Scripture Stories
Alma yang Muda


“Alma yang Muda,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

“Alma yang Muda,” Cerita-cerita Kitab Mormon

Mosia 25–28; Alma 36

Alma yang Muda

Perubahan yang hebat

Imej
Mosia dan Alma yang Tua

Raja Mosia memberi Alma kuasa untuk memimpin Gereja di Zarahemla. Alma mengajar orang ramai untuk bertaubat dan beriman kepada Tuhan.

Mosia 25:19–24; 26

Imej
Alma yang Muda

Alma mempunyai seorang anak lelaki yang juga bernama Alma. Alma yang Muda tidak mempercayai apa yang ayahnya ajarkan.

Mosia 27:8

Imej
Alma yang Muda dan para putera Mosia bercakap dengan orang ramai

Mosia mempunyai para putera yang juga tidak percaya kepada Tuhan. Mereka berkawan dengan Alma yang Muda. Mereka semua mahu orang untuk meninggalkan Gereja. Alma dan para putera Mosia memimpin banyak orang untuk melakukan hal-hal yang menentang perintah-perintah Tuhan.

Mosia 27:9–10; Alma 36:6

Imej
Alma yang Muda dan para putera Mosia takut akan malaikat

Suatu hari, Tuhan menghantar seorang malaikat untuk menghentikan mereka. Malaikat itu memberitahu mereka untuk berhenti memusnahkan Gereja. Alma dan para putera Mosia begitu takut sehingga mereka jatuh ke tanah.

Mosia 27:11–18; Alma 36:6–9

Imej
Alma yang Muda dalam kesakitan

Alma tidak dapat bercakap atau bergerak selama tiga hari dan tiga malam. Dia merasa menderita kerana semua kesalahan yang dia telah lakukan. Dia juga bimbang kerana dia telah membawa banyak orang jauh daripada Tuhan.

Mosia 27:19; Alma 36:10–16

Imej
Alma yang Muda berlutut

Alma merasakan begitu banyak kesakitan kerana dosa-dosanya. Kemudian dia ingat bapanya bercakap tentang Yesus Kristus, Putera Tuhan.

Alma 36:17

Imej
Alma yang Muda gembira

Alma berdoa agar Yesus mengampuninya. Selepas dia berdoa, dia tidak dapat mengingati kesakitannya. Dia tahu Tuhan telah mengampuninya. Dia tidak menderita tentang dosa-dosanya lagi. Sebaliknya, Alma berasa sangat gembira.

Mosia 27:24, 28–29; Alma 36:18–22

Imej
Alma yang Muda dan para putera Mosia membantu seseorang

Alma mendapat semula kekuatannya. Dia dan para putera Mosia memutuskan untuk bertaubat dan cuba memperbaiki semua penderitaan yang mereka telah timbulkan. Mereka melayani Tuhan sejak waktu itu dengan membantu orang lain bertaubat. Mereka berjalan melalui negeri yang Mosia perintah dan mengajar orang ramai tentang Yesus.

Mosia 27:20–24, 32–37; Alma 36:23–26

Imej
para putera Mosia berangkat

Alma dan para putera Mosia ingin berkongsi kebahagiaan yang ajaran-ajaran Yesus bawakan dalam kehidupan mereka. Mereka bekerja keras untuk melayani Tuhan dan orang ramai. Para putera Mosia memilih untuk pergi dan mengajar bangsa Laman tentang Yesus. Alma memilih untuk kekal dan terus mengajar bangsa Nefi.

Mosia 27:32–37; 28:1–10; 29:42–43