2010–2019
Ibu Bapa dan Kanak-kanak
Oktober 2018


Ibu Bapa dan Kanak-kanak

Rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi kita memberitahu siapakah anda dan tujuan kehidupan anda.

Para saudari yang terkasih, betapa baik untuk adakan sesi baru persidangan umum untuk para wanita Gereja yang berumur lapan tahun dan ke atas. Kita sudah dengar pesanan-pesanan dari para pemimpin saudari dan Presiden Henry B. Eyring. Presiden Eyring dan saya bersukacita bekerja di bawah arahan Presiden Russell M. Nelson, dan kami menunggukan ucapannya.

I.

Kanak-kanak ialah kurnia paling berharga dari Tuhan kepada kita—peningkatan abadi kita. Tetapi, kita hidup pada masa di mana ramai kaum wanita tidak hendak beranak. Ramai pemuda-pemudi menangguhkan perkahwinan sehingga keperluan jasmani dipuaskan. Purata usia ahli-ahli Gereja kita sudah meningkat lebih dua tahun, dan nombor kelahiran ahli Gereja semakin berkurang. Pada masa depan, Amerika Syarikat dan negara-negara lain akan ada kekurangan kanak-kanak yang mematang menjadi orang dewasa untuk menyokong nombor orang yang bersara.1 Lebih daripada 40 peratus kelahiran dalam Amerika Syarikat datang dari ibu-ibu yang tidak berkahwin. Kanak-kanak mudah diserang. Setiap trend ini menentang rancangan keselamatan Bapa kita.

II.

Para wanita Orang Suci Zaman Akhir faham bahawa menjadi seorang ibu ialah keutamaan tertinggi mereka, kebahagiaan terbesar mereka. Presiden Gordon B. Hinckley kata: “Wanita banyak nampak kecapaian dan kebahagiaan terbesar mereka dalam rumah dan keluarga. Tuhan letakkan sesuatu yang ilahi ke dalam para wanita yang menunjukkan kekuatan tenang, kehalusan, kedamaian, hemah, kebenaran, dan kasih sayang. Semua ciri luar biasa ini dapat ditunjukkan dengan benar dan jelas dalam keibuan.”

Dia terus kata, “Kerja paling besar seorang wanita adalah membela, mengajar, menggalak, dan membesarkan anak-anaknya dalam kesolehan dan kebenaran yang dia patuhi. Tidak ada apa pun yang dapat berbanding dengan ini, tidak kira apa pun dia lakukan.”2

Para ibu, saudari terkasih, kami mengasihi anda dan apa yang anda lakukan untuk kita semua.

Dalam ucapan pentingnya pada tahun 2015 yang bertajuk “Satu Rayuan Kepada Para Saudara Saya,” Presiden Russell M. Nelson kata:

“Kerajaan Tuhan tidak dapat lengkap tanpa wanita yang membuat perjanjian kudus dan taat kepada perjanjian itu, wanita yang dapat berbicara dengan kuasa dan kewenangan Tuhan!

“Hari ini, … kita memerlukan wanita-wanita yang tahu bagaimana membuat perkara yang penting berlaku melalui iman mereka dan akan mempertahankan moral dan keluarga dengan berani di dalam dunia yang penuh dosa. Kita perlukan wanita yang setia dalam menggembalakan anak-anak Tuhan dalam jalan perjanjian suci menunjuk ke arah kemuliaan; wanita yang tahu cara untuk menerima wahyu peribadi, yang memahami kuasa dan kedamaian penganugerahan bait suci; wanita yang tahu cara untuk memanggil kuasa syurga untuk melindungi dan memperkuatkan anak-anak dan keluarga; wanita yang mengajar tanpa ketakutan.”3

Ajaran-ajaran yang berilham ini berdasarkan “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia,” di mana Gereja yang dipulihkan ini menegaskan ajaran dan amalan yang berada pada pusat rancangan Pencipta sebelum Dia menciptakan bumi.

III.

Sekarang saya berucap kepada kumpulan yang lebih muda. Para saudari muda saya, kerana ilmu anda mengenai injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan, anda adalah unik. Ilmu anda akan membolehkan anda menahan dan mengatasi kesusahan membesar. Dari usia yang muda, anda sudah mengambil bahagian dalam projek dan program yang mengembangkan bakat anda, seperti penulisan, pengucapan, dan perancangan. Anda sudah belajar sikap bertanggungjawab dan cara untuk menahan godaan menipu, mencuri, atau menggunakan arak dan dadah.

Keunikan anda dikenali dalam satu kajian Universiti North Carolina tentang remaja Amerika dan agama. Satu rencana dari Charlotte Observer bertajuk “Remaja Mormon lebih mahir menghadapi keremajaan daripada rakan setara.” Rencana ini menyimpulkan bahawa “Orang Mormon mengelakkan sikap bahaya, berjaya dalam sekolah dan bersikap positif tentang masa depan dengan paling baik.” Salah seorang penyelidik kajian ini, yang menemuduga kebanyakan remaja kita, kata, “Hampir dalam semua kategori kami, ada satu pola yang jelas: Orang Mormon ambil tempat pertama.”4

Mengapa anda paling mahir menghadapi kesusahan membesar? Remaja puteri, ini adalah kerana anda memahami rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi kita. Ini memberitahu siapakah anda dan tujuan kehidupan anda. Remaja yang memilik pemahaman ini selalunya pertama mengatasi masalah dan memilih yang betul. Anda tahu anda boleh terima bantuan Tuhan untuk mengatasi kesusahan membesar.

Satu lagi sebab anda paling berkesan adalah kerana anda faham bahawa anda ialah anak Bapa Syurgawi yang mengasihi anda. Pastinya anda biasa dengan lagu rohani ini, “Anak-Anak yang Terkasih.” Berikut ialah baris pertama yang pernah kita semua nyanyi dan percaya:

Anak-Anak yang terkasih,

Tuhan sertamu s’lalu,

Senang ‘tuk memberkatimu,

Bila kau benar s’lalu.5

Ada dua ajaran dalam baris ini: Pertama, Bapa Syurgawi kita dekat kita dan menjaga kita siang dan malam. Renungkanlah itu! Tuhan mengasihi kita, Dia dekat kepada kita, dan Dia mengawasi kita. Kedua, Dia bersukacita untuk memberkati “bila [kita] benar s’lalu.” Ini memang sesuatu yang menghiburkan di tengah-tengah kebimbangan dan kesusahan kita!

Ya, para remaja puteri, anda diberkati dan anda adalah baik, tetapi anda adalah sama seperti semua anak Bapa Syurgawi, anda perlu “benar s’lalu.”

Saya boleh berikan nasihat tentang banyak perkara, tetapi sekarang saya pilih dua.

Nasihat pertama saya mengenai telefon bimbit. Satu tinjau seluruh negara mendapati bahawa lebih daripada setengah remaja dalam Amerika Syarikat kata mereka guna terlalu banyak masa pada telefon bimbit mereka. Lebih daripada 40 peratus kata mereka rasa cemas apabila mereka tanpa telefon bimbit mereka.6 Ini lebih biasa dalam kalangan gadis. Saudari muda saya—dan saudari dewasa juga—kehidupan anda akan diberkati jika anda hadkan penggunaan dan ketergantungan telefon bimbit.

Nasihat kedua saya adalah lebih penting. Berhati baik terhadap satu sama lain. Kebanyakan remaja kita sudah buat demikian. Ada kumpulan remaja dalam sebahagian komuniti telah tunjukkan cara untuk kita semua. Kita sudah diilham oleh tindakan baik hati remaja kita kepada mereka yang perlukan kasih sayang dan bantuan. Anda berikan bantuan dan tunjukkan kasih sayang kepada satu sama lain dalam banyak cara. Kita harap semua akan ikut teladan anda.

Serentaknya, kita tahu bahawa musuh menggoda kita untuk menjadi kejam, dan ada banyak contoh kekejaman, mahupun dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kekejaman yang berterusan ada banyak bentuk, seperti membuli, menyerang atau menolak orang lain secara kumpulan. Contoh-contoh ini sengajanya menyakitkan rakan sedarjah atau sahabat. Saudari muda saya, Tuhan tidak gembira jika kita kejam terhadap orang lain.

Berikut ialah satu contoh. Saya tahu seorang remaja lelaki, dia seorang pelarian di Utah, yang diusik kerana dia berbeza, termasuk mengucap ibu bahasanya. Dia diserang oleh sekumpulan remaja yang lebih bernasib baik sehingga dia berbalas dalam cara yang hantarkan dia ke penjara untuk 70 hari dan menghadapi kemungkinan deportasi. Saya tidak tahu apa yang menggalakkan kumpulan remaja itu, kebanyakan mereka ialah Orang Suci Zaman Akhir seperti anda, tetapi saya nampak kesan kekejaman mereka, satu pengalaman dan akibat yang tragik terhadap seorang anak Tuhan. Kekejaman yang kecil boleh datangkan akibat yang besar.

Apabila saya dengar cerita ini, saya bandingkan ia dengan apa yang diucapkan oleh nabi kita, Presiden Nelson, dalam pertemuan rohani remaja sedunia baru-baru ini. Dia minta anda dan semua remaja untuk bantu mengumpulkan Israel dengan kata-kata ini: “Tonjolkan diri. Jadilah luar biasa. Kita tahu anda harus menjadi cahaya kepada dunia. Jadi, Tuhan perlukan anda untuk berwajah, bersuara, bertindak, berpakaian seperti seorang pengikut Yesus Kristus yang benar.”7

Presiden Nelson menjemput anda menyertai satu batalion remaja, yang tidak harus berkejam terhadap satu sama lain. Batalion remaja itu akan ikut ajaran Juruselamat untuk menolong dan mengasihi dan bertimbang rasa terhadap orang lain, mahupun jangan balas dendam terhadap orang yang menyalahkan kita.

Dalam satu ucapan persidangan umum yang berlaku agak-agak masa anda dilahirkan, Presiden Gordon B. Hinckley memuji “remaja puteri yang cantik yang berusaha untuk mematuhi injil.” Dia hurai tentang mereka, seperti yang hendak saya huraikan tentang anda:

“Mereka bermurah hati. Mereka memperkuatkan satu sama lain. Mereka memberi penghormatan kepada ibu bapa mereka dan keluarga mereka. Mereka menghampiri kewanitaan dan akan pegang kepada cita-cita yang memotivasikan mereka sepanjang hidup.”8

Sebagai seorang hamba Tuhan, saya kata kepada anda remaja puteri, dunia kita perlukan kebaikan dan kasih sayang anda. Berhati baik terhadap satu sama lain. Yesus ajar kita untuk mengasihi satu sama lain dan melayan orang lain seperti kita hendak dilayani. Semasa kita berusaha untuk berhati baik, kita lebih mendekati Dia dan pengaruhan penyayang-Nya.

Saudari terkasihku, jika anda mengambil bahagian dalam kekejaman atau keremehan—secara individu atau kumpulan—buat keputusan sekarang untuk berubah dan menggalak orang lain untuk berubah. Inilah nasihat saya, dan saya berikan kepada anda sebagai seorang hamba Tuhan Yesus Kristus kerana Roh-Nya mendorong saya untuk berucap kepada anda tentang subjek penting ini. Saya bersaksi tentang Yesus Kristus, Juruselamat kita, yang ajarkan kita untuk mengasihi satu sama lain seperti Dia mengasihi kita. Saya berdoa kita buat demikian, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Sara Berg, “Nation’s Latest Challenge: Too Few Children,” AMA Wire, June 18, 2018, wire.ama-assn.org.

  2. Teachings of Gordon B. Hinckley (1997), 387, 390; see also M. Russell Ballard, “Mothers and Daughters,” Liahona, May 2010, 18 (in Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society [2011], 156).

  3. Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” Liahona, Nov. 2015, 96; juga lihat Russell M. Nelson, “Children of the Covenant,” Ensign, Mei 1995, 33.

  4. Tinjauan ini diterbitkan oleh Oxford University Press sebagai Christian Smith dan Melinda Lundquist Denton, Soul Searching: The Religious and Spiritual Lives of American Teenagers (2005).

  5. “Anak-anak Yang Terkasih,” Nyanyian Rohani, no. 34.

  6. Lihat “In Our Opinion: You Don’t Need to Be Captured by Screen Time,” Deseret News, Aug. 31, 2018, deseretnews.com.

  7. Russell M. Nelson, “Hope of Israel” (worldwide youth devotional, June 3, 2018), 8, HopeofIsrael.lds.org.

  8. Gordon B. Hinckley, “The Need for Greater Kindness,” Liahona, Mei 2006, 60–61.