Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 72


Bahagian 72

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 4 Disember 1831. Beberapa orang penatua dan anggota telah berhimpun untuk mempelajari tugas mereka dan untuk diteguhkan dengan lebih lanjut dalam ajaran-ajaran Gereja. Bahagian ini adalah susunan dari tiga wahyu yang diterima pada hari yang sama. Ayat 1 hingga 8 memberitahukan pemanggilan Newel K. Whitney sebagai uskup. Dia kemudiannya dipanggil dan ditahbiskan, yang mana selepas itu ayat 9 hingga 23 diterima, memberikan maklumat tambahan berkaitan tugas-tugas seorang uskup. Sesudahnya, ayat 24 sehingga 26 diberikan, menyediakan arahan berkaitan pengumpulan ke Sion.

1–8, Para penatua harus memberikan laporan tentang tugas pengawasan mereka kepada uskup; 9–15, Uskup mengawasi gudang penyimpanan dan menjaga yang miskin dan memerlukan; 16–26, Uskup mesti mengesahkan kelayakan para penatua.

1 Dengarkanlah suara Tuhan, Wahai kamu yang telah berhimpun bersama, yang merupakan aimam tinggi gereja-Ku, kepada mereka bkerajaan dan kuasa telah diberikan.

2 Kerana sesungguhnya demikianlah firman Tuhan, adalah perlu menurut-Ku bahawa seorang auskup ditetapkan kepadamu, atau daripadamu, kepada jemaah gereja di bahagian ladang anggur Tuhan ini.

3 Dan sesungguhnya dalam hal ini kamu telah melakukannya dengan bijaksana, kerana ianya dituntut daripada Tuhan, dari tangan setiap apetugas pengawasan, untuk memberikan blaporan tentang ctugas pengawasannya, baik pada waktu ini mahupun dalam keabadian.

4 Kerana dia yang setia dan abijak pada waktu ini dianggap layak untuk mewarisi btempat tinggal yang disediakan baginya oleh Bapa-Ku.

5 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, para penatua gereja di bahagian aladang anggur-Ku ini harus memberikan laporan tentang tugas pengawasan mereka kepada uskup, yang akan ditetapkan oleh-Ku di bahagian ladang anggur-Ku ini.

6 Hal-hal ini haruslah disimpan dalam catatan, untuk diserahkan kepada uskup di Sion.

7 Dan kewajipan auskup akan diberitahukan melalui perintah-perintah yang telah diberikan, dan suara persidangan.

8 Dan sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, hamba-Ku aNewel K. Whitney adalah orang yang harus ditetapkan dan ditahbiskan pada kuasa ini. Inilah kehendak Tuhan Rajamu, Penebusmu. Demikianlah. Amin.

9 Firman Tuhan, sebagai tambahan pada hukum yang telah diberikan, memberitahukan tugas-tugas uskup yang telah ditahbiskan kepada jemaah gereja di bahagian ladang anggur ini, yang sesungguhnya adalah ini—

10 Untuk mengawasi agudang penyimpanan Tuhan; untuk menerima dana gereja di bahagian ladang anggur ini;

11 Untuk membuat laporan tentang para penatua sebagaimana yang telah diperintahkan sebelumnya; dan untuk amenguruskan kemahuan mereka, yang harus membayar apa yang mereka terima, sejauh mereka memiliki cara untuk membayarnya;

12 Agar ini juga boleh dibaktikan demi kebaikan gereja, kepada yang miskin dan memerlukan.

13 Dan dia yang tidak amemiliki cara untuk membayarnya, sebuah laporan haruslah dibuat dan diserahkan kepada uskup Sion, yang akan membayarkan hutang dari apa yang akan Tuhan letakkan ke dalam tangannya.

14 Dan pekerjaan mereka yang setia yang bekerja dalam hal-hal yang rohani, dalam menguruskan Injil dan hal-hal tentang kerajaan kepada gereja, dan pada dunia, akan menjelaskan hutang-hutang itu kepada uskup di Sion;

15 Demikianlah ianya dibayar dari gereja, kerana menurut ahukum setiap orang yang datang ke Sion mesti menempatkan semua harta di hadapan uskup di Sion.

16 Dan sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa disebabkan setiap penatua di bahagian ladang anggur ini mesti memberikan laporan tentang tugas pengawasannya kepada uskup di bahagian ladang anggur ini—

17 aSekeping sijil daripada hakim atau uskup di bahagian ladang anggur ini, kepada uskup di Sion, menjadikan setiap orang layak, dan memenuhi segala keperluan, untuk sebuah warisan, dan untuk diterima sebagai bpetugas pengawasan yang bijak dan sebagai pekerja yang setia;

18 Jika tidak dia tidak akan diterima oleh uskup Sion.

19 Dan sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, biarlah setiap penatua yang akan memberikan laporan kepada uskup gereja di bahagian ladang anggur ini dicadangkan oleh jemaah atau para jemaah gereja, dimana dia bekerja, agar dia boleh menjadikan dirinya dan laporannya diterima dalam segala hal.

20 Dan lagi, biarlah para hamba-Ku yang ditetapkan sebagai para petugas pengawasan ke atas urusan-urusan abertulis gereja-Ku memiliki tuntutan hak ke atas bantuan daripada uskup atau para uskup dalam segala hal—

21 Agar awahyu-wahyu itu boleh diterbitkan, dan disebarkan ke hujung-hujung bumi; agar mereka juga boleh mendapatkan dana yang akan memanfaatkan gereja dalam segala hal;

22 Agar mereka juga boleh menjadikan diri mereka diterima dalam segala hal, dan dianggap sebagai petugas pengawasan yang bijak.

23 Dan sekarang, lihatlah, ini akan menjadi contoh bagi semua cabang gereja-Ku di serata tempat, di mana pun ia akan dibina. Dan sekarang, Aku mengakhiri firman-Ku. Amin.

24 Beberapa patah kata sebagai tambahan pada hukum-hukum kerajaan, berkenaan dengan para anggota gereja—mereka yang telah aditetapkan oleh Roh Kudus untuk pergi ke Sion, dan mereka yang diberi hak istimewa untuk pergi ke Sion—

25 Biarlah mereka membawa kepada uskup sekeping sijil daripada tiga orang penatua gereja, atau sekeping sijil daripada uskup;

26 Jika tidak dia yang akan pergi ke negeri Sion tidak akan dianggap sebagai petugas pengawasan yang bijak. Ini juga adalah sebuah contoh. Amin.