Kitab Suci
Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi


“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci (2021)

“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci

Imej
seorang wanita sedang mengkaji tulisan suci

Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi

Berikut beberapa cara untuk meningkatkan pengkajian anda tentang firman Tuhan dalam tulisan suci:

Doa untuk Ilham

Kitab-kitab suci mengandungi firman Tuhan. Semasa anda mengkajinya, mintalah bimbingan Bapa Syurgawi dan terimalah Roh-Nya untuk membantu anda memahaminya.

Cari kebenaran tentang Yesus Kristus

Tulisan suci mengajar kita bahawa segala hal memberi saksi tentang Yesus Kristus (lihat 2 Nefi 11:4; Musa 6:63), jadi, carilah Dia dalam kejadian, cerita, dan ajaran-ajaran tulisan suci. Pertimbangkan untuk membuat nota atau tandakan ayat-ayat yang mengajar tentang Juruselamat dan cara untuk mengikut Dia.

Cari Firman dan Frasa yang Mengilhamkan

Anda mungkin mendapati terdapat firman-firman dan frasa-frasa tertentu dalam tulisan suci yang mengagumi anda, seolah-olah tulisan suci itu ditulis khas untuk anda. Firman dan frasa tersebut mungkin berkaitan dengan anda secara peribadi, mengilhami anda serta menggalakkan anda. Pertimbangkan untuk menandakannya dalam tulisan suci anda atau mencatatnya dalam jurnal pengkajian anda.

Cari Kebenaran Injil

Kebenaran injil (biasanya dipanggil ajaran atau asas) kadangkala dinyatakan secara jelas dan kadangkala disampaikan melalui sesuatu contoh atau cerita. Tanyakan diri, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?”

Dengarkan Roh

Beri perhatian pada fikiran dan perasaan anda, walaupun ia tidak berkaitan dengan perkara yang anda sedang baca. Dorongan-dorongan itu mungkin perkara yang Bapa Syurgawi hendak anda belajar dan rasa.

Imej
seorang wanita sedang mengkaji tulisan suci 2

Ibaratkan Tulisan Suci Kepada Kehidupan Anda

Pertimbangkan bagaimana cerita-cerita dan ajaran-ajaran yang anda baca boleh digunakan dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, anda boleh bertanyakan diri, “Apakah pengalaman yang telah saya alami menyerupai perkara yang saya sedang baca?” atau “Bagaimanakah saya boleh mengikut teladan dalam tulisan suci?”

Tanya Soalan

Bertanya soalan tentang injil boleh membantu anda membuat keputusan tentang apa yang harus dikaji. Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan mungkin timbul dalam minda. Soalan-soalan ini mungkin berkaitan dengan perkara yang anda sedang baca atau dengan kehidupan anda. Renungkan soalan-soalan itu dan cari jawapannya ketika anda mengkaji tulisan suci. Selepas pengkajian anda, tanyakan apa lagi yang Tuhan ingin anda pelajari, dan perhatikan jawapan dalam jam dan hari yang akan datang.

Gunakan Bantuan Pengkajian Tulisan Suci

Untuk memperoleh pandangan tambahan tentang ayat-ayat yang anda baca, gunakan nota kaki, Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) dan bantuan pengajian yang lain.

Pertimbangkan Konteks Tulisan suci

Anda boleh mendapat pandangan yang bermakna tentang tulisan suci jika anda mempertimbangkan konteks—keadaan atau latar belakang tulisan suci tersebut. Contohnya, dengan mengetahui latar belakang dan kepercayaan bangsa yang diajar oleh nabi, anda dapat lebih memahami niat pesanannya.

Imej
seorang lelaki mengkaji tulisan suci

Catatkan Fikiran dan Perasaan Anda

Terdapat pelbagai cara untuk mencatat tanggapan yang datang kepada anda semasa mengkaji. Sebagai contoh, anda boleh menanda firman atau frasa yang bermakna dan mencatat fikiran anda sebagai nota dalam kitab suci anda. Anda juga boleh menyimpan sebuah jurnal untuk mencatat pandangan, perasaan dan tanggapan yang anda peroleh. Atau anda boleh mencatat soalan yang anda tanya sebelum memulakan pengkajian anda, diikuti dengan jawapan yang anda terima.

Kaji Firman Para Nabi dan Rasul Zaman Akhir

Baca apa yang para nabi dan rasul zaman akhir telah ajar tentang asas-asas yang anda temui dalam tulisan suci. Pesanan mereka tersedia dalam “Persidangan Umum,” “Majalah,” dan koleksi lain dalam Gospel Library.

Baca Cerita

Baca cerita-cerita dalam tulisan suci, berusaha memahami konteksnya (masa, tempat, pembicara, dan penonton). Cerita-cerita tulisan suci bergambar merupakan sumber yang baik untuk tujuan ini, terutamanya untuk kanak-kanak dan ahli yang kurang biasa dengan tulisan suci.

Kongsi Pandangan

Membincangkan pandangan daripada pengkajian peribadi anda merupakan cara yang baik untuk mengajar orang lain dan membantu memperkuatkan pemahaman anda tentang perkara yang anda telah baca.

Amalkan Perkara yang Anda Pelajari

Pengkajian tulisan suci boleh mengilhami dan membimbing kita untuk mengubah cara hidup kita. Dengarlah dorongan Roh semasa anda membaca, kemudian bertekad untuk bertindak ke atas bisikan tersebut.