2010–2019
Lagu yang Dinyanyikan dan Tidak Dinyanyikan
April 2017


Lagu yang Dinyanyikan dan Tidak Dinyanyikan

Saya merayu dengan kita setiap orang untuk tetap dalam koir dengan beriman.

“Ada terang dalam jiwaku,” Eliza E. Hewitt tulis, “Lebih indah cemerlang dari s’gala cah’ya di bumi, Yesuslah Sang Terang.”1 Dengan keriangan dalam setiap not, lagu Kristian ini tidak mungkin dinyanyikan tanpa senyuman. Tetapi hari ini saya hendak gunakan kebebasan ucapan saya untuk membincang satu penterjemahan satu ayat dari lagu rohani ini yang mungkin boleh menolong kita pada hari yang susah untuk menyanyikan lagu ini atau susah bersenyum dan tidak “ada terang dalam jiwa.” Jika buat satu jangka masa, anda tidak berupaya untuk menyanyi melodi riang yang datang dari orang lain, saya minta anda untuk memegang kuat-kuat kepada ayat dalam lagu rohani ini yang menjanjikan, “Pasti Dia akan mendengar, lagu dari kalbu.”2

Dalam realiti yang kita hadapi sebagai anak-anak Tuhan yang hidup dalam dunia yang jahat adanya masa yang susah, masa iman kita dan ketabahan kita diuji. Cabaran-cabaran ini mungkin datang kerana kita kekurangan sesuatu, orang lain kekurangan sesuatu, atau kekurangan dalam hidup, tetapi buat apa sebab pun, cabaran-cabaran ini menghalangkan kita menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, dan hapuskan janji “damai dalam jiwa [kita]”3 seperti yang disebutkan dalam salah satu ayat ditulis oleh Eliza Hewitt.

Jadi apa yang harus kita lakukan pada masa ini? Satu, kita menerima nasihat Rasul Paulus dan “mengharapkan sesuatu yang belum kita lihat … [dan] menunggu dengan sabar.”4 Apabila iman kita semakin berkurang sampai tidak dikenali, kita mungkin tetap senyap buat satu masa dan hanya dengar orang lain, memperoleh kekuatan dari keindahan muzik di sekitar kita. Ramai kita yang “tidak mahir menyanyi” sudah diperkukuhkan dan upaya nyanyian kita berkembang kerana kita meletakkan diri sendiri dekat orang yang memiliki suara yang lebih kuat dan pasti. Begitu juga dalam perkara rohani. Kita harus mendekati orang yang beriman dan Putera Tunggal Tuhan—yang mempunyai nada sempurna. Kemudian kita boleh memperoleh keberanian dari keupayaan-Nya untuk mendengar kesenyapan kita dan berharapan ke atas pengantaraan Mesias-Nya dengan Bapa bagi pihak kita. Benar-benarnya “bila Tuhan di dekat”, “bunga kasih kurnia mekar b’ri semangat.”5

Pada masa kita rasa kita nyanyi dengan nada yang sumbang, lebih kekurangan berbanding dengan orang lain, saya minta kita, terutamanya remaja Gereja, untuk ingat bahawa Tuhan tidak ciptakan suara yang sama dalam koir-Nya. Untuk mencipta muzik yang indah, kita perlukan pelbagai suara—soprano, alto, bariton dan bes. Memetik dari surat di antara dua orang saudari Orang Suci Zaman Akhir yang unggul, “Semua ciptaan Tuhan ada satu tempat dalam koir-Nya.”6 Apabila kita memperkecilkan keunikan kita atau cuba mengikut stereotaip palsu—yang didorong oleh konsumerisme yang tamak dan dianggap ideal oleh media sosial—kita kehilangan ton dan warna suara yang Tuhan inginkan apabila Dia ciptakan dunia yang kepelbagaian.

Saya tidak cadangkan bahawa semua orang dalam satu koir ilahi mula meneriakkan oratorio diri sendiri! Kepelbagaian bukan satu kakofoni dan koir perlukan disiplin—untuk tujuan kita hari ini, Elder Hales, saya panggilnya penganutan—tetapi setelah kita menerima seni lagu dan pengorkestraan ilahi yang harmoni yang dicipta sebelum dunia ini dijadikan, Bapa Syurgawi kita bergembira untuk kita bernyanyi dengan suara diri sendiri, bukan suara orang lain. Percaya kepada diri sendiri, dan percaya kepada Dia. Jangan merendahkan nilai anda atau memperkecilkan sumbangan anda. Terutamanya, jangan abaikan peranan anda dalam koir ini. Mengapa? Kerana anda adalah unik dan tidak boleh digantikan. Kehilangan mahupun satu suara melemahkan setiap penyanyi dalam koir fana ini, termasuk kehilangan orang yang rasa mereka tidak diterima oleh masyarakat atau Gereja.

Tetapi saya menggalak anda untuk beriman walaupun menghadapi lagu yang susah. Saya mengakui bahawa saya berjuang dengan lagu yang harus saya nyanyikan, tetapi masih belum nyanyi.

Apabila saya ternampak ketaksamaan ekonomi yang amat besar dalam dunia, saya rasa bersalah untuk bernyanyi bersama Eliza Hewitt tentang “berkat yang dicurahkah [Tuhan], ‘tuk janji di syurga.”7 Korus itu tidak dapat dinyanyikan dengan riang sehingga kita menjaga orang yang miskin. Pelucutan ekonomi ialah satu musibah yang terus menyerang, bertahun tahun dan generasi ke generasi. Ia merosakkan tubuh, mencacatkan jiwa, membahayakan keluarga, dan memusnahkan matlamat. Jika kita boleh lebih mengurangkan kemiskinan, seperti Yesus memerintah kita berulang-kali, mungkin sebahagian orang yang kurang nasib baik dalam dunia ini boleh nyanyikan “Ada Terang Dalam Jiwaku,’ mungkin buat pertama kali dalam hidup mereka.

Juga susah bagi saya untuk nyanyikan seni kata yang riang ini apabila ramai di sekitar kita menderita penyakit mental dan penyakit emosi atau pengehadan kesihatan lain yang melemahkan badan. Kadangkala beban ini berterusan walaupun adanya usaha dari ramai pengasuh, termasuk ahli-ahli keluarga. Saya berdoa kita tidak biarkan anak-anak Tuhan ini menderita secara senyap dan kita akan dikurnia keupayaan-Nya untuk mendengar lagu yang mereka tidak boleh nyanyi sekarang.

Dan suatu hari, saya harap satu koir sedunia dari semua kaum dan etnik akan nyanyi bersama, mengisytiharkan bahawa senjata api, serangan kata, pengganasan bukan cara untuk mengatasi perselisihan manusia. Pengisytiharan syurga menyeru kita bahawa hanya dengan mengasihi Tuhan dan mematuhi perintah-Nya, kita boleh mengatasi masalah masyarakat yang rumit dengan puas. Ini akan buka pintu kepada jalan penyelamatan yang kekal untuk mengasihi satu sama lain sebagai jiran. Nabi Eter ajar bahawa kita harus “harapkan dunia yang lebih baik.” Selepas seribu tahun lepas itu, Moroni yang letih dari peperangan dan pengganasan mengisytiharkan bahawa “jalan yang lebih baik” untuk memperoleh dunia itu ialah Injil Yesus Kristus.8

Betapa kita bersyukur bahawa di tengah-tengah cabaran-cabaran ini, kadangkala datangnya lagu yang kita tidak mampu nyanyi, tetapi bagi alasan yang berbeza. Perasaan-perasaan ini begitu mendalam dan peribadi, mahupun kudus, mereka tidak boleh atau tidak harus disebutkan—seperti kasih sayang Cordelia terhadap bapanya, yang dia huraikan: “Saya tidak mampu menghuraikan  kasih sayang saya. … Saya tidak berupaya untuk menyatakan semua perasaan saya.”9 Datang sebagai sesuatu yang kudus, perasaan-perasaan ini tidak boleh disebutkan—begitu berkuasa—seperti doa yang Yesus berikan bagi pihak kanak-kanak bangsa Nefi. Mereka yang menyaksi kejadian itu catat:

“Mata tidak pernah melihat, tidak juga telinga pernah mendengar, … hal-hal yang begitu besar dan menakjubkan seperti yang kami telah melihat dan mendengar Yesus bercakap kepada Bapa; 

“… Tidak ada lidah yang dapat berkata, tidak juga ada yang dapat dituliskan oleh sesiapa pun, tidak juga hati manusia dapat memahami hal-hal yang begitu besar dan menakjubkan seperti yang kami lihat mahupun dengar Yesus ucapkan.10

Saat-saat kudus ini tidak dapat dihuraikan kerana, walaupun ia boleh dihuraikan, mungkin akan nampaknya sebagai pencemaran.

Saudara saudari, kita hidup dalam satu dunia fana wujudnya banyak lagu yang kita tidak boleh atau belum nyanyikan. Tetapi saya merayu kita semua untuk tetap dalam koir ini dengan beriman dan menikmati muzik yang paling indah—iaitu “lagu kasih penebus.”11 Syukurnya, tempat duduk bagi lagu ini tidak terhad. Ada tempat untuk orang yang berbahasa berbeza, yang merayakan kebudayaan berbeza, dan tinggal di lokasi yang berlainan. Ada tempat untuk mereka yang bujang, yang sudah kahwin, yang berkeluarga besar, dan yang tidak beranak. Ada tempat untuk mereka yang pernah mempersoalkan iman mereka dan ada tempat untuk mereka yang masih tertanya-tanya. Ada tempat untuk orang yang mempunyai tarikan seksual yang berbeza. Ada tempat untuk semua orang yang menyayangi Tuhan dan menggunakan perintah-Nya sebagai ukuran tindakan peribadi. Jika kasih sayang Tuhan ialah melodi yang kita semua kongsikan, tentunya usaha kita untuk mematuhi Dia ialah harmoni yang sangat diperlukan dalam melodi itu. Dengan perintah ilahi seperti kasih sayang dan iman, pertaubatan dan belas kasihan, kejujuran dan keampunan, ada tempat dalam koir ini bagi semua yang hendak mengambil bahagian.12 “Datang sebagaimana keadaan anda,” Bapa yang penyayang kata kepada kita setiap orang, tetapi Dia tambah, “Jangan fikir anda tidak akan ubah.” Kita senyum dan mengingati bahawa Tuhan bertekad untuk membuatkan kita lebih hebat daripada yang kita fikir kita boleh jadi.

Dalam rancangan permuliaan-Nya bagi kita, semoga kita ikut baton-Nya dengan rendah hati dan terus nyanyikan lagu yang tidak atau belum kita nyanyi, sehingga kita boleh sumbangkan “senandung ‘tuk Raja [kita].”13 Kemudian pada suatu hari, seperti yang dinyanyikan dalam lagu rohani:

Kita menyanyi bersama tent’ra syurga,

Hosana kepada Tuhan dan Domba! …

…Saat Yesus turun berata api!14

Saya bersaksi bahawa saat itu akan datang, Tuhan Bapa Abadi kita akan hantarkan Putera Tunggal-Nya ke bumi sekali lagi, kali ini untuk memerintah sebagai Raja Yang Terutama selamanya. Saya bersaksi bahawa ini Gereja-Nya yang sudah dipulihkan dan ia merupakan alat untuk membawakan tatacara-tatacara penyelamatan Injil-Nya kepada semua manusia. Apabila mesej-Nya sudah “masuk ke semua tempat,” 15 Yesus akan “tunjukkan kasih-Nya,”16 dan akan ada terang abadi dalam jiwa. Akan ada banyak terang kepada jiwa pada hari itu. Saya berdoa demi hari itu, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Ada Terang dalam Jiwaku,” Nyanyian Rohani, no. 107.

  2. Nyanyian Rohani, no. 107.

  3. Nyanyian Rohani, no. 107.

  4. Roma 8:25.

  5. Nyanyian Rohani, no. 107.

  6. Bill Staines, “All God’s Critters Got a Place in the Choir,” in Laurel Thatcher Ulrich and Emma Lou Thayne, All God’s Critters Got a Place in the Choir (1995), 4.

  7. Nyanyian Rohani, no. 107.

  8. Lihat Eter 12:4.

  9. William Shakespeare, King Lear, act 1, scene 1, lines 79–80, 93–94.

  10. 3 Nefi 17:16–17; tekanan ditambah.

  11. Alma 5:26; juga lihat Alma 26:13.

  12. Lihat 2 Nefi 26:33.

  13. Nyanyian Rohani, no. 107.

  14. “Roh Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 2.

  15. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 142.

  16. Nyanyian Rohani, no. 107.