Buku Panduan dan Panggilan
12. Sekolah Primer


“12. Sekolah Primer,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“12. Sekolah Primer,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
keluarga pegang kitab suci

12.

Sekolah Primer

12.1

Tujuan dan Organisasi

Sekolah Primer adalah organisasi yang berpusat di rumah dan disokong oleh Gereja. Ia untuk kanak-kanak berumur 18 bulan sehingga 11 tahun.

12.1.1

Tujuan

Sekolah Primer membantu kanak-kanak:

  • Rasai kasih Bapa Syurgawi dan pelajari rancangan kegembiraan-Nya.

  • Belajar tentang Yesus Kristus dan peranan-Nya dalam rancangan Bapa Syurgawi.

  • Belajar dan menjalankan injil Yesus Kristus.

  • Merasa, mengenali, dan bertindak atas pengaruh Roh Kudus.

  • Bersedia untuk, membuat, dan mentaati perjanjian kudus.

  • Terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan.

12.1.3

Kelas

Apabila cukup kanak-kanak, mereka dibahagikan ke dalam kelas mengikut umur mereka.

Kanak-kanak biasanya maju dari Sekolah Primer ke Remaja Puteri atau kuorum diaken pada bulan Januari pada tahun mereka berumur 12 tahun.

12.1.4

Waktu Menyanyi

Masa menyanyi membantu kanak-kanak merasai kasih Bapa Syurgawi dan mempelajari rancangan kegembiraan-Nya. Semasa mereka menyanyi tentang asas-asas injil, Roh Kudus bersaksi tentang kebenaran itu.

Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu setiap bulan untuk menguatkan asas-asas yang kanak-kanak pelajari dalam kelas dan di rumah.

12.1.5

Nurseri

Nurseri membantu kanak-kanak 18 bulan sehingga 3 tahun merasai kasih Bapa Syurgawi dan mempelajari rancangan kegembiraan-Nya.

12.2

Terlibat dalam Kerja Penyelamatan dan Permuliaan

12.2.1

Menjalankan Injil Yesus Kristus

12.2.1.2

Pembelajaran Injil

Pertemuan Sekolah Primer Hari Ahad. Seorang ahli presidensi Sekolah Primer memimpin pembukaan.

Jadual adalah seperti berikut:

Bahagian Pertemuan

Panjang

Bahagian Pertemuan

Pembukaan (doa, tulisan suci atau Fasal-Fasal Kepercayaan, dan ucapan—semua diberikan oleh kanak-kanak)

Panjang

5 minit

Bahagian Pertemuan

Waktu menyanyi

Panjang

20 minit

Bahagian Pertemuan

Peralihan ke kelas

Panjang

5 minit

Bahagian Pertemuan

Kelas dan doa penutup

Panjang

20 minit

Nurseri untuk kanak-kanak yang berumur 18 bulan sehingga 3 tahun berlangsung selama 50 minit. Lihatlah Anak-Anak Kecil-Mu menyediakan jadual cadangan.

Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak. Pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak tahunan diadakan dalam beberapa bulan terakhir setiap tahun.

Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik dengan penuh doa merancang pembentangan itu. Lembaga uskup memberi arahan. Kanak-kanak boleh menyanyi, berucap, dan berkongsi cerita, tulisan suci, atau kesaksian.

Pertemuan Persediaan Bait Suci dan Imamat. Presidensi Sekolah Primer merancang pertemuan Persediaan Bait Suci dan Imamat setiap tahun. Lembaga uskup memberi arahan. Pertemuan ini untuk kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Ibu bapa dijemput.

12.2.1.3

Pelayanan dan Aktiviti

Bermula bulan Januari pada tahun mereka memasuki umur 8, kanak-kanak boleh mula menghadiri aktiviti Sekolah Primer.

Aktiviti Sekolah Primer diadakan pada masa bukan hari Ahad atau malam Isnin.

  • Aktiviti Sekolah Primer diadakan dua kali sebulan jika boleh.

  • Kanak-kanak lelaki dan perempuan biasanya bertemu secara berasingan. Walau bagaimanapun, mereka boleh bergabung untuk aktiviti tertentu atau di lokasi dengan kanak-kanak lain.

Lembaga uskup memastikan belanjawan dan aktiviti kanak-kanak lelaki dan perempuan di Sekolah Primer adalah cukup dan saksama.

12.2.1.4

Perkembangan Peribadi

Dalam usaha mereka menjadi lebih seperti Juruselamat, kanak-kanak—bermula pada tahun mereka berumur 8—dijemput untuk menetapkan matlamat untuk berkembang secara rohani, sosial, jasmani dan intelektual (lihat Lukas 2:52).

Mereka boleh menggunakan Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak untuk menetapkan dan mencatatkan matlamat.

12.3

Kepimpinan Sekolah Primer Bahagian

12.3.1

Lembaga Uskup

Tanggungjawab terpenting uskup adalah kepada generasi muda, termasuk kanak-kanak. Uskup boleh tugaskan seorang penasihat untuk membantu dalam tanggungjawab Sekolah Primer. Uskup atau penasihat yang ditugaskan sering bertemu dengan presiden Sekolah Primer.

Uskup dan penasihatnya selalu menghadiri Sekolah Primer.

12.3.2

Presidensi Sekolah Primer

Uskup memanggil dan menetapkan seorang wanita dewasa sebagai presiden Sekolah Primer bahagian.

Dalam unit kecil, presiden Sekolah Primer mungkin satu-satunya pemimpin sekolah Primer. Dalam hal ini, dia dan ibu bapa bekerjasama mengatur pelajaran, waktu menyanyi, dan aktiviti. Jika unit cukup besar, panggilan tambahan boleh dipenuhi dalam urutan ini: penasihat, pemimpin muzik, pengajar dan pemimpin nurseri, setiausaha, dan pemimpin aktiviti.

Presidensi Sekolah Primer membantu ibu bapa menyediakan anak-anak untuk masuk dan maju di sepanjang jalan perjanjian.

Untuk mencapai ini, presiden Sekolah Primer boleh tugaskan seorang ahli presidensi untuk membantu ibu bapa menyediakan anak-anak mereka untuk pembaptisan dan penetapan. Presiden Sekolah Primer boleh tugaskan seorang ahli presidensi lain untuk membantu ibu bapa dengan persediaan bait suci dan imamat untuk anak-anak mereka.

Presiden Sekolah Primer ada tanggungjawab tambahan berikut. Para penasihatnya membantunya.

  • Melayani dalam majlis bahagian.

  • Mengadakan mesyuarat presidensi Sekolah Primer dan bertemu dengan uskup atau penasihatnya yang ditugaskan.

  • Bantu merancang acara pembaptisan kanak-kanak apabila diminta (lihat 18.7.2).

  • Rancang dan melaksanakan pembukaan pertemuan Sekolah Primer hari Ahad.

  • Melayani kanak-kanak, pengajar, dan pemimpin di Sekolah Primer.

  • Mengajar pemimpin Sekolah Primer dan pengajar tanggungjawab mereka dan menyokong mereka dalam tanggungjawab itu dengan melatih mereka (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat [2016], 38).

  • Mengawasi rekod, laporan, belanjawan, dan kewangan Sekolah Primer.

12.3.4

Pemimpin Muzik dan Pemain Piano

Pemimpin muzik dan pemain piano mengajar kanak-kanak injil Yesus Kristus melalui muzik semasa waktu menyanyi.

Jika tiada pemain piano atau piano, pemimpin boleh menggunakan rakaman.

12.3.5

Pengajar dan Pemimpin Nurseri

Presidensi Sekolah Primer merekomenkan kepada lembaga uskup, lelaki dan wanita untuk melayani sebagai pengajar Sekolah Primer dan pemimpin nurseri. Ahli ini dipanggil untuk mengajar dan melayani kumpulan umur kanak-kanak tertentu.

Pengajar Sekolah Primer dan pemimpin nurseri mengajar dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer (umur 3–11) dan Lihatlah Anak-Anak Kecil-Mu (nurseri).

12.3.6

Pemimpin Aktiviti

Pemimpin aktiviti Sekolah Primer melayani kanak-kanak semasa mereka merancang pelayanan dan aktiviti bermula bulan Januari pada tahun kanak-kanak berumur 8 tahun (lihat 12.2.1.3). Pelayanan dan aktiviti fokus pada kerja penyelamatan dan permuliaan. Ia seronok dan menyatukan.

12.5

Garis Panduan dan Polisi Tambahan

12.5.1

Melindungi Kanak-kanak

Apabila orang dewasa berinteraksi dengan kanak-kanak di Gereja, sekurang-kurangnya dua orang dewasa yang bertanggungjawab harus hadir.

Semua orang dewasa yang melayani kanak-kanak mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (lihatProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org).