Scripture Stories
Alma dan Korihor


“Alma dan Korihor,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 30

Alma dan Korihor

Iman bahawa Tuhan adalah benar

Imej
Korihor senyum dan bercakap dengan seseorang semasa mereka berjalan bersama di jalan yang sibuk

Seorang lelaki bernama Korihor datang ke Zarahemla. Dia memberitahu orang ramai bahawa Tuhan dan Yesus Kristus tidak benar.

Alma 30:6, 12, 37–38, 45

Imej
Korihor senyum dan memberi isyarat pada seorang kanak-kanak yang sedih

Korihor berkata orang ramai hanya boleh mengetahui sesuatu jika mereka melihatnya. Dia mengejek orang-orang yang percaya kepada Yesus.

Alma 30:13-16

Imej
Korihor senyum dan bercakap dengan orang ramai

Korihor berkata orang ramai tidak memerlukan perintah-perintah Tuhan. Dia berkata orang ramai boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Ramai orang yang percayakannya. Mereka memutuskan untuk melakukan perkara-perkara buruk.

Alma 30:17–18

Imej
Korihor terikat dan dibawa keluar dari kampung oleh askar-askar

Korihor cuba mengajar orang Anti-Nefi-Lehi, tetapi mereka tidak mempercayainya. Mereka mengikatnya dan menyuruhnya pergi. Dia pergi ke negeri Gideon. Orang di sana juga mengikatnya. Mereka menghantarnya ke Alma.

Alma 30:19-29

Imej
Korihor tersenyum dan memberi isyarat kepada Alma

Korihor memberitahu Alma bahawa Tuhan tidak wujud. Dia berkata Alma dan imam-imam yang lain berdusta kepada rakyat. Korihor berkata mereka sedang membuat orang ramai mengikuti adat resam yang mengarut. Dia juga berkata mereka sedang mengambil wang daripada rakyat. Alma tahu ini tidak benar. Dia percaya kepada Tuhan dan Yesus.

Alma 30:30-40

Imej
Alma bercakap kepada orang ramai sambil Korihor duduk di latar belakang dengan tangan yang berlipat

Alma berkata para nabi dan segalanya di bumi membantu orang ramai mengetahui bahawa Tuhan adalah benar. Korihor inginkan lebih banyak bukti. Alma berkata dia akan memberi Korihor bukti. Dia berfirman bahawa Tuhan akan menjadikan Korihor tidak dapat bercakap. Sebaik sahaja Alma mengatakan ini, Korihor tidak dapat bercakap.

Alma 30:41-50

Imej
Korihor kelihatan sedih dan menunjuk ke arah sehelai kertas dengan tulisan di atasnya ketika orang ramai berjalan meninggalkannya

Korihor menulis bahawa dia tahu Tuhan adalah benar. Dia sentiasa tahu. Dia menulis bahawa iblis telah memperdayakannya. Iblis menyuruh Korihor untuk mengajarkan dusta tentang Tuhan dan Yesus. Apabila orang mempelajari kebenaran tentang Korihor, mereka tidak mempercayai ajaran-ajarannya. Mereka bertaubat dan mula mengikuti Yesus lagi.

Alma 30:52-53, 57-58