2010–2019
Kuasa Kitab Mormon
April 2017


Kuasa Kitab Mormon

Saya memohon kita semua berdoa, mengkaji dan merenungkan Kitab Mormon setiap hari.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya mengalu-alukan anda sambil kita bertemu sekali lagi di persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Sebelum saya mulakan pesanan saya hari ini, saya ingin mengumumkan lima bait suci yang akan dibina di lokasi berikut: Brasília, Brazil; Kawasan Besar Manila, Philippines; Nairobi, Kenya; Pocatello, Idaho, USA; dan Saratoga Springs, Utah, USA.

Pagi ini, saya berbicara tentang kuasa Kitab Mormon dan perlunya kita sebagai ahli gereja ini untuk mengkaji, renung dan mengamal ajarannya ke dalam hidup kita. Kepentingan memiliki kesaksian Kitab Mormon yang kukuh adalah sungguh penting.

Kita hidup pada masa kejahatan dan kerisauan yang besar Apa yang akan melindungi kita daripada dosa dan kejahatan yang membesar di dunia kita hari ini? Saya menegas bahawa kesaksian kita kepada Juruselamat, Yesus Kristus dan Injil-Nya akan membantu kita sehingga keselamatan. Jika anda tidak membaca Kitab Mormon setiap hari, sila lakukan. Jika anda akan berdoa dan membaca dengan keinginan tulus mengetahui kebenaran, Roh Kudus akan menyatakan kebenaran kepada anda. Jika ia benar—saya bersaksi ia benar—Joseph Smith seorang nabi yang melihat Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

Kerana Kitab Mormon benar, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah Gereja Tuhan di bumi ini. dan imamat kudus Tuhan telah dipulihkan demi manfaat dan berkat anak-anak-Nya.

Jika anda tidak miliki satu kesaksian yang kukuh akan perkara-perkara ini, lakukan usaha yang diperlukan untuk memperoleh satu. Diperlukan untuk anda memiliki kesaksian sendiri pada masa yang susah ini, kerana kesaksian orang lain akan membawa anda sejauh itu sahaja. Namun, sekiranya memperoleh, sebuah kesaksian perlu diperlihara melalui kepatuhan berterusan kepada perintah Tuhan serta doa harian dan mengkaji kitab suci.

Kepada rakan dalam pekerjaan Tuhan, saya memohon kita semua berdoa, mengkaji dan merenungkan Kitab Mormon setiap hari. Dengan melakukan ini, kita dapat mendengar suara Roh, untuk menentang godaan, menangani keraguan dan ketakutan, dan terima bantuan Syurga dalam hidup kita. Saya bersaksi dengan segala hati saya, dalam nama Yesus Kristus, amin.