Kitab Suci
Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga


“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga,” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci (2021)

“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga,” Idea-idea Pengkajian Tulisan Suci

Imej
keluarga sedang mengkaji tulisan suci

Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga

Pengkajian tulisan suci keluarga yang tetap merupakan cara yang hebat untuk membantu keluarga anda belajar injil. Jumlah masa atau mukasurat yang di baca sekeluarga tidak penting berbanding dengan usaha konsisten anda. Apabila anda mengutamakan kajian tulisan suci dalam kehidupan keluarga anda, anda akan membantu ahli-ahli keluarga lebih mendekati Yesus Kristus dan mengembangkan kesaksian mereka pada dasar firman-Nya.

Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk mengkaji tulisan suci secara peribadi?

  • Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk berkongsi perkara yang mereka telah pelajari?

  • Bagaimanakah anda boleh menekankan asas-asas yang anda pelajari dari tulisan suci dalam pengajaran harian?

Ingatlah bahawa rumah ialah tempat yang paling baik untuk pengkajian dan pengajaran Injil. Anda boleh belajar dan mengajar injil di rumah melalui cara yang tidak mungkin dapat dilakukan dalam kelas Gereja. Fikirkan cara kreatif untuk membantu keluarga anda belajar daripada tulisan suci. Pertimbangkan beberapa idea berikut untuk meningkatkan pengkajian tulisan suci sekeluarga anda.

Gunakan Muzik

Nyanyikan lagu yang menperkukuhkan asas-asas yang diajar dalam tulisan suci.

Imej
seorang lelaki dan perempuan mengkaji tulisan suci

Kongsi Tulisan Suci yang Bermakna

Berikan ahli keluarga masa untuk berkongsi petikan ayat suci yang mereka rasa bermakna semasa pengkajian peribadi mereka.

Gunakan Kata-Kata Anda Sendiri

Jemput ahli keluarga untuk merumuskan dalam kata-kata sendiri perkara yang mereka telah pelajari daripada tulisan suci yang dikaji.

Aplikasikan Tulisan Suci dalam Kehidupan Anda

Selepas membaca satu petikan ayat suci, minta ahli keluarga berkongsi bagaimana petikan itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Tanya Soalan

Jemput ahli-ahli keluarga untuk bertanyakan satu soalan injil, kemudian luangkan masa untuk mencari ayat-ayat yang boleh membantu menjawab soalan itu.

Paparkan Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna bagi anda dan paparkan ayat suci tersebut di tempat yang sering dapat dilihat oleh ahli keluarga. Jemput ahli keluarga lain untuk mengambil giliran memilih satu ayat suci untuk dipaparkan.

Buatkan Senarai Tulisan Suci

Sebagai sekeluarga, pilih beberapa ayat yang anda ingin bincangkan pada minggu depan.

Hafal Tulisan Suci

Pilih satu petikan ayat suci yang bermakna bagi keluarga anda dan jemput ahli-ahli keluarga untuk menghafal ayat tersebut dengan mengulanginya setiap hari atau bermain permainan ingatan.

Kongsikan Pengajaran Berobjek

Cari objek-objek yang berkaitan dengan bab-bab dan ayat-ayat yang anda baca secara sekeluarga. Jemput ahli-ahli keluarga untuk berbincang tentang bagaimana setiap objek itu berkaitan dengan ajaran-ajaran dalam tulisan suci.

Imej
wanita mengajar anak

Pilih Topik

Minta ahli keluarga mengambil giliran memilih satu topik yang akan dikaji secara sekeluarga. Gunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mencari petikan ayat suci tentang topik itu.

Lukis Gambar

Baca beberapa ayat secara sekeluarga, kemudian berikan masa kepada ahli-ahli keluarga untuk melukis sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang telah dibaca. Luangkan masa untuk membincangkan lukisan masing-masing.

Lakonkan Cerita

Selepas membaca sebuah cerita, jemput ahli keluarga untuk melakonkan cerita itu. Kemudian, bincangkan bagaimana cerita itu berkaitan dengan perkara yang anda alami secara individu dan secara sekeluarga.

Elder David A. Bednar mengajar: “Setiap doa keluarga, setiap kajian kitab suci keluarga, dan setiap malam keluarga bagaikan suatu coretan berus pada lukisan jiwa kita. Secara individu, mereka nampaknya tidak mengagumkan atau penting. Tetapi seperti berus-berus warna kuning dan emas dan perang itu bergabung dan menghasilkan satu lukisan yang indah, maka pelaksanaan konsisten pada hal yang kecil boleh mendatangkan hasil rohani yang penting”(“More Diligent and Concerned at Home,” Liahona, Nov. 2009, 19–20).