2010–2019
Tangan Bimbingan Harian-Nya
April 2017


Tangan Bimbingan Harian-Nya

Bapa Syurgawi tahu apa yang kamu dan saya perlukan lebih daripada sesiapa pun.

Satu alat bimbingan Bapa Syurgawi untuk anak-anak-Nya adalah datuk nenek yang soleh. Ibu bapa saya adalah wanita soleh. Pada satu masa saya terlalu muda untuk ingat, bapa saya sedang disiplin saya. Memerhatikan cara disiplin, nenek saya berkata, “Monte, saya rasa kamu sedang disiplin anak dengan cara terlalu keras.”

Bapa saya menjawab, “Ibu, saya akan disiplin anak saya dalam cara yang saya mahu.”

Nenek bijak saya berkata, “Dan saya juga akan berbuat demikian.”

Saya yakin bapa saya dengar bimbingan bijak ibunya pada hari itu.

Apabila berfikir tentang bimbingan, kita mungkin berfikir tentang nyanyian rohani—“Aku Anak Tuhan.” Dalam korus kita mendapati kata-kata “Pimpin aku, bimbing aku, tunjuk jalannya.”1

Sampai baru-baru ini, saya memahami korus itu sebagai arahan ilahi kepada ibu bapa. Semasa merenungkan kata-kata ini, saya sedar walaupun ia mempunyai maksud tersebut, terdapat juga maksud yang lebih besar. Kita masing-masing merayu Bapa Syurgawi setiap hari untuk bimbing kita, pimpin kita, dan tunjuk jalannya.

Presiden Dieter F. Uchtdorf menjelaskan: “Bapa Syurgawi kia tahu keperluan anak-anak-Nya lebih daripada sesiapa pun. Ia adalah kerja dan kemuliaannya untuk bantu kita di setiap selekoh, memberi kita sumber duniawi dan rohani untuk bantu kita dalam perjalanan kembali kepada-Nya.”2

Dengar kata-kata itu: Bapa Syurgawi tahu apa yang kamu dan saya perlukan lebih daripada sesiapa pun. Kerana itu, Dia telah menyediakan pakej penjagaan peribadi untuk kita masing-masing. Ia mempunyai banyak komponen. Ia termasuk Putera-Nya dan Korban tebusan, Roh Kudus, perintah, kitab suci, doa, nabi-nabi, para rasul, ibu bapa, datuk nenek, pemimpin Gereja tempatan, dan banyak lagi—semua untuk bantu kita kembali hidup bersama-Nya satu hari nanti.

Bolehkah saya kongsi beberapa komponen pakej penjagaan itu yang buat saya sedar bahawa terdapat seorang Bapa yang pimpin, bimbing, dan tunjuk jalannya kepada saya dan keluarga saya? Doa saya adalah anda masing-masing akan mengenali dalam pengalaman anda bahawa Bapa Syurgawi sedang pimpin, bimbing, dan tunjuk jalannya dan, dengan pengetahuan itu, anda akan teruskan dengan yakin, tahu bahawa anda tidak pernah keseorangan.

Perintah Bapa Syurgawi adalah komponen penting pakej penjagaan. Alma menyatakan “Kejahatan tidak pernah merupakan kebahagiaan.”3 Membiarkan tingkah laku tidak betul tanpa pembetulan kasih adalah belas kasihan palsu dan mengukuhkan tanggapan biasa bahawa kejahatan mungkin sebenarnya adalah kebahagiaan. Samuel si bangsa Laman dengan jelas membalas tanggapan ini: “Kamu telah mencari kebahagiaan dengan melakukan kederhakaan, yang mana hal itu bertentangan dengan sifat kebenaran yang berada di dalam Ketua Kekal dan agung kita.”4

Melalui nabi-nabi-Nya, Bapa Syurgawi selalu mengingatkan kita bahawa kesolehan adalah kebahagiaan. Sebagai contoh, Raja Benyamin, mengajar bahawa Bapa Syurgawi “menuntut bahawa kamu hendaknya melakukan seperti yang telah Dia perintahkan kepadamu; yang untuknya jika kamu melakukannya, Dia dengan segera memberkatimu.”5 Dari nyanyian rohani yang lain datangnya peringatan yang sama:

Patuhi perintah; patuhi perintah!

Di dalamnya keselamatan dan damai.

Dia akan berkati.6

Lebih kurang pada hari jadi ke-14, saya belajar tentang beberapa berkat ini. Saya perasan kelakuan yang lain dari ibu bapa saya. Dari pemerhatian saya, saya bertanya, “Adakah kita akan pergi ke misi?” Muka terkejut ibu saya mengesahkan sangkaan saya. Kemudian, dalam mesyuarat keluarga, adik beradik dan saya mengetahui bahawa ibu bapa kami telah dipanggil untuk memimpin satu misi.

Kita hidup di ladang ternak yang cantik di Wyoming. Dari pandangan saya, hidup adalah sempurna. Saya boleh pulang ke rumah dari sekolah, menyiapkan kerja-kerja rumah, dan pergi memburu, memancing, atau meneroka dengan anjing saya.

Tidak lama selepas mengetahui tentang panggilan itu, saya sedar bahawa saya perlu meninggalkan anjing saya, Blue. Saya bercakap dengan bapa saya, menanya apa yang perlu saya lakukan dengan Blue. Saya mahu menekankan ketidakadilan di dalam apa yang Tuhan minta dari kita. Saya tidak akan lupakan jawapannya. Dia berkata, “Saya tidak pasti. Dia mungkin tidak boleh pergi dengan kita, kamu perlu tanya Bapa Syurgawi.” Itu bukan jawapan yang saya jangka.

Saya mula membaca Kitab Mormon. Saya berdoa bersungguh-sungguh untuk tahu jika saya perlu beri anjing saya kepada orang lain. Jawapan saya tidak datang pada saat itu; sebaliknya, satu fikiran tertentu berada di minda saya sepanjang masa: “Jangan menjadi beban kepada ibu bapa kamu. Jangan menjadi beban. Saya telah memanggil ibu bapa kamu.”

Saya tahu apa yang Bapa Syurgawi perlukan. Pengetahuan itu tidak meringankan kesakitan memberi anjing saya kepada orang lain. Bagaimanapun, melalui pengorbanan kecil itu, hati saya dilembutkan dan saya mendapati damai dalam mencari keinginan Bapa Syurgawi.

Saya berterima kasih kepada Bapa Syurgawi saya untuk berkat dan kegembiraan yang saya dapat melalui kitab suci, doa, Roh Kudus, dan seorang bapa di bumi yang layak dan yang memainkan peranannya sebagai guru prinsip Injil anak-anaknya. Mereka memimpin, membimbing, dan juga menunjukkan jalannya—terutamanya apabila saya perlu buat sesuatu yang sukar.

Di samping mempunyai komponen pakej penjagaan yang saya sebut, kita diberkati dengan pemimpin imamat yang memimpin dan membimbing kita.

Presiden Boyd K. Packer berkata: “Uskup diilhamkan! Kita mempunyai hak pilihan untuk menerima atau menolak nasihat dari uskup kita, sama ada di beri dari mimbar atau secara individu.”7

Lelaki-lelaki ini berusaha untuk mewakili Tuhan. Sama ada kita tua atau muda, apabila Setan mahu kita berfikir semua sudah hilang, uskup berada di sana untuk membimbing kita. Apabila bercakap dengan uskup-uskup, terdapat tema yang sama mengenai pengakuan ketidaktaatan atau penderitaan tidak berdosa dari kesalahan besar. Uskup serta-merta mahu menyatakan kasih Bapa Syurgawi untuk individu itu dan keinginan untuk berjalan bersamanya apabila dia mencari jalan pulang.

Mungkin komponen pakej penjagaan Bapa Syurgawi yang terbesar dijelaskan dalam kata-kata ini: “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal.”8

Untuk mengajar kita semua yang perlu dilakukan, Yesus Kristus menunjuk jalan dengan memberikan contoh sempurna yang kita mesti cuba ikut. Dia merayu kepada kita dengan menghulurkan tangan-Nya untuk ikutlah Dia.9 Dan apabila kita gagal, yang kita semua lakukan, Dia mengingatkan kita, “Kerana lihatlah, Aku, Tuhan telah menderita hal-hal ini bagi semua orang, agar mereka boleh tidak menderita jika mereka akan bertaubat.”10

Kurnia yang indah! Pertaubatan bukan hukuman; ia adalah keistimewaan. Ia adalah keistimewaan yang memimpin dan membimbing kita. Patutlah kitab suci menyatakan agar mereka tidak mengkhutbahkan apa pun kecuali pertaubatan.11

Bapa Syurgawi mempunyai banyak sumber, tetapi Dia seringkali menggunakan orang untuk membantu-Nya. Dia memberi kita peluang setiap hari untuk pimpin, bimbing, dan tunjuk jalan kepada orang yang memerlukannya. Kita mesti ikut contoh Juruselamat. Kita juga mesti sibuk dengan kerja Bapa Syurgawi.

Sebagai Presidensi Umum Remaja Putera, kami tahu bahawa remaja diberkati apabila mereka mempunyai ibu bapa dan pemimpin yang bertindak untuk Bapa Syurgawi dalam memimpin, membimbing, dan menunjuk jalannya. Tiga dasar12 yang akan bantu kita menjadi sebahagian pakej penjagaan Bapa Syurgawi untuk orang lain:

Pertama, luang masa bersama remaja. Presiden Henry B. Eyring berkata: “Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan yang paling penting. Contoh kita dalam hidup ajaran adalah lebih berkuasa daripada menggunakan kata-kata dalam mengajar ajaran.”13 Untuk memimpin remaja memerlukan masa bersama mereka. Meluangkan masa adalah ungkapan kasih yang membenarkan kita ajar dengan kata-kata dan contoh.

Kedua, untuk membimbing remaja, kita mesti menghubungkan mereka dengan syurga. Terdapat masa di mana setiap orang mesti berdiri berseorangan. Hanya Bapa Syurgawi boleh berada di sana untuk membimbing dalam setiap masa dan di setiap tempat. Remaja kita mesti tahu bagaimana mencari bimbingan Bapa Syurgawi.

Ketiga, kita harus memberi peluang remaja memimpin. Seperti ibu bapa yang memegang tangan anak kecil yang belajar berjalan, kita harus melepaskan tangan supaya remaja boleh maju. Membenarkan remaja memimpin memerlukan kesabaran dan kasih. Ia lebih sukar dan mengambil lebih masa daripada kita buat sendiri. Mereka mungkin tersandung dalam perjalanan, tetapi kita tunjuk jalannya.

Saudara dan saudari, akan terdapat masa dalam hidup kita di mana berkat bimbingan seolah-olah jauh atau tidak mencukupi. Untuk masa-masa kesusahan ini, Elder D. Todd Christofferson berjanji: “Biarlah perjanjian anda menjadi yang paling penting dan kepatuhan anda tepat. Kemudian anda boleh minta dalam iman, tanpa ragu-ragu, menurut keperluan anda, dan Tuhan akan jawab. Dia akan menyokong anda apabila anda kerja. Dalam masa dan cara-Nya, Dia akan menghulurkan tangan-Nya kepadamu dan berkata, ‘Di sinilah Aku.’”14

Pada satu waktu seperti ini, saya mendapatkan nasihat Bapa Syurgawi melalui doa ikhlas dan berterusan lebih daripada satu tahun untuk mencari penyelesaian untuk satu keadaan yang sukar. Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi menjawab semua doa yang ikhlas. Tetapi satu hari saya terdesak untuk menanya-Nya di bait suci: “Bapa Syurgawi, adakah Bapa benar-benar pedulikan saya?”

Saya sedang duduk di bilik menunggu Bait Suci Logan Utah, apabila seorang kawan keluarga yang rapat, presiden bait suci Vaughn J. Featherstone memasuki bilik. Dia berdiri di depan umat dan mengalu-alukan kita semua. Apabila dia nampak saya di kalangan patron bait suci, dia berhenti bercakap, memandang ke dalam mata saya, dan berkata, “Brother Brough, ia baik untuk melihat kamu di bait suci hari ini.”

Saya tidak akan lupakan perasaan pada detik itu. Ia seolah-olah—dalam sambutan itu—bahawa Bapa Syurgawi menghulurkan tangan-Nya dan berkata, “Di sinilah Aku.”

Bapa Syurgawi benar-benar mendengar dan menjawab doa setiap anak.15 Sebagai seorang anak-Nya, saya tahu jawapan kepada doa saya datang dalam masa Tuhan. Melalui pengalaman itu, saya lebih memahami bahawa kita adalah anak-anak Tuhan dan Dia telah hantar kita ke bumi supaya kita boleh merasakan kehadiran-Nya sekarang dan kembali hidup bersama-Nya satu hari nanti.

Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi memang memimpin, membimbing, dan menunjuk jalannya kepada kita. Apabila kita mengikut Putera-Nya dan mendengar nabi, rasul, dan hamba-Nya, kita akan cari jalan ke kehidupan abadi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.