 2014, 21.

  4. Russell M. Nelson, “Harga Kuasa Imamat,” Liahona, Mei 2016, 69.