Panggilan Misi
Pengenalan untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku


“Pengenalan untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Pengenalan,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Pengenalan untuk Mengkhutbahkan Injil-Ku

Tuhan mengarahkan hamba-hamba-Nya “untuk mengkhutbahkan Injil-Ku melalui Roh, bahkan Penolong yang diutuskan untuk mengajarkan kebenaran” (Ajaran dan Perjanjian 50:14).

Mengkhutbahkan Injil-Ku direka untuk membantu memenuhi tujuan anda sebagai seorang misionari. Ia berfokus pada keperluan pekerjaan misionari. Ia tidak menjawab setiap soalan atau memberi arahan untuk setiap situasi yang anda akan temui. Namun, ia merupakan sumber penting bagi anda untuk berkembang dalam kuasa dan keupayaan rohani. Kaji dan gunakan ajaran serta asas-asas injil yang terdapat dalam tulisan suci dan dalam buku ini.

Imej
Yohanes Pembaptis membaptiskan Yesus Kristus

Mengkhutbahkan Injil-Ku disusun untuk membantu anda dengan cara-cara berikut:

Kaji bab-bab itu berulang kali sepanjang misi anda. Menilai pekerjaan anda. Tetapkan matlamat dan buat rancangan untuk mencapainya. Misionari yang mempersiapkan diri setiap hari dan sentiasa memperbaiki diri akan memberkati kehidupan orang yang mereka ajari dan layani. Mereka juga akan menerima berkat dalam kehidupan mereka sendiri.

Peluang untuk Mengkaji dan Belajar

Pengkajian yang berkesan semasa misi anda akan bantu memperkukuhkan kesaksian injil anda dan menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih beriman.

Mengkaji tulisan suci dan Mengkhutbahkan Injil-Ku akan membantu anda mengajar dengan kuasa rohani. Ia juga akan membantu menjadikan pengajaran anda relevan dengan keperluan individu.

Peluang mengkaji dan belajar yang penting termasuk:

  • Kajian peribadi.

  • Kajian dengan rakan.

  • Pertukaran Rakan.

  • Mesyuarat majlis daerah.

  • Persidangan zon.

  • Majlis kepimpinan misi (untuk para pemimpin misionari muda).

Biasanya, jadual misionari anda termasuk masa untuk kajian peribadi dan rakan. Lihat Standard Penginjil (Misionari) untuk Pengikut Yesus Kristus, 2.4, untuk maklumat tentang jadual harian anda.

Apa yang anda pelajari dalam kajian peribadi akan membantu anda ketika kajian rakan dan peluang pembelajaran lain yang tersenarai di atas. Dalam situasi-situasi tersebut anda “mengajar satu sama lain ajaran kerajaan” (Ajaran dan Perjanjian 88:77).

Imej
Yesus Kristus sedang mengajar orang ramai

Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Mengkhutbahkan Injil-Ku Anda

Mengkhutbahkan Injil-Ku menggabungkan tulisan suci dan asas-asas injil untuk membantu anda mengenali Juruselamat dan injil-Nya. Ia bertujuan untuk bantu anda mengenali tulisan suci dan memperkayakan pengkajian anda tentangnya. Kaji rujukan tulisan suci dalam setiap bab sepanjang misi anda.

Setiap bab dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku mengandungi idea dan aktiviti untuk membantu anda mengkaji dan menggunakan apa yang anda belajar. Gunakannya dalam kajian peribadi dan rakan anda (lihat Standard Penginjil [Misionari], 2.4). Anda juga boleh menggunakannya semasa mesyuarat majlis daerah dan persidangan zon. Kajian anda akan menjadi lebih berkesan apabila anda cuba menggunakan apa yang anda pelajari.

Ia membantu untuk mempunyai rancangan bagi pengkajian peribadi anda. Anda boleh mencipta rancangan sendiri yang mengutamakan asas-asas injil yang anda ingin fahami dengan lebih baik. Anda juga boleh mengatur kajian anda menurut bab-bab dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku. Contohnya, anda boleh menggunakan pelajaran dalam bab 3 sebagai panduan kepada pengkajian ajaran dan asas yang anda akan ajar. Anda perlu tahu pelajaran dalamnya dengan baik supaya boleh mengajar melalui Roh dalam kata-kata anda sendiri.

Catat nota semasa anda mengkaji. Gunakan jurnal kajian kertas atau elektronik (seperti Gospel Library) untuk membantu anda memahami, menjelaskan dan mengingati apa yang anda sedang pelajari.

Mulakan pengkajian anda dengan berdoa untuk bantuan Roh Kudus untuk membantu anda belajar. Dia akan membawa pengetahuan, pemahaman, dan keyakinan yang akan memberkati kehidupan anda dan membenarkan anda memberkati orang lain. Buka minda dan hati anda kepada tanggapan dan pemahaman yang anda terima daripada-Nya. Catatkan tanggapan ini dalam nota anda.

Kaji semula jurnal kajian anda dengan kerap untuk mengingati pengalaman rohani, peroleh tanggapan baharu dan mengenali perkembangan anda.

Aplikasi Mengkutbahkan Injil-Ku

Gunakan aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku untuk membantu anda menggunakan asas-asas yang anda pelajari. Aplikasi ini tersedia dalam peranti mudah alih anda. Ia mempunyai ciri-ciri yang dapat bantu memenuhi tujuan misionari anda dengan lebih baik. Ciri-ciri ini termasuk:

  • Maklumat tentang keperluan dan kemajuan orang-orang yang anda ajar.

  • Satu tempat untuk merekod kemajuan anda ke arah matlamat penunjuk utama.

  • Satu kalendar untuk merekod rancangan dan menjadualkan aktiviti.

  • Satu peta kawasan anda dan maklumat penting yang lain untuk membantu anda mencapai matlamat anda.

Mengkhutbahkan Injil-Ku mengandungi banyak idea untuk menggunakan aplikasi bagi membantu anda mencari, mengajar dan membaptis orang.

Imej
keluarga mengkaji tulisan suci

Penggunaan Mengkhutbahkan Injil-Ku oleh Ahli Gereja

Mengkhutbahkan Injil-Ku adalah satu sumber yang berharga bukan sahaja untuk para misionari tetapi juga usemua ahli Gereja. Contohnya, mengkajinya akan membantu ahli-ahli:

  • Belajar dan mengajar injil Yesus Kristus (kaji bab 1, 2, 3 dan 10).

  • Jawab soalan-soalan tentang injil (kaji bab 3 dan 5).

  • Fahami lebih tentang mencari dan bergantung pada Roh Kudus (kaji bab 4).

  • Memahami kuasa Kitab Mormon (kaji bab 5).

  • Cari sifat-sifat seperti Kristus (kaji bab 6).

  • Memenuhi tanggungjawab perjanjian mereka untuk berkongsi injil dengan mengamalkan asas-asas kasih, kongsi dan jemput (kaji bab 9 dan13).

  • Bina kesatuan dengan para misionari sepenuh masa (kaji bab 13).

Mengkaji Mengkhutbahkan Injil-Ku—terutamanya bab 3—akan membantu para belia dan dewasa senior yang bersedia untuk pelayanan misionari.