Scripture Stories
Panglima Moroni dan Zerahemna


“Panglima Moroni dan Zerahemna,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 43-44

Panglima Moroni dan Zerahemna

Satu pertempuran dan janji untuk hidup dalam kedamaian

Imej
Zerahemna memimpin tentera-tenteranya

Zerahemna merupakan pemimpin kepada tentera-tentera bangsa Laman. Dia ingin memerintah bangsa Nefi dan membuat mereka melayani bangsanya. Zerahemna memimpin tentera-tenteranya untuk menyerang bangsa Nefi.

Alma 43:3-8

Imej
Tentera-tentera bangsa Nefi mengawasi tentera-tentera bangsa Laman

Bangsa Nefi ingin melindungi rumah, keluarga, dan agama mereka. Mereka tahu mereka tidak akan dapat menyembah Tuhan jika bangsa Laman memerintah atas diri mereka. Bangsa Nefi memilih untuk melawan musuh mereka.

Alma 43:9-10, 14-15

Imej
Moroni melihat ke depan dengan awan di belakang

Seorang lelaki bernama Moroni ialah panglima tentera bangsa Nefi. Moroni memastikan tentera-tenteranya bersedia untuk berperang.

Alma 43:16-17

Imej
Panglima Moroni dan askar-askar bangsa Nefi bersedia untuk berperang

Askar-askar Moroni membawa senjata, dan Moroni memberi mereka baju besi dan perisai yang kuat untuk melindungi mereka.

Alma 43:18–19

Imej
Bangsa Laman memerhatikan tentera bangsa Nefi dan kelihatan takut

Moroni membawa tentera-tenteranya untuk melawan bangsa Laman. Tetapi ketika bangsa Laman melihat bangsa Nefi memiliki perlengkapan perang dan perisai, mereka takut berperang. Bangsa Laman hanya mempunyai pakaian nipis dan tidak ada perlengkapan perang untuk melindungi mereka.

Alma 43:19-21

Imej
Askar-askar bangsa Laman lari ke dalam hutan

Bangsa Laman pergi. Mereka cuba menyelinap ke negeri bangsa Nefi yang berbeza. Mereka berfikir Moroni tidak akan tahu ke mana mereka pergi.

Alma 43:22

Imej
Pengintip-pengintip Nefi mengawasi tentera Laman yang berlari

Tetapi sebaik sahaja bangsa Laman pergi, Moroni menghantar pengintip untuk mengikuti mereka.

Alma 43:23

Imej
Askar bangsa Nefi mendengar kepada Alma

Kemudian Moroni menghantar pesanan kepada nabi Alma. Dia mahu Alma bertanya kepada Tuhan apa yang bangsa Laman sedang merancang untuk lakukan. Tuhan memberitahu Alma bahawa bangsa Laman merancang untuk menyerang negeri yang lemah yang dipanggil Manti. Moroni mendengar Alma. Dia memimpin tentera-tenteranya untuk berperang melawan bangsa Laman.

Alma 43:23-33

Imej
Para askar bangsa Laman dan bangsa Nefi berlawan dengan satu sama lain

Tentera-tentera berperang. Bangsa Laman sangat kuat dan marah. Bangsa Nefi menjadi takut kepada bangsa Laman dan ingin melarikan diri. Tetapi Moroni mengingatkan mereka tentang keluarga dan iman mereka, jadi mereka terus bertempur.

Alma 43:34-37, 43-48

Imej
Moroni mengangkat tangan untuk hentikan peperangan

Bangsa Nefi berdoa kepada Tuhan untuk bantuan. Tuhan menjawab doa-doa mereka dan memberi mereka kuasa yang besar. Sekarang, bangsa Laman berasa takut. Mereka terperangkap dan tidak dapat melarikan diri. Ketika Moroni melihat bahawa bangsa Laman takut, dia memberitahu askar-askarnya untuk berhenti berperang. Moroni tidak mahu membunuh bangsa Laman.

Alma 43:49-53; 44:1-2

Imej
Moroni berbicara kepada bangsa Laman

Moroni memberitahu Zerahemna bahawa bangsa Laman dapat pergi jika mereka berjanji untuk tidak melawan bangsa Nefi lagi. Zerahemna marah dan cuba untuk terus berperang, tetapi dia tidak dapat mengalahkan askar-askar Moroni. Kemudian Zerahemna dan tentera-tenteranya berjanji untuk hidup dalam kedamaian, dan Moroni melepaskan mereka.

Alma 44:1-20