Kitab Suci
Apakah Tujuan Mengkaji Tulisan Suci?


“Apakah Tujuan Mengkaji Tulisan Suci?” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci (2021)

“Apakah Tujuan Mengkaji Tulisan Suci?” Idea-idea Pengkajian Tulisan suci

Imej
Kristus memulakan sakramen di kalangan bangsa Nefi, oleh Andrew Bosley

Apakah Tujuan Mengkaji Tulisan Suci?

Apabila kita mengkaji tulisan suci dengan tekun, kita mendekati Yesus Kristus dan lebih memahami injil dan korban tebusan-Nya. Nabi Nefi menggalakkan kita dengan cara ini:

“Oleh kerana itu, kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi” (2 Nefi 31:20).

Imej
keluarga membaca kitab suci

Ajaran-ajaran dari tulisan suci akan membantu kita kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Para nabi zaman akhir kita telah meminta kita untuk mengkajinya dengan kerap secara individu dan, jika berkenaan, bersama keluarga. Mereka telah menjemput kita untuk belajar dari pengalaman-pengalaman dalam tulisan suci dan menggunakan cerita dan ajaran tulisan suci dalam kehidupan kita hari ini, seperti yang dinasihati Nefi dalam 1 Nefi 19:23. Nabi zaman purba dan moden telah menjemput kita untuk mengkaji tulisan suci dan “jamuilah diri dengan firman Kristus” (2 Nefi 32:3).

Imej
lelaki membaca kitab suci

Presiden Russell M. Nelson juga telah mengajar kebenaran penting tentang “menjamu” tulisan suci:

“Untuk berjamu bermaksud lebih dari merasa. Untuk berjamu bermaksud untuk menikmati. Kita menikmati tulisan suci dengan mengkaji dalam semangat pertemuan yang menyenangkan dan kepatuhan yang beriman. Apabila kita berjamu atas firman-firman Kristus, ia tertanam ‘pada hati manusia’ [2 Korintus 3:3]. Mereka menjadi sebahagian dari sifat kita” (“Living by Scriptural Guidance,” Ensign, Nov. 2000, 17).

Apabila kita sentiasa mengambil bahagian dalam pengkajian tulisan suci secara peribadi dan sekeluarga, kita dan keluarga kita boleh dibimbing, dilindungi, dan diperkuatkan untuk menghadapi cabaran-cabaran zaman kita.