Buku Panduan dan Panggilan
27. Tatacara Bait Suci bagi Yang Hidup


“27. Tatacara Bait Suci untuk Yang Hidup,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“27. Tatacara Bait Suci bagi Yang Hidup,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
pengantin wanita dan lelaki

27.

Tatacara Bait Suci untuk Yang Hidup

27.0

Pengenalan

Bait Suci ialah rumah Tuhan. Ia mengarahkan kita kepada Juruselamat kita, Yesus Kristus. Dalam bait suci, kita terlibat dalam tatacara kudus dan membuat perjanjian dengan Bapa Syurgawi yang mengikat kita kepada-Nya dan kepada Juruselamat kita. Perjanjian dan tatacara ini menyediakan kita untuk kembali ke hadirat Bapa Syurgawi dan untuk dimeteraikan sebagai keluarga untuk keabadian.

Dalam perjanjian dan tatacara bait suci, “kuasa ketuhanan dinyatakan” (Ajaran dan Perjanjian 84:20).

Perjanjian dan tatacara bait suci adalah kudus. Lambang yang berkaitan dengan perjanjian bait suci tidak harus dibincangkan di luar bait suci. Kita juga tidak harus bincangkan maklumat kudus yang sudah kita berjanji di dalam bait suci untuk tidak akan dedahkan. Walau bagaimanapun, kita boleh bincangkan tujuan asas dan ajaran perjanjian dan tatacara bait suci dan perasaan rohani yang ada di bait suci.

Pemimpin bahagian dan pancang membincangkan maklumat dalam bab ini dengan ahli yang bersedia untuk menerima tatacara anugerahan atau pemeteraian.

27.1

Menerima Tatacara Bait Suci

27.1.1

Bersedia untuk Menerima Tatacara Bait Suci

Ahli harus menyediakan diri secara rohani untuk menerima tatacara bait suci dan membuat serta menghormati perjanjian bait suci.

Ibu bapa ada tanggungjawab utama untuk bantu anak-anak mereka bersedia untuk menerima tatacara bait suci. Pemimpin pancang dan bahagian, pelayan saudara dan saudari, dan ahli keluarga terdekat menyokong ibu bapa dalam peranan ini.

Sumber untuk membantu ahli bersedia untuk menerima tatacara bait suci ada di temples.ChurchofJesusChrist.org.

Ahli yang bersedia untuk menerima anugerahan sendiri atau untuk dimeteraikan kepada pasangan digalakkan untuk menyertai kursus persediaan bait suci (lihat 25.2.8).

27.1.3

Ahli yang Kurang Upaya Fizikal

Ahli yang layak yang kurang upaya fizikal boleh menerima semua tatacara bait suci. Ahli ini digalakkan untuk hadiri bait suci dengan saudara-mara atau kawan-kawan sama jantina yang boleh membantu mereka. Jika ahli tidak dapat hadiri bersama ahli keluarga atau kawan, mereka boleh telefon bait suci terlebih dahulu untuk mengatur.

27.1.4

Penterjemahan atau Bantuan Tafsiran

Jika ahli perlukan bantuan penterjemahan atau tafsiran, mereka harus hubungi bait suci terlebih dahulu untuk tahu ketersediaannya.

27.1.5

Pakaian untuk Dipakai ke Bait Suci

Apabila pergi ke bait suci, ahli harus memakai pakaian yang biasanya mereka pakai ke pertemuan sakramen.

Lihat 27.3.2.6 untuk maklumat tentang pakaian untuk dipakai ke perkahwinan atau pemeteraian bait suci.

Lihat 38.5 untuk maklumat tentang:

  • Pakaian untuk dipakai semasa tatacara anugerahan dan pemeteraian.

  • Mendapatkan, memakai dan menjaga pakaian upacara bait suci dan pakaian suci.

27.1.6

Penjagaan Kanak-Kanak

Kanak-kanak mesti ada pengawasan dewasa jika mereka berada di kawasan bait suci. Pekerja bait suci sedia ada untuk menyelia kanak-kanak hanya dalam keadaan berikut:

  • Jika mereka dimeteraikan kepada ibu bapa

  • Jika mereka saksikan pemeteraian adik-beradik hidup mereka, adik-beradik tiri, atau setengah adik-beradik kepada ibu bapa mereka

27.1.7

Bertemu dengan Ahli Selepas Mereka Menerima Tatacara Bait Suci

Ahli sering ada soalan selepas menerima tatacara bait suci. Ahli keluarga yang telah dianugerahi, uskup, pemimpin bahagian lain, dan pelayan saudara dan saudari boleh bertemu dengan ahli untuk bincangkan pengalaman bait suci mereka.

Sumber untuk menjawab soalan-soalan ada di temples.ChurchofJesusChrist.org.

27.2

Anugerahan

Perkataan anugerahan bermaksud “kurnia.” Anugerahan bait suci merupakan sebuah kurnia Tuhan yang melaluinya Dia memberkati anak-anak-Nya. Beberapa kurnia yang ahli terima melalui anugerahan bait suci termasuk:

  • Pengetahuan yang lebih besar tentang tujuan dan ajaran Tuhan.

  • Kuasa untuk melakukan semua kehendak Bapa Syurgawi.

  • Arahan ilahi ketika melayani Tuhan, keluarga mereka dan yang lain.

  • Peningkatan harapan, ketenangan dan kedamaian.

Berkat-berkat ini dipenuhi bergantung pada kesetiaan kepada injil Yesus Kristus.

Anugerahan diterima dalam dua bahagian. Pada bahagian pertama, seseorang terima tatacara awal yang dipanggil tatacara permulaan. Tatacara permulaan juga dikenali sebagai pembasuhan dan penyapuan minyak (lihat Keluaran 29:4–9). Ia termasuk berkat istimewa yang berkaitan dengan warisan dan potensi ilahi seseorang.

Semasa tatacara permulaan, ahli diberi wewenang untuk pakai pakaian suci bait suci. Pakaian itu mewakili hubungan peribadi dia dengan Tuhan dan komitmen untuk mematuhi perjanjian bait suci. Apabila ahli beriman kepada perjanjian mereka dan pakai pakaian suci dengan betul sepanjang hidup mereka, ia juga berfungsi sebagai perlindungan. Untuk maklumat tentang pemakaian dan menjaga pakaian suci, lihat 38.5.5.

Dalam bahagian kedua anugerahan, rancangan keselamatan diajarkan, termasuk Penciptaan, Kejatuhan Adam dan Hawa, Korban Tebusan Yesus Kristus, Kemurtadan dan Pemulihan. Ahli juga menerima arahan bagaimana untuk kembali ke hadirat Tuhan.

Dalam anugerahan, ahli dijemput untuk membuat perjanjian kudus seperti berikut:

  • Menjalani hukum kepatuhan dan berusaha untuk mematuhi perintah Bapa Syurgawi.

  • Mematuhi hukum pengorbanan, yang bermaksud berkorban untuk menyokong kerja Tuhan dan bertaubat dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal.

  • Mematuhi hukum injil Yesus Kristus, yang merupakan hukum yang lebih tinggi yang Dia ajarkan semasa Dia berada di bumi.

  • Mematuhi hukum kemurnian akhlak, yang bermaksud seorang ahli hanya ada hubungan seksual dengan orang yang dia berkahwin secara sah dan menurut hukum Tuhan.

  • Mematuhi hukum pembaktian, yang bermaksud para ahli membaktikan masa, bakat, dan segala yang Tuhan telah berkati mereka untuk membangunkan Gereja Yesus Kristus di bumi.

Sebagai balasan, Bapa Syurgawi berjanji bahawa mereka yang kekal setia kepada perjanjian bait suci mereka akan dianugerahi “dengan kuasa dari syurga” (Ajaran dan Perjanjian 38:32, 38; lihat juga Lukas 24:49; Ajaran dan Perjanjian 43:16).

27.2.1

Siapa Yang Boleh Menerima Anugerahan

Semua ahli Dewasa Gereja yang cukup umur dijemput untuk bersedia dan menerima anugerahan sendiri. Semua tatacara prasyarat mesti dilaksanakan dan dicatatkan sebelum ahli boleh menerima anugerahan (lihat 26.3.1).

27.2.1.1

Ahli yang Baru Dibaptiskan

Ahli dewasa baru yang layak boleh menerima anugerahan mereka sekurang-kurangnya satu tahun dari tarikh penetapan mereka.

27.2.1.2

Ahli yang Mempunyai Pasangan yang Belum Dianugerahkan

Seorang ahli yang layak yang pasangannya belum dianugerahkan boleh menerima anugerahan sendiri apabila syarat-syarat berikut dipenuhi:

  • Pasangan yang belum dianugerahkan memberi persetujuannya.

  • Ahli, uskup, dan presiden pancang yakin bahawa tanggungjawab yang dipikul dengan perjanjian bait suci tidak akan mengganggu perkahwinan.

Syarat-syarat ini boleh diaplikasikan sama ada pasangan ini seorang ahli Gereja atau tidak.

27.2.1.3

Ahli yang Kurang Upaya Intelektual

Ahli yang kurang upaya intelektual boleh menerima anugerahan mereka sendiri jika:

  • Mereka telah menerima semua prasyarat tatacara yang diperlukan (lihat 26.3.1).

  • Mereka ada keupayaan intelektual untuk memahami, membuat, dan mentaati perjanjian yang berkaitan.

Uskup berunding dengan ahli itu dan, jika berkenaan, ibu bapanya. Dia juga mencari arahan Roh. Dia boleh berunding dengan presiden pancang.

27.2.2

Menentukan Bila untuk Menerima Anugerahan

Keputusan untuk menerima anugerahan adalah peribadi dan harus dibuat dengan penuh doa. Anugerahan adalah berkat kuasa dan wahyu kepada semua yang bersedia untuk menerimanya. Ahli boleh pilih untuk menerima anugerahan sendiri apabila mereka memenuhi semua syarat berikut:

  • Mereka berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

  • Mereka telah selesai atau tidak lagi menghadiri sekolah tinggi, sekolah menengah, atau yang setaraf dengannya.

  • Satu tahun telah berlalu sejak penetapan mereka.

  • Mereka berhasrat untuk menerima dan menghormati perjanjian bait suci sepanjang hidup mereka.

Ahli yang telah menerima panggilan misi atau bersedia untuk dimeteraikan di bait suci harus menerima anugerahan.

Sebelum mengeluarkan kad rekomen bait suci bagi seorang ahli untuk menerima anugerahan, uskup dan presiden pancang harus berasa bahawa orang itu bersedia untuk memahami dan mentaati perjanjian bait suci. Kelayakan ini ditentukan secara individu untuk setiap orang.

27.2.3

Merancang dan Menjadualkan Anugerahan

27.2.3.1

Menerima Rekomen untuk Tatacara Hidup

Seorang ahli mesti menerima rekomen untuk tatacara hidup untuk masuk bait suci dan menerima anugerahan. Untuk maklumat tentang rekomen ini, lihat 26.5.1.

27.2.3.2

Hubungi Bait Suci

Ahli yang merancang untuk menerima anugerahan harus hubungi bait suci terlebih dahulu untuk menjadualkan tatacara.

27.2.3.3

Pengiring untuk Ahli Menerima Anugerahan

Ahli yang menerima anugerahan sendiri boleh menjemput seorang ahli sama jantina yang telah dianugerahi untuk menjadi pengiring dan membantu mereka semasa sesi anugerahan. Pengiring mesti ada kad rekomen bait suci semasa. Bait suci boleh menyediakan pengiring jika perlu.

27.3

Pemeteraian Suami dan Isteri

Pemeteraian bait suci menyatukan suami dan isteri untuk masa dan keabadian. Mereka akan menerima berkat ini jika mereka setia kepada perjanjian yang mereka buat di bait suci. Melalui tatacara injil ini, anak-anak mereka juga boleh menjadi sebahagian keluarga abadi mereka.

Pemimpin Gereja menggalakkan ahli untuk bersedia untuk berkahwin dan dimeteraikan dalam bait suci. Di mana perkahwinan bait suci tidak diiktiraf, pemimpin Gereja atau orang lain yang diberi kebenaran boleh melaksanakan perkahwinan sivil yang diikuti dengan pemeteraian bait suci (lihat 38.3). Pola ini juga boleh diikuti apabila perkahwinan bait suci boleh menyebabkan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat merasa dikecualikan kerana mereka tidak dapat menghadiri upacara bait suci.

27.3.1

Siapa Yang Boleh Dimeteraikan dalam Bait Suci

Semua ahli Gereja yang tidak berkahwin dijemput untuk bersedia untuk pemeteraian bait suci. Mereka yang berkahwin secara sivil digalakkan untuk dimeteraikan untuk masa dan keabadian di bait suci sebaik sahaja mereka bersedia. Ahli harus dianugerahi sebelum mereka boleh dimeteraikan (lihat 27.2).

Pasangan yang dimeteraikan di bait suci mesti berkahwin secara sivil sebelum dimeteraikan atau (2) berkahwin dan dimeteraikan serentak dalam bait suci. Lihat 27.3.2.

27.3.1.2

Ahli yang Kurang Upaya Intelektual

Ahli yang kurang upaya intelektual boleh dimeteraikan kepada pasangan atau tunang mereka jika:

  • Mereka telah menerima semua prasyarat tatacara yang diperlukan, termasuk anugerahan (lihat 27.2.1.3).

  • Mereka ada keupayaan intelektual untuk memahami, membuat, dan mentaati perjanjian yang berkaitan.

Uskup menasihati ahli dan pasangannya atau tunangnya. Dia juga mencari arahan Roh. Dia boleh berunding dengan presiden pancang.

27.3.2

Merancang dan Menjadualkan Perkahwinan atau Pemeteraian Bait Suci

27.3.2.1

Menerima Rekomen untuk Tatacara Hidup

Seorang ahli mesti menerima rekomen untuk tatacara hidup untuk dimeteraikan kepada pasangannya. Untuk maklumat tentang rekomen ini, lihat 26.3.

27.3.2.2

Hubungi Bait Suci

Ahli yang rancang untuk berkahwin atau dimeteraikan kepada pasangan harus hubungi bait suci terlebih dahulu untuk menjadualkan tatacara.

27.3.2.3

Mendapatkan Lesen Perkahwinan

Sebelum berkahwin, pasangan harus mendapatkan lesen perkahwinan sah yang sahih di mana perkahwinan akan dilaksanakan. Jika pasangan itu rancang untuk berkahwin dan dimeteraikan serentak, mereka mesti membawa lesen perkahwinan yang sah ke bait suci.

Pasangan yang dimeteraikan selepas perkahwinan sivil tidak perlu bawa lesen perkahwinan ke bait suci. Sebaliknya, mereka menyediakan tarikh dan lokasi perkahwinan sivil mereka sebagai sebahagian daripada proses pengesahan rekod.

27.3.2.4

Pengiring Pengantin Wanita dan Pengantin Lelaki

Seorang saudari yang telah dianugerahi boleh menemani pengantin wanita untuk membantunya di bilik persalinan. Seorang saudara yang sudah dianugerahi boleh buat yang sama untuk pengantin lelaki. Pengiring mesti ada kad rekomen bait suci semasa. Bait suci boleh menyediakan pengiring jika perlu.

27.3.2.5

Siapa Yang Melaksanakan Perkahwinan atau Pemeteraian Bait Suci

Perkahwinan atau pemeteraian bait suci biasanya dibuat oleh pemeterai bait suci yang ditugaskan di tempat pasangan itu akan berkahwin atau dimeteraikan. Jika seorang ahli keluarga atau kenalan memegang wewenang pemeteraian dan ditugaskan ke bait suci di mana pasangan itu akan berkahwin atau dimeteraikan, mereka boleh menjemput dia untuk melaksanakan perkahwinan atau pemeteraian.

27.3.2.6

Pakaian yang Sesuai untuk Perkahwinan Bait Suci atau Pemeteraian

Gaun Pengantin. Gaun pengantin di bait suci haruslah putih, reka bentuk dan kain sederhana, dan bebas dari hiasan yang rumit. Ia juga harus menutupi pakaian suci bait suci. Kain jarang harus dilapik.

Untuk konsisten dengan gaun lain yang dipakai di dalam bait suci, gaun pengantin wanita harus lengan panjang atau paras siku. Gaun tidak harus ada kain panjang kecuali ia boleh diikat [pin] ke atas atau ditanggalkan untuk upacara pemeteraian.

Bait suci boleh menyediakan gaun jika diperlukan atau diingini.

Pakaian Pengantin Lelaki. Pengantin lelaki pakai pakaian biasa bait suci semasa perkahwinan atau upacara pemeteraian (lihat 38.5.1 dan 38.5.2).

Pakaian Tetamu. Mereka yang menghadiri upacara perkahwinan atau pemeteraian harus memakai pakaian serupa dengan apa yang mereka akan pakai ke pertemuan sakramen. Ahli yang datang ke pemeteraian terus dari sesi anugerahan boleh memakai pakaian upacara bait suci.

Bunga. Pasangan dan tetamu tidak seharusnya memakai bunga semasa perkahwinan atau upacara pemeteraian.

27.3.2.7

Bertukar Cincin selepas Perkahwinan atau Pemeteraian Bait Suci

Bertukar cincin bukan sebahagian daripada upacara pemeteraian bait suci. Walau bagaimanapun, pasangan boleh bertukar cincin selepas upacara di bilik pemeteraian. Pasangan tidak seharusnya bertukar cincin pada bila-bila masa atau mana-mana tempat dalam bait suci atau di kawasan bait suci.

Pasangan yang sudah berkahwin dan dimeteraikan dalam upacara yang sama boleh bertukar cincin pada masa lain untuk disaksikan ahli keluarga yang tidak dapat menghadiri perkahwinan bait suci. Bertukar cincin tidak boleh meniru mana-mana bahagian perkahwinan bait suci atau upacara pemeteraian. Pasangan tidak harus bertukar ikrar selepas berkahwin atau dimeteraikan di dalam bait suci.

Pasangan yang telah berkahwin secara sivil sebelum pemeteraian bait suci mereka boleh bertukar cincin pada upacara sivil mereka, pada pemeteraian bait suci mereka, atau pada kedua-dua upacara.

27.3.4

Siapa Boleh Menghadiri Perkahwinan Bait Suci atau Pemeteraian

Pasangan harus menjemput hanya ahli keluarga dan kawan-kawan rapat ke perkahwinan atau pemeteraian bait suci. Ahli yang cukup umur mesti dianugerahi dan ada kad rekomen bait suci semasa untuk hadir.

Presiden pancang boleh membenarkan seseorang yang tidak dibaptiskan atau dianugerahi atas ketidakupayaan intelektual untuk saksikan perkahwinan bait suci atau pemeteraian adik-beradiknya yang hidup. Orang itu mesti:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

  • Boleh kekal takzim semasa upacara itu.

Presiden pancang menulis sepucuk surat menyatakan bahawa orang itu dibenarkan untuk saksikan pemeteraian. Surat ini ditunjukkan di bait suci.

27.4

Pemeteraian Anak-anak Hidup kepada Ibu Bapa

Anak-anak yang lahir selepas ibu bapa mereka dimeteraikan dalam bait suci adalah lahir dalam perjanjian pemeteraian itu. Mereka tidak perlu menerima tatacara pemeteraian kepada ibu bapa.

Anak-anak yang tidak dilahirkan dalam perjanjian boleh menjadi keluarga abadi dengan dimeteraikan kepada ibu bapa kandung atau angkat mereka. Anak-anak ini berhak menerima berkat yang sama seperti mereka yang dilahirkan dalam perjanjian.

27.4.2

Hubungi Bait Suci

Pasangan yang ingin dimeteraikan bersama anak-anak mereka, atau anak-anak yang ingin dimeteraikan kepada ibu bapa mereka yang sudah mati, harus hubungi bait suci terlebih dahulu untuk menjadualkan tatacara.