Scripture Stories
Nefi dan Kepingan-kepingan Loyang


“Nefi dan Kepingan-kepingan Loyang,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

1 Nefi 4–5

Nefi dan Kepingan-kepingan Loyang

Belajar untuk mengikuti Roh

Imej
Nefi mendekati bangunan dan saudara-saudaranya melihat

Laman, Lemuel, Sam dan Nefi kembali ke Yerusalem pada waktu malam. Nefi pergi ke rumah Laban sementara abang-abangnya bersembunyi di luar kota.

1 Nefi 4:4–5

Imej
Nefi melihat Laban di atas tanah

Nefi biarkan Roh membimbingnya. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, tetapi dia tahu Tuhan akan membantunya mendapatkan kepingan-kepingan loyang itu.

1 Nefi 4:6

Imej
Nefi memegang pedang Laban

Ketika Nefi berada dekat rumah Laban, dia menemui Laban di atas tanah. Laban telah mabuk. Nefi nampak pedang Laban dan mengambilnya.

1 Nefi 4:7–9

Imej
Nefi berpaling dari Laban

Ketika Nefi melihat pedang itu, Roh memerintahkannya untuk membunuh Laban. Tetapi Nefi tidak mahu membunuhnya. Roh memberitahu Nefi bahawa adalah lebih baik untuk Laban mati daripada keluarga Nefi tidak memiliki tulisan suci itu. Mereka perlukan perintah-perintah Tuhan yang tertulis di atas kepingan-kepingan loyang itu.

1 Nefi 4:10–11, 13–17

Imej
Nefi sedang berdoa

Nefi tahu bahawa Laban telah cuba membunuhnya. Laban juga telah mencuri harta benda mereka dan tidak mahu mematuhi perintah-perintah Tuhan.

1 Nefi 4:11

Imej
Nefi memakai pakaian Laban

Roh sekali lagi memberitahu Nefi untuk membunuh Laban. Nefi tahu Tuhan telah menyediakan jalan baginya untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang itu. Dia memilih untuk mematuhi Roh. Nefi membunuh Laban dan memakai pakaian Laban.

1 Nefi 4:12–13, 17–19

Imej
Nefi bercakap dengan Zoram

Nefi kemudian pergi ke perbendaharaan Laban dan bertemu dengan orang suruhan Laban, Zoram. Nefi bertindak dan bercakap seperti Laban.

1 Nefi 4:20–23, 35

Imej
Zoram memegang kepingan-kepingan loyang

Nefi memberitahu Zoram dia perlukan kepingan-kepingan loyang itu. Kemudian Nefi menyuruh Zoram untuk ikuti dia. Zoram menyangka Nefi adalah Laban, jadi dia menuruti kata Nefi.

1 Nefi 4:24–26

Imej
saudara-saudara lari dari Nefi

Ketika Nefi dan Zoram keluar dari kota itu, Laman, Lemuel dan Sam menyangka Nefi adalah Laban. Mereka takut dan mula melarikan diri.

1 Nefi 4:28

Imej
saudara-saudara itu bercakap dan Zoram melihat ke belakang

Nefi memanggil saudara-saudaranya. Apabila mereka tahu itu Nefi, mereka berhenti berlari. Tetapi Zoram menjadi takut dan cuba untuk kembali ke Yerusalem.

1 Nefi 4:29–30

Imej
Nefi bercakap kepada Zoram

Nefi menghentikan Zoram. Dia memberitahu Zoram bahawa Tuhan telah memerintahkan mereka untuk mendapatkan kepingan-kepingan itu. Dia menjemput Zoram untuk pergi bersama mereka ke negeri yang dijanjikan. Zoram tahu bahawa dia boleh menjadi seorang lelaki yang bebas, bukan seorang hamba dan berjanji untuk pergi bersama Nefi dan keluarganya.

1 Nefi 4:31–37

Imej
Nefi dan abang-abangnya dan Zoram menyambut Saria dan Lehi

Mereka kembali kepada Lehi dan Saria. Lehi dan Saria sangat gembira melihat anak-anak lelaki mereka. Saria menyangka anak-anak lelakinya telah mati. Kerana Tuhan telah melindungi anak-anaknya, kini dia percaya bahawa keluarga mereka telah diperintahkan untuk meninggalkan Yerusalem. Keluarga Lehi dan Saria mempersembahkan korban untuk bersyukur kepada Tuhan.

1 Nefi 4:38; 5:1–9

Imej
Lehi membaca kepingan-kepingan loyang dengan keluarganya

Lehi membaca kepingan-kepingan loyang itu. Dia melihat bahawa kepingan-kepingan itu mempunyai ajaran-ajaran para nabi. Dia juga mendapat tahu bahawa salah seorang nenek moyangnya ialah Yusuf, yang telah dijual ke Mesir oleh saudara-saudaranya dahulu. Lehi tahu kepingan-kepingan loyang itu sangat penting. Dia tahu Tuhan mahu keluarganya untuk memiliki perintah-perintah itu.

1 Nefi 5:10–22