2010–2019
Agar Cahaya Kita Boleh Menjadi Standard Bagi Bangsa-bangsa
April 2017


Agar Cahaya Kita Boleh Menjadi Standard Bagi Bangsa-bangsa

Injil dan Gereja terpulih Juruselamat memberi cahaya kita banyak peluang untuk menjadi sebahagian daripada standard hebat bagi bangsa-bangsa.

Beberapa tahun dahulu, ketika saya melayan sebagai seorang pengajar seminari, saya terdengar seorang teman sekerja bertanyakan pelajar-pelajarnya untuk merenungkan soalan berikut: Jika anda hidup ketika zaman Juruselamat, mengapa anda akan mengikut Dia sebagai salah seorang daripada pengikut-Nya? Mereka mencapai kesimpulan bahawa mereka yang mengikut Juruselamat hari ini dan berusaha untuk menjadi pengikut-Nya sudah mungkin berlaku sedemikian pada masa itu juga.

Semenjak itu, saya telah merenungkan soalan tersebut dan kesimpulan mereka. Saya sering bertanya bagaimana perasaan saya jika saya mendengar Juruselamat apabila Dia berfirman di Khutbah di Gunung:

“Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan.

“Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah.

“Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga” (Matius 5:14–16).

Boleh kamu bayangkan bagaimana perasaan anda jika dapat mendengar suara Juruselamat? Hakikatnya, kita tidak perlu bayangkan. Ia telah menjadi pengalaman yang kerap bagi kita untuk mendengar suara Tuhan kerana apabila kita mendengar suara hamba-hambanya, ia sama.

Pada tahun 1838, serupa dengan pesanan yang diberi di Khutbah di Gunung, Tuhan telah mengisytiharkan berikut melalui Nabi Joseph Smith:

“Kerana demikianlah gereja-Ku akan dinamakan pada zaman terakhir, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

“Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu semua: Bangkit dan bersinarlah, agar terangmu boleh menjadi standard bagi bangsa-bangsa” (A&P 115:4–5).

Zaman kita amatlah luar biasa dan ia telah pun ditunjukkan kepada nabi Yesaya dalam satu penglihatan; dia juga nampak dan menubuatkan pemulihan Gereja Yesus Kristus dan tujuannya, dengan berkata, “Tuhan akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel and Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang” (Yesaya 11:12).

Dalam konteks tulisan suci suatu panji, atau standard, ialah bendera yang digunakan untuk berkumpul dengan tujuan yang bersatu. Pada masa silam satu standard berfungsi sebagai pusat perhimpunan untuk askar-askar dalam peperangan. Secara simboliknya, Kitab Mormon dan Gereja terpulih Yesus Kristus merupakan standard untuk semua bangsa-bangsa. (Lihat Guide to the Scriptures, “Ensign,” scriptures.lds.org.)

Tanpa keraguan, salah satu standard hebat zaman akhir ini ialah persidangan umum megah ini, di mana kerja dan rancangan hebat Bapa Syurgawi kita “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia” (Musa 1:39) sentiasa diisytiharkan.

Pengadaan persidangan umum yang berterusan merupakan salah satu kesaksian yang hebat bahawa kita sebagai Orang Suci Zaman Akhir “percaya segala yang telah Tuhan ungkapkan, segala yang sekarang Dia ungkapkan, dan kami percaya bahawa Dia masih akan mengungkapkan banyak hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-fasal Kepercayaan 1:9).

Jadi, apakah yang Tuhan telah ungkapkan melalui Presiden Thomas S. Monson yang kita perlu teruskan supaya cahaya kita boleh menjadi standard untuk bangsa-bangsa? Apakah beberapa perkara penting yang perlu dilakukan pada ketika terang ini untuk membangunkan Sion dan pengumpulan orang Israel?

Tuhan sentiasa mengungkapkan kehendak-Nya “baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit” (2 Nefi 28:30). Oleh itu, kita tidak harus terkejut dengan perkara yang nampak kecil disebabkan alamnya yang mudah dan berulangan, kerana Tuhan telah pun menasihatkan kita, berfirman bahawa “diberkatilah mereka yang mengikut ajaran-Ku, dan memasang telinga pada nasihat-Ku, kerana mereka akan belajar kebijaksanaan; kerana kepada dia yang menerima, Aku akan memberikan lebih banyak” (2 Nefi 28:30).

Saya bersaksi bahawa pembelajaran melalui “baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit” dan dengan mendengar nasihat pemimpin-pemimpin kita, kita akan memperoleh minyak untuk lampu yang akan membolehkan kita memberi cahaya kepada orang lain seperti yang diperintah oleh Tuhan.

Walaupun terdapatnya banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk menjadi cahaya dan panji untuk yang lain, hanya tiga yang saya ingin tumpukan: menghayati hari Sabat; mempercepatkan pekerjaan penyelamatan di kedua-dua belah tirai; dan mengajar dengan cara Juruselamat.

Cahaya yang kita bincangkan datang dari ketaatan dalam pengamatan hari Sabat, di Gereja dan juga di rumah; ia merupakan cahaya yang bertambah apabila kita menjaga diri agar tidak ternoda dari dunia; ia merupakan cahaya yang datang dari persembahan sakramen kita pada hari kudus-Nya dan melalui persembahan bakti kita kepada Yang Maha Tinggi—di mana kesemuanya membolehkan kita sentiasa memperoleh Roh-Nya bersama kita. Ia merupakan cahaya yang bertambah dan menjadi lebih terang apabila kita kembali dengan perasaan keampunan seperti yang diucapkan oleh Presiden Henry B. Eyring di persidangan umum Oktober lepas: “Daripada semua berkat yang boleh dihitung, satu yang terbesar ialah perasaan pengampunan yang datang apabila kita mengambil sakramen. Kita akan rasa kasih sayang dan penghargaan yang lebih besar terhadap Juruselamat, yang korban tebusan-Nya tak terbatas membolehkan kita dibersihkan daripada dosa” (“Kesyukuran Pada Hari Sabat, Liahona, Nov. 2016, 100).

Apabila kita menguduskan hari Sabat dan mengambil sakramen, kita bukan hanya dibersihkan, tetapi cahaya kita juga bertambah terang.

Cahaya kita juga bertambah apabila kita mendedikasi dan meluangkan masa untuk mencari nama-nama moyang kita, membawa nama mereka ke bait suci, dan mengajar keluarga dan orang lain untuk melakukannya juga.

Pekerjaan kudus bait suci dan sejarah keluarga yang kita kongsi bersama Orang suci di dua belah tirai sedang maju ke depan dengan lebih lagi kerana pembinaan bait suci Tuhan. Kini bait suci mempunyai jadual istimewa untuk kumpulan keluarga yang datang dengan nama keluarga sendiri, isteri saya dan saya mengalami pengalaman manis ketika melayan di bait suci bersama anak-anak dan cucu-cucu kami.

Apabila kita mencari dan membawa nama-nama ke bait suci dan mengajar yang lain, kita bersinar bersama sebagai panji atau standard.

Belajar mengajar sepertimana Juruselamat mengajar merupakan satu lagi cara kita dapat membangun dan menyinar. Saya bergembira dengan setiap orang yang sedang belajar untuk mengajar seperti Juruselamat. Benarkan saya untuk membaca dari muka depan panduan mengajar baru itu: “Matlamat bagi setiap pengajar Injil—setiap ibu bapa, setiap pengajar yang dipanggil dengan rasmi, setiap pengajar keluarga dan pengajar berkunjung, dan setiap pengikut Kristus—adalah untuk mengajar ajaran asli Injil, melalui Roh, … untuk membantu anak-anak Tuhan meningkatkan keimanan terhadap Juruselamat dan lebih menjadi seperti Dia” (Mengajar Dengan Cara Juruselamat [2016]).

Kini, beribu pengajar yang beriman memegang satu cahaya apabila mereka belajar bagaimana untuk mengajar dengan cara Juruselamat. Dalam konteks ini majlis pertemuan pengajar baru merupakan satu cara untuk membangun dan menyinar apabila pelajar-pelajar bertemu di kalangan ajaran Kristus, kerana “kunci untuk mengajar dengan cara Juruselamat adalah untuk hidup sepertimana Juruselamat telah hidup” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 4).

Apabila kita mengajar dan belajar melalui cara Dia dan menjadi lebih seperti Dia, cahaya kita menyinar dengan lebih terang dan tidak dapat disembunyikan dan menjadi satu standard kepada mereka yang sedang mencari cahaya Juruselamat.

Saudara dan saudari yang dikasihi, kita tidak patut dan tidak harus menyembunyikan cahaya kita. Juruselamat telah memerintahkan kita untuk menyinarkan cahaya kita seperti kota yang terletak di atas bukit atau pelita di atas kaki pelita. Apabila kita berbuat demikian, kita akan memuliakan Bapa di Syurga. Injil dan Gereja terpulih Juruselamat memberi cahaya kita banyak peluang untuk menjadi sebahagian daripada standard hebat bagi bangsa-bangsa.

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah cahaya yang kita harus pantulkan, dalam nama Yesus Kristus, amin.