Buku Panduan dan Panggilan
18. Melaksanakan Tatacara dan Berkat Imamat


“18. Melaksanakan Tatacara dan Berkat Imamat,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“18. Melaksanakan Tatacara dan Berkat Imamat,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
keluarga berjalan dekat bait suci

18.

Melaksanakan Tatacara dan Berkat Imamat

18.0

Pengenalan

Tatacara dan berkat adalah tindakan kudus yang dilaksanakan dengan wewenang imamat dan dalam nama Yesus Kristus. Tatacara imamat dan berkat menyediakan akses kepada kuasa Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:20).

Tatacara dan berkat harus dilaksanakan dengan iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan menurut bimbingan Roh Kudus. Pemimpin memastikan ia dilaksanakan dengan kelulusan yang betul (jika perlu), dengan wewenang imamat yang diperlukan, dengan cara yang betul, dan oleh peserta yang layak (lihat 18.3).

18.1

Tatacara Penyelamatan dan Permuliaan

Imamat termasuk wewenang untuk melaksanakan tatacara injil yang diperlukan untuk keselamatan dan permuliaan. Ahli membuat perjanjian kudus dengan Tuhan semasa mereka terima tatacara ini. Tatacara penyelamatan dan permuliaan disenarai berikut:

  • Pembaptisan

  • Penetapan dan kurnia Roh Kudus

  • Penganugerahan Imamat Melkisedek dan pentahbisan kepada jawatan (untuk lelaki)

  • Anugerahan bait suci

  • Pemeteraian bait suci

Jika seorang anak yang lahir dalam perjanjian mati sebelum umur 8 tahun, tiada tatacara diperlukan atau dilaksanakan. Jika anak itu tidak dilahirkan dalam perjanjian, satu-satunya tatacara yang dia perlukan adalah pemeterian kepada ibu bapa. Kerana Korban Tebusan Juruselamat, semua kanak-kanak yang mati sebelum umur 8 tahun “diselamatkan di dalam kerajaan selestial syurga” (Ajaran dan Perjanjian137:10, lihat juga Moroni 8:8–12).

18.3

Terlibat dalam Tatacara atau Berkat

Mereka yang melaksana atau terlibat dalam tatacara atau berkat mesti ada wewenang imamat yang diperlukan dan layak. Secara umumnya, standard kelayakan adalah berkenaan dengan memegang kad rekomen bait suci. Walau bagaimanapun, seperti yang dibimbing oleh Roh dan arahan dalam bab ini, uskup dan presiden pancang boleh benarkan bapa dan suami yang memegang jawatan imamat yang diperlukan untuk melaksanakan atau terlibat dalam beberapa tatacara dan berkat walaupun mereka tidak layak ke bait suci sepenuhnya. Seorang pemegang imamat yang ada dosa-dosa serius tidak seharusnya terlibat.

Melaksanakan atau menerima beberapa tatacara dan berkat memerlukan kelulusan daripada pemimpin utama yang memegang kunci-kunci imamat yang diperlukan (lihat 3.4.1). Jika perlu, kelulusan boleh diberikan oleh penasihat yang diberi wewenang. Lihat carta berikut. Rujukan kepada presiden pancang juga digunakan untuk presiden misi. Rujukan kepada uskup juga digunakan untuk presiden cabang.

Pemimpin Manakah Yang Memegang Kunci-kunci untuk Meluluskan Pelaksanaan atau Penerimaan Tatacara Penyelamatan dan Permuliaan?

Tatacara

Siapa Memegang Kunci

Tatacara

Pembaptisan

Siapa Memegang Kunci

Uskup (untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan untuk ahli rekod yang berumur 9 tahun ke atas yang mana pembaptisannya telah ditunda kerana kurang upaya intelektual)

Presiden Misi (untuk penganut baru)

Tatacara

Penetapan dan kurnia Roh Kudus

Siapa Memegang Kunci

Uskup (untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan untuk ahli rekod yang berumur 9 tahun ke atas yang mana pembaptisannya telah ditunda kerana kurang upaya intelektual)

Presiden Misi (untuk penganut baru)

Tatacara

Penganugerahan Imamat Melkisedek dan pentahbisan kepada jawatan (untuk lelaki)

Siapa Memegang Kunci

Presiden pancang

Tatacara

Anugerahan bait suci

Siapa Memegang Kunci

Uskup dan presiden pancang

Tatacara

Pemeteraian bait suci

Siapa Memegang Kunci

Uskup dan presiden pancang

Pemimpin Manakah Yang Memegang Kunci-kunci untuk Meluluskan Pelaksanaan atau Penerimaan Tatacara dan Berkat lain?

Tatacara atau Pemberkatan

Siapa Memegang Kunci

Tatacara atau Pemberkatan

Penamaan dan pemberkatan anak

Siapa Memegang Kunci

Uskup

Tatacara atau Pemberkatan

Sakramen

Siapa Memegang Kunci

Uskup

Tatacara atau Pemberkatan

Penganugerahan Imamat Harun dan pentahbisan ke satu jawatan (untuk remaja putera dan lelaki)

Siapa Memegang Kunci

Uskup

Tatacara atau Pemberkatan

Menetapkan ahli untuk melayani dalam panggilan

Siapa Memegang Kunci

Lihat 30.8

Tatacara atau Pemberkatan

Mentahbiskan minyak

Siapa Memegang Kunci

Kelulusan tidak diperlukan

Tatacara atau Pemberkatan

Melayani orang yang sakit

Siapa Memegang Kunci

Kelulusan tidak diperlukan

Tatacara atau Pemberkatan

Berkat penghiburan dan nasihat, termasuk berkat bapa

Siapa Memegang Kunci

Kelulusan tidak diperlukan

Tatacara atau Pemberkatan

Pembaktian Rumah

Siapa Memegang Kunci

Kelulusan tidak diperlukan

Tatacara atau Pemberkatan

Pembaktian Kubur

Siapa Memegang Kunci

Pemimpin imamat yang memimpin pelayanan

Tatacara atau Pemberkatan

Berkat bapa bangsa

Siapa Memegang Kunci

Uskup

18.4

Tatacara untuk Anak Kecil

Seorang anak kecil boleh diberkati, dibaptiskan, ditetapkan, ditahbiskan ke jawatan imamat, atau ditetapkan pada panggilan hanya dengan keizinan (1) ibu bapa yang mempunyai hak yang sah untuk membuat keputusan atau (2) penjaga yang sah.

18.6

Penamaan dan Pemberkatan Anak

Kanak-kanak biasanya dinamakan dan diberkati semasa pertemuan puasa dan kesaksian di bahagian tempat ibu bapa mereka tinggal.

18.6.1

Siapa Memberi Berkat

Tatacara penamaan dan pemberkatan anak dilaksanakan oleh pemegang Imamat Melkisedek, menurut Ajaran dan Perjanjian 20:70.

Seseorang atau keluarga yang mahu seorang anak menerima penamaan dan pemberkatan menyelaras tatacara itu dengan uskup. Dia memegang kunci-kunci imamat untuk penamaan dan pemberkatan anak dalam bahagian.

Uskup boleh benarkan seorang bapa yang memegang Imamat Melkisedek untuk menamakan dan memberkati anaknya walaupun bapa tidak layak bait suci sepenuhnya (lihat 18.3). Uskup menggalakkan para bapa untuk menyediakan diri untuk memberkati anak-anak mereka.

18.6.2

Arahan

Di bawah arahan lembaga uskup, pemegang Imamat Melkisedek berkumpul dalam satu bulatan untuk menamakan dan memberkati anak. Mereka meletakkan tangan mereka di bawah bayi, atau letakkan tangan mereka dengan lembut di atas kepala seorang kanak-kanak. Kemudian orang yang bersuara:

  1. Berdoa kepada Bapa Syurgawi.

  2. Nyatakan bahawa berkat itu dilaksanakan melalui wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Memberi nama kepada anak itu.

  4. Berucap kepada anak itu.

  5. Berikan berkat kepada anak itu seperti Roh arahkan.

  6. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

18.6.3

Child Record Form and Blessing Certificate

Sebelum seorang kanak-kanak diberkati, kerani gunakan Leader and Clerk Resources (LCR) untuk sediakan Child Record Form (Borang Rekod Anak). Selepas berkat itu, dia mencipta rekod keahlian dalam sistem itu dan menyediakan Blessing Certificate (Sijil Berkat). Uskup menandatangani sijil ini dan berikan kepada ibu bapa atau penjaga anak itu.

Nama pada rekod keahlian dan sijil harus padan dengan sijil kelahiran, pendaftaran kelahiran sivil, atau nama sah semasa.

18.7

Pembaptisan

Pembaptisan melalui pencelupan dalam air oleh seseorang yang memiliki wewenang diperlukan bagi seseorang untuk menjadi ahli Gereja dan menerima Roh Kudus. Semua yang mahu permuliaan mesti mengikut teladan Juruselamat dengan menerima tatacara ini.

18.7.1

Kelulusan bagi Seseorang untuk Dibaptiskan dan Ditetapkan

18.7.1.1

Kanak-Kanak yang Merupakan Ahli Rekod

Uskup memegang kunci-kunci imamat untuk membaptis ahli rekod yang berumur 8 tahun dalam bahagian. Kanak-kanak ini harus dibaptis dan ditetapkan pada atau segera selepas hari jadi ke-8 mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 68:27). Ini adalah kanak-kanak yang rekod keahlian Gereja sudah wujud (lihat 33.6.2). Apabila mereka mencapai umur 8 tahun, uskup memastikan mereka berpeluang untuk menerima injil dan dibaptiskan serta ditetapkan.

Uskup atau penasihat yang ditugaskan menemu duga anak rekod untuk pembaptisan dan penetapan. Arahan dalam 31.2.3.1.

Untuk maklumat tentang mengisi Rekod Pembaptisan dan Penetapan, lihat 18.8.3.

18.7.1.2

Penganut Baru

Presiden misi memegang kunci-kunci imamat untuk membaptis penganut baru dalam misi. Untuk ini, misionari sepenuh masa menemu duga penganut baru untuk pembaptisan dan penetapan.

18.7.2

Acara Pembaptisan

Acara pembaptisan harus mudah, ringkas, dan mengangkat secara rohani. Ini termasuk yang berikut:

  1. Muzik Pendahuluan

  2. Kata aluan ringkas dari saudara yang mengacara

  3. Lagu rohani dan doa pembukaan

  4. Satu atau dua pesanan pendek tentang subjek injil, seperti pembaptisan dan kurnia Roh Kudus

  5. Satu muzik pilihan

  6. Pembaptisan

  7. Masa ketakziman semasa mereka yang terlibat dalam pembaptisan ganti pakaian kering (lagu rohani atau lagu Sekolah Primer boleh dimainkan atau dinyanyikan pada masa ini)

  8. Penetapan kanak-kanak berumur 8 tahun; penetapan para penganut jika ditentukan oleh uskup (lihat 18.8)

  9. Penganut baru berkongsi kesaksian, jika ingin

  10. Lagu rohani dan doa penutupan

  11. Muzik Penutupan

Apabila seorang anak rekod bersedia untuk dibaptiskan, seorang ahli lembaga uskup dan presidensi Sekolah Primer berunding dengan keluarga untuk merancang dan menjadualkan acara pembaptisan. Seorang ahli lembaga uskup memimpin acara itu. Jika lebih daripada seorang kanak-kanak akan dibaptiskan pada bulan yang sama, mereka boleh berkongsi satu acara pembaptisan.

Di pancang yang ada banyak kanak-kanak rekod, kanak-kanak dari beberapa bahagian boleh berkongsi acara pembaptisan yang sama. Seorang ahli presidensi pancang atau anggota majlis tinggi yang ditugaskan memimpin acara itu.

Pembaptisan ahli keluarga tidak harus ditunda sehingga seorang bapa boleh terima imamat dan melaksanakan pembaptisan itu sendiri.

Di bawah bimbingan lembaga uskup, pemimpin misi bahagian (jika seseorang dipanggil) atau ahli presidensi kuorum penatua yang memimpin kerja misionari dalam bahagian menjalankan dan memimpin acara pembaptisan untuk penganut baru. Mereka selerasakan dengan misionari sepenuh masa.

18.7.3

Siapa Yang Melaksanakan Tatacara

Tatacara pembaptisan dilaksanakan oleh seorang imam atau pemegang Imamat Melkisedek. Orang yang melaksanakan pembaptisan mesti diluluskan oleh uskup (atau oleh presiden misi jika seorang misionari sepenuh masa melaksanakan pembaptisan).

Seorang uskup boleh membenarkan seorang bapa yang merupakan seorang imam atau pemegang Imamat Melkisedek untuk membaptiskan anaknya walaupun bapanya tidak layak bait suci sepenuhnya (lihat 18.3). Uskup menggalakkan para bapa untuk menyediakan diri mereka untuk membaptis anak-anak mereka.

18.7.4

Di mana untuk Melaksanakan Tatacara

Pembaptisan harus dilaksanakan dalam kolam pembaptisan jika itu tersedia. Jika tiada, punca air yang selamat boleh digunakan.

Untuk keselamatan, seorang dewasa yang bertanggungjawab mesti hadir semasa kolam diisi dan tunggu di sana sehingga ia kering, dibersihkan dan dikunci. Kolam harus segera dikeringkan selepas setiap acara pembaptisan. Pintu ke kolam harus dikunci semasa tidak digunakan.

18.7.5

Pakaian

Orang yang melakukan pembaptisan dan orang yang dibaptiskan memakai pakaian putih yang tidak jarang ketika basah. Seorang yang telah dianugerahi memakai pakaian suci di bawah pakaian ini semasa melaksanakan pembaptisan. Unit tempatan membeli pakaian pembaptisan dengan dana belanjawan dan tidak kenakan bayaran untuk penggunaannya.

18.7.6

Saksi

Dua saksi, diluluskan oleh pemimpin yang memimpin, perhatikan setiap pembaptisan untuk memastikan ia dilaksanakan dengan betul. Ahli Gereja yang telah dibaptiskan, termasuk kanak-kanak dan remaja, boleh menjadi saksi.

Pembaptisan mesti diulangi jika kata-kata itu tidak diucapkan dengan tepat seperti yang diberikan dalam Ajaran dan Perjanjian 20:73. Ia juga mesti diulangi jika sebahagian tubuh, rambut, atau pakaian orang itu tidak dicelup sepenuhnya.

18.7.7

Arahan

Untuk melaksanakan tatacara pembaptisan, imam atau pemegang Imamat Melkisedek:

  1. Berdiri di air dengan orang yang akan dibaptiskan.

  2. Pegang pergelangan tangan kanan orang itu dengan tangan kirinya (untuk kemudahan dan keselamatan). Orang yang dibaptiskan memegang pergelangan tangan kiri pemegang imamat dengan tangan kirinya.

  3. Mengangkat tangan kanannya (seperti mengangkat sumpah).

  4. Menyebut nama penuh orang itu dan katakan.“Dengan wewenang daripada Yesus Kristus, aku membaptis kamu dalam nama Bapa, dan Putera, dan Roh Kudus. Amin” (Ajaran dan Perjanjian 20:73).

  5. Minta orang itu pegang hidungnya dengan tangan kanan (untuk kemudahan); kemudian letakkan tangan kanannya tinggi di belakang orang itu dan celupkan orang itu sepenuhnya, termasuk pakaian.

  6. Bantu orang itu keluar dari air.

18.8

Penetapan dan Kurnia Roh Kudus

Selepas seseorang dibaptiskan, dia ditetapkan sebagai ahli Gereja dan menerima Roh Kudus melalui perletakkan tangan (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:41; Kisah Rasul-Rasul 19:1–6). Orang itu menjadi ahli Gereja selepas kedua-dua tatacara ini lengkap dan dicatat dengan betul (lihat Yohanes 3:5; Ajaran dan Perjanjian 33:11; 3 Nefi 27:20).

Uskup mengawasi pelaksanaan penetapan. Kanak-kanak berumur lapan tahun biasanya ditetapkan pada hari mereka dibaptiskan. Penganut baru biasanya ditetapkan dalam sebarang pertemuan sakramen dalam bahagian di mana mereka tinggal, sebaik-baiknya pada hari Ahad selepas pembaptisan mereka.

Seorang ahli lembaga uskup mengikuti garis panduan dalam 29.2.1.1 apabila memperkenalkan ahli baru.

18.8.1

Siapa Yang Melaksanakan Tatacara

Hanya pemegang Imamat Melkisedek yang layak ke bait suci boleh bertindak sebagai suara untuk penetapan. Bagaimanapun, seorang uskup boleh membenarkan seorang bapa yang memegang Imamat Melkisedek untuk berdiri dalam bulatan untuk penetapan anaknya walaupun bapa tidak layak ke bait suci sepenuhnya (lihat 18.3).

Sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga uskup sertai tatacara ini. Jika elder misionari telah mengajar seorang penganut baru itu, uskup menjemput mereka untuk sertai.

18.8.2

Arahan

Di bawah arahan lembaga uskup, satu atau lebih pemegang Imamat Melkisedek boleh sertai penetapan. Mereka meletakkan tangan mereka dengan lembut di atas kepala orang itu. Kemudian orang yang bersuara:

  1. Memanggil nama penuh orang itu.

  2. Menyatakan bahawa tatacara itu dilakukan melalui wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Menetapkan orang itu sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

  4. Menyatakan “terimalah Roh Kudus” (bukan “terimalah kurnia Roh Kudus”).

  5. Memberi kata-kata berkat seperti yang dibimbing oleh Roh.

  6. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

18.8.3

Rekod dan Sijil Pembaptisan dan Penetapan

Sebelum seorang kanak-kanak ahli rekod ditemu duga untuk pembaptisan, kerani gunakan LCR untuk menyediakan Baptism and Confirmation Form (Borang Pembaptisan dan Penetapan). Uskup atau penasihat yang ditugaskan menjalankan temu duga dan menandatangani borang itu. Selepas pembaptisan dan penetapan, kerani gunakan borang ini untuk mengemaskini rekod keahlian kanak-kanak dalam LCR.

Apabila misionari sepenuh masa menemu duga penganut baru untuk pembaptisan, dia mengisi Rekod Pembaptisan dan Penetapan menggunakan aplikasi Area Book Planner (ABP). Selepas pembaptisan dan penetapan, misionari mencatat maklumat dalam ABP dan serahkan kepada kerani bahagian secara elektronik. Kerani bahagian menyemak maklumat dalam LCR dan mencipta rekod keahlian.

Selepas rekod keahlian dicipta, kerani menyediakan Baptism and Confirmation Certificate (Sijil Pembaptisan dan Penetapan). Uskup menandatangani sijil ini dan berikan kepada orang itu.

Nama pada rekod keahlian dan sijil harus padan dengan sijil kelahiran, pendaftaran kelahiran sivil atau nama sah semasa.

18.9

Sakramen

Ahli Gereja bertemu pada hari Sabat untuk menyembah Tuhan dan mengambil sakramen (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:75; 59:9; Moroni 6:5–6). Semasa tatacara injil ini, mereka mengambil roti dan air untuk mengingati pengorbanan daging dan darah Juruselamat dan memperbaharui perjanjian kudus mereka (lihat Matius 26:26–28; Joseph Smith, Markus 14:20–25; Lukas 22:15–20; 3 Nefi 18; Moroni 6:6).

18.9.1

Kelulusan untuk Memberi Sakramen

Uskup memegang kunci-kunci imamat untuk pelaksanaan sakramen di bahagian. Semua yang terlibat dalam penyediaan, pemberkatan, dan mengedar sakramen mesti dapat kelulusan daripada dia atau seseorang di bawah arahannya.

18.9.2

Siapa Yang Melaksanakan Tatacara

  • Para pengajar, imam dan pemegang Imamat Melkisedek boleh menyediakan sakramen.

  • Para imam dan pemegang Imamat Melkisedek boleh memberkati sakramen.

  • Para diaken, pengajar, imam dan pemegang Imamat Melkisedek boleh mengedarkan sakramen.

18.9.3

Garis Panduan untuk Sakramen

Kerana sakramen kudus, para pemimpin imamat harus menyediakan dengan cermat supaya ia adalah teratur dan takzim.

Mereka yang mengedar sakramen harus melakukannya dengan cara yang hormat, menyedari bahawa mereka sedang mewakili Tuhan.

Pengedaran sakramen haruslah semula jadi dan tidak terlalu formal.

Walaupun sakramen adalah untuk ahli Gereja, orang lain tidak dihalang daripada mengambilnya.

18.9.4

Arahan

  1. Mereka yang menyediakan, memberkati, atau mengedar sakramen terlebih dahulu mencuci tangan mereka dengan sabun atau pembersih lain.

  2. Para pengajar, imam, atau pemegang Imamat Melkisedek memastikan dulang ada roti yang belum dipecah, dulang air ada cawan-cawan berisi air bersih dan ada kain meja yang bersih sebelum pertemuan itu.

  3. Semasa ahli bahagian menyanyikan lagu rohani sakramen, mereka yang akan berkati sakramen berdiri dengan takzim, buka kain yang menutupi dulang roti, dan pecahkan roti kepada saiz kecil.

  4. Selepas lagu rohani, orang yang memberkati roti berlutut dan ucapkan doa sakramen untuk roti (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77).

  5. Uskup memastikan doa sakramen diucap dengan jelas, tepat dan dengan hormat. Jika seseorang tersilap sebut dan membetulkan dirinya, tiada pembetulan lanjut diperlukan. Jika orang itu tidak membetulkan kesilapannya, uskup memintanya untuk mengulangi doa itu.

  6. Selepas doa, pemegang imamat dengan takzim mengedarkan roti kepada para ahli. Pemimpin utama terdahulu menerimanya, dan selepas itu tidak ada aturan yang ditetapkan. Setelah dulang diserahkan kepada ahli, mereka boleh mengedarkan kepada satu sama lain.

  7. Para ahli melakukannya dengan tangan kanan mereka jika boleh.

  8. Apabila roti telah diedarkan kepada semua ahli, mereka yang mengedar sakramen mengembalikan dulang ke meja sakramen. Mereka yang memberkati sakramen menutup kain di atas dulang roti dan membuka kain dulang air.

  9. Orang yang memberkati air berlutut dan ucapkan doa sakramen untuk air (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:79). Dia mengganti perkataan wain kepada air.

  10. Selepas doa, pemegang imamat dengan takzim mengedarkan air kepada para ahli. Pemimpin utama terdahulu menerimanya, dan selepas itu tidak ada aturan yang ditetapkan.

  11. Apabila air telah diedarkan kepada semua ahli, mereka yang mengedar sakramen mengembalikan dulang ke meja sakramen. Mereka yang memberkati sakramen menutup kain di atas dulang, dan mereka yang memberkati dan mengedar sakramen kembali duduk.

  12. Selepas pertemuan itu, mereka yang telah menyediakan sakramen akan membersihkan, melipatkan kain meja dan buang roti yang tidak dipakai.

18.10

Menganugerahkan Imamat dan Mentahbiskan ke sesuatu Jawatan

Ada dua pembahagian imamat: Harun dan Melkisedek (lihat 3.3; Ajaran dan Perjanjian 107:1, 6). Apabila imamat dianugerahkan kepada seseorang, dia juga ditahbiskan pada jawatan dalam imamat itu. Selepas salah satu imamat ini dianugerahkan, seorang lelaki hanya perlu ditahbiskan ke jawatan lain dalam imamat itu.

18.10.1

Imamat Melkisedek

Presiden pancang memegang kunci-kunci imamat untuk menganugerahkan Imamat Melkisedek dan mentahbiskan jawatan penatua dan imam tinggi. Walau bagaimanapun, uskup biasanya menyediakan rekomendasi untuk pentahbisan ini.

18.10.1.1

Penatua

Saudara-saudara yang layak boleh terima Imamat Melkisedek dan ditahbiskan sebagai penatua apabila mereka berumur 18 tahun atau ke atas. Mengikut keadaan individu, uskup memutuskan jika seorang remaja putera harus direkomenkan untuk ditahbiskan sebagai penatua selepas hari jadi ke-18 atau kekal dalam kuorum imam lebih lama.

Untuk keputusan ini, uskup berunding terlebih dahulu dengan remaja putera dan ibu bapa atau penjaganya. Lelaki yang layak harus ditahbiskan sebagai penatua ketika umur 19 tahun atau sebelum mereka ke kolej, melayani misi sepenuh masa, berkhidmat dalam tentera, atau bekerja sepenuh masa.

Lelaki yang baru dibaptiskan dan berumur 18 tahun atau lebih ditahbiskan sebagai penatua selepas mereka:

  • Terima Imamat Harun dan melayani sebagai imam.

  • Mengembangkan pemahaman yang cukup tentang injil.

  • Menunjukkan kelayakan mereka.

Tiada tempoh masa sebagai ahli Gereja diperlukan.

18.10.1.2

Imamat Tinggi

Para lelaki ditahbis ke imam tinggi apabila mereka dipanggil ke presidensi pancang, majlis tinggi, atau lembaga uskup.

18.10.1.3

Temu duga dan Sokongan

Dengan kelulusan presidensi pancang, uskup menemu duga saudara itu seperti arahan dalam Rekod Pentahbisan Imamat Melkisedek. Kemudian seorang ahli presidensi pancang juga menemu duga dia. Dengan kelulusan daripada presiden misi, presiden daerah boleh menemu duga seorang saudara untuk ditahbiskan sebagai penatua (lihat 6.3).

18.10.2

Imamat Harun

Uskup memegang kunci-kunci imamat untuk menganugerahkan Imamat Harun dan mentahbiskan jawatan diaken, pengajar, dan imam. Saudara-saudara yang layak biasanya ditahbiskan ke jawatan ini pada umur berikut, tetapi bukan lebih awal:

  • Diaken pada permulaan tahun mereka berumur 12

  • Pengajar pada permulaan tahun mereka berumur 14 tahun

  • Imam pada permulaan tahun mereka akan berumur 16 tahun

Uskup atau penasihat yang ditugaskan menemu duga mereka yang akan ditahbiskan sebagai diaken atau pengajar untuk menentukan jika mereka bersedia secara rohani. Uskup menemu duga para saudara yang harus ditahbiskan sebagai imam.

Sebelum menemu duga remaja putera untuk pentahbisan imamat, seorang ahli lembaga uskup mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga remaja putera itu. Jika ibu bapa bercerai, dia mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa dengan jagaan sah.

18.10.3

Memperkenalkan seorang Ahli untuk Disokong sebelum Dia Ditahbiskan

Selepas seorang saudara telah ditemu duga dan didapati layak untuk ditahbiskan ke jawatan imamat, dia diperkenalkan untuk sokongan (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:65, 67). Saudara yang akan ditahbiskan sebagai penatua atau imam tinggi diperkenalkan oleh seorang ahli presidensi pancang dalam sesi umum persidangan pancang (lihat 6.3 untuk arahan untuk presiden daerah). Saudara yang akan ditahbiskan sebagai diaken, pengajar, atau imam diperkenalkan oleh seorang ahli lembaga uskup dalam pertemuan sakramen.

Orang yang mengacara sokongan itu meminta saudara itu untuk berdiri. Dia mengumumkan cadangan untuk menganugerahkan Imamat Harun atau Melkisedek (jika perlu) dan untuk mentahbiskan saudara ke jawatan imamat. Dia kemudian jemput para ahli untuk sokong cadangan itu. Contohnya, untuk memperkenalkan seorang saudara untuk ditahbiskan sebagai penatua, dia boleh menggunakan perkataan seperti:

“Kami mencadangkan [nama] menerima Imamat Melkisedek dan ditahbiskan sebagai seorang penatua. Yang setuju boleh tunjukkan dengan mengangkat tangan. [Berhenti sebentar.] Yang tidak setuju, jika ada, sila nyatakan. [Berhenti sebentar.]”

Jika seorang ahli yang mempunyai kedudukan yang baik di gereja tidak setuju dengan pentahbisan itu, pemimpin utama atau pemimpin imamat yang ditugaskan bertemu dengannya secara peribadi selepas pertemuan itu. Pemimpin itu berusaha untuk memahami mengapa ahli itu menentang. Dia ambil tahu jika ahli itu tahu tentang kelakuan yang boleh singkirkan kelayakan orang itu daripada ditahbiskan ke jawatan imamat.

Dalam sesetengah kes, seorang saudara mungkin perlu ditahbiskan sebagai penatua atau imam tinggi sebelum dia boleh diperkenalkan dalam persidangan pancang. Apabila ini berlaku, dia diperkenalkan dalam pertemuan sakramen bahagiannya untuk sokongan. Kemudian dia diperkenalkan dalam persidangan pancang yang akan datang untuk mengesahkan pentahbisan (menyesuaikan proses penyokongan, seperti yang diterangkan di atas).

18.10.4

Siapa Yang Melaksanakan Tatacara

Presiden pancang atau pemegang Imamat Melkisedek di bawah arahannya boleh mentahbiskan seorang lelaki ke jawatan penatua. Dengan kelulusan presiden misi, presiden daerah atau seseorang di bawah arahannya boleh melaksanakan pentahbisan (lihat 6.3). Hanya pemegang Imamat Melkisedek boleh berdiri dalam bulatan itu.

Presiden pancang atau imam tinggi di bawah arahannya boleh mentahbiskan seorang lelaki kepada jawatan imam tinggi. Hanya imam tinggi boleh berdiri dalam bulatan itu.

Seseorang yang mentahbiskan seorang lelaki ke jawatan Imamat Melkisedek harus layak bait suci. Presiden pancang atau seseorang yang dia utus mesti hadir.

Seorang imam atau pemegang Imamat Melkisedek boleh mentahbiskan seorang saudara kepada jawatan diaken, pengajar, atau imam. Dia mesti diberi wewenang oleh uskup. Uskup atau seseorang yang dia utus mesti hadir.

Untuk terlibat dalam pentahbisan Imamat Harun, seseorang mesti menjadi imam atau pemegang Imamat Melkisedek.

Seorang uskup boleh membenarkan seorang bapa yang merupakan seorang imam atau pemegang Imamat Melkisedek untuk mentahbiskan anak lelakinya ke jawatan diaken, pengajar, atau imam walaupun bapa itu tidak layak bait suci sepenuhnya (lihat 18.3). Uskup menggalakkan para bapa untuk menyediakan diri untuk mentahbis anak lelaki mereka.

18.10.5

Arahan

Untuk menganugerahkan imamat dan mentahbiskan seseorang ke jawatan imamat, seorang atau lebih pemegang imamat yang diberi wewenang meletakkan tangan mereka dengan lembut di atas kepala orang itu. Kemudian orang bersuara:

  1. Memanggil nama penuh orang itu.

  2. Menyatakan wewenang yang dia pegang untuk melaksanakan tatacara (sama ada Imamat Harun atau Melkisedek).

  3. Menganugerahkan Imamat Harun atau Melkisedek, kecuali ia telah dianugerahkan.

  4. Mentahbiskan seseorang ke dalam jabatan Imamat Harun atau Melkisedek dan memberikan hak, kuasa, dan wewenang jawatan itu.

  5. Memberi kata-kata berkat seperti dibimbing oleh Roh.

  6. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

Untuk mentahbiskan seseorang ke jawatan imamat selepas dia telah dianugerahi dengan imamat sesuai, orang yang melaksanakan pentahbisan itu melangkau langkah 3.

18.10.6

Rekod Pentahbisan dan Sijil

Sebelum seorang saudara ditemu duga untuk ditahbiskan ke jawatan dalam Imamat Harun, kerani menggunakan LCR untuk menyediakan Aaronic Priesthood Ordination Record (Rekod Pentahbisan Imamat Harun). Uskup atau penasihat yang ditugaskan menjalankan temu duga dan menandatangani borang jika semua syarat kelayakan dipenuhi.

Selepas pentahbisan, uskup atau penasihat yang ditugaskan melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada kerani. Dia mencatat pentahbisan dalam LCR dan menyediakan sijil pentahbisan.

Nama sah seseorang yang terkini harus digunakan dalam rekod pentahbisan dan sijil.

18.11

Menetapkan Ahli untuk Panggilan

Ahli yang dipanggil dan disokong ke kebanyakan jawatan Gereja harus ditetapkan untuk melayani dalam jawatan itu (lihat Yohanes 15:16; Ajaran dan Perjanjian 42:11; lihat juga 3.4.3.1 dalam buku panduan ini). Semasa penetapan, orang itu diberikan (1) wewenang untuk bertindak dalam panggilan dan (2) kata-kata berkat seperti dibimbing oleh Roh.

Presiden pancang, uskup, dan presiden kuorum menerima kunci-kunci presidensi apabila mereka ditetapkan (lihat 3.4.1.1). Walau bagaimanapun, perkataan kunci-kunci tidak harus digunakan apabila menetapkan ahli untuk melayani dalam panggilan lain, termasuk penasihat dalam presidensi.

18.11.1

Siapa yang Melaksanakan Penetapan

Penetapan dilaksanakan oleh pemegang Imamat Melkisedek. Dia mesti mendapat kelulusan daripada pemimpin yang memegang kunci-kunci imamat yang sesuai. Mereka yang diberi kuasa untuk melaksanakan penetapan disenarai dalam 30.8. Seorang penatua tidak harus bertindak sebagai suara atau berdiri dalam bulatan apabila seseorang ditetapkan pada jawatan imam tinggi.

Di bawah arahan pemimpin utama, satu atau lebih pemegang Imamat Melkisedek boleh menyertai penetapan. Presiden ditetapkan di hadapan para penasihat mereka.

Pemimpin utama boleh membenarkan suami atau bapa yang memegang Imamat Melkisedek untuk berdiri dalam bulatan untuk penetapan isteri atau anak-anaknya walaupun dia tidak layak ke bait suci sepenuhnya (lihat 18.3).

18.11.2

Arahan

Satu atau lebih pemegang Imamat Melkisedek yang diberi wewenang meletakkan tangan mereka dengan lembut di atas kepala orang itu. Kemudian orang yang bersuara:

  1. Memanggil nama penuh orang itu.

  2. Menyatakan bahawa dia bertindak dengan wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Tetapkan orang itu kepada panggilan dalam pancang, bahagian, kuorum, atau kelas.

  4. Menganugerahkan kunci-kunci jika orang itu perlu menerimanya.

  5. Memberi kata-kata berkat seperti yang dibimbing oleh Roh.

  6. Menutup dalam nama Yesus Kristus.

18.12

Mentahbiskan Minyak

Pemegang Imamat Melkisedek mesti mentahbiskan minyak zaitun sebelum digunakan untuk yang sakit atau menderita (lihat Yakobus 5:14). Minyak lain tidak boleh digunakan.

Para ahli tidak harus memakan minyak yang ditahbiskan atau guna pada bahagian badan yang luka.

18.12.1

Siapa Yang Melaksanakan Tatacara

Satu atau lebih pemegang Imamat Melkisedek boleh mentahbiskan minyak. Mereka tidak perlu kelulusan daripada pemimpin imamat.

18.12.2

Arahan

Untuk mentahbiskan minyak, pemegang Imamat Melkisedek:

  1. Memegang sebuah bekas terbuka yang berisi minyak zaitun.

  2. Berdoa kepada Bapa Syurgawi.

  3. Menyatakan bahawa dia bertindak dengan wewenang Imamat Melkisedek.

  4. Mentahbiskan minyak (bukan bekas) dan tetapkan ia untuk disapu dan memberkati yang sakit dan menderita.

  5. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

18.13

Melayani Orang yang Sakit

Melayani orang sakit “dengan meletakkan tangan” ada dua bahagian: menyapu minyak dan memeteraikan penyapuan minyak dengan berkat. Jika tiada minyak yang ditahbiskan, berkat boleh diberikan oleh wewenang imamat tanpa penyapuan minyak.

18.13.1

Siapa Memberi Berkat

Hanya pemegang Imamat Melkisedek yang layak boleh melayani orang yang sakit atau menderita. Mereka tidak perlu kelulusan daripada pemimpin imamat. Jika boleh, seorang bapa yang memegang Imamat Melkisedek memberkati ahli keluarganya yang sakit.

Biasanya, dua atau lebih pemegang Imamat Melkisedek melayani orang sakit. Walau bagaimanapun, seseorang boleh sapu minyak dan pemeteraian.

18.13.2

Arahan

Sapu minyak dilakukan oleh seorang pemegang Imamat Melkisedek. Dia:

  1. Titiskan setitis minyak yang telah ditahbiskan ke atas kepala orang itu.

  2. Letakkan tangannya dengan lembut di atas kepala orang itu dan memanggil nama penuhnya.

  3. Nyatakan bahawa dia bertindak dengan wewenang Imamat Melkisedek.

  4. Nyatakan bahawa dia menyapu dengan minyak yang telah ditahbiskan untuk memberkati orang yang sakit dan sengsara.

  5. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

Untuk memeteraikan minyak, seorang atau lebih pemegang imamat meletakkan tangan mereka dengan lembut di atas kepala orang itu. Kemudian orang yang memeteraikan penyapuan itu:

  1. Memanggil nama penuh orang itu.

  2. Nyatakan bahawa dia memeteraikan penyapuan itu melalui wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Berikan kata-kata berkat seperti yang dibimbing oleh Roh.

  4. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

18.14

Berkat Penghiburan dan Nasihat, Termasuk Berkat Bapa

18.14.1

Siapa Memberi Berkat

Pemegang Imamat Melkisedek boleh memberi berkat penghiburan dan nasihat kepada ahli keluarga dan kepada orang lain yang memintanya.

Seorang bapa yang memegang Imamat Melkisedek boleh memberi berkat seorang bapa kepada anak-anaknya. Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk mencari berkat bapa pada masa keperluan. Berkat bapa boleh direkod untuk kegunaan peribadi.

Seorang pemegang Imamat Melkisedek tidak perlu mendapatkan kelulusan daripada pemimpin imamat untuk memberi berkat kelegaan dan nasihat atau berkat bapa.

18.14.2

Arahan

Untuk memberi berkat kelegaan dan nasihat atau berkat bapa, satu atau lebih pemegang Imamat Melkisedek meletakkan tangan mereka di atas kepala orang itu. Kemudian orang yang bersuara:

  1. Memanggil nama penuh orang itu.

  2. Menyatakan bahawa berkat itu dilaksanakan melalui wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Memberi kata-kata berkat, kelegaan dan nasihat seperti dibimbing oleh Roh.

  4. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

18.15

Pembaktian Rumah

Ahli Gereja boleh membaktikan rumah mereka dengan wewenang Imamat Melkisedek.

18.15.2

Arahan

Untuk membaktikan rumah, seorang pemegang Imamat Melkisedek:

  1. Berdoa kepada Bapa Syurgawi.

  2. Menyatakan bahawa dia bertindak dengan wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Membaktikan rumah sebagai tempat kudus di mana Roh Kudus boleh tinggal dan kata-kata lain seperti dibimbing oleh Roh.

  4. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

18.16

Pembaktian Kuburan

18.16.1

Siapa Yang Membaktikan Kuburan

Seorang yang membaktikan kuburan haruslah memegang Imamat Melkisedek dan diberi kuasa oleh pemimpin imamat yang memimpin acara.

18.16.2

Arahan

Untuk membaktikan kuburan, pemegang Imamat Melkisedek:

  1. Berdoa kepada Bapa Syurgawi.

  2. Menyatakan bahawa dia bertindak dengan wewenang Imamat Melkisedek.

  3. Membaktikan dan memberkati kawasan pengebumian sebagai tempat peristirahatan bagi tubuh si mati.

  4. Berdoa agar tempat itu akan disucikan dan dilindungi sehingga Kebangkitan (jika sesuai).

  5. Minta Bapa Syurgawi untuk beri kelegaan kepada keluarga itu dan mengungkapkan fikiran seperti dibimbing oleh Roh.

  6. Tutup dalam nama Yesus Kristus.

Jika tubuh ahli Gereja dibakar, pemimpin utama gunakan penghakimannya untuk memutuskan sama ada untuk membaktikan tempat di mana abu disimpan.

18.17

Berkat Bapa Bangsa

Setiap ahli yang layak dan dibaptiskan berhak terima berkat bapa bangsa, yang menyediakan arahan terilham daripada Bapa Syurgawi (lihat Kejadian 48:14–1649; 2 Nefi 4:3–11).

Uskup atau penasihat yang ditugaskan menemu duga ahli yang ingin menerima berkat bapa bangsa. Jika ahli itu layak, penemu duga menyediakan Rekomen Berkat Bapa Bangsa. Dia menghantarnya melalui Sistem Berkat Bapa Bangsa di ChurchofJesusChrist.org.

Orang yang mengeluarkan Kad Rekomen Berkat Bapa Bangsa memastikan ahli itu cukup matang untuk memahami kepentingan dan sifat kudus berkat itu.

18.17.1

Terima Berkat Bapa Bangsa

Selepas menerima rekomen, ahli itu menghubungi bapa bangsa untuk menetapkan temu janji untuk menerima berkat bapa bangsa. Pada hari yang dijadualkan, ahli harus berjumpa bapa bangsa dengan penuh doa dan berpakaian hari Ahad.

Setiap berkat bapa bangsa adalah kudus, sulit, dan peribadi. Oleh itu, ia diberikan secara peribadi dan hanya jumlah terhad ahli keluarga yang boleh hadir.

Penerima berkat bapa bangsa harus menghargai kandungannya, merenung, dan hidup layak untuk menerima berkat yang dijanjikan dalam kehidupan ini dan dalam keabadian.

Ahli Gereja tidak harus membandingkan berkat dan tidak berkongsi kecuali dengan ahli keluarga terdekat. Berkat bapa bangsa tidak harus dibaca dalam pertemuan Gereja atau pertemuan umum yang lain.