2010–2019
Semua Mesti Mengambil ke atas Mereka Nama yang Diberikan oleh Bapa
Oktober 2018


Semua Mesti Mengambil ke atas Mereka Nama yang Diberikan oleh Bapa

Nama Juruselamat mempunyai kuasa tunggal dan penting. Ia merupakan satu-satunya nama di mana keselamatan boleh berlaku.

Beberapa minggu lalu, saya mengambil bahagian dalam pembaptisan beberapa kanak-kanak berusia lapan tahun. Mereka mula belajar injil Yesus Kristus daripada ibu bapa dan pengajar mereka. Sebiji benih iman mereka kepada-Nya sudah bermula tumbuh. Dan sekarang mereka mahu mengikut Dia ke dalam air pembaptisan untuk menjadi ahli Gereja-Nya yang dipulihkan. Semasa saya melihat jangkaan dan keghairahan mereka, saya tertanya-tanya berapa banyak yang mereka fahami tentang perjanjian pembaptisan mereka: komitmen mereka untuk mengambil ke atas diri mereka nama Yesus Kristus.

Sejak permulaan, Tuhan telah mengisytiharkan keunggulan nama Yesus Kristus dalam rancangan-Nya untuk kita. Seorang malaikat mengajar bapa pertama kita, Adam, “Engkau haruslah melakukan semua yang engkau lakukan dalam nama Putera, dan engkau harus bertaubat dan meminta kepada Tuhan dalam nama Putera sepanjang masa.”1

Raja Benyamin nabi Kitab Mormon mengajari rakyanya, “Tidak akan ada nama lain diberikan atau jalan lain atau cara lain apa pun yang melaluinya keselamatan dapat datang.”2

Tuhan mengulangi kebenaran ini kepada Nabi Joseph Smith: “Lihatlah, Yesus Kristus adalah nama yang diberikan oleh Bapa, dan tidak ada nama lain diberikan yang dengannya manusia dapat diselamatkan.”3

Pada zaman kita, Presiden Dallin H. Oaks telah mengajarkan bahawa “mereka yang beriman kepada nama kudus Yesus Kristus … dan masuk ke dalam perjanjian-Nya … dapat menuntut pengorbanan Yesus Kristus.”4

Bapa Syurgawi kita ingin menjadikannya benar-benar jelas bahawa nama Putera-Nya, Yesus Kristus, bukan hanya satu nama di antara nama yang banyak. Nama Juruselamat mempunyai kuasa tunggal dan penting. Ia merupakan satu-satunya nama di mana keselamatan boleh berlaku. Dengan menekankan kebenaran ini dalam setiap zaman keagamaan, Bapa kita yang penuh kasih meyakinkan semua anak-Nya bahawa ada jalan kembali kepada-Nya. Tetapi mempunyai cara yang pasti tidak bermakna bahawa kepulangan kita terjamin secara automatik. Tuhan memberitahu kita bahawa tindakan kita diperlukan: “Kerana itu, semua orang mesti mengambil ke atas diri mereka nama yang diberikan oleh Bapa.”5

Untuk mengakses kuasa penyelamatan yang hanya datang melalui nama Kristus, kita mesti “merendahkan hati [diri kita] di hadapan Tuhan … datang dengan bhati yang hancur dan jiwa yang menyesal, … dan bersedia untuk mengambil ke atas [diri kita] nama Yesus Kristus” dan dengan itu layak, seperti kawan-kawan lama lapan tahun, untuk “diterima melalui pembaptisan ke dalam gereja-Nya.”6

Semua yang dengan ikhlas ingin mengambil nama Juruselamat ke atas diri mereka mesti layak dan menerima tatacara pembaptisan sebagai saksi jasmani kepada Tuhan tentang keputusan mereka.7 Tetapi pembaptisan hanya permulaannya.

Perkataan mengambil bukan pasif. Ia merupakan perkataan tindakan dengan pelbagai definisi.8 Begitu juga, komitmen kita untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri kita memerlukan tindakan dan mempunyai banyak dimensi.

Contohnya, satu maksud perkataan mengambil ialah untuk makan atau menerima ke dalam badan, seperti ketika kita mengambil minuman. Dengan mengambil ke atas diri kita nama Kristus, kita berjanji untuk mengambil ajaran-Nya, sifat-Nya, dan terutamanya kasih-Nya ke dalam diri kita sehingga ia menjadi sebahagian daripada diri kita. Oleh itu, kepentingan jemputan Presiden Nelson kepada dewasa muda untuk “berdoa dan bersungguh-sungguh [mencari] untuk memahami setiap makna gelaran [Juruselamat] secara peribadi kepada [mereka],”9 dan untuk berjamu atas kata-kata Kristus dalam tulisan suci, terutamanya Kitab Mormon.10

Maksud lain mengambil adalah untuk menerima seseorang dalam peranan tertentu atau menerima kebenaran idea atau asas. Apabila kita mengambil nama Kristus ke atas diri kita, kita menerima Dia sebagai Juruselamat kita dan terus menerima ajaran-Nya sebagai panduan untuk hidup kita. Dalam setiap keputusan bermakna yang kita buat, kita boleh mengambil injil-Nya menjadi benar dan patuhinya dengan seluruh hati, daya, fikiran, dan kekuatan kita.

Perkataan mengambil boleh juga bermaksud menyelaraskan diri dengan nama atau misi. Kebanyakan kita mempunyai pengalaman mengambil tanggungjawab di kerja atau mengambil bahagian dalam satu misi atau pergerakan. Apabila kita mengambil nama Kristus ke atas diri kita, kita mengambil tanggungjawab seorang pengikut yang benar, kita membela misi-Nya, dan kita “berdiri sebagai saksi bagi [Dia] di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat di mana [kita] boleh berada.”11 Presiden Nelson telah memanggil “setiap remaja puteri dan setiap remaja putera … untuk menyertai dalam batalion remaja Tuhan untuk membantu mengumpulkan Israel.”12 Dan kita semua bersyukur untuk menerima panggilan nabi menggunakan nama Gereja Dia yang dipulihkan seperti yang diungkapkan oleh Juruselamat Sendiri: Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.13

Dalam proses mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita, kita mesti memahami bahawa misi Kristus dan Gereja-Nya adalah satu dan sama. Mereka tidak dapat dipisahkan. Begitu juga, penganutan peribadi kita kepada Juruselamat dan keahlian aktif dalam Gereja-Nya juga tidak dapat dipisahkan. Sekiranya kita gagal dalam komitmen kita kepada satu, komitmen kita kepada yang lain akan berkurangan, semudah malam mengikut siang.

Ada yang keberatan untuk mengambil nama Yesus Kristus dan misi-Nya kerana mereka menganggapnya terlalu sempit, mengehadkan, dan mengurungkan. Pada hakikatnya, mengambil nama Kristus ke atas diri adalah membebaskan dan membesarkan. Ia membangkitkan keinginan yang kita rasakan ketika kita menerima rancangan Tuhan melalui iman kepada Juruselamat. Dengan keinginan ini hidup di dalam hati kita, kita dapat menemui tujuan sebenar kurnia dan bakat yang diberikan kepada kita, mengalami kasih sayang-Nya yang menguatkan, dan mengembangkan keprihatinan kita terhadap kebajikan orang lain. Ketika kita mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita, kita benar-benar memegang setiap perkara yang baik dan menjadi seperti Dia.14

Ia penting untuk diingati bahawa mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita adalah komitmen perjanjian—bermula dengan perjanjian yang kita buat semasa pembaptisan. Presiden Nelson telah mengajarkan, “Komitmen [kita] untuk mengikuti Juruselamat dengan membuat perjanjian dengan-Nya dan kemudian mematuhi perjanjian-perjanjian itu akan membuka pintu kepada setiap berkat rohani dan keistimewaan yang tersedia.”15 Salah satu keistimewaan syurgawi untuk mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita melalui pembaptisan ialah akses yang diberikan kepada tatacara yang akan datang pada jalan perjanjian, penetapan kita. Ketika saya bertanya kepada kawan saya yang berumur lapan apakah maksud mengambil nama Kristus kepada dia, dia menjawab dengan ringkas, “Ia bermaksud saya dapat memiliki Roh Kudus.” Dia betul.

Kurnia Roh Kudus diterima melalui penetapan setelah kita menerima tatacara pembaptisan. Kurnia ini adalah hak dan peluang untuk memiliki Roh Kudus sebagai rakan yang tetap. Jika kita mendengarkan dan mematuhi suara-Nya yang kecil, Dia akan bantu kita kekal di jalan perjanjian yang kita masuk melalui pembaptisan, memberi amaran kepada kita apabila kita tergoda untuk meninggalkannya, dan menggalakkan kita untuk bertaubat dan menyesuaikan diri jika perlu. Tumpuan kita selepas pembaptisan adalah untuk memastikan Roh Kudus sentiasa dengan kita supaya kita dapat terus maju sepanjang jalan perjanjian. Roh Kudus boleh bersama kita hanya sampai ke tahap yang kita memastikan kehidupan kita bersih dan bebas dari dosa.

Oleh itu, Tuhan telah menyediakan jalan bagi kita untuk terus menyegarkan kesan menyucikan pembaptisan kita melalui tatacara lain—sakramen. Setiap minggu kita boleh “bersaksi … bahawa [kita] bersedia mengambil ke atas [diri kita] nama Putera16 sekali lagi dengan mencapai dan mengambil lambang daging dan darah Tuhan dalam tangan kita—roti dan air—dan mengambilnya ke dalam jiwa kita. Sebagai balasan, Juruselamat melaksanakan mukjizat sekali lagi dengan membersihkan kita dan melayakkan kita untuk memiliki pengaruh Roh Kudus secara berterusan. Bukankah ini bukti belas kasihan yang tidak terhingga yang hanya terdapat dalam nama Yesus Kristus? Apabila kita mengambil nama-Nya ke atas diri kita, Dia mengambil dosa dan kesedihan kita ke atas Dirinya, dan “tangan-Nya yang belas kasihan terbuka”17 untuk memeluk kita dengan kasih-Nya.18

Sakramen adalah peringatan mingguan bahawa mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus adalah komitmen yang hidup dan berterusan, bukan satu peristiwa yang berlaku hanya pada hari pembaptisan kita.19 Kita boleh menikmati secara berterusan dan berulang kali “rahsia menyelubung, korban maha suci, dengan darah daging-Nya, dosaku ditebus.”20 Tidak hairanlah apabila setiap anak Tuhan memahami berkat rohani yang berkuasa yang boleh datang dari mengambil nama Kristus ke atas diri mereka, perasaan mereka adalah selalu gembira dan keinginan mereka adalah untuk selalu memasuki perjanjian dengan Tuhan mereka.21

Apabila kita mengikuti jalan perjanjian yang direka oleh Tuhan, komitmen dan usaha kita untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus akan memberikan kekuatan kepada kita “untuk mengekalkan nama [Dia] tertulis selalu dalam hati [kita].”22 Kita akan mengasihi Tuhan dan jiran kita dan merasakan keinginan untuk melayani mereka. Kita akan mematuhi perintah-Nya dan ingin mendekatkan diri kepada-Nya dengan masuk ke dalam perjanjian tambahan dengan-Nya. Apabila kita mendapati diri kita lemah dan tidak berupaya untuk bertindak atas keinginan soleh kita, kita akan merayu untuk kekuatan yang hanya datang melalui nama-Nya, dan Dia akan datang membantu kita. Apabila kita bertahan dengan beriman, kita akan melihat Dia dan bersama-Nya, dan kita akan mendapati bahawa kita telah menjadi seperti Dia, memenuhi syarat untuk kembali ke hadirat Tuhan.

Kerana janji Juruselamat adalah pasti: mereka yang “percaya pada nama Yesus Kristus, dan menyembah Bapa dalam nama-Nya, dan bertahan dalam iman pada nama-Nya sampai akhir”23 akan diselamatkan dalam kerajaan Tuhan. Bersama anda, saya bergembira bahawa berkat ini dapat diterima dengan mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri kita, di mana nama-Nya saya bersaksi, amin.

Nota

  1. Musa 5:8.

  2. Mosia 3:17.

  3. Ajaran dan Perjanjian 18:23.

  4. Dallin H. Oaks, “Taking upon Us the Name of Jesus Christ,” Ensign, Mei 1985, 82.

  5. Ajaran dan Perjanjian 18:24; penekanan ditambah.

  6. Ajaran dan Perjanjian 20:37; penekanan ditambah.

  7. Presiden Dallin H. Oaks telah mengajarkan: “kita mengambil ke atas diri kita nama Juruselamat kita apabila kita menjadi ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. … Sebagai orang percaya yang benar dalam Kristus, sebagai Kristian, kita dengan senang hati mengambil namanya ke atas diri kita” (“Taking upon Us the Name of Jesus Christ,” 80).

  8. Kamus talian Merriam-Webster menyenaraikan 20 definisi yang berbeza dari bentuk kata kerja mengambil, yang merupakan bentuk di mana kata kerja digunakan dalam frasa “mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus” (merriam-webster.com/dictionary/take).

  9. Russell M. Nelson, “Prophets, Leadership, and Divine Law” (pertermuan rohani bagi orang dewasa muda, Jan. 8, 2017), broadcasts.lds.org.

  10. Lihat Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia? Liahona, Nov. 2017, 60–63.

  11. Mosia 18:9.

  12. Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018), HopeofIsrael.lds.org.

  13. “Tuhan telah mengungkapkan pada fikiran saya betapa pentingnya nama yang Dia telah ungkapkan untuk Gereja-Nya, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. We have work before us to bring ourselves in harmony with His will” (Russell M. Nelson, dalam “The Name of the Church” [pernyataan rasmi, 16 Ogos 2018], mormonnewsroom.org).

  14. Lihat Moroni 7:19.

  15. Russell M. Nelson, “As We Go Forward Together,” Liahona, Apr. 2018, 7.

  16. Ajaran dan Perjanjian 20:77; penekanan ditambah.

  17. 3 Nefi 9:14; lihat juga Alma 5:33–34.

  18. Lihat 2 Nefi 1:15.

  19. “Apabila kita bersaksi kerelaan kita untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus, kita menunjukkan komitmen kita untuk melakukan semua yang kita mampu untuk mencapai kehidupan abadi di dalam kerajaan Bapa kita. Kita menyatakan pencalonan kita—keazaman kita untuk berusaha untuk—permuliaan di Kerajaan Selestial. …

    “… Apa yang kita bersaksi adalah bukan mengambil ke atas diri kita nama-Nya tetapi bahawa kita rela untuk melakukannya. Dalam pengertian ini, kesaksian kita berkaitan dengan beberapa peristiwa masa depan atau status pencapaiannya yang tidak diandaikan sendiri, tetapi bergantung pada wewenang atau inisiatif Juruselamat sendiri” (Dallin H. Oaks, “Taking upon Us the Name of Jesus Christ,” 8283).

  20. “Ya Tuhan Bapa Langgeng,” Nyanyian Rohani, no. 74.

  21. Lihat Mosia 5; 6; 18; 3 Nefi 19.

  22. Mosia 5:12.

  23. Ajaran dan Perjanjian 20:29.