Buku Panduan dan Panggilan
11. Remaja Puteri


“11. Remaja Puteri,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“11. Remaja Puteri,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
remaja puteri di luar

11.

Remaja Puteri

11.1

Tujuan dan Organisasi

11.1.1

Tujuan

Organisasi Remaja Puteri membantu remaja puteri membuat dan mentaati perjanjian kudus dan memperdalamkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus dan injil-Nya.

11.1.2

Tema Remaja Puteri

“Saya ialah anak perempuan kepada ibu bapa syurgawi yang dikasihi, dengan sifat ilahi dan takdir abadi.

“Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus, saya berusaha untuk menjadi seperti-Nya. Saya mencari dan bertindak ke atas wahyu peribadi dan melayani orang lain dalam nama-Nya yang kudus.

“Saya akan berdiri sebagai saksi bagi Tuhan pada setiap waktu dan dalam segala hal, dan di setiap tempat.

“Dalam usaha saya untuk melayakkan diri bagi permuliaan, saya menghargai kurnia pertaubatan dan berusaha untuk memajukan diri setiap hari. Dengan iman, saya akan mengukuhkan rumah tangga dan keluarga saya, membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kudus, dan menerima tatacara serta berkat bait suci.”

11.1.3

Kelas

Remaja puteri menjadi ahli kelas Remaja Puteri bermula bulan Januari pada tahun mereka berumur 12 tahun.

Lembaga uskup dan pemimpin Remaja Puteri dewasa dengan doa menentukan cara untuk menyusun kelas mengikut umur. Setiap kelas, tanpa mengira saiz, harus ada seorang presiden dan, jika boleh, satu atau dua penasihat dan setiausaha.

11.2

Terlibat dalam Kerja Penyelamatan dan Permuliaan

11.2.1

Menjalankan Injil Yesus Kristus

11.2.1.2

Pembelajaran Injil

Pertemuan kelas diadakan pada hari Ahad kedua dan keempat bulanan. Berlangsung selama 50 minit. Seorang ahli presidensi kelas memimpin. Dia memimpin kelas untuk membaca tema dan berunding tentang tugasan dan hal lain.

Seorang ahli kelas atau pemimpin dewasa kemudiannya memimpin arahan injil.

11.2.1.3

Pelayanan dan Aktiviti

Pelayanan dan aktiviti harus membina kesaksian, menguatkan keluarga, menyatukan kelas, dan memberkati orang lain.

Beberapa pelayanan dan aktiviti harus termasuk remaja putera dan remaja puteri, terutamanya untuk remaja yang lebih dewasa.

Aktiviti Tahunan. Selain aktiviti remaja biasa, remaja puteri juga boleh menyertai yang berikut setiap tahun:

  • Kem Remaja Puteri (lihat Young Women Camp Guide).

  • Persidangan remaja bahagian atau pancang atau persidangan Untuk Kekuatan Remaja (FSY).

11.2.1.4

Perkembangan Peribadi

Dalam usaha menjadi lebih seperti Juruselamat, remaja dijemput untuk menetapkan matlamat untuk berkembang secara rohani, sosial, jasmani, dan intelektual (lihat Lukas 2:52).

Untuk maklumat lanjut, lihat ChildrenandYouth.ChurchofJesusChrist.org.

11.2.2

Menjaga Orang yang Memerlukan

Remaja puteri harus kerap berpeluang untuk melayani orang lain dalam dan bersama keluarga mereka, semasa aktiviti remaja, dan sesama.

11.2.2.1

Pelayanan

Remaja puteri boleh menerima tugasan pelayanan bermula bulan Januari pada tahun mereka akan berumur 14 tahun. Untuk maklumat lanjut, lihat bab 21.

11.2.3

Menjemput Semua untuk Menerima Injil

Remaja Puteri menjemput semua untuk menerima injil semasa mereka “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat” (Mosia 18:9).

Ibu bapa dan pemimpin boleh membantu remaja puteri bersedia untuk berkongsi injil sepanjang hidup mereka.

11.2.4

Menyatukan Keluarga untuk Keabadian

Remaja puteri boleh membantu menyatukan keluarga untuk keabadian dalam banyak cara.

  • Menghormati ibu bapa mereka dan menetapkan teladan kehidupan seperti Kristus di rumah mereka.

  • Bersedia untuk menerima tatacara bait suci, termasuk perkahwinan abadi.

  • Cari nenek moyang yang memerlukan tatacara bait suci (lihat FamilySearch.org).

  • Sertai pembaptisan dan penetapan bagi orang mati sekerap mungkin.

11.3

Kepimpinan Remaja Puteri Bahagian

11.3.1

Lembaga Uskup

Tanggungjawab paling utama uskup ialah menjaga remaja putera dan puteri bahagiannya. Dia dan para penasihatnya mengenali nama mereka dan memahami keadaan rumah mereka. Mereka bertemu dengan setiap remaja puteri sekurang-kurangnya dua kali setahun (lihat 31.3.1).

Uskup bertanggungjawab untuk organisasi Remaja Puteri bahagian. Dia selalu bertemu dengan presiden Remaja Puteri.

Uskup dan para penasihatnya kerap menyertai pertemuan, pelayanan dan aktiviti Remaja Puteri.

11.3.2

Presidensi Remaja Puteri Dewasa

Uskup memanggil dan menetapkan seorang wanita dewasa sebagai presiden Remaja Puteri bahagian. Jika unit ini cukup besar, dia merekomenkan satu atau dua wanita dewasa sebagai penasihatnya (lihat bab 30).

Dalam unit kecil, presiden Remaja Puteri mungkin satu-satunya pemimpin dewasa dalam organisasi Remaja Puteri. Dalam kes ini, dia bekerja dengan ibu bapa untuk mengatur arahan dan aktiviti bagi remaja puteri.

Jika satu cabang tiada presiden Remaja Puteri, presiden Lembaga Pertolongan boleh mengatur arahan bagi remaja puteri sehingga seorang presiden Remaja Puteri dipanggil.

Presiden Remaja Puteri ada tanggungjawab berikut. Para penasihatnya membantunya.

  • Melayani dalam majlis bahagian.

  • Melayani sebagai ahli majlis remaja bahagian (lihat 29.2.6).

  • Melayani individu remaja puteri.

  • Ajar pemimpin Remaja Puteri dan presidensi kelas tanggungjawab mereka.

  • Berunding dengan remaja puteri tentang cabaran yang tidak memerlukan uskup atau melibatkan penderaan (lihat 32.3, 31.3.1, dan 38.6.2).

11.3.4

Presidensi Kelas dan Setiausaha

11.3.4.1

Panggilan, Sokongan dan Penetapan

Setiap kelas Remaja Puteri harus ada presidensi kelas.

Seorang ahli lembaga uskup memanggil seorang remaja puteri sebagai presiden kelas. Apabila cukup remaja puteri untuk melayani, dia dengan penuh doa mempertimbangkan ahli kelas sebagai penasihat dan setiausaha.

Selepas menghulurkan panggilan ini, seorang ahli lembaga uskup memperkenalkan remaja puteri kepada kelas mereka untuk disokong. Uskup atau penasihat yang ditugaskan menetapkan remaja puteri.

11.3.4.2

Tanggungjawab

Presiden kelas melayani dalam majlis remaja bahagian (lihat 11.3.4.4). Presidensi kelas juga ada tanggungjawab berikut:

  • Memimpin usaha kelas untuk terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat bab 1).

  • Mengenali dan melayani setiap remaja puteri, termasuk mereka yang tidak menghadir pertemuan kelas.

  • Rancang dan melaksanakan pertemuan kelas hari Ahad (lihat 11.2.1.2).

  • Rancang dan melaksanakan pelayanan dan aktiviti kelas (lihat 11.2.1.3).

11.3.4.3

Pertemuan Presidensi Kelas

Presidensi kelas Remaja Puteri kerap bertemu. Presiden kelas mengendali pertemuan ini. Pemimpin Remaja Puteri dewasa yang ditugaskan untuk menyokong presidensi kelas juga turut hadir.

11.3.4.4

Majlis Remaja Bahagian

Lihat 29.2.6 untuk maklumat lanjut tentang majlis remaja bahagian.

11.6

Garis Panduan dan Polisi Tambahan

11.6.1

Melindungi Remaja

Apabila orang dewasa berinteraksi dengan remaja di Gereja, sekurang-kurangnya dua orang dewasa yang bertanggungjawab harus hadir. Ia mungkin diperlukan untuk menggabungkan kelas-kelas untuk lakukan ini.

Semua orang dewasa yang melayani remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org).