Buku Panduan dan Panggilan
28. Tatacara Bait Suci bagi Orang Mati


“28. Tatacara Bait Suci bagi Orang Mati,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“28. Tatacara Bait Suci bagi Orang Mati,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
kolam pembaptisan

28.

Tatacara Bait Suci bagi Orang Mati

28.0

Pengenalan

Tatacara bait suci membolehkan keluarga bersama untuk keabadian dan mengalami kebahagiaan penuh dalam hadirat Tuhan.

Untuk anak-anak Bapa Syurgawi kembali kepada-Nya, setiap orang mesti bertaubat, menjadi layak untuk menerima tatacara penyelamatan dan permuliaan, dan mentaati setiap perjanjian.

Bapa Syurgawi tahu ramai anak-anak-Nya tidak akan menerima tatacara ini dalam kehidupan fana mereka. Dia menyediakan cara lain untuk mereka menerima tatacara dan membuat perjanjian dengan Dia. Dalam bait suci, tatacara boleh dibuat melalui perwakilan. Ini bermaksud orang yang hidup menerima tatacara bagi pihak seseorang yang telah mati. Di dunia roh, orang yang mati boleh pilih untuk menerima atau menolak tatacara yang telah dibuat untuk mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:19, 32–34, 58–59).

Ahli Gereja digalakkan untuk cari saudara-mara yang sudah mati yang belum menerima tatacara penyelamatan dan permuliaan. Ahli kemudian membuat tatacara bagi pihak saudara-mara itu.

Jika ahli belum menyediakan nama keluarga untuk kerja bait suci (lihat 28.1.1), nama orang mati yang memerlukan tatacara akan disediakan di bait suci.

28.1

Garis Panduan Umum untuk Tatacara Perwakilan

Orang yang mati yang berumur 8 tahun atau ke atas pada masa kematian mereka boleh ada tatacara perwakilan dilakukan bagi pihak mereka. Kecuali seperti yang ada dalam 28.3, tatacara perwakilan boleh dibuat bagi semua orang yang mati secepat 30 hari berlalu dari tarikh kematian mereka jika salah satu daripada berikut berkaitan:

  • Saudara-mara terdekat si mati (pasangan tidak bercerai, anak dewasa, ibu bapa, atau adik-beradik) menghantar nama untuk tatacara bait suci.

  • Kebenaran untuk melaksanakan tatacara itu diterima daripada saudara-mara terdekat si mati (pasangan tidak bercerai, anak dewasa, ibu bapa, atau adik-beradik).

Jika tiada syarat di atas, tatacara bait suci secara wakil boleh dibuat 110 tahun selepas orang itu dilahirkan.

28.1.1

Menyediakan Nama Orang Mati untuk Tatacara Bait Suci

Jika boleh, maklumat ahli keluarga yang sudah mati harus dimasukkan ke dalam FamilySearch.org sebelum tatacara bait suci dibuat (lihat 25.4.2).

28.1.1.1

Menghantar Nama Ahli Keluarga

Apabila menghantar nama untuk tatacara perwakilan bait suci, ahli harus secara umumnya menghantar nama individu yang ada kaitan dengan mereka.

28.1.2

Siapa yang Boleh Menyertai Tatacara bagi Orang Mati

Semua ahli yang ada kad rekomen bait suci semasa boleh menyertai pembaptisan dan penetapan bagi orang mati. Ahli yang telah dianugerahi yang ada kad rekomen bait suci semasa boleh terlibat dalam semua tatacara bagi orang mati. Lihat 26.3.

28.1.4

Penjadualan

Ahli mungkin perlu membuat temu janji sebelum melaksanakan tatacara bagi orang mati. Lihat temples.ChurchofJesusChrist.org untuk maklumat hubungan setiap bait suci dan syarat penjadualan bait suci.

28.2

Membuat Tatacara Bait Suci bagi Orang Mati

Apabila membuat tatacara perwakilan, seorang ahli boleh jadi wakil hanya untuk orang mati yang sama jantina.

28.2.1

Pembaptisan dan Penetapan bagi Orang Mati

Ahli yang ada kad rekomen bait suci semasa boleh dijemput untuk tugasan pembaptisan. Tugasan termasuk:

  • Menjadi wakil untuk pembaptisan dan penetapan.

  • Menjadi saksi untuk pembaptisan perwakilan.

  • Membantu para patron.

Pemegang Imamat Melkisedek dan imam dalam Imamat Harun boleh dijemput untuk membuat pembaptisan bagi orang mati. Pemegang Imamat Melkisedek juga boleh dijemput untuk penetapan bagi orang mati.

Hanya lelaki yang telah dianugerahi boleh dijemput untuk:

  • Melayani sebagai jurucatat kolam.

  • Melayani sebagai jurucatat penetapan.

28.2.2

Anugerahan (Termasuk Tatacara Permulaan)

Apabila membuat anugerahan perwakilan untuk orang mati, bahagian tatacara permulaan anugerahan dilaksanakan dan direkod secara berasingan (lihat 27.2). Ahli yang telah dianugerahi yang ada kad rekomen bait suci semasa boleh menjadi wakil untuk menerima tatacara ini.

28.2.3

Pemeteraian Pasangan dan Pemeteraian Anak-Anak kepada Ibu Bapa

Di bait suci, orang mati boleh dimeteraikan kepada pasangan yang mereka kahwini dalam hidup ini. Orang mati juga boleh dimeteraikan kepada anak-anak mereka yang hidup atau yang mati. Ahli yang telah dianugerahi yang ada kad rekomen bait suci semasa boleh jadi wakil untuk tatacara pemeteraian.

28.3

Keadaan Istimewa

Bahagian ini menjelaskan keadaan di mana beberapa garis panduan dalam 28.1 mungkin tidak diguna pakai.

28.3.1

Kanak-kanak yang Mati sebelum Kelahiran (Anak yang Lahir Mati dan Keguguran)

Tatacara bait suci tidak diperlukan atau dibuat untuk kanak-kanak yang mati sebelum kelahiran. Untuk maklumat lanjut, lihat 38.7.3.

28.3.2

Kanak-kanak yang Mati Sebelum Umur Lapan

Kanak-kanak kecil ditebus melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan “diselamatkan di dalam kerajaan selestial syurga” (Ajaran dan Perjanjian 137:10). Oleh itu, pembaptisan atau anugerahan tidak dibuat untuk kanak-kanak yang mati sebelum umur 8. Walaup bagaimanapun, pemeteraian kepada ibu bapa boleh dibuat untuk anak yang tidak dilahirkan dalam perjanjian atau tidak menerima tatacara itu semasa hidup (lihat 18.1).