2010–2019
Penglibatan Saudari-saudari Dalam Pengumpulan Bani Israel
Oktober 2018


Penglibatan Saudari-saudari Dalam Pengumpulan Bani Israel

Saya menghulurkan satu rayuan kenabian kepada anda, kaum wanita Gereja, untuk membentuk masa depan dengan membantu pengumpulan bani Israel yang tersebar.

Adalah amat gembira untuk bersama anda, saudari-saudari intan yang dikasihi. Mungkin satu pengalaman baru-baru ini akan memberi anda satu gambaran sepintas berkenaan perasaan saya terhadap anda dan kebolehan syurgawi yang anda telah dianugerahkan.

Satu hari ketika saya sedang berucap kepada jemaah di Amerika Selatan, saya menjadi semakin teruja berkenaan tajuk ucapan, dan pada saat yang penting, saya berkata, “Sebagai ibu yang beranak 10, saya boleh memberitahukan anda …” Dan saya meneruskan untuk menyempurnakan pesanan saya.

Saya tidak perasan bahawa saya telah menggunakan perkataan ibu. Penterjemah saya, menganggap saya telah tersilap kata, menukarkan kata ibu kepada bapa, jadi jemaah itu tidak tahu bahawa saya telah merujukkan diri sebagai seorang ibu. Tetapi isteri saya, Wendy telah mendengarnya, dan dia bersukacita dengan silap lidah Freudian saya.

Pada saat itu, terdapat keinginan mendalam dalam diri saya untuk mengubah dunia—sepertimana hanya seorang ibu boleh—timbul dalam hati saya. Dalam kehidupan saya, setiap kali saya ditanya mengapa saya memilih untuk menjadi seorang doktor perubatan, jawapan saya sentiasa sama: “Kerana saya tidak boleh memilih untuk menjadi seorang ibu.”

Sila faham bahawa bila saya menggunakan perkataan ibu, saya bukan hanya merujuk kepada wanita-wanita yang telah melahirkan atau mengangkat anak dalam kehidupan ini. Saya sedang bercakap tentang semua anak perempuan Ibu Bapa Syurgawi kita. Setiap wanita ialah seorang ibu secara hemah takdir ilahi abadinya.

Jadi malam ini, sebagai bapa kepada 10 anak—sembilan anak perempuan dan seorang anak lelaki—dan sebagai Presiden Gereja, saya doakan agar anda dapat merasai betapa mendalamnya perasaan saya terhadap anda—berkenaan siapa anda dan segala baik yang anda akan lakukan. Tiada yang dapat melakukan apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang soleh. Tiada yang dapat meniru pengaruh seorang ibu.

Kaum lelaki boleh dan sering menyampaikan kasih Bapa Syurgawi dan Juruselamat kepada orang. Tetapi kaum wanita mempunyai satu kurnia yang istimewa untuknya—satu anugerahan ilahi. Anda berkebolehan untuk mengesan apa keperluan seseorang—dan bila mereka memerlukannya. Anda boleh mencapai, menenang, mengajar, dan memperkuatkan seseorang di saat yang memerlukan.

Kaum wanita melihat secara berbeza berbanding dengan lelaki, dan oh, betapa kita memerlukan segi pandangan anda! Alamiah anda mendorong anda untuk memikirkan orang lain terdahulu, untuk mempertimbangkan kesan tindakan terhadap orang lain.

Seperti yang dikatakan oleh Presiden Eyring, ibu Hawa hebat kitalah—bersama pemahaman mendalamnya berkenaan rancangan Bapa Syurgawi—yang memulakan apa yang kita panggil ‘‘Kejatuhan.” Pilihannya yang bijak dan berani bersama sokongan Adam telah menggerakkan rancangan kegembiraan Tuhan ke hadapan. Mereka telah membolehkan setiap kita untuk datang ke bumi, menerima badan, dan membuktikan bahawa kita akan memilih untuk mempertahankan Yesus Kristus kini, sepertimana kita telah lakukan di dunia pra-fana.

Saudari-saudari terkasih ku, anda punyai kurniaan rohani dan kecenderungan yang istimewa. Malam ini saya menyeru anda, dengan segala harapan hati saya, untuk berdoa memahami kurniaan rohani anda—untuk memupuk, mengguna, dan mengembangkan mereka, lebih daripada anda pernah sebelum ini. Anda akan mengubah dunia jika anda melakukannya.

Sebagai wanita, anda mengilhami orang lain dan menetapkan piawai yang layak untuk diteladani. Biarkan saya beri kepada anda serba sedikit latar belakang berkenaan dua pengumuman besar di persidangan umum yang lepas. Anda, saudari-saudari terkasihku, merupakan kunci bagi setiapnya.

Pertama, melayani. Piawai teragung untuk melayan ialah Juruselamat kita, Yesus Kristus. Secara umumnya, kaum wanita merupakan, dan sentiasanya, lebih dekat kepada piawai itu daripada kaum lelaki. Ketika anda sedang melayan dengan ikhlas, anda mengikut perasaan anda untuk membantu orang lain mengalami kasih Juruselamat dengan lebih. Kecenderungan untuk melayan wujud dalam wanita-wanita yang soleh. Saya tahu akan wanita-wanita yang berdoakan setiap hari, “Siapakah yang Tuhan inginkan saya bantu hari ini?”

Sebelum pengumuman April 2018 berkenaan cara yang lebih baik dan kudus untuk menjaga sesama, kecenderungan untuk sesetengah kaum lelaki adalah untuk menandakan “siap” berkenaan tugasan pengunjungan rumah dan maju ke tugas yang seterusnya.

Sebaliknya apabila anda perasan bahawa seorang saudari yang anda kunjungi memerlukan bantuan, anda bertindak dengan segera dan kemudian sepanjang bulan tersebut. Oleh demikian, ia merupakan bagaimana anda mengajar berkunjung yang telah mengilhami peralihan ke melayani.

Kedua, di persidangan umum lepas, kita juga telah menstrukturkan semula kuorum Imamat Melkisedek. Ketika kami cuba memikirkan bagaimana untuk membantu kaum lelaki dalam Gereja menjadi lebih berkesan dalam tanggungjawab mereka, kami pertimbangkan teladan Lembaga Pertolongan dengan teliti.

Dalam Lembaga Pertolongan, wanita pelbagai umur dan peringkat hidup bertemu bersama. Setiap dekad kehidupan membawa cabaran-cabaran yang unik, namun, anda berada di sana, setiap minggu, bergaul bersama, berkembang dan mengajar bersama, dan membuat perubahan yang nyata di dalam dunia.

Kini, mengikuti teladan anda, pemegang Imamat Melkisedek merupakan ahli-ahli kuorum penatua. Lelaki-lelaki ini berumur di antara 18 hingga 98 (mungkin lebih), bersama pengalaman-pengalaman imamat dan Gereja yang luas. Saudara-saudara ini kini boleh menciptakan perhubungan persaudaraan yang lebih kuat, belajar bersama, dan memberkati satu sama lain dengan lebih berkesan.

Ingat lagi pada bulan Jun lepas, Sister Nelson dan saya berucap kepada remaja-remaja Gereja. Kami menjemput mereka untuk mendaftarkan diri dalam batalion remaja Tuhan untuk membantu mengumpulkan Israel di dua belah tirai. Pengumpulan ini merupakan “cabaran terbesar, tujuan terbesar, dan pekerjaan terbesar di bumi hari ini”!1

Ia merupakan satu sebab yang amat memerlukan kaum wanita, kerana wanita-wanitalah yang membentuk masa depan. Jadi malam ini saya menghulurkan rayuan kenabian kepada anda, wanita-wanita Gereja, untuk membentuk masa depan dengan membantu mengumpulkan bani Israel yang tersebar.

Di manakah anda boleh bermula?

Saya mempersembahkan empat jemputan:

Pertama, saya menjemput anda untuk menyertai puasa 10-hari daripada media sosial dan dari segala media yang membawa fikiran negatif dan jahat ke minda anda. Doakan untuk ketahui pengaruh-pengaruh yang mana satu untuk dijauhi ketika anda berpuasa. Kesan puasa 10-hari mungkin akan memeranjatkan anda. Apakah yang anda perhatikan setelah berhenti daripada melihat segi pandangan dunia yang telah melukai rohani anda? Adakah terdapatnya perubahan di mana anda kini ingin meluangkan masa dan tenaga anda? Adakah keutamaan-keutamaan anda berganjak—walaupun hanya sedikit? Saya menyeru anda untuk merekod dan mengikut setiap tanggapan yang diperolehi.

Kedua, saya menjemput anda untuk membaca Kitab Mormon bermula sekarang dan sehingga hujung tahun ini. Ia mungkin mustahil dengan apa yang anda perlu uruskan dalam kehidupan anda, namun jika anda akan menerima jemputan ini dengan maksud hati yang sepenuhnya, Tuhan akan membantu anda mencari jalan untuk mencapainya. Dan, apabila anda mengkaji dengan penuh doa, saya berjanji bahawa syurga akan terbuka untuk anda. Tuhan akan memberkati anda dengan ilham dan wahyu yang lebih.

Ketika anda membaca, saya menggalakkan anda untuk menandakan setiap ayat yang bercakap atau merujuk kepada Juruselamat. Kemudian, berniat untuk berbicara berkenaan Kristus, berbahagia dalam Kristus, dan berkhutbah berkenaan Kristus bersama keluarga-keluarga dan rakan-rakan anda.2 Anda dan mereka akan menjadi lebih rapat kepada Juruselamat melalui proses ini. Dan perubahan, dan juga mukjizat, akan mula berlaku.

Pagi tadi pengumuman telah dilakukan berkenaan jadual baru hari Ahad dan kurikulum sokongan-Gereja yang berpusatkan keluarga. Anda, saudari-saudariku, merupakan kunci kejayaan bagi usaha ajaran-Injil baru, seimbang dan selaras ini. Sila ajar mereka yang anda kasihi apa yang anda pelajari dari tulisan suci. Ajarkan mereka bagaimana untuk merujuk kepada Juruselamat untuk kuasa membersih-Nya apabila mereka telah berdosa. Dan ajarkanlah mereka bagaimana untuk memperoleh sumber kuasa yang memperkuatkan-Nya dalam kehidupan mereka setiap hari.

Ketiga, wujudkan satu teladan untuk menghadiri bait suci dengan kerap. Ini mungkin memerlukan pengorbanan yang lebih dalam kehidupan anda. Masa yang kerap dalam bait suci akan membenarkan Tuhan mengajar anda bagaimana untuk memperoleh sumber kuasa imamat-Nya yang anda telah dianugerahkan di dalam bait suci-Nya. Bagi anda yang tidak tinggal berdekatan dengan sebuah bait suci, saya menjemput anda untuk mengkaji dengan penuh doa berkenaan bait suci di dalam kitab suci dan di dalam kata-kata nabi-nabi hidup. Carikan untuk ketahui lebih, untuk faham lebih, untuk merasa lebih berkenaan bait suci daripada sebelum ini.

Ketika pertemuan rohani remaja bulan Jun yang lalu, saya bercakap tentang seorang lelaki muda yang hidupnya berubah apabila ibu bapa dia menukarkan telefon pintarnya kepada telefon bimbit biasa. Remaja lelaki ini mempunyai seorang ibu beriman yang berani. Dia melihat anaknya mula membuat pilihan-pilihan yang akan mengelakkan dia daripada melayani misi. Dia pergi ke bait suci dengan doa untuk ketahui bagaimana dia boleh membantu anaknya. Kemudian dia mengikut setiap tanggapan yang diperoleh.

Dia berkata: “Saya terasa Roh mendorong saya untuk memeriksa telefon anak saya pada masa tertentu untuk melihat perkara yang tertentu. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan telefon-telefon pintar ini, tetapi Roh telah membimbing saya melalui semua media sosial yang saya sendiri tidak gunakan! Saya tahu Roh membantu ibu bapa yang ingin mencari panduan untuk melindungi anak-anak mereka. [Pada mulanya] anak saya amatlah marah dengan saya. … Namun hanya selepas tiga hari, dia mengucapkan terima kasih! Dia dapat merasai perubahannya.”

Tingkah laku dan sikap anak lelakinya berubah dengan mendadak. Dia lebih membantu di rumah, senyum lebih, dan lebih prihatin di gereja. Dia amat suka melayan di pembaptisan bait suci buat satu ketika dan sedang bersedia untuk melayani misinya.

Jemputan keempat saya, bagi anda yang cukup umur, adalah untuk terlibat dengan sepenuhnya dalam Lembaga Pertolongan. Saya menyeru anda untuk mengkaji tujuan kenyataan Lembaga Pertolongan yang kini. Ia amat mengilhamkan. Ia mungkin membimbing anda membentukkan kenyataan tujuan diri dalam kehidupan anda sendiri. Saya juga memohon anda untuk menikmati kebenaran-kebenaran dalam deklarasi Lembaga Pertolongan yang telah diterbitkan 20 tahun yang lalu.3 Satu salinan deklarasi yang berbingkai ini tergantung di dinding pejabat Presidensi Utama. Saya berasa gembira setiap kali saya membacanya. Ia menjelaskan siapa anda dan siapa Tuhan inginkan daripada anda pada masa tepatnya apabila anda melakukan bahagian anda untuk membantu mengumpulkan bani Israel yang tersebar.

Saudari-saudari ku, kita memerlukan anda! Kita “memerlukan kekuatan anda, penukaran hati anda, pendirian anda, kebolehan anda untuk membimbing, kebijaksanaan anda, dan suara-suara anda.”4 Kita tidak dapat mengumpulkan Israel tanpa anda.

Saya mengasihi anda dan berterima kasih dan kini memberkati anda dengan kebolehan untuk meninggalkan keduniaan apabila anda membantu dalam usaha yang penting dan mustahak ini. Bersama-sama kita boleh lakukan segala yang Bapa Syurgawi inginkan daripada kita untuk menyediakan dunia bagi Kedatangan Kedua Putera Terkasih-Nya.

Yesus ialah Kristus. Inilah Gereja-Nya. Dengan ini saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani sedunia, 3 Jun 2018), HopeofIsrael.lds.org.

  2. Lihat 2 Nefi 25:26.

  3. Dokumen berikut boleh didapati di laman web. Untuk penyata tujuan Lembaga Pertolongan, lihat lds.org/callings/relief-society. Untuk deklarasi Lembaga Pertolongan, lihat Mary Ellen Smoot, “Rejoice, Daughters of Zion,” Liahona, Jan. 2000, 111–14.

  4. Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” Liahona, Nov. 2015, 96; penekanan ditambahkan.