Buku Panduan dan Panggilan
9. Lembaga Pertolongan


“9. Lembaga Pertolongan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“9. Lembaga Pertolongan,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
wanita mengkaji tulisan suci

9.

Lembaga Pertolongan

9.1

Tujuan dan Organisasi

9.1.1

Tujuan

Nabi Joseph Smith mengajarkan bahawa tujuan Lembaga Pertolongan adalah untuk menyelamatkan jiwa dan melegakan penderitaan.

Moto Lembaga Pertolongan adalah “Kasih ihsan tidak pernah gagal” (1 Korintus 13:8).

9.1.2

Keahlian dalam Lembaga Pertolongan

Remaja puteri berumur 18 tahun boleh mula menghadiri Lembaga Pertolongan. Pada umur 19 atau ketika berpindah dari rumah, seperti menghadiri universiti atau melayani misi, dia harus menyertai Lembaga Pertolongan.

Wanita berkahwin di bawah umur 18 tahun juga ahli Lembaga Pertolongan.

9.2

Terlibat dalam Kerja Penyelamatan dan Permuliaan

9.2.1

Menjalankan Injil Yesus Kristus

9.2.1.2

Pembelajaran Injil dalam Pertemuan Lembaga Pertolongan

Pertemuan diadakan pada hari Ahad kedua dan keempat bulanan. Berlangsung selama 50 minit. Presidensi Lembaga Pertolongan merancang pertemuan ini. Seorang ahli presidensi memimpin.

Pertemuan Lembaga Pertolongan fokus pada topik dalam satu atau lebih ucapan persidangan umum terkini.

9.2.1.3

Aktiviti

Presidensi Lembaga Pertolongan boleh merancang aktiviti. Kebanyakan aktiviti diadakan pada masa bukan hari Ahad atau malam Isnin.

9.2.2

Menjaga Orang yang Memerlukan

9.2.2.1

Pelayanan

Para saudari menerima tugasan pelayanan dari presidensi Lembaga Pertolongan. Untuk maklumat lanjut, lihat bab 21.

9.2.2.2

Keperluan Jangka Pendek

Para pelayan saudari berusaha untuk memahami dan menjawab keperluan ahli yang dilayani. Ahli mungkin memerlukan bantuan jangka pendek ketika sakit, bersalin, kematian, hilang kerja dan keadaan lain.

Apabila diperlukan, para pelayan saudari meminta bantuan presidensi Lembaga Pertolongan.

9.2.2.3

Keperluan Jangka Panjang dan Keberdikarian

Seperti yang diselaraskan oleh uskup, presidensi Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua membantu keperluan jangka panjang dan keberdikarian ahli.

Presiden Lembaga Pertolongan, presiden kuorum penatua, atau pemimpin lain membantu individu atau keluarga membuat Rancangan Keberdikarian.

9.2.2.4

Apabila Ahli Bahagian Mati

Apabila seorang ahli bahagian mati, Lembaga Pertolongan dan presidensi kuorum penatua tawarkan penghiburan dan bantuan. Di bawah bimbingan uskup, mereka boleh membantu dengan pengebumian.

Untuk maklumat lanjut, lihat 38.5.8.

9.2.3

Menjemput Semua untuk Menerima Injil

Presiden Lembaga Pertolongan tugaskan seorang ahli presidensi untuk memimpin kerja misionari ahli dalam bahagian. Dia bekerja dengan ahli presidensi kuorum penatua yang ditugaskan untuk selaraskan usaha ini (lihat 23.5.1).

9.2.4

Menyatukan Keluarga untuk Keabadian

Presiden Lembaga Pertolongan tugaskan seorang ahli presidensi untuk membantu memimpin kerja bait suci dan sejarah keluarga dalam bahagian. Dia dan ahli presidensi kuorum penatua yang ditugaskan selaraskan usaha ini (lihat 25.2.2).

9.3

Pemimpin Lembaga Pertolongan

9.3.1

Uskup

Uskup biasanya bertemu dengan presiden Lembaga Pertolongan secara bulanan. Mereka membincangkan kerja penyelamatan dan permuliaan, termasuk pelayanan pelayan saudari.

9.3.2

Presidensi Lembaga Pertolongan

9.3.2.1

Memanggil Presidensi Lembaga Pertolongan

Uskup memanggil seorang wanita sebagai presiden Lembaga Pertolongan bahagian. Jika unit ini cukup besar, dia merekomenkan kepada uskup satu atau dua wanita sebagai penasihatnya.

Sesetengah unit kecil mungkin tiada presiden Remaja Puteri atau Sekolah Primer. Dalam hal ini, presiden Lembaga Pertolongan boleh membantu ibu bapa merancang arahan untuk remaja dan kanak-kanak.

9.3.2.2

Tanggungjawab

Presiden Lembaga Pertolongan ada tanggungjawab yang berikut. Para penasihatnya membantunya.

  • Melayani dalam majlis bahagian.

  • Memimpin usaha Lembaga Pertolongan untuk menyertai kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat bab 1).

  • Mengatur dan menyelia pelayanan pelayan saudari.

  • Di bawah bimbingan uskup, berunding dengan ahli dewasa bahagian.

  • Selaras usaha Lembaga Pertolongan untuk menguatkan para belia perempuan dalam bahagian, yang bujang dan berkahwin.

  • Bertemu dengan setiap ahli Lembaga Pertolongan secara individu sekurang-kurangnya sekali setahun.

  • Menyelia rekod Lembaga Pertolongan, laporan, dan kewangan (lihat LCR.ChurchofJesusChrist.org).

9.3.2.3

Mesyuarat Presidensi

Presidensi dan setiausaha Lembaga Pertolongan kerap bertemu. Presiden mengendali mesyuarat ini. Agenda ini boleh termasuk hal-hal berikut:

  • Merancang cara untuk menguatkan para saudari dan keluarga mereka.

  • Menyelaraskan kerja misionari dan kerja bait suci dan sejarah keluarga.

  • Mengendalikan tugasan dari mesyuarat majlis bahagian.

  • Menyemak maklumat temu duga pelayanan.

  • Mempertimbangkan para ahli perempuan untuk melayani dalam panggilan dan tugasan Lembaga Pertolongan.

  • Merancang pertemuan dan aktiviti Lembaga Pertolongan.

9.3.3

Setiausaha

Presidensi Lembaga Pertolongan boleh merekomenkan seorang ahli perempuan sebagai setiausaha Lembaga Pertolongan.

9.4

Membantu Remaja Puteri Bersedia untuk Menyertai Lembaga Pertolongan

Presidensi Lembaga Pertolongan, remaja puteri, ibu bapa mereka, dan pemimpin Remaja Puteri bekerjasama untuk membantu remaja puteri bersedia untuk menyertai Lembaga Pertolongan.

Pemimpin juga menyediakan peluang berterusan bagi remaja puteri dan saudari Lembaga Pertolongan untuk menjalin hubungan. Melayani bersama sebagai pelayan saudari adalah satu cara menjalin hubungan.

9.6

Garis Panduan dan Polisi Tambahan

9.6.2

Literasi

Jika perlu, presidensi Lembaga Pertolongan, uskup, presidensi kuorum penatua, dan majlis bahagian bekerjasama membantu para ahli belajar membaca dan menulis.