Kitab Suci
Idea-idea untuk Menggunakan Aplikasi Gospel Library


“Idea-idea untuk Menggunakan Aplikasi Gospel Library,” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci (2021)

“Idea-idea untuk Menggunakan Aplikasi Gospel Library,” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci

Imej
wanita dan anak melihat tablet

Idea-idea untuk Menggunakan Aplikasi Gospel Library

Dengar

Salah satu cara terbaik untuk mengkaji tulisan suci adalah untuk mendengar rakaman-rakaman. Anda boleh melakukan ini di rumah anda atau di mana-mana pun. Anda juga boleh mendengarnya pada pelbagai kelajuan dan dalam bahasa yang berbeza.

Mengkaji Mengikut Topik

Anda boleh mencari tulisan suci tentang sesuatu topik dengan menggunakan fungsi pencarian dan kemudian kaji semula hasil pencarian yang berkaitan. Anda juga boleh menggunakan terbitan Gospel Topics yang memberi tulisan suci penting untuk sesuatu topik.

Menyusun Mengikut Topik

Anda boleh menyusun kandungan mengikut topik dengan menggunakan “Tag“ dan “Buku Nota.“ Topik-topik ini berguna apabila anda menyediakan ucapan atau pelajaran.

Menyerlahkan

Anda boleh menyerlahkan atau menandakan tulisan suci anda dengan memilih satu petikan dan memilih satu gaya. Gaya ini boleh terdiri daripada gabungan warna yang berbeza dan garis bawah atau menyerlah.

Membuat Pautan

Anda boleh membuat pautan di antara tulisan suci, pesanan persidangan umum, dan kandungan lain. Ini dapat membantu anda mengingati dan mencapai pautan-pautan yang anda telah buat dengan cepat.

Cari Definisi

Anda boleh dengan mudah mencari definisi perkataan dalam tulisan suci dengan memilihnya dan mengetik butang “Define”.

Gunakan Penanda Buku dan Skrin

Anda boleh kembali untuk memilih kandungan dengan menggunakan penanda buku untuk menjejaki tempat dan skrin tertentu. Menggunakan penanda buku boleh membenarkan anda menyimpan pelbagai bab dan kandungan lain yang terbuka pada masa yang sama.

Tetapkan Jadual

Anda boleh menciptakan satu rancangan pengkajian yang membantu anda menjejaki kemajuan anda dalam pengkajian tulisan suci. Anda juga boleh menetapkan peringatan untuk membantu mencapai matlamat pengkajian anda. Jadual boleh membantu anda mengikuti jadual Ikutlah Aku atau membaca Kitab Mormon secara peribadi.