Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 96


Bahagian 96

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith, menunjukkan aturan kota atau pancang Sion di Kirtland, Ohio, 4 Jun 1833, yang diberikan sebagai sebuah contoh kepada para Orang Suci di Kirtland. Kejadiannya adalah sebuah persidangan para imam tinggi, dan tajuk utama perbincangannya adalah pelepasan tanah-tanah yang tertentu, yang dikenali sebagai tanah pertanian French, yang dimiliki oleh Gereja berdekatan Kirtland. Disebabkan persidangan itu tidak dapat bersetuju siapa yang harus bertanggungjawab ke atas tanah pertanian itu, semua bersetuju untuk bertanya kepada Tuhan tentang hal ini.

1, Pancang Kirtland di Sion mesti dijadikan kuat; 2–5, Uskup mesti membahagi-bahagikan warisan itu bagi para Orang Suci; 6–9, John Johnson harus menjadi anggota golongan bersatu.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, inilah kebijaksanaan, yang dengannya kamu boleh mengetahui bagaimana untuk bertindak tentang masalah ini, kerana adalah perlu menurut-Ku bahawa apancang ini yang telah Aku dirikan untuk kekuatan Sion harus dijadikan kuat.

2 Oleh kerana itu, biarlah hamba-Ku Newel K. Whitney bertanggungjawab ke atas tempat yang disebutkan di kalangan kamu, di mana di atasnya Aku merancang untuk membina rumah kudus-Ku.

3 Dan lagi, biarlah ia dibahagi-bahagikan menjadi bidang-bidang tanah, menurut kebijaksanaan, demi manfaat mereka yang mencari warisan, sebagaimana yang akan diputuskan di dalam majlis di kalangan kamu.

4 Oleh kerana itu, dengarkanlah agar kamu menguruskan hal ini, dan bahagian itu yang diperlukan untuk manfaat agolongan-Ku, bagi tujuan untuk mendatangkan firman-Ku kepada anak-anak manusia.

5 Kerana lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, inilah yang paling arif menurut-Ku, bahawa firman-Ku haruslah disebarkan kepada anak-anak manusia, bagi tujuan menundukkan hati anak-anak manusia demi kebaikanmu. Demikianlah. Amin.

6 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, adalah merupakan kebijaksanaan dan perlu menurut-Ku, bahawa hamba-Ku John Johnson yang persembahannya telah Aku terima, dan doa-doanya telah Aku dengari, kepadanya Aku berikan sebuah janji akan kehidupan abadi sejauh dia mentaati perintah-perintah-Ku sejak dari sekarang—

7 Kerana dia adalah keturunan aYusuf dan pengambil bahagian berkat-berkat dari perjanjian yang telah dibuat kepada nenek moyangnya.

8 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, adalah perlu menurut-Ku bahawa dia harus menjadi anggota golongan bersatu, agar dia boleh membantu dalam mendatangkan firman-Ku kepada anak-anak manusia.

9 Oleh kerana itu kamu harus menahbiskannya pada berkat ini, dan dia harus berusaha dengan tekun untuk mengambil kewajipan tuntutan kewangan ke atas rumah yang dinamakan di kalangan kamu, agar dia boleh tinggal di dalamnya. Demikianlah. Amin.