Panggilan Misi
Bab 13: Bersatu dengan Pemimpin dan Ahli untuk Menubuhkan Gereja


“Bab 13: Bersatu dengan Pemimpin dan Ahli untuk Menubuhkan Gereja,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Bab 13,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Imej
Dengarkanlah Dia, oleh Simon Dewey

Bab 13

Bersatu dengan Pemimpin dan Ahli untuk Menubuhkan Gereja

Pertimbangkanlah Ini

  • Bagaimanakah saya boleh bekerjasama dengan para pemimpin dan ahli bahagian untuk menubuhkan Gereja?

  • Apakah tanggungjawab para pemimpin pancang dan bahagian dalam pekerjaan misionari?

  • Apakah yang harus berlaku dalam pertemuan penyelarasan mingguan dengan pemimpin bahagian?

  • Bagaimanakah saya boleh menyokong para pemimpin dalam berkongsi injil dan memperkuatkan ahli baharu dan yang kembali?

Para misionari bekerjasama dengan pemimpin dan ahli tempatan bagi mencari orang untuk diajar dan membimbing mereka kepada Juruselamat. Anda disatukan oleh kasih anda kepada Tuhan dan anak-anak-Nya. Dia akan mengembangkan usaha anda ke tahap di mana anda bekerja dalam kesatuan dengan pemimpin dan ahli tempatan. Jadikan kerja bersama mereka satu bahagian penting dalam matlamat dan rancangan anda.

Apabila anda mengenali dan mengasihi para pemimpin dan ahli tempatan, anda akan tahu cara untuk menyokong mereka dalam panggilan dan usaha misionari mereka. Tawarkan kebolehan dan bakat anda dalam cara yang akan mengangkat dan menguatkan mereka.

Bab ini menjelaskan bagaimana anda boleh bekerjasama dengan ahli-ahli dalam berkongsi injil dan memperkuatkan ahli baharu dan yang kembali. Untuk maklumat lanjut, lihat bab 23 dalam Pilihan dari Buku Panduan Umum.

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Kaji semula kisah penukaran hati Raja Lamoni, isterinya, dan rakyatnya dalam Alma 18–19.

  • Apakah peranan Abis dalam penukaran hati ini? Apakah yang dia lakukan yang Amon tidak dapat lakukan?

  • Apakah yang anda belajar dari teladannya tentang para ahli dan misionari bekerjasama?

Pertimbangkan contoh lain berikut di mana ahli-ahli membantu dalam pekerjaan misionari:

Bagaimanakah anda boleh menggalakkan para pemimpin dan ahli untuk mengikuti teladan mereka?

Membina Perhubungan dengan Para Pemimpin dan Ahli Tempatan

Para pemimpin dan ahli Gereja tempatan adalah rakan anda dalam pekerjaan Tuhan. Bina perhubungan yang akan membantu anda bekerjasama untuk membawa injil yang dipulihkan kepada anak-anak Bapa Syurgawi. Hubungan-hubungan ini boleh memberkati anda sepanjang hidup.

Bina kepercayaan dan persahabatan tulen dengan pemimpin dan ahli tempatan. Kunjungi mereka dan belajar tentang keluarga, latar belakang, minat dan pengalaman Gereja mereka. Tunjukkan minat yang ikhlas dalam kehidupan mereka.

Melawat mereka dengan tujuan. Tunjukkan bahawa anda bersemangat terlibat dalam pekerjaan mencari dan mengajar. Hormati masa dan jadual mereka.

Apabila anda bertemu atau mengajar injil di rumah mereka, berusaha untuk membantu mereka menguatkan iman mereka. Berdoalah untuk memiliki Roh bersama anda. Kongsi pengalaman yang anda peroleh dari pekerjaan misionari dalam kawasan anda.

Imej
pertemuan secara kumpulan

Menyokong Pemimpin Tempatan dalam Peranan Mereka

Beberapa panggilan kepimpinan mempunyai tanggungjawab untuk pekerjaan misionari. Memahami tanggungjawab ini membantu anda menyokong pemimpin-pemimpin ini. Gambaran berikut adalah dari bab 23 dalam Pilihan dari Buku Panduan Umum.

Presiden pancang: Memegang kunci-kunci imamat dalam pancang untuk berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali. Dia dan para penasihatnya memberi arahan menyeluruh untuk usaha ini.

Lembaga uskup: Menyelaras bersama presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan dalam usaha bahagian untuk berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali.

Presidensi kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan: Memimpin usaha harian bahagian dalam berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan yang kembali. Mereka bekerjasama untuk memimpin usaha ini bersama majlis bahagian, di bawah penyelarasan uskup. Lihat Buku Panduan Umum, 8.2.3 dan 9.2.3.

Pemimpin misi bahagian (jika dipanggil): Menyelaraskan usaha para ahli dan pemimpin bahagian, misionari bahagian dan misionari sepenuh masa. Jika tiada pemimpin misi bahagian, seorang ahli presidensi kuorum penatua akan mengambil tugas ini. Lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 23.5.3.

Sentiasa tanyakan diri anda, “Adakah saya satu berkat kepada pemimpin tempatan?” Kembangkan sikap “Bagaimanakah saya boleh membantu?”

Kajian Dengan Rakan

Jadualkan masa kunjungan ringkas dengan seorang pemimpin bahagian. Tanya bagaimana anda boleh menyokongnya dengan lebih baik. Buat rancangan untuk memperbaiki.

Imej
pertemuan majlis

Pertemuan Penyelarasan Mingguan

Penyelarasan dengan pemimpin tempatan—termasuk para pemimpin remaja—adalah penting untuk bersatu dalam usaha misionari anda. Jika seorang pemimpin misi bahagian dipanggil, dia mengendalikan pertemuan penyelarasan mingguan ini. Jika tidak, ahli presidensi kuorum penatua akan melakukan tugas ini.

Dalam pertemuan yang ringkas, tidak formal ini, para pemimpin tempatan dan anda menyelaraskan usaha untuk berkongsi injil dan menguatkan ahli baharu dan kembali (lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 23.5.7). Mesyuarat ini boleh diadakan secara bersemuka atau atas talian. Penyelarasan juga boleh berlaku dalam cara yang lain, termasuk telefon, teks dan e-mel.

Imej
Elder Quentin L. Cook

“Satu usaha bersatu dan fokus di mana perancangan dan matlamat misionari diselaraskan dengan perancangan bahagian atau cabang dan penetapan matlamat boleh membantu untuk mencapai pekerjaan pengumpulan Israel” (Quentin L. Cook, “Purpose and Planning,” seminar kepimpinan misi, 25 Jun 2019).

Bersedia untuk Pertemuan Penyelarasan Mingguan

Menyokong pemimpin bahagian dengan bersedia untuk mengambil bahagian dalam pertemuan penyelarasan mingguan. Sebelum pertemuan itu, luangkan masa ketika kajian dengan rakan untuk membincangkan bagaimana anda boleh mengambil bahagian dengan berkesan.

Pastikan rekod anda dikemas kini dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku agar para pemimpin mempunyai maklumat terkini tentang orang yang anda sedang ajar. Bersedia untuk melaporkan tugasan dari pertemuan sebelumnya.

Mengambil bahagian dalam Pertemuan Penyelarasan Mingguan

Pertemuan penyelarasan mingguan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada keperluan individu. Semasa pertemuan itu, tawarkan bagaimana anda boleh menyokong ahli-ahli bahagian, termasuk remaja, dalam membantu memenuhi keperluan individu.

Pertemuan penyelarasan mingguan biasanya merangkumi empat topik berikut:

Bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang diajar? Hal-hal yang mungkin dibincangkan:

  • Siapakah ahli yang boleh mengambil bahagian dalam pelajaran minggu ini? Siapakah yang akan menjemput mereka untuk menyertai?

  • Apakah cabaran-cabaran mereka yang diajar? Bagaimanakah ahli-ahli boleh membantu?

  • Apakah keperluan bagi mereka yang mempunyai tarikh pembaptisan yang dijadualkan? Adakah pembaptisan itu telah dirancang? (Lihat “Upacara Pembaptisan” dalam bab 12.)

Bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang baru dibaptiskan? Hal-hal yang mungkin dibincangkan:

  • Siapakah ahli baharu dalam tahun pertama keahlian mereka yang sedang menghadiri pertemuan sakramen? Bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang tidak hadir?

  • Siapakah ahli baharu yang mempunyai kawan dalam bahagian? Bagaimanakah pelayan saudara dan saudari boleh membantu? Bagaimanakah kuorum dan kelas remaja boleh membantu?

  • Siapakah ahli baharu yang mempunyai tugas atau panggilan?

  • Bagaimanakah kita boleh membantu ahli baharu mula menyelidiki nenek moyang mereka yang sudah meninggal supaya tatacara bait suci dapat dilaksanakan untuk mereka? Adakah ahli baharu mempunyai kad rekomen bait suci? Jika ada bait suci berdekatan, bagaimanakah kita boleh membantu mereka pergi ke bait suci untuk melaksanakan pembaptisan bagi nenek moyang ini?

  • Apakah pelajaran dari bab 3 yang masih perlu diajar semula? Bagaimanakah ahli-ahli boleh terlibat?

  • Kaji semula kemajuan My Covenant Path (Jalan Perjanjian Saya) bagi setiap ahli baharu.

Bagaimanakah kita boleh membantu ahli yang kembali? Hal-hal yang mungkin dibincangkan:

  • Siapakah keluarga separa ahli yang boleh misionari kunjungi dan ajar?

  • Siapakah ahli kembali yang para misionari boleh kunjungi dan ajar?

  • Siapakah ahli kembali yang mempunyai kawan-kawan dalam bahagian dan peluang yang sesuai untuk melayani?

  • Bagaimanakah kita boleh membantu ahli-ahli tersebut?

Bagaimanakah kita dapat mencari lebih banyak orang untuk diajar? Hal-hal yang mungkin dibincangkan:

  • Bagaimanakah kita boleh membantu individu, termasuk remaja, dan keluarga menggunakan asas-asas kasih, kongsi dan jemput? (Lihat “Bersatu dengan Ahli-ahli” dalam bab 9.)

  • Bagaimanakah kita boleh membantu ahli-ahli, termasuk pemimpin Sekolah Primer, menjemput kawan-kawan ke aktiviti bahagian?

Kajian Dengan Rakan

Tonton video pertemuan penyelarasan mingguan dalam Pilihan dari Buku Panduan Umum, 23.5.7. Apakah yang anda boleh gunakan dalam pertemuan penyelarasan mingguan yang akan datang? Bagaimanakah anda boleh lebih bersedia untuk membincangkan keperluan dan merancang dengan pemimpin bahagian? Dalam sesi perancangan anda yang akan datang, tetapkan matlamat untuk bagaimana anda akan memperbaiki.

Menyokong Rancangan Bahagian untuk Berkongsi Injil

Majlis bahagian mencipta satu rancangan mudah untuk berkongsi injil (lihat General Handbook, 23.5.6). Biasakan diri dengan rancangan ini. Dalam pertemuan penyelarasan mingguan, cari cara untuk membantu para pemimpin bekerja ke arah matlamat mereka. Beritahu pemimpin tentang apa yang anda sedang lakukan untuk menyokong ahli-ahli dalam berkongsi injil.

Jika anda dijemput untuk menghadiri mesyuarat majlis bahagian, bersedia untuk memberi kemas kini ringkas tentang kemajuan mereka yang anda ajar dan apa-apa tugas yang anda telah terima (lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 29.2.5). Lihat peluang ini sebagai masa untuk membina keyakinan dan kepercayaan pemimpin bahagian.

Imej
orang berjabat tangan

Menyesuaikan Menurut Keperluan Kawasan Tempatan

Setiap bahagian atau cabang mempunyai keperluan unik untuk anda menyesuaikan diri. Anda boleh melayani dalam satu cabang kecil atau satu bahagian dewasa bujang, atau anda mungkin melayani beberapa bahagian. Sesetengah pemimpin mempunyai lebih banyak pengalaman dan ada yang kurang. Sesetengah pemimpin mempunyai lebih banyak masa yang tersedia daripada yang lain.

Cari cara untuk membantu pemimpin tempatan. Mereka boleh meminta anda untuk membantu menyokong ahli-ahli dalam tugasan pelayanan mereka. Mereka boleh meminta anda menggalakkan ahli baharu untuk menjemput kawan-kawan mereka menghadiri gereja. Anda boleh memberi tanggapan yang berharga tentang pekerjaan misionari semasa para pemimpin dan ahli belajar cara untuk berkongsi injil.

Dalam Gereja yang agak baharu, para pemimpin cabang mungkin meminta anda untuk membantu ahli baharu faham bagaimana Tuhan telah mengorganisasikan Gereja-Nya.

Pekerjaan anda dengan pemimpin mungkin berbeza di kawasan yang berbeza, tetapi semua aktiviti ini penting untuk memberkati individu dan menubuhkan Gereja Tuhan.

Bantu Ahli-ahli dan Pemimpin untuk Mengasihi, Berkongsi dan Menjemput

Galakkan ahli-ahli untuk berkongsi injil dengan cara yang biasa dan semula jadi. Buku Panduan Umum menawarkan arahan dan video untuk membantu ahli-ahli dan pemimpin melakukan ini dengan menjalankan asas-asas kasih, berkongsi dan menjemput (lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 23.1.1, 23.1.2, dan 23.1.3). Ingatlah asas-asas ini semasa anda bekerjasama dengan para pemimpin.

Anda akan menjadi suatu berkat kepada para pemimpin apabila anda menyokong usaha mereka dalam pekerjaan ini. Seterusnya, teladan mereka akan membantu ahli-ahli menjadi lebih terlibat dalam berkongsi injil dan memperkuatkan ahli baharu dan yang kembali.

Lihat “Bersatu dengan Ahli-ahli” dalam bab 9 untuk idea-idea tentang menyokong ahli dalam usaha mereka untuk berkongsi injil.

Kajian Kitab Suci

Kaji ayat-ayat berikut. Bagaimanakah Juruselamat dan para pengikut ini mengasihi, berkongsi dan menjemput? Apakah tindakan yang contoh-contoh ini ilhamkan dalam pengajaran anda? Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli berkongsi injil dengan cara yang biasa dan semula jadi?

Kasih

Kongsi

Jemput

Setiap kali anda mengkaji, catatkan apa yang anda pelajari.

Imej
lelaki berucap

Menyokong Pemimpin Tempatan dalam Menguatkan Ahli Baharu

Apabila orang dibaptiskan dan ditetapkan, mereka menjadi “warga umat Tuhan dan anggota keluarga Tuhan” (Efesus 2:19; lihat juga 1 Korintus 12:12–27). Bekerja bersama para pemimpin tempatan untuk membantu ahli baharu “dipelihara oleh firman Tuhan yang baik, untuk memelihara mereka di dalam jalan yang benar, … bergantung hanya pada jasa Kristus” (Moroni 6:4).

Imej
Elder Ulisses Soares

“Penganut baharu bersemangat datang ke Gereja untuk apa yang mereka temui. Dan kita mesti membina semangat itu. … Para misionari boleh membantu memperkenalkan dan menghubungkan orang yang mereka ajar dan penganut baharu kepada ahli-ahli beriman yang akan menghubungi, mendengar, membimbing dan mengalu-alukan mereka ke gereja walaupun belum dibaptiskan. … Apabila kita [melayani] mereka yang memasuki air pembaptisan, kita akan lihat lebih ramai anak-anak Tuhan bertahan sampai akhir dan menerima kehidupan abadi” (Ulisses S. Soares, “Convert Retention,” seminar kepimpinan misi, 25 Jun 2018).

Bantu Ahli Baharu Menghadiri Pertemuan Sakramen

Anda mempunyai peranan penting dalam membantu ahli baharu menghadiri gereja. Bekerjasama dengan para pemimpin untuk memastikan anda atau ahli bahagian membantu mereka hadir. Penunjuk utama yang menunjukkan kehadiran pertemuan sakramen ahli baharu boleh membantu anda dan pemimpin bahagian melihat bila dia mungkin perlukan galakan tambahan.

Ahli baharu lebih cenderung untuk terus menghadiri pertemuan sakramen dan mengambil sakramen apabila mereka mempunyai kawan dalam bahagian. Bantu mereka rasa tergolong, terutamanya dalam tahun pertama kehidupan injil mereka. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 84:106, 108.)

Ajarkan Semula Pelajaran-pelajaran dalam Bab 3

Bantu ahli baharu untuk terus menguatkan iman mereka kepada Juruselamat Yesus Kristus dan injil-Nya. Kebenaran dan asas-asas injil berakar lebih mendalam apabila ahli baharu meneruskan pembelajaran melalui Roh.

Selepas penetapan, ajarkan pelajaran-pelajaran misionari sekali lagi. Anda memimpin dalam pengajaran. Namun, selaraskan dengan pemimpin bahagian supaya misionari bahagian atau ahli-ahli lain mengambil bahagian. Mengajar semula pelajaran dalam bab 3 adalah satu cara yang penting untuk membantu ahli baharu “dipelihara oleh firman Tuhan yang baik” (Moroni 6:4). Semasa anda mengajar, galakkan ahli-ahli baharu untuk mentaati semua komitmen dalam pelajaran.

Baca tulisan suci bersama ahli baharu, terutamanya Kitab Mormon dan mengajar asas-asas injil. Bantu mereka berkongsi injil dengan kawan-kawan dan keluarga mereka. Setiap ahli baharu mempunyai keperluan tertentu, dan anda boleh membantu dia merasa dikasihi dan dialu-alukan.

Covenant Path Progress Report (Laporan Kemajuan Jalan Perjanjian) dan My Covenant Path (Jalan Perjanjian Saya)

Pemimpin tempatan mempunyai sumber-sumber untuk usaha misionari mereka seperti anda. Salah satunya ialah Covenant Path Progress Report, yang terdapat dalam aplikasi Member Tools atau Leader and Clerk Resources. Laporan ini membenarkan para pemimpin tempatan melihat pengalaman penting yang seseorang perlukan untuk terus maju di jalan perjanjian sebelum dan selepas pembaptisan.

My Covenant Path ialah satu sumber untuk membantu ahli baharu “kekal melabuhkan iman [mereka] kepada Yesus Kristus dan rasa selesa dalam Gereja” (My Covenant Pathiv). Ia memperkenalkan ahli baharu kepada aktiviti dan peluang, seperti sejarah keluarga dan menolong nenek moyang yang meninggal menerima tatacara kudus dalam bait suci. Galakkan ahli tempatan untuk membimbing ahli baharu melalui pengalaman-pengalaman ini. Berikan sokongan seperti yang diminta.

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Kaji My Covenant Path. Apakah yang anda pelajari tentang peranan anda dalam membantu ahli-ahli menguatkan penganut baharu? Bagaimanakah anda boleh menyokong usaha majlis bahagian? Setiap kali anda mengkaji bab ini, catatkan apa yang anda pelajari.

Menyokong Pemimpin Tempatan dalam Memperkuatkan Ahli yang Kembali

Sesetengah ahli memilih untuk berhenti menyertai Gereja. Pemimpin tempatan dan ahli-ahli lain berusaha untuk membina perhubungan yang kuat dan menjangkau kepada mereka. Juruselamat berfirman:

“Kerana untuk yang demikianlah kamu harus terus melayani; kerana kamu tidak tahu adakah mereka akan kembali dan bertaubat, dan datang kepada-Ku dengan niat hati yang sepenuhnya, dan Aku akan menyembuhkan mereka; dan kamu akan menjadi sarana untuk membawa keselamatan bagi mereka” (3 Nefi 18:32).

Pemimpin tempatan mungkin meminta anda untuk membantu ahli yang kembali membina iman mereka. Sering kali tugasan ini adalah bersama keluarga separa ahli gereja. Pertimbangkan dengan penuh doa bagaimana anda boleh menjemput Roh ke dalam rumah ahli yang kembali semasa anda mengajar mereka asas-asas injil dan menjemput mereka untuk bertindak. Tunjukkan empati dan belas kasihan terhadap kebimbangan mereka.

Jika keadaan mengizinkan, ajarkan injil kepada isi rumah yang belum dibaptiskan. Kasih dan sokongan anda dapat membantu mereka memperdalamkan iman mereka kepada Kristus dan meningkatkan hasrat mereka untuk membuat dan mentaati perjanjian.

Selaraskan dengan pemimpin tempatan apabila anda bekerja dengan ahli yang kembali. Usaha-usaha ini boleh memberi kesan yang berkekalan kepada individu dan jemaah tempatan.

Kajian Kitab Suci

Apakah yang Yesus Kristus ajarkan tentang membantu mereka yang mungkin bergelut?

Alma dan Amulek mengajar ramai yang telah jatuh dari Gereja. Apakah yang anda boleh pelajari dari pengalaman mereka tentang memperkuatkan ahli yang kembali?


Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi

Kajian Peribadi

  • Gunakan aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku untuk membuat rancangan untuk bercakap dengan ahli baharu dan yang baru kembali yang sedang mengubah kehidupan mereka dan menghadiri gereja. Apakah yang telah banyak membantu mereka? Dalam jurnal kajian anda, tuliskan tanggapan anda tentang pengalaman mereka. Apakah yang akan membantu anda untuk mereka yang anda sedang ajar?

  • Kaji 2 Nefi 31:18–20, Alma 26:1–7, Alma 32:32–43 dan Moroni 6. Tuliskan apa yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang memperkuatkan ahli baharu.

Kajian Dengan Rakan dan Pertukaran Rakan

  • Baca dan bincangkan bab 23 dalam Pilihan dari Buku Panduan Umum. Bagaimanakah anda boleh menyokong pemimpin tempatan dalam tanggungjawab mereka?

  • Semasa pertemuan penyelarasan mingguan, tanya pemimpin bahagian jika ada ahli yang kembali di kawasan anda yang mereka ingin anda kunjungi minggu ini. Semasa anda melawat mereka, berusaha untuk membina iman mereka kepada Yesus Kristus.

  • Kenal pasti semua orang yang telah dibaptis dan ditetapkan dalam tahun lepas. Kaji semula salah satu rekod mereka dan bincangkan bagaimana anda boleh bekerjasama dengan para pemimpin dalam pertemuan penyelarasan mingguan seterusnya untuk membantu orang ini. Catatkan idea dan cadangan anda dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku. Ulangi ini untuk semua penganut baharu di kawasan anda.

Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi

  • Jemput seorang uskup atau pemimpin bahagian yang lain untuk berbincang tentang memperkuatkan ahli baharu dan yang kembali. Minta dia untuk menekankan bagaimana para misionari boleh membantu.

  • Bincangkan perumpamaan domba yang hilang, syiling yang hilang, dan anak yang sesat (lihat Lukas 15). Jemput para misionari untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dan bagaimana mereka boleh gunakannya dalam pekerjaan misionari mereka.

Pemimpin Misi dan Penasihat Misi

  • Bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk menggalakkan mereka membantu ahli baharu:

    • Ditahbiskan ke jawatan imamat (untuk lelaki yang cukup umur).

    • Ditugaskan sebagai pelayan saudara (dan pelayan saudari untuk wanita).

    • Terima rekomen bait suci untuk dibaptiskan di bait suci bagi nenek moyang mereka yang sudah meninggal.

    • Sediakan nama nenek moyang yang sudah meninggal untuk dibawa ke bait suci.

    • Menerima satu tugasan atau panggilan untuk melayani dalam bahagian atau cabang mereka.

  • Dalam penyelarasan dengan presiden pancang, ajar para pemimpin tempatan bagaimana untuk mengadakan pertemuan penyelarasan mingguan yang berkesan.

  • Kadang-kadang buat susulan dengan ahli baharu untuk tahu khabar mereka dan bagaimana para misionari dan ahli-ahli boleh membantu.

  • Jemput ahli baharu untuk bercakap dengan para misionari dan berkongsi pengalaman mereka dalam Gereja.