Panggilan Misi
Pesanan Presidensi Utama


“Pesanan Presidensi Utama,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Pesanan Presidensi Utama,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Pesanan Presidensi Utama

Kepada Misionari yang Dihormati:

Kami mengucap tahniah kepada anda atas peluang besar untuk menjadi seorang misionari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Tiada pekerjaan yang lebih besar atau penting daripada pengumpulan Israel.

Mengkhutbahkan Injil-Ku adalah untuk membantu anda menjadi seorang misionari yang lebih bersedia dan matang secara rohani. Ia juga bertujuan untuk membantu anda menjadi seorang pengajar yang lebih berkesan. Kami memohon anda untuk menggunakannya setiap hari dalam kajian peribadi dan dengan rakan anda. Kami juga menggalakkan anda untuk menggunakannya dalam mesyuarat majlis daerah dan persidangan zon anda. Kaji rujukan ayat suci tersebut dan belajar ajaran dan asas-asas.

Kami menjemput anda untuk bangkit dengan komitmen baharu bagi membantu Bapa Syurgawi kita dalam pekerjaan mulia-Nya. Setiap misionari mempunyai peranan yang penting dalam membantu usaha Tuhan “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia” (Musa 1:39).

Tuhan akan memberkati anda apabila anda dengan mengabdikan diri untuk melayani-Nya. Semoga anda memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan besar semasa anda bekerja di kalangan anak-anak Bapa Syurgawi.

Presidensi Utama