Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 12


Bahagian 12

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Joseph Knight Sr., di Harmony, Pennsylvania, Mei 1829. Joseph Knight mempercayai pernyataan Joseph Smith mengenai pemilikannya ke atas kepingan-kepingan Kitab Mormon dan pekerjaan penterjemahan yang pada waktu itu sedang berjalan dan telah beberapa kali memberikan bantuan bahan kepada Joseph Smith dan jurutulisnya, yang membolehkan mereka untuk terus menterjemahkan. Di atas permintaan Joseph Knight, Nabi bertanya kepada Tuhan dan menerima wahyu ini.

1–6, Para pekerja di dalam ladang anggur akan memperoleh keselamatan; 7–9, Semua yang berhasrat dan layak boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan.

1 aSuatu pekerjaan yang menakjubkan dan agung hampir tiba di antara anak-anak manusia.

2 Lihatlah, Aku ialah Tuhan; endahkanlah firman-Ku, yang hidup dan penuh kuasa, lebih tajam daripada sebilah pedang bermata dua, untuk pembelahan baik tulang sendi mahupun sumsum; oleh kerana itu, endahkanlah firman-Ku.

3 Lihatlah, ladang telah memutih sedia dituai; oleh kerana itu, barang siapa berhasrat untuk menuai biarlah dia menghayunkan sabitnya dengan dayanya, dan menuai sementara hari masih ada, agar dia boleh menyimpan bagi jiwanya keselamatan abadi di dalam kerajaan Tuhan.

4 Ya, barang siapa akan menghayunkan sabitnya dan menuai, orang yang sama dipanggil oleh Tuhan.

5 Oleh kerana itu, jika kamu akan meminta daripada-Ku kamu akan menerima; jika kamu akan mengetuk akan dibukakan bagimu.

6 Sekarang, kerana kamu telah meminta, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, taatilah perintah-perintah-Ku, dan usahakanlah untuk mewujudkan dan menegakkan tujuan Sion.

7 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, dan juga kepada mereka semua yang memiliki hasrat untuk mewujudkan dan menegakkan pekerjaan ini;

8 Dan tiada seorang pun dapat membantu dalam pekerjaan ini kecuali dia akan amerendahkan hati dan penuh bkasih, memiliki ciman, dharapan, dan ekasih ihsan, bersederhana dalam segala hal, apa pun yang akan dipercayakan pada pengurusannya.

9 Lihatlah, Aku ialah cahaya dan kehidupan dunia, yang memfirmankan firman ini, oleh kerana itu endahkanlah dengan dayamu, dan kemudian kamu dipanggil. Amin.