2010–2019
Wanita-Wanita Yakin
April 2017


Wanita-Wanita Yakin

Wanita-wanita yakin adalah pengikut yang berpusat kepada Juruselamat Yesus Kristus dan mempunyai harapan melalui janji Korban tebusan-Nya.

Saudari yang dikasihi, kami mengasihimu dan berterima kasih untuk sambutan baik kepada jemputan Presidensi Utama dan usaha #IWasAStranger. Teruskan berdoa, dengar bisikan Roh, dan bertindak atas dorongan yang diterima.

Sama ada saya berpergian tempatan atau ke seluruh dunia, ia bukan luar biasa untuk seseorang bertanya, “Adakah kamu ingat saya?” Kerana saya tidak sempurna, saya mesti mengaku saya sering kali tidak dapat ingat nama. Bagaimanapun, saya ingat kasih benar Bapa Syurgawi izinkan saya rasa apabila saya bertemu dengan anak-anak berharga-Nya.

Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengunjung beberapa wanita di penjara. Apabila kita mengucap selamat tinggal, seorang wanita merayu, “Sister Burton, tolong jangan lupakan kami.” Saya berharap dia dan orang lain yang mahu diingati akan berasa begitu apabila saya berkongsi beberapa fikiran dengan anda.

Wanita-wanita Yakin dalam Zaman Juruselamat: Berpusat dalam Juruselamat Yesus Kristus

Saudari kita dari semua peringkat umur dan zaman telah menunjukkan pola penganutan beriman yang kita juga ingin ikuti. “Perjanjian Baru termasuk laporan wanita-wanita [yakin], dinamakan dan tidak dinamakan, yang beriman kepada Yesus Kristus [dan Korban tebusan-Nya], belajar dan hidup ajaran-ajaran-Nya, dan bersaksi kepada pelayanan, mukjizat, dan keagungan-Nya. Wanita-wanita ini menjadi contoh pengikut dan saksi-saksi penting dalam kerja penyelamatan.”1

Imej
Wanita-wanita Yakin

Pertimbangkan laporan-laporan ini dalam Lukas. Pertama, pada masa pelayanan Juruselamat:

“Tidak berapa lama kemudian … bahawa [Yesus] menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Tuhan mula memerintah. Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia,

“Dan beberapa orang wanita, … Maria memanggil Magdalena, … dan Yohana  … , dan Susana, dan banyak lagi wanita lain, yang membantu Yesus.”2

Seterusnya, selepas Kebangkitan-Nya:

“Dan beberapa orang wanita … pada waktu fajar mereka pergi ke kubur;

“… Tetapi tidak mendapati jenazah Yesus. Lalu mereka kembali dan berkata bahawa mereka … nampak malaikat-malaikat yang memberitahukan bahawa Yesus hidup.”3

Saya telah baca dan melewati ungkapan yang kelihatan biasa “beberapa orang wanita,” banyak kali sebelum ini, tetapi baru-baru ini semasa saya renung dengan lebih teliti, kata-kata itu seolah-olah lompat keluar dari halaman. Pertimbangkan sinonim kata yakin yang berhubung dengan keimanan wanita yakin: “meyakinkan,” “positif,” “yakin,” “teguh,” “pasti,” “terjamin,” dan “boleh diharap.”4

Semasa saya merenungkan perkataan-perkataan yang penuh kekuatan ini, saya teringat dua wanita yakin dalam Perjanjian Baru yang memberi kesaksian tentang Juruselamat dengan positif, yakin, teguh, dan terjamin. Walaupun mereka, seperti kita, adalah tidak sempurna, kesaksian mereka mengilhamkan.

Ingat tak wanita tidak dinamakan di perigi yang menjemput orang lain untuk datang dan lihat apa yang dia belajar dari Juruselamat? Dia memberi kesaksiannya yang yakin dengan bertanya: “Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Tuhan?”5 Kesaksian dan jemputannya begitu meyakinkan sehingga “banyak orang … percaya kepada Yesus.”6

Imej
Marta memberi kesaksian tentang Juruselamat

Berikutan kematian saudaranya, Lazarus, Marta, pengikut dan kawan terkasih Tuhan, berkata dengan penuh emosi, “Ya Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup!” Pertimbangkan kepastian dia apabila dia bersambung, “Sesungguhpun demikian, aku tahu bahawa Tuhan akan mengabulkan apa sahaja yang Tuhan minta.” Dia lagi bersaksi, “Saya percaya bahawa Tuhan Anak Tuhan, Penyelamat yang diutus oleh Tuhan, dan yang dijanjikan untuk datang ke dunia ini.”7

Kita belajar dari saudari-saudari ini bahawa wanita yakin adalah pengikut yang berpusat kepada Juruselamat Yesus Kristus dan mempunyai harapan melalui janji korban tebusan-Nya.

Wanita Yakin yang Mentaati Perjanjian dalam Pemulihan: Rela Berkorban

Masa dahulu, wanita yakin berkorban apabila mereka bersaksi dan hidup ajaran-ajaran Yesus. Wanita yakin pada masa awal Pemulihan juga berbuat demikian. Sebagai penganut baru, Drusilla Hendricks dan keluarganya adalah di antara mereka yang menderita pada masa penganiayaan Orang Suci di Clay County, Missouri. Suaminya menjadi lumpuh selamanya pada masa Pertempuran Sungai Crooked. Dia ditinggalkan untuk menjaga suami dan menafkahi keluarganya.

“Pada satu masa kesusahan, apabila keluarga tidak ada makanan, dia mendengar suara menberitahunya, ‘Pegang teguh, Tuhan akan menyediakan.’”

Apabila anak lelakinya diperlukan untuk Batalion Mormon, pada mulanya Drusilla enggan dan bergelut dalam doa dengan Bapa Syurgawi sehingga “ia seperti satu suara berkata kepadanya, ‘Adakah awak tidak mahu kemuliaan yang tertinggi?’ Dia menjawab, ‘Ya,’ dan suara berterusan, ‘Bagaimana awak boleh mendapatnya jika tidak membuat pengorbanan yang besar?’’’8

Kita belajar dari wanita yakin ini bahawa penganutan perjanjian memerlukan kerelaan kita untuk berkorban.

Wanita-wanita Yakin Hari Ini: Mengingati dan Bersedia untuk Meraikan Kepulangan-Nya

Saya telah menyebut tentang wanita-wanita yakin dalam zaman Juruselamat dan pada awal Pemulihan Injil, tetapi bagaimana pula dengan contoh penganutan dan kesaksian wanita-wanita yakin dalam hari kita?

Imej
Sister Burton dengan saudari-saudari di Asia

Dalam tugas saya baru-baru ini ke Asia, sekali lagi saya diilhamkan oleh banyak wanita-wanita yakin yang saya temu. Saya terutamanya kagum dengan ahli generasi pertama di India, Malaysia, dan Indonesia, yang berusaha untuk hidup budaya Injil dalam rumah mereka sendiri, kadangkala satu pengorbanan yang besar, kerana kehidupan Injil seringkali bertentangan dengan budaya keluarga dan negara. Pelbagai generasi wanita-wanita yakin di Hong Kong dan Taiwan terus memberkati hidup keluarga mereka, ahli Gereja, dan masyarakat dengan berpusat dalam Juruselamat dan dengan rela berkorban untuk mentaati perjanjian. Wanita-wanita yakin seperti ini boleh dijumpai di seluruh Gereja.

Imej
Sister Burton dengan saudari-saudari di Asia

Seorang wanita yakin yang telah memberkati hidup saya selama beberapa dekad telah bertempur dengan penyakit melemahkan yang dipanggil IBM (kemasukan badan myositis) selama 15 tahun. Walau terbatas kepada kerusi rodanya, dia berusaha untuk bersyukur dan meneruskan “Senarai Boleh”: satu senarai dengan perkara yang dia boleh lakukan, seperti saya boleh bernafas, saya boleh menelan, saya boleh berdoa, saya boleh merasa kasih Juruselamat. Dia berkongsi kesaksiannya yang yakin dan berpusat kepada Kristus hampir setiap hari kepada keluarga dan kawan.

Baru-baru ini saya dengar cerita Jenny. Dia seorang penginjil kembali yang ibu bapanya bercerai semasa dia masih melayani misi. Fikiran kembali ke rumah ‘menakutkan dia.” Tetapi di penghujung misinya ke Italia, apabila dia berhenti di rumah misi dalam perjalanan pulang ke Amerika, seorang wanita yakin, isteri presiden Misi, melayan dengan memberus rambutnya.

Beberapa tahun kemudian, seorang wanita yakin, Terry—presiden Lembaga Pertolongan pancang dan pengikut Yesus Kristus—memberkati hidup Jenny apabila Jenny dipanggil sebagai presiden Lembaga Pertolongan bahagian. Pada masa itu, Jenny sibuk dengan disertasi ijazah kedoktorannya. Sebagai seorang pemimpin Terry bukan saja melayan sebagai mentor kepada Jenny, tetapi dia juga duduk bersamanya selama 10 jam di hospital semasa Jenny menerima diagnosis leukemia. Terry melawat di hospital dan memandu Jenny ke janji temu doktor. Jenny mengaku, “Saya rasa saya mungkin telah muntah dalam keretanya beberapa kali.”

Walaupun penyakitnya, Jenny terus melayan dengan berani sebagai presiden Lembaga Pertolongan bahagian. Walaupun dalam keadaan sukarnya, dia membuat panggilan telefon dan menghantar teks dan e-mel dari katilnya, dan menjemput saudari datang melihatnya. Dia menghantar kad dan nota kepada orang ramai, mengasihi saudarinya dari jauh. Apabila bahagiannya meminta fotografi presidensinya untuk sejarah bahagian, ini adalah apa yang mereka dapat. Kerana Jenny sendiri adalah wanita yakin dia menjemput semua untuk berkongsi beban orang lain, termasuk beban dirinya.

Imej
Presidensi Lembaga Pertolongan bahagian memakai topi-topi

Sebagai seorang wanita yakin, Jenny bersaksi: “Kita berada di sini bukan hanya menyelamatkan orang lain tetapi diri kita sendiri. Dan keselamatan itu datang daripada bersekutu dengan Yesus Kristus, daripada memahami rahmat, Korban tebusan, dan kasih-Nya untuk wanita Gereja. Itu berlaku melalui perkara mudah seperti memberus rambut seseorang; hantar nota dengan pesanan harapan dan rahmat; atau membenarkan wanita melayan kita.”9

Saudari, apabila kita menjadi terganggu, ragu, lemah semangat, berdosa, sedih, atau jiwa-diregangkan, mari kita menerima jemputan Tuhan untuk minum dari air yang memberikan hidup-Nya, seperti wanita yakin di perigi, menjemput orang lain untuk membuat yang sama dan kita juga memberi kesaksian kita sendiri yang yakin : “Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Tuhan?”

Apabila hidup kelihatan tidak adil, seperti dirasakan oleh Marta selepas kematian saudaranya—apabila kita mengalami kesedihan kerana keseorangan, kemandulan, kehilangan orang kesayangan, kehilangan peluang untuk berkahwin dan berkeluarga, keluarga patah, kemurungan melemahkan, penyakit fizikal atau mental, tekanan, kebimbangan, ketagihan, kesusahan kewangan, atau pelbagai jenis kemungkinan lain—mari kita ingat Marta dan berkongsi kesaksian yakin: “Aku tahu … [dan] aku percaya bahawa Tuhan Anak Tuhan, Penyelamat yang diutus oleh Tuhan.”

Imej
Wanita-wanita di salib

Semoga kita ingat wanita-wanita yakin yang enggan meninggalkan Juruselamat semasa Dia menderita di salib dan beberapa jam kemudian mempunyai hak istimewa untuk menjadi saksi-saksi yakin Kebangkitan mulia-Nya. Mari kita berdekatan dengan-Nya dalam doa dan kajian kitab suci. Mari kita mendekatkan diri kepada-Nya dengan bersedia dan mengambil bahagian dalam sakramen setiap minggu dan mentaati perjanjian kita dengan melayani orang lain dalam masa keperluan mereka. Mungkin nanti kita boleh menjadi sebahagian wanita-wanita yakin, pengikut-pengikut Yesus Kristus, yang akan meraikan kepulangan mulia-Nya apabila Dia datang lagi.

Imej
Juruselamat di Kedatangan Kedua

Saudari, saya bersaksi tentang Ibu Bapa Syurgawi yang terkasih; Juruselamat kita, Yesus Kristus; dan Korban tebusan-Nya untuk kita. Saya tahu Nabi Joseph Smith ditahbiskan sebelumnya sebagai nabi Pemulihan. Saya tahu Kitab Mormon benar dan diterjemahkan dengan kuasa Tuhan. Kita telah diberkati dengan nabi hidup dalam zaman kita, Presiden Thomas S. Monson. Saya yakin dengan kebenaran-kebenaran ini! Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota: Pada 01 April, 2017, Sister Burton dilepaskan sebagai Presiden Umum Lembaga Pertolongan.