Scripture Stories
Tentang Kitab Mormon


“Tentang Kitab Mormon,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Tentang Kitab Mormon

Yesus Kristus dan umat-Nya di Benua Amerika

Imej
Yesus dalam cahaya syurgawi

Kitab Mormon adalah tulisan suci. Ia mengajar kita tentang Tuhan Yesus Kristus dan kunjungan-Nya ke Benua Amerika lama dahulu. Dari Kitab Mormon, kita boleh belajar tentang injil Yesus. Ia mengajar kita bagaimana untuk memperoleh kedamaian sekarang dan bagaimana kita boleh hidup lagi bersama Tuhan dan Yesus suatu hari nanti.

Halaman Judul Kitab Mormon; Pengenalan kepada Kitab Mormon; 3 Nefi 11

Imej
nabi dan ibu bersama anak-anak

Kitab Mormon ditulis oleh para nabi Tuhan. Mereka menulis di halaman logam yang dipanggil kepingan-kepingan. Cerita dan kesaksian mereka membantu kita beriman kepada Yesus. Mereka menulis tentang banyak kumpulan orang yang tinggal di Benua Amerika lama dahulu.

Halaman Judul Kitab Mormon; Pengenalan kepada Kitab Mormon

Imej
Nefi dan keluarga di atas kapal

Satu kumpulan datang dari Yerusalem ke Benua Amerika kira-kira 600 tahun sebelum Yesus dilahirkan. Mereka menjadi dua bangsa yang dipanggil bangsa Laman dan bangsa Nefi.

Pengenalan kepada Kitab Mormon; 1 Nefi 1:4

Imej
Bangsa Yared meninggalkan menara

Lebih awal lagi, satu kumpulan lain datang dari Menara Babel ke Benua Amerika. Mereka dipanggil bangsa Yared.

Pengenalan kepada Kitab Mormon; Eter 1:33–43

Imej
Samuel mengajar tentang kelahiran Yesus

Nabi-nabi Tuhan mengajar orang ramai. Apabila orang ramai mendengar dan mematuhi perintah-perintah Tuhan, Dia membantu mereka. Para nabi mengajar tentang Yesus dan berkata bahawa Dia akan dilahirkan di Yerusalem. Bangsa Nefi dan bangsa Laman belajar bahawa Yesus akan mengunjungi mereka selepas kematian-Nya.

2 Nefi 1:20; 25:12–14; 26:1, 3, 9; Mosia 3:5–11; Alma 7:9–13; Helaman 3

Imej
Yesus yang bangkit dan kanak-kanak kecil

Yesus datang seperti yang para nabi nubuatkan. Selepas Yesus mati dan bangkit, Dia mengunjungi umat-Nya. Dia membenarkan setiap orang merasakan bekas paku pada tangan dan kaki-Nya. Mereka tahu Yesus adalah Putera Tuhan. Dia mengajar injil-Nya, dan orang-orang itu menulisnya. Mereka bercakap tentang kunjungan Yesus selama bertahun-tahun.

3 Nefi 11:7–15, 31–41; 16:4; 4 Nefi 1:1–6, 13–22

Imej
Mormon dengan kepingan-kepingan emas

Mormon adalah seorang nabi yang hidup beberapa ratus tahun selepas kunjungan Yesus. Semasa kehidupan Mormon, orang-orang itu berhenti mengikuti Tuhan. Mormon mempunyai tulisan-tulisan para nabi yang hidup sebelum dia. Dia masukkan banyak tulisan mereka ke dalam satu set kepingan-kepingan. Kepingan-kepingan ini menjadi Kitab Mormon.

Pengenalan kepada Kitab Mormon; Kata-kata Mormon 1:2–9; Mormon 1:2–4, 13–17

Imej
Moroni menanam kepingan-kepingan emas

Sebelum Mormon meninggal, dia memberikan kepingan-kepingan itu kepada anak lelakinya Moroni. Semasa kehidupan Moroni, orang-orang itu melakukan hal-hal yang sangat buruk. Mereka ingin membunuh sesiapa yang percaya kepada Yesus. Moroni ingin membantu orang-orang di masa depan, jadi dia menulis lebih banyak di atas kepingan-kepingan itu dan menguburkannya untuk menjaganya.

Pengenalan kepada Kitab Mormon; Kata-kata Mormon 1:1–2; Mormon 8:1–4, 14–16; Moroni 1

Imej
malaikat Moroni muncul kepada Joseph Smith

Bertahun-tahun kemudian, pada tahun 1823, Moroni datang sebagai malaikat kepada Nabi Joseph Smith. Moroni memberitahu Joseph di mana untuk mencari kepingan-kepingan itu. Dengan bantuan Tuhan, Joseph menterjemahkan apa yang tertulis di atas kepingan-kepingan itu.

Pengenalan kepada Kitab Mormon; Joseph Smith—Sejarah 1

Imej
Adik beradik membaca tulisan suci

Tuhan menghantar Roh Kudus untuk membantu anda mengetahui bila sesuatu adalah benar. Apabila anda membaca Kitab Mormon, anda boleh berdoa dan bertanya kepada Tuhan jika ia adalah benar. Dalam cara yang sama, anda boleh tahu bahawa Yesus ialah Juruselamat anda dan Dia mengasihi anda.

Pengenalan kepada Kitab Mormon; Moroni 10:3–5