2010–2019
Menetapkan Asas suatu Pekerjaan yang Agung
Oktober 2018


Menetapkan Asas suatu Pekerjaan yang Agung

Pelajaran yang diajar melalui tradisi di rumah, walaupun kecil dan mudah, semakin penting untuk dunia kini.

Sebagai ibu bapa dalam Sion, kita mempunyai tugas yang kudus untuk membangunkan dalam anak-anak kita semangat dan komitmen kepada kebahagiaan, cahaya, dan kebenaran injil Yesus Kristus. Semasa kita membesarkan anak-anak, kita menetapkan tradisi dalam rumah dan kita membina corak komunikasi dan tingkah laku dalam hubungan keluarga. Dengan berbuat sedemikian, tradisi yang kita tetapkan sepatutnya mengajar perwatakan kuat dan tidak bergoyah dalam anak-anak kita yang akan menguatkan mereka dengan kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup.

Keluarga kami selalu menikmati tradisi tahunan kami untuk berkhemah di Pergunungan Uintah di timur laut Utah. Kami mengembara untuk 20 batu (32 km) melalui jalan tanah berbatu untuk sampai pada satu lembah hijau yang cantik dengan dinding ngarai yang tinggi dan di situ mengalir satu sungai yang penuh dengan air yang jernih dan sejuk. Untuk mengesahkan semula nilai ajaran injil dan penggunaannya dalam hati anak-anak dan cucu-cucu kami setiap tahun, Susan dan saya meminta setiap enam anak lelaki kami dan keluarga mereka untuk menyediakan satu pesanan ringkas tentang satu topik yang mereka rasa adalah perkara penting dalam asas sebuah rumah yang berpusatkan Kristus. Kemudian kami berkumpul untuk satu pertemuan rohani keluarga di tempat yang senyap, dan setiap daripada mereka menyampaikan pesanan mereka.

Imej
Pesanan ditulis atas batu

Pada tahun ini cucu-cucu kami menulis topik pesanan mereka di atas batu dan kemudian mereka semua menanamkan batu-batu di tepi satu sama lain, melambangkan satu asas yang teguh di mana satu hidup yang gembira boleh ditubuhkan. Terselit di antara enam pesanan mereka adalah kebenaran yang tidak berubah, kebenaran abadi bahawa Yesus Kristus adalah batu penjuru untuk asas tersebut.

Dalam perkataan Yesaya sendiri, “Tetapi inilah firman Tuhan Raja, “Aku meletakkan asas yang kuat dan kukuh di Sion; sebuah batu penjuru yang berharga.”1 Yesus Kristus adalah batu penjuru yang berharga itu dalam asas Sion. Ia adalah Dia yang mengungkapkan kepada Nabi Joseph Smith “Kerana itu, janganlah jemu dalam melakukan yang baik, kerana kamu sedang meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar. Dan dari hal-hal yang kecil bermulalah hal yang besar.”2

Pelajaran yang diajar melalui tradisi di rumah, walaupun kecil dan mudah, semakin penting untuk dunia kini. Perkara kecil dan mudah manakah, jika ditubuhkan, akan melaksanakan kerja yang agung dalam kehidupan anak-anak kita?

Presiden Russel M, Nelson baru-baru ini memberi ucapan di hadapan satu pertemuan yang besar dekat Toronto, Canada, dan mengingatkan ibu bapa tanggungjawab kudus yang kita ada untuk mengajar anak-anak kita. Antara tanggungjawab asas yang diketengahkan, Presiden Nelson menekankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak tujuan kita mengambil sakramen, kepentingan untuk lahir dalam perjanjian, dan kepentingan untuk mempersiapkan diri dan menerima berkat bapa bangsa, dan dia menggalakkan ibu bapa untuk memimpin pembacaan kitab suci sekeluarga.3 Dengan usaha ini, nabi kita yang terkasih menegaskan kita supaya menjadi rumah “tempat perlindungan iman.”4

Dalam Kitab Mormon, Enos mencatatkan kesyukuran mendalam yang dia rasa terhadap contoh daripada bapanya, yang “mengajar [dia] dalam bahasanya, dan juga dalam asuhan dan nasihat Tuhan.” Dengan penuh emosi, dia berkata, “Dan terpujilah nama Tuhanku oleh kerana itu.”5

Saya menghargai tradisi kecil dan mudah yang kami telah ikuti dalam rumah kami selama 35 tahun perkahwinan kami. Banyak daripada tradisi kami ringkas tetapi amat bermakna. Sebagai contohnya:

  • Pada petang yang saya tidak berada di rumah, saya selalu tahu bahawa di bawah arahan Susan,anak lelaki sulung saya akan pastikan, untuk mengetuai keluarga kami dalam pembacaan kitab suci dan doa keluarga.6

  • Satu lagi tradisi—kami tidak akan meninggalkan rumah atau mengakhiri perbualan telefon tanpa berkata, “Saya sayang kamu.”

  • Hidup kami diberkati dengan menetapkan masa untuk menikmati masa temu bual bersama setiap anak lelaki kami. Semasa satu temu bual, saya menanya anak lelaki kami tentang keinginannya dan persediaannya untuk melayani misi. Selepas beberapa perbincangan, terdapat satu masa renungan, dan kemudian dia menghadap kami dan berkata, “Ayah, ingatkah masa saya kecil dan kita mula untuk mengadakan temu bual dengan ayah?” Saya berkata, “Ya.” “Jadi,” dia berkata, “Saya berjanji kepada kamu bahawa saya akan melayani satu misi, dan kamu dan ibu janji kepada saya bahawa anda akan mlayani misi bila anda menjadi tua” Kemudian dia berhenti buat seketika. “Adakah kamu berdua mempunyai masalah yang akan menghalang kamu daripada melayani misi—mungkin saya boleh tolong?”

Tradisi keluarga sihat yang berterusan seperti berdoa, membaca kitab suci, malam keluarga, dan menghadiri gereja, walaupun kecil dan mudah mewujudkan satu budaya kasih sayang, hormat, perpaduan dan keselamatan. Dalam semangat yang menyertai usaha ini, anak-anak kita dilindungi daripada panah berapi musuh yang berada dalam budaya duniawi hari ini.

Kita diingati oleh nasihat arif oleh Helaman kepada anak-anak lelakinya: “Ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh.”7

Beberapa tahun yang lalu, apabila saya melayani sebagai seorang uskup, seorang lelaki yang lebih tua minta untuk berjumpa dengan saya. Dia memberitahu pemergiannya dari gereja dan tradisi soleh ibu bapanya ketika dia seorang remaja. Dia memberitahu pengalaman sakit hatinya dengan terperinci dalam hidupnya semasa dia mencari kegembiraan yang bertahan, di antara kegembiraan sementara yang diberi oleh dunia. Sekarang dalam masa lewat hidupnya, dia dapat bisikan Roh Tuhan yang membimbing dia kembali kepada ajaran, amalan, perasaan dan keselamatan rohani dari masa remajanya. Dia meluahkan rasa syukur terhadap tradisi ibu bapa, dalam perkataan moden dia menggemakan pengisytiharan Enos: “Terpujilah nama Tuhanku oleh kerana itu.”

Menurut pengalaman saya, kepulangan lelaki ini kepada injil adalah sama dengan orang ramai dan sering berlaku di antara anak-anak Tuhan yang pergi untuk seketika, hanya untuk pulang pada ajaran-ajaran dan amalan semasa zaman muda mereka. Dalam masa sebegitu, kita lihat kebijaksanaan penulis amsal, yang beritahu ibu bapa, “Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.”7

Setiap ibu bapa melalui masa yang mengecewakan dan tahap keazaman dan kekuatan yang berbeza apabila membesarkan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, apabila ibu bapa menggunakan iman untuk mengajar anak-anak mereka, berterus terang, dengan kasih sayang dan melakukan apa yang mereka boleh sepanjang jalan, mereka menerima harapan bahawa benih yang ditanam akan membesar dalam hati dan minda anak-anak mereka.

Musa memahami dengan baik keperluan asas untuk pengajaran berterusan. Dia menasihati, “Ajarkanlah [firman ini] kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.”8

Kita berlutut di sebelah anak-anak kita semasa doa keluarga, kita menjaga mereka melalui usaha kita untuk mengadakan bacaan kitab suci yang bermakna. Kita dengan sabar dan dengan kasih sayang menjaga mereka apabila kita mengambil bahagian dalam malam keluarga, dan kita berduka bagi mereka di atas lutut kita semasa kita berdoa secara bersendirian. Betapa kita inginkan benih yang kita tabur untuk menumbuhkan akar dalam hati dan minda anak-anak kita.

Saya percaya ia bukan soalan sama ada anak-anak kita “mendapatnya” dalam ajaran kita, seperti bergelut untuk cuba membaca kitab suci atau untuk mengadakan malam keluarga ataupun menghadiri pertemuan Gabungan dan Gereja lain. Ia adalah bukan persoalan sama ada mereka memahami kepentingan apa yang diajar dalam aktiviti tersebut tetapi ia adalah persoalan yang lebih penting sama ada kita sebagai ibu bapa, mempunyai iman yang cukup untuk mengikuti nasihat Tuhan dan dengan tekun menjalani, mengajar, dan mendorong serta menetapkan jangkaan yang diilhamkan oleh injil Yesus Kristus. Ia adalah usaha yang diterajui iman kita—kepercayaan kita bahawa satu hari benih yang ditanam dalam zaman muda mereka akan bercambah dan membesar.

Hal-hal yang kita bercakap, hal-hal yang kita berkhutbah dan hal-hal yang kita mengajar menentukan hal-hal yang berlaku di antara kita. Apabila kita menetapkan tradisi sihat yang mengajar ajaran Kristus, Roh Kudus memberi kesaksian tentang kebenaran pesanan kita dan memelihara benih injil yang ditanam dalam hati anak kita dengan usaha kita di sepanjang jalan. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Yesaya 28:16.

  2. Ajaran dan Perjanjian 64:33.

  3. Lihat post halaman Facebook Neil L. Andersen’s, dari Ogos. 19, 2018, facebook.com/lds.neil.l.andersen.

  4. Dalam Sarah Jane Weaver, “President Nelson Urges ‘Teach the Children,’” Church News, 23 September 2018, 11.

  5. Enos 1:1.

  6. Lihat Dallin H. Oaks, “Priesthood Authority in the Family and the Church,” Liahona, Nov. 2005, 24–27.

  7. Helaman 5:12.

  8. Amsal 22:6.

  9. Ulangan 6:7.