Panggilan Misi
Bab 3: Jemputan untuk Dibaptis dan Ditetapkan


“Bab 3: Jemputan untuk Dibaptis dan Ditetapkan,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Jemputan untuk Dibaptis dan Ditetapkan,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Bab 3

Jemputan untuk Dibaptis dan Ditetapkan

Imej
Come into the Fold of God [Datang ke dalam Kawanan Tuhan], oleh Walter Rane

Asas-asas Ajaran

Kita semua anak Bapa Syurgawi. Kita datang ke bumi dengan peluang untuk belajar, berkembang, dan menjadi lebih seperti Dia supaya kita boleh kembali ke hadirat-Nya (lihat Musa 1:39). Kita tidak dapat menjadi seperti Dia atau kembali kepada-Nya tanpa bantuan ilahi. Bapa Syurgawi telah menghantar Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menebus kita dan memutuskan ikatan kematian (lihat 3 Nefi 27:13–22).

Kita memperoleh akses kepada kuasa penebusan Kristus dengan beriman kepada-Nya untuk pertaubatan, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus melalui penetapan, dan bertahan sampai akhir. Mematuhi perjanjian pembaptisan adalah langkah pertama dalam mengikatkan diri kita kepada Tuhan supaya Roh Kudus dapat membersih, menguatkan dan mengubah sifat kita untuk kebaikan. Mengalami pengaruh yang menguduskan ini dipanggil kelahiran semula rohani. (Lihat 2 Nefi 31:7, 13–14, 20–21; Mosia 5:1–7; 18; 27:24; 3 Nefi 27:20; Yohanes 3:5.)

Kelahiran semula rohani bermula apabila kita dibaptiskan dengan air dan Roh. Pembaptisan adalah tatacara yang bahagia dan penuh harapan. Apabila kita dibaptiskan dengan hati yang hancur dan roh yang menyesal, kita mulakan hidup baharu dengan kuasa sokongan Tuhan. Selepas kita dibaptis dan ditetapkan, kita boleh terus dikuatkan melalui pengambilan sakramen dengan layak. (Lihat 2 Nefi 31:13; Mosia 18:7–16; Moroni 6:2; Ajaran dan Perjanjian 20:37.)

Menghulurkan Jemputan

Dengan bimbingan Roh, jemput orang untuk dibaptis dan ditetapkan. Ini boleh berlaku dalam apa-apa pelajaran.

Ajarkan ajaran pembaptisan dan bantu orang memahami ajaran Kristus (lihat pelajaran 3). Ajar tentang kepentingan dan kebahagiaan bagi perjanjian pembaptisan, pengampunan dosa-dosa dan penerimaan kurnia Roh Kudus melalui penetapan.

Mempersediakan orang untuk jemputan pembaptisan dengan memastikan mereka memahami apa yang telah diajar dan perjanjian yang mereka akan buat. Perjanjian pembaptisan adalah seperti berikut:

  • Bersedia untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus.

  • Mematuhi perintah-perintah Tuhan.

  • Melayani Tuhan dan orang lain

  • Bertahan sampai akhir. (Lihat pelajaran 4.)

Anda boleh berkongsi yang berikut:

“Apabila kita dibaptiskan, kita [bersaksi] di hadapan [Tuhan] bahawa [kita] telah masuk ke dalam sebuah perjanjian dengan-Nya, bahawa [kita] akan melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya.’ Semasa kita membuat perjanjian ini, Dia berjanji bahawa Dia akan ‘mencurahkan Roh-Nya dengan lebih berlimpah ke atas diri [kita]’ (Mosia 18:10).”

Jemputan anda untuk dibaptiskan haruslah spesifik dan langsung. Anda boleh berkata:

“Adakah kamu akan mengikut teladan Yesus Kristus dengan dibaptiskan oleh seseorang yang telah ditahbiskan untuk melaksanakan tatacara ini? Kami akan membantu kamu bersedia untuk pembaptisan. Kami percaya kamu boleh bersedia pada [tarikh]. Adakah kamu akan bersedia untuk dibaptiskan pada tarikh itu?”

Seperti mana-mana jemputan yang anda hulurkan, janjikan berkat-berkat besar yang orang akan terima apabila mereka menerima jemputan untuk dibaptiskan dan mentaati perjanjian yang berkaitan. Kongsi kesaksian anda tentang berkat-berkat itu.

Ajarkan bahawa pembaptisan dan penetapan bukan destinasi terakhir. Sebaliknya, ia adalah titik di sepanjang jalan penukaran hati yang membawa harapan, kebahagiaan, dan kuasa Tuhan yang lebih penuh ke dalam kehidupan seseorang (lihat Mosia 27:25–26). Selepas individu dibaptiskan dan ditetapkan, mereka boleh menantikan pengudusan oleh Roh semasa mereka maju di sepanjang jalan perjanjian.

Jika boleh, jemput mereka yang anda ajar untuk menghadiri satu pembaptisan dan satu pertemuan sakramen di mana seseorang ditetapkan.

Idea-idea Jemputan untuk Dibaptiskan

Pertimbangkan untuk membaca laporan tulisan suci tentang pembaptisan Yesus (lihat Matius 3:13–17). Anda juga boleh tunjukkan video Alkitab yang menunjukkan pembaptisan Juruselamat atau video Kitab Mormon tentang para pengikut Juruselamat membaptiskan orang.

Anda juga boleh membaca laporan Nefi tentang pembaptisan Yesus (lihat 2 Nefi 31:4–12). Membaca kisah-kisah pembaptisan Yesus Kristus dapat menguatkan mereka yang diajar.

Kajian Kitab Suci

Kaji ayat-ayat suci berikut:

Tuliskan satu rumusan tentang apa yang anda telah pelajari.