Buku Panduan dan Panggilan
13. Sekolah Minggu


“13. Sekolah Minggu,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“13. Sekolah Minggu,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
keluarga sedang mengkaji tulisan suci

13.

Sekolah Minggu

13.1

Tujuan

Pemimpin, pengajar, dan kelas Sekolah Minggu:

  • Menguatkan iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan mengajar “ajaran kerajaan” (Ajaran dan Perjanjian 88:77).

  • Menyokong pembelajaran dan pengajaran injil yang berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja.

  • Bantu ahli mengajar dengan cara Juruselamat.

13.2

Kepimpinan Sekolah Minggu Bahagian

13.2.1

Lembaga Uskup

Lembaga uskup menyelia Sekolah Minggu. Biasanya uskup tugaskan salah seorang penasihatnya untuk memenuhi tanggungjawab ini di bawah arahannya.

13.2.2

Presiden Sekolah Minggu

13.2.2.1

Memanggil seorang Presiden Sekolah Minggu

Uskup memanggil dan menetapkan seorang pemegang Imamat Melkisedek untuk menjadi presiden Sekolah Minggu bahagian. Jika penasihat diperlukan, dan jika ada cukup lelaki untuk melayani dalam jawatan ini, presiden Sekolah Minggu boleh merekomenkan satu atau dua orang penasihat.

13.2.2.2

Tanggungjawab

  • Melayani dalam majlis bahagian.

  • Menyelia usaha untuk memperbaiki pembelajaran dan pengajaran injil di rumah dan di gereja.

  • Rekomenkan kepada lembaga uskup ahli dewasa untuk melayani sebagai pengajar Sekolah Minggu.

  • Menyokong, menggalakkan dan mengarahkan pengajar Sekolah Minggu.

  • Memimpin mesyuarat majlis pengajar seperti arahan uskup (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 3).

13.2.3

Pengajar Sekolah Minggu

Untuk bersedia mengajar, pengajar Sekolah Minggu menggunakan tulisan suci, Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu.

13.3

Kelas Sekolah Minggu

Kelas Sekolah Minggu diadakan pada Ahad minggu pertama dan ketiga bulanan.

Dengan kelulusan lembaga uskup, presiden Sekolah Minggu mengorganisasikan kelas untuk orang dewasa dan remaja.

Sekurang-kurangnya dua orang dewasa yang bertanggungjawab harus hadir dalam setiap kelas remaja.

Semua orang dewasa yang melayani remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org).

13.4

Memperbaiki Pembelajaran dan Pengajaran dalam Bahagian

Pemimpin bahagian bertanggungjawab untuk memperbaiki pembelajaran dan pengajaran dalam organisasi mereka. Mereka boleh meminta bantuan presiden Sekolah Minggu bahagian jika perlu.

13.5

Memperbaiki Pembelajaran dan Pengajaran dalam Rumah

Ibu bapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka injil. Mereka boleh meminta bantuan presiden Sekolah Minggu untuk memperbaiki sebagai pengajar.