Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 79


Bahagian 79

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Hiram, Ohio, 12 Mac 1832.

1–4, Jared Carter dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil melalui Penolong.

1 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa ini adalah kehendak-Ku agar hamba-Ku Jared Carter harus pergi lagi ke negeri-negeri sebelah timur, dari satu tempat ke satu tempat, dan dari kota ke kota, dalam kuasa apenahbisan yang dengannya dia telah ditahbiskan, memaklumkan khabar gembira tentang kebahagiaan besar, bahkan Injil abadi.

2 Dan Aku akan mengutuskan ke atas dirinya aPenolong, yang akan mengajarnya kebenaran dan jalan ke mana dia seharusnya pergi;

3 Dan sejauh dia setia, Aku akan memahkotainya lagi dengan berkas-berkas.

4 Kerana itu, biarlah hatimu gembira, hamba-Ku Jared Carter, dan ajanganlah takut, firman Tuhanmu, bahkan Yesus Kristus. Amin.